Salam :) Hai semua.
M.A.N.D.I !
Ibu-ibu mengandung mesti suka bila cakap pasal mandi nie. Haha. Silalah faham bahawa bila situasi "Ada roti dalam oven" mommy-to-be mesti akan rasa panas, belengas, rimas, melekit. Asyik nak mandi je. Kalau duduk rumah pulak rasa nak pakai 2-piece je. HAHA. Ini serius!!
Gambar sedikit sexay! Ampun! |
So, bercakap pasal mandi, I nak share sedikit info pasal mandi yang berkaitan dengan bersalin. Mandi selepas bersalin. Dah lama sebenarnya nak share perkara nie. Alhamdulillah, suami I dulu SMKA (macam tak percaya! hehe), dia sedikit sebanyak bimbing dan bantu I. I tak cakap dia tahu semua benda, dia pun belajar jugak. Dia jugalah yang cari info untuk menyokong fakta berkaitan mandi selepas bersalin ni, siap dah savekan link2 berkaitan lagi (Ailebiu Hubby!) Cuma baru sekarang berkesempatan nak share.
I sendiri ingat-ingat lupa dan a bit confused tentang hal ini. Almaklumlah, ilmu agama tidaklah sebanyak mana. Ingat2 lupa ape yang ustaz dan ustazah ajar masa sekolah dulu.Tue lah dulu tak concentrate belajar, dah tua baru terkayak2. Tapi seingat I, ada DUA KALI mandi untuk para wanita/ibu yang melahirkan @ bersalin, iaitu mandi WILADAH dan mandi kerana NIFAS.
I sendiri ingat-ingat lupa dan a bit confused tentang hal ini. Almaklumlah, ilmu agama tidaklah sebanyak mana. Ingat2 lupa ape yang ustaz dan ustazah ajar masa sekolah dulu.
Apa itu MANDI WILADAH?
FYI, mandi ini bukan mandi after darah nifas kering tau,tapi mandi selepas bersalin. Mandi ini dinamakan mandi Wiladah. Wiladah ialah darah yang keluar mengiringi bayi dari kandungan ibunya. Ia juga bermaksud kelahiran anak termasuklah keguguran (sekalipun hanya berupa segumpal darah atau segumpal daging).
Sebagai peringatan, berikut adalah perkara wajib mandi hadas besar (bagi perempuan):
1. Haid
2. Wiladah (melahirkan anak)
3. Nifas
4. Berjimak
1. Haid
2. Wiladah (melahirkan anak)
3. Nifas
4. Berjimak
Percaya atau tidak, perkara penting inilah yang most of women/mommy-to-be confused, dan bile dah konpius dan takde jawapan ade yang ignored. Ramai yang tak tahu pasal mandi after deliver nie. A few akak2 & kawan2 berpengalaman yang I tanya, berapa kali diorang mandi selepas bersalin, lebih separuh menjawab SEKALI sahaja, iaitu mandi setelah darah nifas kering. Bila I tanya/cakap, "Eh, bukan kena 2x mandi kelepas bersalin?", kebanyakkan jawapan yang I terima lebih kurang @ sewaktu dengan jawapan di bawah:
- "Berapa kali nak mandi daa..? Sekali je la mek, lepas ko punye darah nifas kering"
- "Haihh, akak sepanjang pantang mandi boleh dikira. Mandi yg wajib lepas abis darah lah"
- "Mak aku tak bagi aku selalu mandi sangat, sejuk katanya. Nanti badan masuk angin"
I tak cakap statement mereka salah, dan I tak cakap I betul. Mungkin mereka juga ada nas-nas atau dalil yang menyokong. I pun masih belajar dan sama-sama belajar, baiki diri, topup2 mana ilmu yang kurang. Ilmu yang kita ada, harus dimanfaatkan dan dikongsikan bersama. Sharing is caring kan? Melalui info-info yang I perolehi dan melalui bacaan, ada yang bersetuju mandi SEKALI sahaja selepas bersalin dan ada juga yang berkata DUA KALI.
