Tuesday, July 26, 2011

# Pengalaman Bersalin, First Born : BATRISYA



Salam semua :)
Hari nie hari ke-21 berpantang, Batrisya sudah 3 minggu.
Kejap je kan? Lagi 23 hari dah abis pantang.
Rase macam baru semalam rasa sakit bersalinkan dia. >,<


Dah lama nak type entry nie, tapi tak berkesempatan.
Celik mata, si Batrisya dah merengek nak susu,
Baru nak on laptop kang, dia mencemik2 nak suruh tukar pampers,
2 jam sekali nak BF dia,
Itu nasib baik kalau 2 jam sekali, kalau die nak mengempeng? Hehe.
Makanya, nan adolah masa nak update.
Nasib baik tadi petang dia berjaga main2 dengan atok & nenek,
Pastu malam nie tido kaw2, recover balik,
So sempat la mama dia menaip entry baru :)


I tak  tahu nak start kat mana pasal pengalaman bersalin nie.
Tapi since ramai jugak yang suruh share detik terindah itu,
So I pun pegilah mengintai entry Qistin mummy Qyrin pasal pengalaman bersalin dia.
HAHA. Tiru sket! Qis aku udah mintak ijin kan?


Okkay, how to start huh?
Ermm, kepada yg masih ingat, I sempat published entry INI pada hari I nak bersalin.
6th July (Wednesday), 11.09 AM.
1jam sebelum I pegi spital.
Dan kronologi kelahiran Batrisya adalah seperti yang akan anda baca di bawah.
Ampun jika entry ini LEBIH PANJANG DARIPADA BIASA! :D 
.
.
.
.
.
.

4 Julai (Isnin)

# Shopping @ Jusco Cheras Selatan with Aze.
# Mencari loose pants & frontie opening blouse untuk kegunaan berpantang :)
# Contraction every 30 mins. No pain. Baby mengeras di tahap normal.


5 Julai (Selasa)

# Daily routine seperti biasa hingga ke malam.
# Contraction 20mins already. I'm worried, but still no pain.
Bincang perkembangan dengan encik so-army. 
# MMS pict kaki yg macam dah bengkak sikit & pict perut untuk tatapan Hubby terchenta! :)
# Tidur malam dengan lena tanpa sebarang tanda-tanda kesakitan dll.


6 Julai (Rabu) ~ The Day!

# Subuh prayer. Recite Surah Maryam. Normally Subuh I baca Surah Luqman, tapi hari tue tergerak nak baca Surah Maryam (Got the instinct!)

# 7.30am - Breakfast. HOME ALONE! My brother pegi PPUKM for his medical check-up. Parents kerja macam biasa.

# Main game Angry Birds & nonton movie di laptop sambil bergolek2 di katil :) 

# Start kira contraction. Gap 15 mins already. Text encik so-army. He asked me to monitor the contraction and count again, and again! Until 9.30am, YES, still 15 mins.

# Around 10 am - Rasa nak ke toilet. Bangun dari katil. Blood stain di cadar. Oh! Panic Attacked seketika! Peluh jantan keluar dah. Tapi buat2 cool. Call encik so-army. Dia suruh tanya Mama and kawan2 yg ada experience dulu.

# Berjalan ke toilet, terasa seperti ada 'something' mengalir di peha. OMG! 

# Darah + Mucus plug seketul + sedikit colourless discharged = INI BUKAN COBAAN! :D

# Call Mama = Explain condition. Mama kata first baby, boleh rileks dulu. Mama suruh siap2 je. Kalau dah sakit baru pergi hospital. NOTED!

# Call Mummy (MIL) = Explain condition. Suruh I pegi hospital untuk check je. Mummy cakap kalau anak first, keluar tanda camtue, esok lusa baru bersalin. (Again!) NOTED!

# Hubby called. Flight at 3pm. Kena hand-over semua kerja. Was hoping he can come back earlier, takut tak sempat! (Again, my instinct selalu betul!)

# Mandi dan membersihkan diri. Check barang2 baby dan mommy! Everyhing Done!

# Aze called and consult. Volunteer nak hantar ke hospital. Agak yakin sebab ada kawan yg berpengalaman yg sanggup teman.

# 11am - Update blog sementara tunggu Aze datang picked-up. Sempat jugak update status FB, twitter yadayada. :) Ada yang dah SMS tanya. Thanks korang!

