Friday, November 26, 2010

Tips: Early Pregnancy - Masalah Muntah/Mual/Sakit Awal Kehamilan


Salam Jumaat ladies. Mendung-nya cuaca hari nie, malam tadi hujan tak berhenti.
Mendung membuatkan mata I liplap-liplap berkelip, macam mintak nak golek2 lagi petang2 ni atas katil.HAHA. Burok perangai di hari Jumaat!
Alhamdulillah, baby sudah berusia 7minggu kini.
Menurut BabyCenter ia sebesar blueberry :) Syukur.

Ramai mommy-to-be dan kawan2 tanya I pasal morning sickness.
Soklan wajib, "Kau alahan teruk tak?", "U ada muntah2 tak?"
Apa itu morning sickness? Dalam medical term ia digelar "nausea and vomiting of pregnancy"
HAHA. I tak reti nak translate dalam BM. Kena tanya dokter2. Dr Kay, Dr Harz :)

Alhamdulillah, so far I takde mengalami muntah2. 
Cuma kadang2 ada pening2 sket kalau banyak sangat jalan, terlalu letih or makan tak ikut time :D
 



*pict: Google*

Kat sini I nak share sket Tips-tips mengurangkan rasa tak selesa masa awal2 pregnant.
Rasa tak selesa ni termasuklah muntah2, sakit kepala, sakit pinggang, sakit perut, senak dll.
Haa, amik kau, nak sangat ada baby, tanggung lah semuanya.
Tapi apa2pun, ia memang pengalaman yg sukar digambarkan dengan kata-kata.
Apa2pun hope Tips pasal morning sickness dan symptom2 nie boleh bantu mommy-to-be semua.
Tips nie I cedok & olah dari Forum Ratuhati.com dan tokok tambah hasil pembacaan majalah Pa&Ma


Untuk B2B dan Newly Weds boleh juga amik info nie untuk kegunaan masa depan ;p
Cekidaut!! :D

Masalah 1 # Muntah-muntah / Mual 

♥ Punca      : Hormon beta HCG yang bertindak balas pada bahagian otak.
♥ Tempoh  : Minggu ke-6 hingga ke-12. Ada jugak berlarutan sampai minggu ke-20.

♥ Cara Atasi:
1. Makan dalam jumlah sedikit tapi kekerapan tinggi.
2. Kurangkan makanan berlemak dan mengandungi garam yang banyak.
3. Makan banyak buah-buahan especially yg banyak potassium (anggur & pisang)
4. Elakkan air bergas/berkarbonat dan berkafein.
5. Jangan makan jeruk atau asam (banyak asid, garam, perisa dan pewarna tiruan - tak elok untuk baby).
6. Cuba makan makanan berhalia (boleh buang angin untuk elakkan senak perut)
7. Elakkan diri dari mengidu bau2 yang keras (perfume, bau makanan dll - bergantung pada individu).
8. Jika berterusan perlu ambil ubat tahan muntah seperti Maxalon atau Ancoloxin.
9. Banyakkan minum air (Nie untuk elakkan air kurang dalam badan sebab muntah

p/s: Pesan encik so-army standby buah limau/lemon/kulit oren dalam handbag, kalau rasa nak muntah cium je. Bau limau/lemon/kulit oren boleh reduce rase nak muntah. Insya-Allah


Masalah 2 # Sakit Pinggang/Belakang

♥ Punca      : Penyesuaian badan dan tulang belakang terhadap perubahan pusat graviti tubuh. Ligamen jugamula merenggang dan menyebabkan sakit belakang.
♥ Tempoh  : Minggu ke-12 ke atas bergantung kepada individu.
♥ Cara Atasi:
1. Jaga posisi tubuh ketika duduk, berjalan dan berdiri.
2. Elakkan mengangkat barang2 yang berat (Jika terpaksa, gunakan kaedah yang betul)
3. Lakukan urutan yang perlahan di bahagian bermasalah.
4. Letak bantal kecil di belakang badan especially masa duduk.
5. Alas belakang badan dengan bantal sewaktu tidur atau berbaring untuk menyokong bahagian belakang dan tulang belakang. (Wanita hamil digalakkan untuk mengiring ke sebelah kiri sewaktu tidur kerana ia membantu pengaliran darah dan oksigen ke plasenta).
6. Elakkan memakai high-heels. Pakai sandal/kasut yang comfort, tidak terlalu leper, tidak terlalu tinggi.



Masalah 3 # Sakit Kepala  

♥ Punca      : Ketegangan dibelakang tengkuk & leher.
♥ Tempoh  : 1st trimester dan bergantung kepada individu.

♥ Cara Atasi:
1. Berehat secukupnya kerana pening bertambah teruk kalau mommy kepenatan.
2. Tidur sekejap di siang hari (trimester pertama, wanita mengandung kerap berasa letih dan mengantuk) ~ HAHAHA. yang ni betul! :D
3. Bersiar-siar dan buat senaman ringan untuk dapatkan udara segar (Oksigen yang cukup ke otak, kaan mengurangkan/menghilangkan pening!)

4. Elakkan tempat panas dan crowded.


Masalah 4 # Kembung Perut/Senak/Sembelit



♥ Punca      : Masalah ini kerap berlaku di awal kandungan akibat peningkatan hormon progesteron yang menyebabkan pergerakan peristalsis usus menjadi perlahan. Oleh kerana itu jugalah angin di dalam badan sukar dikeluarkan.