Mana satu nie, SEKALI atau DUA KALI mandi selepas bersalin?
Berikut adalah beberapa info yang I dapat dari sumber-sumber tertentu.
Pada dasarnya, semua perkara yang berkaitan dengan membersihkan diri (seperti mandi, memotong kuku) adalah Sunat. Begitu juga dengan istilah mandi wiladah ni yang dikaitkan dengan mandi selepas bersalin. Walaupun sesetengah orang berkata ia adalah sunat yang sangat dituntut (sunat ab'ad), tetapi ia masih jatuh kepada sunat. Jika dilakukan mendapat pahala tetapi jika tidak, tidak pula dia berdosa, kerana mandi wiladah tak membolehkan dia tercapai hasrat untuk membolehkan melakukan ibadah.
Yang jatuh Wajib adalah mandi hadas besar/wajib (mandi selepas nifas sekurang-kurangnya selepas kering darah nifasnya atau selebih2nya 60 hari), kerana ia menyucikan diri untuk membolehkannya melakukan ibadah. Mandi hendaklah didahului dengan niat dan hendaklah dipastikan air itu air mutlak dan sampai air itu ke seluruh bahagian termasuk rongga.
Yang jatuh Wajib adalah mandi hadas besar/wajib (mandi selepas nifas sekurang-kurangnya selepas kering darah nifasnya atau selebih2nya 60 hari), kerana ia menyucikan diri untuk membolehkannya melakukan ibadah. Mandi hendaklah didahului dengan niat dan hendaklah dipastikan air itu air mutlak dan sampai air itu ke seluruh bahagian termasuk rongga.
Sumber dan Rujukan:
Menurut mazhab Imam Syafi’ie, Imam Malik dan Imam Ahmad (mengikut satu riwayat darinya);
- Wanita yang melahirkan anak atau keguguran, ia wajib mandi jika ditakdirkan tiada darah nifas yang keluar. Ini kerana anak atau janin tersebut adalah asalnya dari air mani yang telah menjadi kanak-kanak. Keluarnya anak atau janin dari faraj dapat diumpamakan seperti keluar mani darinya, maka wajiblah mandi.
- Namun jika ada darah nifas yang keluar selepas kelahiran atau keguguran tersebut, maka hukumnya tertakluk dengan hukum wanita yang kedatangan nifas dan ia hendaklah menunggu hingga kering darah nifasnya barulah mandi.
Namun mengikut mazhab Imam Abu Hanifah dan satu riwayat lain dari Imam Ahmad;
- Wiladah tidak mewajibkan mandi kerana tidak ada dalil yang menegaskannya.
- Berkata Imam Ibnu Qudamah (salah seorang ulamak mazhab Hanbali) dalam kitabnya al-Mughni; “Yang soheh ialah tidak wajib mandi ke atas wanita dengan sebab wiladah, kerana suatu kewajipan hanya sabit dengan nas (dalil) Syarak. Dalam masalah wiladah ini tidak ada nas Syarak yang mewajibkan mandi dan juga tidak ada pengertiannya dalam nas. Ini kerana bayi yang dilahirkan bukanlah darah dan bukan juga mani, sedangkan yang terdapat di dalam nas (dalil) Syarak; perkara yang mewajibkan mandi ialah dua sebab yakni keluar darah dan keluar mani)”
Sumber dan Rujukan:
1. Al-Majmu’, Imam an-Nawawai
2. Al-Mughni, Imam Ibnu Qudamah
3. Al-Fiqh al-Manhaji, Dr. Mustafa al-Khin dan Dr. Mudtafa al-Bugha
Tiada dalil mengenai mandi wiladah. Menurut fatwa Indonesia wiladah ialah wanita bersalin tanpa nifas dan Nifas ialah darah yg keluar sesudah kosongnya rahim wanita bersalin.