# Minum Hot-choc, makan roti kaya, minum air kelapa. Alas perut, tambah energy, in-case kena warded.

# 12pm - Aze sampai. Shoot ke PPUKM. Drive Thru McD Taman Connaught. BIG MAC plisss :)

# 12.40 pm - Sampai di O&G Kecemasan PPUM. Rasa macam discharged dah agak banyak time nie. Rimas. Luckily pakai pad.

# Nama dipanggil masuk ke bilik pemeriksaan. Sempat teguk 3x air Zam-zam, makan fries & Big Mac (tak habis!) dan air Milo ais. Ini kali terakhir makan & minum!

# Doc interview tanya itu-ini. Pasang CTG kat perut nak tengok contraction. Graph kurang cantek sebab baby tido. 

# Pengalaman pertama kena SELUK (Saaakit!). Sumpah kalau I tahu seluk tue SAKIT & TAK SELESA, lagi I lambat2 pegi spital. Huh! Dilated 4cm already. Alamak! Ingatkan baru 1-2cm.

# 1.30 pm - Dibawa ke Wad 'First Stage' (sort of waiting room, before ke Labor Room). Masuk ubat Enema di bontot untuk membuang segala benda2 dalam perut. Selesai!

# Start terlantar di katil. Pasang CTG lagi. Amik darah. Blood pressure detector dipasang di tangan kanan, bacaan auto every 30 mins. Seksa & rimas sangat! Dah tak boleh bangun dari katil. Kencing & berak harus di katil sahaja. Teknik pernafasan, tarik dalam2, hembusssss :)

# Mama call cakap dah on the way nak ke spital. Pesan mama - Istighfar, doa Nabi Yunus & Ayat Kursi.

# 2.30pm - Doctor datang review. SELUK lagi (SAAAKIT lagi!). Masih 4cm. Contraction 15mins. Sudah mula sakit sikit, mild-pain.

# 2.45pm - Encik so-army dah boarding. Berdoa semoga sempat sampai. Tanya doc prediction time, "1cm = 1hour plus. Should be 9pm". NOTED!

# Sebelum terlupa, SMS encik so-army, mohon ampun dan maaf atas segala silap salah, mintak halal makan minum. Mohon ampun atas segala kekurangan sepanjang bergelar isteri. Sayu T_T

# 4.30pm - Doctor review. Still no heavy contraction pain. SELUK lagi dan SAAAAKIT lagi. Masih 4cm dan baby masih tido. Encik so-army dah touch down. Mintak2 sempat! Teknik pernafasan, tarik dalam2, hembusssss :)

# 5.05pm - Ke Labor Room, bukan sebab nak bersalin, tapi sebab wad First Stage tutup after 5pm. Nebes sket! Istigfar & doa Nabi yunus tak henti2 :)

# 5.30pm - Doctor review. 4cm lagi :) Malu sket time nie sebab ada doc pelatih & ada lelaki. Goshh! Doc tanya sakit tak? I cakap, "Takdelah sakit sangat!" She said, "Ini baru gear 1, memang tak berapa sakit sangat, nanti gear 2, gear 3, awak start lah rimas" Gila saiko doc nie! Teknik pernafasan lagi!

# Mama masuk LR teman I sementara encik so-army belum sampai. Syukur, ade jugak pemberi semangat.

# 5.40pm - Nurse masuk Pitocin (liquid-induced-drugs untuk bagi feel ade sakit time contraction, supaya boleh teran jugak nanti!). Ermm whateverlah! Mana encik Hubby-ku? 

# 5.45pm - SMS from encik so-army, on the way to TBS Bandar Tasik Selatan by KLIA Transit. Berdoa dan berharap!

# 5.50pm - Kesan Pitocin sangat HEBAT! Contraction dah rasa kuat sikit dan mula merasakan sakit belakang. Contraction every 4-5mins. Teknik pernafasan makin kerap dipraktikkan, membantu!

# Di offer epidural @ pain-killer oleh akak nurse. Menolak! Sebab rasa sakit ketika itu mampu ditahan lagi. Boleh bertahan. Akak nurse cakap sampai 6cm je boleh offer, lepas dari tu tak boleh dah sebab nanti mamai tak boleh nak teran pulak! Noted! Nantilah kot :) Teknik pernafasan lagi dan lagi!

