Tuesday, June 2, 2009

StudentsLife: Konvo Degree @ Dewan Seri Budiman, UiTM Shah Alam

Lamenye tak hapdate!! =)
Yeehaaaa!! Finally... =) Graduation day!! (Aku convo jugak akhirnya..)

Di sini aku ingin merakamkan penghargaan untuk insan2 yg berada di sisiku dan di belakangku sepanjang 3-4 tahun aku melanjutkan pengajian di menara gading...
Setelah bertahun, akhirnya pengorbanan insan2 yg aku sayang terbalas juga..

Terima kasih yg tak terhingga kepada kedua ibubapa, Ayah & Mama-ku, yg terlalu banyak berkorban masa, tenaga dan wang ringgit demi melihat kejayaan aku ini..4 tahun itu sudah cukup untuk memperlihatkan kasih sayang dan perhatian mereka yg tak pernah berbelah bahagi dan sesungguhnya aku sangat2 terharu dan sayu ketika tangan mereka aku kucup atas kejayaan ini..Ayahku berkata, "Alhamdulillah...penat2 belajar dapat jugak skrol nie..", sambil dia tersenyum tanda berpuas hati dan bangga dengan tertulisnya ayat Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama di atas kertas yg cukup bermakna itu...Mengalir air mataku tatkala mereka mengucup pipiku sambil mengucapkan tahniah..Tahukah mereka bahawa kejayaanku ini bertitik tolak dari usaha mereka yg tk kenal penat lelah demi membesarkan aku dan melihat aku berjaya..?? Aku berjanji aku akan membalas segala pengorbanan mereka selagi aku terdaya dan selagi mereka masih ada di dunia ini..Terima kasih Ayah & Mama!! Kakak doakan Ayah & Mama sentiasa diberkati dan dilindungi dalam apa jua urusan yg dilakukan setiap hari... =)


(Aku & keluarga)

Untuk adikku, teman aku bergaduh & bermanja, terima kasih atas sokongan kamu..Kakak sayang kamu, dan buktikan kamu juga boleh berjaya macam kakak ataupun lebih lagi..

Tak kulupa buat bakal suami, tunang tercinta, terima kasih atas dorongan dan semangat darimu..Terima kasih juga kerana memahami aku dalam kesukaran mengharungi semester2 terakhir yg aku lalui dulu..Aku hargai juga pengorbanan kamu yg banyak membantu aku menyiapkan tugasan2ku walaupun sekadar jadi peneman..Aku sayangkan kamu dan aku ingin kamu tahu bahawa akulah insan paling bahagia menunggu saat2 kita akan diijabkabulkan beberapa bulan lagi.. =)

(Aku & Mr. Chenta Hati..)
Buat rakan2 sekelas dan se'batch',terima kasih untuk semua memori terindah yg telah kita ciptakan bersama2..Class trip, site visit & survey2 yg kite jalani bersama2 byk mengajar aku erti kerjasama, persefahaman & tanggungjawab..Aku doakan kalian semua berjaya mengejar impian masing2 dan membina kehidupan di masa hadapan..

(Aku & Elma (best buddy) - kami berjaya melakukannya...)

(Kami berempat - Aku, Asma, Elma, Farha)
(Kami berjaya!!)
Juga teristimewa untuk insan2 yg telah mendidik aku sepanjang 4 tahun lalu, aku ucapkan jutaan terima kasih atas segala ilmu yg telah dicurahkan..Aku tahu mereka mungkin takkan membaca coretan ini, tapi dalam doaku aku bersyukur mempunyai tenaga pengajar yg telah memberikan aku pelbagai ilmu pengetahuan yg tak dapat dijual beli,semoga mereka menghalalkan segala apa yg telah diberi..Untuk mereka juga aku doakan semoga beroleh keberkatan dan sentiasa dirahmati Allah atas tugas mulia mereka itu..Aku berharap dapt mencontohi mereka suatu hari nanti.. =)

Aku tak lupa untuk berterima kasih kepada skuad Batch 26 pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) yg juga sgt2 supportive,pegawai dan staff PALAPES, pegawai & staff Kolej Teratai, rakan2 sefakulti juga kepada semua yg mengenaliku, yg pernah membantuku juga sesiapa jua yg namanya tidak tersenarai di sini tetapi pernah menyumbangkan jasa kalian kepadaku..

Untuk semua yg membaca coretan ini, aku ingin kalian tahu, aku sangat2 bersyukur dapat mengecap kejayaan ini, dan memperolehi insan2 yg tersayang di sekeliling aku sebagai pendorong adalah sesuatu yg sgt2 manis tentang kejayaan ini...Aku berharap kalian juga berjaya dalam apa jua yg kalian lakukan dan sentiasa berada dalam lindungan Yang Maha Esa tak kira siapa pun kalian dan apa pun yg kalian lakukan..Sama2lah kita berdoa untuk kesejahteraan bersama..Amin..

Terima kasih kerana membaca. Sekian.
Noktah..


5 comments :

  1. wah..insan pertama..

    hi sis..congrats ya!!
    selesai sudah 1 bab..esok mulakan babak baru dlm hidup anda dgn senyuman...wink..wink..

    ReplyDelete
  2. Hai honey...

    Congrats!!!

    Hidup baru saja bermula...

    :D

    P/S: salam kenal ya...

    ReplyDelete
  3. Tahniah balkis.. dah lepas 'stage' pertama kehidupan..
    Lepas ni ada byk lagi 'stage' yg perlu dihadapi..

    ReplyDelete
  4. sis misz --> huu..tq2..ni dah bab ke brape dah nie..lpas nie mcm2 babak lagi.. =)

    ixora --> yaahh..baru tak baru sgt la..tp mungkin juga yer..tq anyway..salam kenal juga!

    kak ted --> yups..looking forward 4 many stages far away! wish me luck then..

    ps: tq all 4 the wishes!

    ReplyDelete
  5. sis..u know what..air mata i bergenang bc entree u kali ni..
    i terasa sgt2 bab u ckp pengorbanan ur parents tu..i dpt bayangkan how much they are proud to have u as their child...i sndri rs perasaan tu...i tumpang bangga utk u:)
    u family potret looks complete:) very2 nice..i doakan u dirahmati selalu:) doakan i jugak..Amin

    ReplyDelete

Komen lah korang!