Pada dasarnya, mandi wiladah ini hanya hadir dalam mazhab Syafi'e. Ini perkara khilaf. Jumhur hanya mewajibkan mandi disebabkan nifas. Perkara ni banyak kekeliruan berlaku di kalangan orang Melayu. Kalau seseorang tu ada darah nifas, maka tak perlu dia mandi wiladah selepas bersalin tersebut, melainkan memadai untuk dia mandi sekali sahaja selepas darah nifasnya berhenti. Mandi sebelum darah nifas berhenti tidak mengangkat hadas besar tersebut.
Yang dikatakan mandi wiladah tu, adalah apabila seseorang itu bersalin, atau keguguran, tanpa kehadiran darah nifas. Contoh macam Sayyidatina Fatimah yg tak berdarah nifas. Maka dalam kes ini, mereka perlu mandi wiladah selepas mereka bersalin.
Tujuan mandi adalah utk membersihkan diri dan membolehkan kita bersolat. Selepas mandi nifas, boleh bersolat spt yg disebut dlm hadith. Jadi, apa keperluan mandi wiladah jika masih tidak boleh beribadat (puasa, solat) sehingga menunggu keringnya Nifas?
Sumber & Rujukan:
Mesra.net
Ahkam at-Toharah, Dr. Abdul-Karim Zaidan
Ahkam at-Toharah, Dr. Abdul-Karim Zaidan
Para ulama telah ijmak mengatakan bahawa wajib mandi dengan sebab keluar darah nifas. Termasuk di dalam perkara yang mewajibkan mandi ialah:
Bagi sebilangan perempuan yang terpaksa menjalani pembedahan perut (Caesar) untuk mengeluarkan anak, maka dikategorikan hal yang sedemikian itu sebagai wiladah maka wajib ke atas perempuan tersebut melakukan mandi.
Perlu diingat, mandi kerana beranak dan mandi kerana nifas mempunyai perbezaan. Bagi mengelak kekeliruan, maka darah nifas ialah darah yang keluar dari rahim perempuan selepas melahirkan anak sekalipun hanya setitik. Bermulanya darah nifas itu keluar sebelum berlalu 15 hari setelah seseorang perempuan melahirkan anak. Andaikata darah itu tidak keluar melainkan setelah berlalu masa selama 15 atau lebih, maka darah yang keluar itu tidak dikatakan sebagai nifas tetapi ia merupakan darah haidh. Maka dalam hal ini perempuan tersebut diwajibkan mandi kerana nifas.
Maka apabila seorang perempuan telah melahirkan anak, dia wajib mandi kerana beranak (wiladah) dan wajib juga ke atasnya mandi nifas setelah berhenti darahnya atau habis tempoh masa yang sederhana iaitu 40 hari / 40 malam atau maksima selama 60 hari / 60 malam.
- wiladah iaitu mandi kerana beranak, sekalipun melahirkan tanpa basah (darah).
- perempuan yang mengalami keguguran anak, sama ada keguguran itu hanya berupa darah beku (‘alaqah) ataupun hanya berbentuk seketul daging (mudhghah).
Bagi sebilangan perempuan yang terpaksa menjalani pembedahan perut (Caesar) untuk mengeluarkan anak, maka dikategorikan hal yang sedemikian itu sebagai wiladah maka wajib ke atas perempuan tersebut melakukan mandi.
Perlu diingat, mandi kerana beranak dan mandi kerana nifas mempunyai perbezaan. Bagi mengelak kekeliruan, maka darah nifas ialah darah yang keluar dari rahim perempuan selepas melahirkan anak sekalipun hanya setitik. Bermulanya darah nifas itu keluar sebelum berlalu 15 hari setelah seseorang perempuan melahirkan anak. Andaikata darah itu tidak keluar melainkan setelah berlalu masa selama 15 atau lebih, maka darah yang keluar itu tidak dikatakan sebagai nifas tetapi ia merupakan darah haidh. Maka dalam hal ini perempuan tersebut diwajibkan mandi kerana nifas.