# 6.00pm - SAAAAAAAAAAAAKIIIITTTTTT sangat dasyaattt! Masya-Allah. Subhanallah! Macam nak patah pinggang. But, since I first time mommy-to-be I ingat ini permulaan sakit yang orang selalu cakap tue. Teknik pernafasan still dilakukan, tanpa gagal!

# Doc masuk & check CTG. Dia cakap, "Cepat jugak contraction awak nie. Nanti dah rasa macam nak meneran, macam nak berak tue, dah dekat la tue. Sabar, istigfar banyak2". Whattttt? seriously, I memang rase nak meneran time tue. Tak payah nanti2.

# Terasa seperti ada lapisan koyak kat bawah tue. Dan rasa macam kepala baby dah betul2 nak keluar. Ini serius! 

# "Doc, saya dah rase nak meneran lah nie". Doc selak, pastu boleh cakap, "Kepala baby dah nampak, ini dah bukak fully dah nie". Tiba2 rasa macam depan I dah ramai sangat nurse & doc. Tak sedar!

# Nan adolah pain-killer @ epidural. Terbayang encik so-army tapi dah tak larat nak pikir. Mama ada di sisi pun dah cukup baik.

# Teran yang pertama panjangggg gile sebab teringat pesan doc kat Sarawak. Teran yang kedua terangkat bontot sikit. Nasib baik tak banyak. Teran yang ketiga.... diorang suruh teran yang terakhir sebab dah sampai bahu. Siap kira ramai2, 1..2..3 Errgggghhhhhhhhhh!

# 6.15pm - Allahuakbar! Dengar si Batrisya dah menangis. Rasa nak menangis. Alhamdulillah!

# Batrisya di atas dada, senyap dan tenang je. Sementara doc keluarkan uri, rasa macam belon air keluar je.  Hilang segala tok mak nenek kesakitan. 

# Jahit lepas bersalin sebab Episotomy supeeerrrrrrrrr SAAAAKIT! Bersalin pun tak sakit camtue. Batrisya dibawa keluar, dibersihkan, ditimbang. Rasa nak tidor je time nie. Penat sangat!

# 7.00pm - Papa baru sampai. Nurse amik Batrisya bawak jumpa papa untuk Azan & Iqamah. Frust sangat papa takde time Batrisya keluar :( Tapi syukur semuanya selamat!

# 7.30pm - Habis seksa dijahit. Papa masuk jumpa I dan baby. Breastfeed Batrisya for the first time. Subhanallah, dia tahu nak cari susu. Syukur! Berehat sebentar.

# Dibawa ke wad. Tidor di wad malam tue. Hanya I dan baby, papa tak boleh tunggu :( First time duduk hospital.

Detik pertama Batrisya dalam dakapan :) Jatoh chentaaaaaa!


7 Julai (Khamis)

# Batrisya minum susu kul 1 pagi, kul 3 pagi dan kul 5 pagi. Alhamdulillah! I tido terjaga2 sebab nak make sure Batrisya okey. Feeling seorang ibu :)

# 6 pagi - Nurse datang check pressure mummy, check suhu badan baby, check baby berak & kencing. Her first poo-poo berwarna hitam ada darah sikit2. It's normal.

# Mummy and baby sambung tido until kul 9 pagi. Doc datang check. Batrisya kena 2nd injection = BCG. 1st injection = Hepatitis B, masa baru je lahir. Nangis kejap lepas tu tido balik. Good girl =)

# 11pm - Encik so-army & mama datang. Bawak makanan. Bermulalah rutin berpantang makan. Hohoho.

# 2.30pm - Encik so-army settle hal2 nak discharged. Mommy & baby takde masalah. 

# 4.00pm - Alhamdulillah, dah keluar wad. Balik rumah.



After all, 
Bila dah melalui semua itu, 
Barulah I merasai sendiri betapa besarnya pengorbanan seorang ibu.
Alhamdulillah, I dapat melalui pengalaman berharga itu.
Dan Alhamdulillah semuanya sehingga ke hari ini, 
merupakan detik terindah sebagai seorang wanita yang kini bergelar ibu.
Syukur atas kesempatan yang Allah berikan kepada I.