♥ Cara Atasi:
1. Banyakkan minum air (10 - 12 gelas sehari) - mak aihhh! banyaknya. I tak suka minum air masak. Suka minum air buah. Boleh?
2. Makan makanan berserat especially sayur berdaun hijau.
3. Elakkan sayuran berkacang kerana boleh menghasilkan gas dalam usus menyebabkan pedih ulu hati dan senak perut.
4. Tidur sekurang-kurangnya dua jam selepas makan malam.
5. Elekkan tidur menelentang.
6. Jangan skip makan, elakkan perut kosong.
7. Jika berlanjutan, ambil antasid (atas nasihat doktor).




Kesimpulannya, kesemua jenis sakit & alahan nie bergantung pada individu.
Ada yang mengalami kesemuanya dan mesti kesakitan berganda.Ya-Allah, kesiannya.
Syukur, I hanya pening & kadang2 senak sebab makan banyak ikut suka jer.
HAHA. takleh kawal la, sebab i memang kuat makan kan.
Cuma for now, amik supplement dan cuba nak kurangkan minum ais.
Sebab ramai orang kate, ais akan menambahkan spare-tyre lepas bersalin dan menyukarkan proses menguruskan badan lepas deliver :D
HEHEHE. Berat I? masih maintain 54kg.
Tapi pelik tak, suma orang cakap I dah chubby in fact, jam I pun dah ketat.
Baju okey lagi setakat nie.






*pict: Google*

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
 
Minggu ini, ialah minggu memenuhi undangan majlis perkahwinan, makan free.
Malam nie reception Heed belah Asri.
Asri, Acik, Zara & Tahirah. jumpa kamu yer ;D
Tahniah kepada geng blogger Farah, Kay, Reen yang bakal menyertai geng wifey2 :)
Juga tahniah kepada encik Firdaus & Ida, besfren encik so-army. Jumpa di Sabak Bernam esok.
Ohh, ramai lagi yang kawen minggu nie. Nak listkan satu2:
Waqi & Yana - Kelantan (Waqi = Encik so-army officemate)
Nisa & Nazri - Perak (Nisa = Encik so-army squad)
Hadi & Hidayah - Sri Kembangan (Hadi = my ex-matrician)
 

Ini hadiah dah ready balut, tinggal nak bagi je kepada bakal perantin :)



BisikChenta: Baju biru ke wedding Kay, Baju purple ke wedding Heed. Ohh. Banyak baju  nak kena gosok di musim kawen :D

10 comments :

  1. :: salam akak ::

    ~ wah..seronok nyer..byk info akak share..senang lah shaye nak refer bila turn shaye plak nanti..hehe..

    ~ banyak nyer akak nak g kenduri kawen membe2..taking care yup..

    ~ jaga makan n banyak kan rehat yea..seronok bb kat dalam 2 asyik berjalan jerk erk..hahaha...

    ~ akak t kasi upload lah pic akak yang dah chubby 2..mau tgk..hehehe..mesti comey..n dah buleh start beli baju2 pregnant ni...hehe

    ~ salam kak..hati2 tau..kimsalam kat bb..cakap auntie echa kimsalam..hehe ;)

    ReplyDelete
  2. thanks for the tips dear :),take care

    ReplyDelete
  3. wahhhh dh pregnant?? i br tau.. '__' anyway millions congratulations to u!!!! take care, friend!

    ReplyDelete
  4. bakiss!dah pregnant ye?congrats for u and hubby..jage kesihatan elok2..hepy for u :)

    ReplyDelete
  5. wah! byk betul tips! hehe alhamdulilah asna dah masuk 9weeks. muntah2 dah berkurangan ;))

    ReplyDelete
  6. qish!!!!!..xtau la nape sejak dua menjak ni aku suka jerit nm ko dulu sblm bg komen..haha...

    babe...aku mengalami masalah ke4..almost a month dah...tp aku cek upt pg td xkuar pun line T tu..huhu...ms ko wat upt, ko lewat piyed bp hari??..aku br 5 hr ni..x bharap sgt sbb aku pernah lewat 10 hr tp alih2 piyed je..huhu...apa2 pun, doakan aku join ko yea..

    ReplyDelete
  7. baru 1st trimester ek? take care.yg penting makan benda yg berkhasiat.u'r very lucky sbb takde alah.saya alah teruk smpi 5bln.

    ReplyDelete
  8. sis Echa
    ~ nak wat camne dik. kenduri kawen org jemput, wajib pergi!

    sis Pia
    ~ welcome kak! :)

    sis Wani @ Mrs Azhar
    ~ Thanks dear :)

    ReplyDelete
  9. sis Marya
    ~ aah yana. baru je. bile ko nak join the club! tengs anyway :)

    sis Asna
    ~ Alhamdulillah. dah kurang yer? mesti lega kan?

    sis harz
    ~ jerit la mek. ikut suka kau :) kau bace blog aku pun dah syukur :D
    insyallah babe, ade rezeki ko, mane tau leh share story same2. aku doakan kau ye :)

    sis Ainul
    ~ thanks dear :) 5months still ade sickness lagi? OMG! kesian nye u! ape2pun semoga mama & baby selamat!

    ReplyDelete
  10. yayy!!!congrats2 mommy to be! :) semoga sihat2 sokmo deg!

    ReplyDelete

Komen lah korang!