Maka apabila seorang perempuan telah melahirkan anak, dia wajib mandi kerana beranak (wiladah) dan wajib juga ke atasnya mandi nifas setelah berhenti darahnya atau habis tempoh masa yang sederhana iaitu 40 hari / 40 malam atau maksima selama 60 hari / 60 malam.
Sumber & Rujukan:
www.geocities.com/ibudanbayi/petua_hamil.htm
ULASAN?
Mengikut pengalaman mama + mak mertua, diorang pun cakap mandi je DUA KALI, after deliver dan after berhenti darah nifas.
REASON?
1. Jika ditakdirkan ajal menjemput sebelum darah nifas kita kering, sekurang-kurangnya kita sudah berada di dalam keadaan bersuci.
Dear mommies yang berpengalaman and lebih arif, tolong betulkan jika I salah yer.
Kepada yang dah tahu, Alhamdullilah,
Kepada yang belum tahu, sama-sama kita beramal dan menyampaikan.
ILLALLIQA WASSALAMAH Kepada yang belum tahu, sama-sama kita beramal dan menyampaikan.
love this info!! thanks for sharing!!
ReplyDeletei pon tak sure sgt pasal2 mandi tu..entry ni sgt membantu =)
hurm good info kidz..aku pn sbnrnye xpenah tau b4 this.normally dgr psl nifas jek.harus risik jgk dgn mak aku ni.thanks kidz for sharing..jarang org share pasal ni..hihi
ReplyDeleteqish,good info!!Aritu deana pn confuse mse abort,nk mndi wjib cmne?tye2 kwn,search kt tenet rpenya mndi wiladah,brulah phm cmnekn..so,info yg ni pn mmg bgus utk pngetahuan ktekn...
ReplyDeleteqa pun penah tanye pasal nie..
ReplyDeletemmg ade yang kata mandi wiladah ni adalah ialah wanita bersalin tanpa nifas..
tapi tulaa mmg confuse.. nak kena tanye betul2.. nak mandi after bersalin betul2 ke or boleh skip 2 hari lepas bersalin ke ape.. sbb after bersalin kan kita ada kat hospital lg.. hee~
qiesh!..aku mmg pernah tbaca sal mandi wiladah ni...statement yg mula2 tu..."Wiladah ialah darah yang keluar mengiringi bayi dari kandungan ibunya. Ia juga bermaksud kelahiran anak termasuklah keguguran (sekalipun hanya berupa segumpal darah atau segumpal daging)."...so, pas baca tu, aku mmg letak dlm kepala mmg kne mandi 2x la slps branak...dan aku xtau plak, ada byk pendapat & x tau plak ramai yg xtau sal ni..
ReplyDeletepd pendapat aku, baik kita mandi 2x kan..xde mudaratnya pun...cuma aku nak tny, nak mandi wiladah tu sejurus selepas beranak ke nak kne tunggu bbrp hari dulu??
btw, thanx for sharing!
i loike!!!
ReplyDeletetq dear for sharing..yun pn xalert psl kene mandi dua kali ni,salu pk after darah dah kering baru mandi..ya Allah,nasib u post psl ni,kalau x mesti lalai.. =)
ReplyDelete...I mandi 2 kali...
ReplyDeleteTp niat mandi hadas besar je la...
1st tu xtau gak..tp sbb penah dgr...so wat je la...1st bath after deliver. then lepas pantang...darah benti lambat almost 60 days...
good info =)
ReplyDeletekak, thanks ya for the info! very useful lah. pasni nak kena ty pd mak sendiri plak :)
ReplyDeletep/s: ya, pasal bdn melekit, berlengas tu mmg sgt2 betul..rs kalo bleh nak men air je 24 jam, bg bdn sejuk. brrr~~ kalo kat umah sendiri pakai mmg sexy habis. ni kat umah parents, alamak, haruslah jd budak baik menutup ape yg patut :))
sis Amalina
ReplyDelete@ welkam dear. kalau nak sure, tanye ustaz/ustzah lah.
sis Yumie
@ pegilah tanye org tua2. mak aku cakap mandi 2x je, niat je nak bersihkan diri. Allah tahu ape yg kita lakukan dgn iat kan?
sis Deana
@ yes, yg gugur pun wajib mandi kan. yes, good info untuk semua.
sis Atiqah
ReplyDelete@ Tue lah, kekonfiusan tu yg kadang2 buat jadi ignored. tu yg tak mahu tue.