Kepada yang bakal melalui,
Jangan takut kerana segala kesakitan tue berbaloi.
Kepada yang belum melalui,
InsyaAllah, doa banyak2 semoga saat2 indah ini akan tiba juga.
Rezeki itu ketetapan Illahi. 


 BisikChenta: Sambil menaip sambil BF boleh? 

43 comments :

  1. rasa nak nangis baca entri ni Bal, tak tau knp huhuhu... anwy congratzz ;)

    ReplyDelete
  2. qis, aku sebak je bila baca entry ko nieh... takut pun ada! ahahaa.. tahniah qis!

    ReplyDelete
  3. ::babe..wah rasa sayu n gementar ni..mcm manalah pengalaman nasya nanti..:)::

    ReplyDelete
  4. ringkas, padat, sebak and touching pon ade:) tahniah!

    ReplyDelete
  5. qish,sgguh teruja baca entry ni..mcm2 perasaan ade dlm jiwa kalbu ni..cewahhh..pe pn syukurlah smuanya selamat..Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  6. qish..congrats again! seriau jgk mendgrnya..hehe

    ReplyDelete
  7. cuak mek oi aku baca!!!!!
    doakan aku bila sampai timenya nanti... wuuuuu

    ReplyDelete
  8. kita bersalin hari sama. Rabu! tapi ai pagi, u petang. =)

    ReplyDelete
  9. mixed feeling..thinking in few days @ week anytime je leh bersalin..moga2 Allah permudahkan etty nk bersalin cm qish bersalinkan Batrisya..amin...

    ReplyDelete
  10. weh...apsl air mata aku kuar plak ni bace cte ko..hihihihih...

    alhamdulillah..selamat semuanye...

    hope 1 day aku pun ade peluang nk post entry cmni plak...amin..insyaAllah;)

    ReplyDelete
  11. Ok mule2 aku gelak bile bce ko smpt lg hentam BIG MAC..hihi
    last2 aku sedih ble cuba membayangkan keadaan aku nt.InsyaALLAH,aku harap sumenye selamat nt:)
    Tahniah Kidz!!

    ReplyDelete
  12. aiyakkk..bab u ckp seluk tu sakitttttttt..! i xtau cmne nk bygkan sakit tu..mcm maha sakit je...dush..seremmmm..then u ckp jahit sebab episotomy tu superrrrr saaakkitttt...ayoyo...i lg cuak babe..haishhh..seremmmm lagi dan lagi...

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah semua selamat..:)

    ReplyDelete
  14. mase memule bace..ai relaks jer..biler masuk tengah2..time u dah nak bersalin.. ai yang bedebar2... siye sangat rase nak nagis bace semua nih... details..ley amik sebagai pengalaman... n alhamdulillah segalenyer dipermudahkan even asben tak de kat sisi.. tahniah dear... bukan hanye sekadar melahir baby secomel Batrisya.. tapi juga sebab dapat mengharungi semua ni....:)

    ReplyDelete
  15. selamat mengharungi detik2 manis seorang ibu! :)

    ReplyDelete
  16. Kidz...sayu oiii bce entry ko ni..
    tahniah sbb berjaya mengharunginya..

    Bak kata Anne, bab seluk SAAAKIIITT tu yg aku takut..huhuh

    mama Amelyn & Anne siapa la antara kita ni yg dulu kan? heeee

    ReplyDelete
  17. rasa nak nangis bila baca entry ini.. wlaaupun ada lagi 1 bulan lagi sebelum nak bersalin... sempat lagi 2 mkn MCD...

    pengalaman setiap org berbeza mudah-mudahan... perjalanan utk bersalin nanti dimudahkan.. AMIN

    ReplyDelete
  18. besh bace ur n3...padat...hu3...slmt menjadi ibu... :)

    ReplyDelete
  19. subhanallah....

    rasa seram sejuk pun ada, mcm ne lah nnti bila turn sendiri kan..tiap org lain2 rasa kan =)

    ReplyDelete
  20. Puan Balkidz, bergenang air mata baca entry nie... Rasa ngilu kat bahagian bawah pun ada. Syukur Alhamdulillah dah selamat semuanya... Bila Yanie boleh datang visit Batrisya nie? Tak sabarnye... Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  21. tulah kan,jahit tu yg sakit sebenarnya.haha =)

    ReplyDelete
  22. Qish..

    congrats! rase sebakla bc entry ni. thanks sbb share your experience.

    batrisya sgt comel! :D

    ReplyDelete
  23. qies nak nanes!!! bestnyee moment tu kan..? dah bersalin dah keluarkan bb lega sangat.. perasaan bila tengok anak yg kita kandung tu lagi laa tak tergambar kot ea..

    hope urusan bersalin qa juga dipermudahkan Allah.. hope sangat..
    take care qies.. n muaaahhh to batrisyaa..