My mom n nenek cakap, mandi tue lepas2 bersalin, kat hospital pon boleh. kalau ade air panas lagi bagus lah.
mandi je dengan niat nak bersihkan diri, Allah tahu niat kita, dan kita pun bukanlah mandi beria macam kat spa bagai.
sis Harz
@ Haah, benda nie mmg byk confiuskan org. aku ade tanya kawan sekarang imam kat masjid qariah aku, die pun cakap seelok2nya mandi 2x.
bab mandi selepas bersalin tue, aku rase kena tanye org2 tua @ yg lebih arif. setahu aku, lepas bersalin (means, kita dah larat bangun, jalan dsb) tapi taklah sampai 2-3hari kot.
sis cheqmoomoo
ReplyDelete@ me like it tooooooo :D
sis Yun
@ Alhamdulillah, ada jugak yg dapat manfaat dari ilmu yg i share nie :) I pun bukan tahu sgt dear, byk bertanya dan cari info.
sis Nahiz
@ Yup, i pun memang akan mandi 2x. lebih baik buat je kan? kalau sunat sekalipun, kita dapat pahal sunat. InsyaAllah :)
sis farah
@ hehehe. penat buat research :D
sis elanie*Q
ReplyDelete@ yes, better tanya org2 tua n lebih arif. akak sekadar share ape yg patut :)
HEHEHE. akak pun dok umah mak ayah gak skrg, memang harus lah cover sexy sket. kalau tak, dah lame dah......... ;p
i like this info!sgt useful.i tak terfikir lgsg psl mandi bersalin ni.mmg la dulu ade belajar tp tak terigt la sbb tak pregnant lg kan.hmm.tp i cnfuse,meaning dh mandi pas deliver dh bole solat ke? i tak fahammm jangka masa bila bole mandi n solat dgn tepat huhu
ReplyDeletesis Lisa
ReplyDelete@ yelah, belaja dulu tapi dah lupe kan. so, ni i teringat dan mengingatkan.
ok, kalau ikut ape yg i paham:
~Kalau dah mandi lepas bersalin, if ada darah lagi, kena tunggu darah nifas habis, paling lame 60hari. then, baru mandi and boleh buat ibadat wajib.
~ or lagi 1 case, tak keluar darah lagi dah lepas2 tue, means dah kira bersih lah. so dah boleh beribadat.
sebab itulah, kena niat kedua2 mandi tersebut adalah mandi wajib :)
salam,
ReplyDeletebagus info nie..mase melahir dulu pon kompius jugak..ade yg ckp mandi skali..ade yg ckp 2kali..lepas wat research2, lepas bersalin tue, bile dah ilang letih(within 24hours), mandi wajib wiladah dkt dlm ward plak tue..ihihi..
suddenly lepas siap2 mandi, ade ustazah yg wat rounding utk bace doa utk anak2 muslim yg br lahir + wat tahnik..and die pon pesan kene mandi wajib wiladah dlm mase 24jam lepas bersalin and sekali lg mandi lepas darah nifas kering..
just to share..hihi..:)
Thanks! Very good info. Mmg dulu ada belajar, tp x teringat langsung. Yg ingat mandi nifas je. Thanks again. :))
ReplyDeletegud info...walaupun dh tau but this info betul2 berguna...dgn dikuatkan dgn pendapat2 yg bernas..mostly dulu2 mama i pon xtau..ingt juz mandi sekali lps abis nifas..dia yg bgtau kt i lps dia gi dgr ceramah agama..& plus dulu2 walaupon i gi skola agama apelah xdgr btol2 ustazah2 tu ajar..hai..nasib ade ceramah2 & internet kan..hehe..leh cr balik ilmu yg tertinggal..thanx for sharing & reminding..