    ReplyDelete
  24. Honey, maafkan hubby kerana tiada di sisi ketika saat honey memerlukan hubby, tp hubby tak henti-henti berdoa agar sempat bersama² mengharungi saat² di LR, tapi apakan daya...

    Batrisya, maafkan papa kerana tak meneman mama melahirkan isya dan maafkan papa kerana tak menyambut isya lahir ke dunia...


    kerana ini semua....



    ....bas transit ke ERL punye pasal!!Lambat!!!

    ReplyDelete
  25. akak... nangis lin bace entry ni... mcm leh terasa sume nye plak....

    tahnia...

    ReplyDelete
  26. sangat precious nyer moment tu.....uhuhuhuhuhuhu

    ReplyDelete
  27. wah...takutnye dgr cite nak bersalin ni...however, u did a great job la qish!

    ReplyDelete
  28. balkidz!
    i lmbt komennnnnnnn :(
    omg..wonderful experience. seluk2 tu yg susah nk dgr.ngeri.erghh.pakai tips u la dtg lmbt2 nk elak seluk.hahahahah..

    sweet nye ade encik suami komen tuuuu ;p

    take care.multitasking tu smbil update smbil BF ;p

    ReplyDelete
  29. fuhhh!!
    qiesh...ada bezanya feeling baca entry ni bg yg belum preegy, sedang preegy dah sedang sarat mcm aku neh...feeling aku?..wohhh, saspen sgt!..takot pun ada...gerun apatah lagi...tp part last yg ko tulis tu, mnyayukan la plak...heee..

    qiesh...mebe ko xde ms nak reply komen aku nih..tp xpe...kalo ada ms, ko jawab eh..kat fb pong xpe...aku nk tau, rasa contraction tu mcm mn?..ko ckp ko rs contraction...tp x sakit...how???..aku sgt konpius dan xtau nak byng la...

    ReplyDelete
  30. uishhh bila baca entry nih sy pon udah terasa...arinih ge hospital sbb dah 2hari rasa contraction..mmg seluk2 tu sakit..bila diseluk lum buka lg...tp baby dah kat bawah tggu hari jew nih..dpt tau baby sy akan kuar awal dr tarikh diberi..nak nangis bila kena seluk tu....mmg sakit..

    ReplyDelete
  31. nangis yun bc..besarnya pengorbanan ibu yg melahirkan..neves menunggu hari..>_<

    ReplyDelete
  32. dd paling suka bc entri pegalaman ibu2 yg bersalin..sgt best..stp kali baca mesti nanges..besarnye pengorbanan seorang ibu kan =') tahniah dear :)

    ReplyDelete
  33. qish, menglir air mata aku bace entry ni ..da la kat opis ni..huhuu..

    anyway best entry ko..padat..everyone will got the feeling when read it =)...

    Selamat menajadi ibu =)

    ReplyDelete
  34. Congrats!comelnye batrisyia.diah dulu pon almost nk letak Nayli Batrisyia sbb Batrisyia maksudnnya cerdik tp malangnye nama hubby terlalu pjg so anak kene nama pendek.
    X silap I u xkene episiotomy sbb epi tu doc akan gunting b4 u beranak.kalau baby terkeluar sendiri tu sbb koyak.mmg koyak sakit sbb koyak sesuka hati nk koyak.tp epi doc akan gunting elok2.rasanya la.diah plak amek epidural jadi push baby betol2 ikut arahan nurse n sgt berhati2.mungkin sbb tu x koyak.alhamdulillah.rasanya bkn sbb perineal gel pon.apa2 pon seme org akan agree.seluk tu paling sakit!tidakkkk!!haha.okla slmt berpantang n hv fun being a mom!

    ReplyDelete
  35. Yaaaaa ampun! Tak sangka ranainya bagi comment pasal entry nie. terharu T_T nanti i gigih reply satu2 ok!?

    ReplyDelete
  36. qish. tahniah. seluk itu SAKITTT, i tahu & nyesal gak g hospital cek awal, huhu.

    bydaway, tahniah again. batrisya sgt comel, :)

    ReplyDelete
  37. Sis Min
    @ Syahdu ye min. thanks :)

    Sis aThidEaN
    @ Alhamdulillah semuanya dipermudahkan walaupun encik Atoi takde. Bab seluk memang ampunn tak nak ingat!

    Yes, we're the champion melahirkan satu lagi nyawa. Syukur :)

    Sis Belle
    @ Alahai mek, jgn sebak. nanti kau akan lalui jugak. InsyaAllah :)

    Sis syanaim
    @ Doa banyak2 semoga dipermudahkan sya. good luck dear :)

    Sis Wani
    @ thanks dear :)

    Sis ^^Mrs_DeaNa^^
    @ Wahh sampai teruja. lompat2 tak? Hehe. thanks deana :D

    Sis missbutterfly
    @ huhu. jgn seriau beb. nanti sampai turn ko! tq again :)


    Sis amElyn
    @ rileks jgan cuak. semuanya dah Allah aturkan sebaiknya. doa dimudahkan, amin!

    Sis dak pink said...
    @ yeay, wednesday baby :)geng ngn raneeya!


    Sis ettyzukhair
    @ Sabar etty. Insyallah dimudahkan semuanya. doa dan tawakal. takde apelah.

    Sis Anett GoJeS
    @ ko nangis sebab ko tak sangka aku yg sewel ni dah ade anak ek? insyaAllah akan sampai turn ko nanti, amin :)

    Sis yUmIe
    @ HAHA. mestilah sempat gigit Big Mac tue takut kempunan nanti pantang. Memang sedih wehh bile kenangkan mak aku lahirkan aku. thanks yumie. aku doakan ko pun selamt semuanya nanti!

    Sis Nora Anne Burn
    @ Hehe. alah, sakit sikit jer. I je yg tak tahan sakit kot sebab tak suke pegi spital dan makan ubat dsb :)
    tang jahit tu, i dia jahit hidup, u mintak la painkiller or gas or bius ke ape.

    Sis Rosniena
    @ Tq kak Rose :D

    Sis aTy _faRed
    @ thanks dear. insyallah nanti sampai ur turn jugak. lain orang lain pengalaman, tapi boleh ambil as info lah yer :)

    Sis Leon
    @ tq mummy Armand!

    Sis june
    @ Sayu lagi yang mengalami. Nanti kau dah mengalami mesti lagi syahdu. Bab seluk tue xde apelah. Doc yg seluk aku je kot yg kasar sgt ;p

    Sis wanie said...
    @ Hehe. sempat je singgah McD. hope semuanya ok nanti dear. doa byk2 k?

    ye betul, pengalaman org lain2, rezeki masing2. tapi kite doa jelah smoga semua ok.

    Sis Ilyani @ Mrs. Engineer
    @ Padat yg senag sket. nak karang panjang2 pun tak reti.

    ReplyDelete
  38. Sis farahfatihah
    @ Yes, tap2 org ade rezeki masing2. doa je yg terbaik smoga semuanya dimudahkan nanti sis :)

    Sis Yanie
    @ Takmau nangis2 Yanie. InsyaAllah, ade rezeki your turn akan tibe. I doakan.
    Aunty yanie nk dtg tgok Batrisya ke? raya nanti dtg la bwk duit raye skali ekk ;p

    Sis Aze @ iNchE iSTeRi
    @ Mase dalam LR, aku dok menghitung masa bile la nak abis jahit. pastu aku teringat kau cakap pasal jahit. confirm la sakit!

    Sis nYomeL
    @ Tq aunty nyomel sbb cakap batrisya comel :D

    Sis zimie
    @ Sabar, jgn takut. okey aje. tq zimie :)

    Sis Atiqah
    @ Qah, nanti qah pun akan rase syahdu sgt bile tgok baby tu kuar. lagi2 die dalam dakapan. Moge mudah semua utk Qah nanti, Insyallah :) Mmuaaahhh balik kat aunty Qah!