ReplyDeleteooo bgs berguna ni aqiesh,thanks
ReplyDeletesis syiekin
ReplyDelete@ ohh, within 24hours la kan maknanya? dalam ward boleh aje, slow2lah kan? bukan nak kejar ape pun, janji kita mandi bersihkan diri.
bagusnya siap ade ustazah round mengingatkan. hosp mane yer?
sis amy
@ welcome dear. sharing is caring :)
sis etty
@ tuelah, i pun ingat ade 2x mase belajar dulu. but this time come out dengan fakta n nas yg sahih la. share ilmu yg baik same2 dpt kebaikkan :)
sis Pia
@ haah Kak. ilmu kongsi dengan org lain :) dapat jugak tambah pahala. amin!
haah..ustazah tue kate within 24hours kene mandi wajib wiladah..melahir last year dkt hospital sultan ismail, johor..:) awk pon tak lame lg nak due kan? good luck and enjoy the moment!!
ReplyDeleteSis..nk tye..lau pantang da 20 ari..kna mndi wiladah gk ke..sbap bru tau kna mndi wiladah..ngt kn kna mndi nifas je..
ReplyDeletePelik.. Klu dh d kasi tahu wajib mandi sekali shj apabila sdh kering nifas, mengapa perlu mandi 2x (mandi wiladah, kalau blum kering nifas?)
ReplyDeleteKalau alasan bila kita sampai ajal at least dlm keadaan suci selepas mandi wiladah (wlwpun nifas belum kering) mcm tak munasabah sbbnya dari pengalaman bila kita sampai ajal org tu dlm keadaan berwudhu sekalipun masih tetap dimandikan wajib (mandi mayat - mandi terakhir - mandi menyucikan mayat utk pertemuan dengan Sang Pencipta)
Waluallahualam
Just to add on:
ReplyDeleteKita kena fham secara amnya apa maksud mandi wajib - mandi menyucikan diri dri segala kotoran utk membolehkan seseorang itu melakukan ibadat esp ibadat yg wajib spt solat puasa dan sbg nya
Tetapi bila halnya seseorang itu msh belum bersih dari kotoran yg semula jadi spt haidh dan nifas, tidak lah d tuntut utk mendi wajib d sbbkan terpisahnya hukum wajib solat (ibadah) dari diri mereka utk sementara waktu --- lain lah pulak halnya darah istihadah (bukan normal, darah tak normal)
Mandi wajib term yg d guna secara am nya
Sebab Mandi wajib, wajib dilakukan ketika:
1. Sesudah bersih dari haid
2. Nifas
3. Melahirkan anak tanpa darah nifas spt say. Fatimah dan ibu kandung nabi sendiri
4. Slps berjimak - sama ada kluar air mani ataupun tidak
5. Kluar air mani dgn senghaja atau tidak senghaja tanpa melakukan jimak (spt dlm keadaan tdur)
6. Mati
7.... Etc
Aslmualykm... Alhamdulillah.. Drpd ank pertama saya dh tahu dan akn mndi wiladah selps shj keluar drpd labour room... Cuma.. Nak tanya sikit.. Jika bersalin dgn cara pembedahan.. Mcm mne ye? Nak rata kan air seluruh badan? Dgr2nye tmpt jahit bedah tk boleh kena air. Boleh bg pencerahan tk.. Blm lg pernah bersalin cara bedah.. Nak tahu caranye je.. Saya skrg sedang mengandung...
ReplyDeleteAslmualykm... Alhamdulillah.. Drpd ank pertama saya dh tahu dan akn mndi wiladah selps shj keluar drpd labour room... Cuma.. Nak tanya sikit.. Jika bersalin dgn cara pembedahan.. Mcm mne ye? Nak rata kan air seluruh badan? Dgr2nye tmpt jahit bedah tk boleh kena air. Boleh bg pencerahan tk.. Blm lg pernah bersalin cara bedah.. Nak tahu caranye je.. Saya skrg sedang mengandung...
ReplyDelete