    Bro ZahirShah KidAtoi
    @ Awww. malulah I, hubby komen kat sini ;p

    It's ok lah yang. takde rezeki nak bersama rasai first experience tue. Janji semua selamat kan? Papa bile nak balik? Batrisya rinduuuu :)

    Sis Lin
    @ Huhu. memang saje bagi saiko spya semua sedar betapa besar pengorbanan seorang ibu :) tq Lin!

    Sis Hunny Kitty
    @ Yup dear, sgt berharga moment itu. moga kamu juga akan melalui detik itu nanti. Amin :)

    Sis Nina
    @ tq Nina. I rase inilah job paling successful yg i penah lakukan dan patut diri sendiri bangga.

    Sis LisaLisut
    @ Hehe, I pun tercari2 apesal name u tak muncul2 kat komen :) Takpe yang, janji komen!

    Haha. nanti turn u, agaknya, u rileks mesti KR yg gelabah suruh u pegi cepat2, biasalah org lelaki. risau, nebes, kalah kite yg nak beranak :)

    alah, tak suwit manelah. org kate gedik pulak kang nak bermanja laki bini kat blog nie ;p

    Sis harzharun
    @ Yesss! memang beza feelingnya dr point of view yg berbeza. Nanti ko dah nak bersalin lagi lah saspens ok! aku dah reply kat FB mek! cekidaut!

    Sis ida aziz
    @ ehh. kamu nak due dah kan? semoge semua selamat nanti. jangan lupe khabarkan berita gembira kpd kami :D

    Sis YUN
    @ Alhamdulillah kamu pun dah selamat kan Yun. syukur. selamat berpantang! :)

    Sis didieadila
    @ Haah. masa dah saat2 melahirkan tue, mama I siap bisik lagi spaya i tenang n sabar byk2 sbb dia pun dah lalui semua tu mase lahirkan i. tq dear :)

    Sis LeeyanaRadhi
    @ Banjir tak opis kau? hehe. entry aku biasa je, sekadar berkongsi feeling n experience. tengs beb! :D

    Sis diah
    @ Hehe. i pun pilih Batrisya sb nama hubby i panjang. xnak panjang2 sgt. payah nak nyebut dlm kelas nanti :)
    Ohh mcm tu eh? sebab I tgok dia tulis ade episiotomy kat summary file bersalin i tue. tengs mummy diah! nanti dah besar sket nak tempah baju kat mummy diah yer ;D

    Sis Nadiah
    @ hehe. tue lah. nasib jugak i tak pegi awal sgt. tengs dear :)

    ReplyDelete
  39. qiesh... aku dah lama ijinkan...
    *mmg xde hak cipta terpelihara pon... heh.

    nasib baik ramai yg setuju selukkk itu sakit... xde la aku rs cam ngade2 sgt. heh. aku pon konon bleh thn contraction tu, refuse la painkiller... ha, merasa... heh!
    dan ye, kebolehan terbaru kita menaip sambil BF. hahaha.

    *memjadi ibu adalah sgt best... patut la ramai yg sggup je sakit cmtu lagi berkali2... :)

    ReplyDelete
  40. agak nye akk yg terlambat skali bace entry ni..hehe..congrat's eh.. mmg bes kan experience jd supermak ni..hehe..our precious moment kan..hehe..nti de mase kite jumpe eh..

    ReplyDelete
  41. sis Qis
    @ ehh, aku rase mcm panggil name sendiri bile pangiil name kau. HAHA. ye betul, seluk tue sakit walaupun aku rase org mesti cakap aku ngada2 ke ape. lantak lah!

    samelah kite, refuse painkiller pastu hambek kauuu! :) jom kite tambah skill agi!

    sis Nanie
    @ alah kak, tak terlambat pun. baelum cukup sebulan lagi :)tq kak. ade mase kite jumpe. perkasa & nanding bukan jauh pong! ;p

    ReplyDelete
  42. Ya Ampun,comels nya baby,huh ada pengalaman yg rara dpt bila baca entry ni.sgt best.hope rara nt senang cm ni gak.heee

    ReplyDelete
  43. Salam perkenalan,bersalin at hukm erk?rus nes kat ctu,bertuahnyer dpat pengalamn mnjd seorg iboo,ble la mse rus pulak, :'(

    ReplyDelete

Komen lah korang!