Showing posts with label Parenthood journey. Show all posts
Showing posts with label Parenthood journey. Show all posts

Monday, April 23, 2018

BASYEERA | Sunat @ Khitan anak perempuan

Assalammualaikum WBT.

21 April 2018 - Basyeera selamat dikhitankan.

Debor ke tu dikk?

Berkhitan?
Berkhitan / berkhatan / bersunat bagi bayi perempuan adalah proses yang melibatkan hanya pemotongan sebahagian kulit pada bahagian atas faraj. Ala-ala cuit secoet jer. Tak perlu nak takut yer, totally tak sama dengan proses berkhatan bagi lelaki.

Hukum Khitan?
Terdapat beberapa pendapat utama dalam hukum sunat/khitan bayi perempuan. Dalam konteks Malaysia dan Mazhab Syafie – wajib, tetapi ia tidak diberatkan sekiranya terdapat halangan mahupun kemudaratan bagi anak tersebut.

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-86 yang bersidang pada 21 – 23 April 2009 telah membincangkan Hukum Pemotongan Genitalia Wanita (Female Genital Mutilation) bersetuju memutuskan bahawa hukum berkhatan bagi wanita adalah wajib. Namun, sekiranya ia boleh membawa kemudaratan pada diri, maka ia perlu dielakkan.

Bila boleh / sepatutnya bawa bayi perempuan berkhitan/bersunat?
Anak weolls tiga-tiga perempuan. Semuanya buat seawal 2 - 3 bulan. Senang cerita masa belum  naik kerja lah. Sebab incase kalaulah ada apa-apa masalah macam demam ke, melalak tanpa henti ke, baby masih ada dengan mak dan tak perlu nak stress kot anak tak selesa/sakit di rumah pengasuh/taska/dengan maid. 

Lagi satu masa awal ni senang nak handle. Paling-paling pun baby akan menangis. Kalau dia nak meronta-ronta pun setempat aje. Kena pegang kaki je pun masa procedure tu. 

Kakak-kakak teman adik

Lama ke prosesnya?
Allah. Cepat. Tak sampai seminit kot. Prosesnya melibatkan memotong sebahagian kecil selaput daging pada bahagian atas saluran kencing yang menutupi klitoris. Doktor cakap sesedikit yang mungkin agar tidak akan mencacatkan mahupun mencederakan. Tak perlu bius tak perlu nak distract baby. Tapi kalau dah besar maybe kena lah kot. Tak pasti.

Persediaan?
Sediakan duit. HAHA. Ok takde apa nak disediakan pun. Bawak pampers spare je lah kot. Dan, make sure baby sihat. Kalau demam tak perlulah bawak dulu, nanti baby cranky, kesian.

Penjagaan? 
Sunat anak perempuan ni amat cepat nak sembuh tak macam lelaki. Lepas sunat, tahan dengan kapas, darah tak mengalir lagi, kira dah ok lah tu. Basyeera lepas sunat boleh pi jalan AEON hahaha

Bersihkan macam biasa kita tukarkan pampers baby. Kalau pakai wipes, dalam 1-2 hari lepas khitan jangan la kuat-kuat sangat tekan kat tempat dikhitankan. Kalau spray air/basuh/mandi bersihkan perlahan-lahan. Ada baby yang menangis kalau kena sabun. Ada jugak yang lepas khitan, bila kencing menangis maybe sebab kena luka khitan tu. Apa-apa pun jaga je kebersihan kawasan tu. Oh ye, tak perlu letak minyak gamat ke apa, luka tu akan baik dengan sendirinya.

Tudiaa, sejam lepas sunat dah pi raon AEON baru. Kelass ko dik.

Pantang selepas khitan?
Takde pantang. Sebab tu dicadangkan baby seawal 2 bulan tu boleh terus buat. Sebab masa ni baby hanya minum susu ibu. Yang maknya kalau masih dalam pantang tu jaga je lah pantang okay.

Klinik by appointment @ walk in?
Sebelum pergi, weolls dah survey 2-3 klinik swasta yang boleh buat sunat/khitan bayi perempuan sekitar Kuching. Ada juga yang dicadangkan kawan-kawan. Sebaik-baiknya carilah doktor Muslim walaupun now dah ada doktor non-Muslim yang provide servis khitan ni.

Please refer dan contact dulu klinik sebab lain klinik lain polisi. Ada klinik boleh walk -in, ada klinik by appoinment sebab tunggu doktor ada baru buat. Ada juga yang buka weekend, ada yang boleh buat weekdays sahaja. Lain klinik, lain kepakaran dan pengalaman yang berbeza. Terpulanglah pada preferences masing-masing.

Kos?
Around RM25-RM70, bergantung kepada lokasi klinik dan kepakaran doktor di klinik tersebut. Itu sebabnya kena survey dan tanya dulu.


Untuk yang ada anak perempuan yang masih belum bersunat, eloklah disegerakan. Kenapa?
- Makin besar budak, makin macam-macam tantrum. Nanti kena bius plus susah nak control @ pegang budak masa proses sunat, kot dia meronta-ronta kan.
- Umur 4-5 tahun anak-anak dah boleh mengingat dan tahu perasaan takut. Nanti budak fobia @ takut jumpa doktor.
- Kita selalu didik anak-anak jangan exposed private part kepada orang lain, jadi taknak nanti jadi confusing pulak kat budak tiba-tiba disuruh kangkang depan doktor.

Untuk orang-orang Samarahan or Kuching, ktk org bolehlah nangga list dibah tok klinik-klinik yg ktk org boleh pegi nak polah sunat kei anak ompuan k? Mun anak laki boh nanyak kmk, awal mdh lom sampei masa nak survey hehehe

Klinik sunat/khitan bayi/anak perempuan di Kuching:

Klinik Syafa' (area Satok, bersebelahan Sendayu Tinggi)
Walk-in, weekdays & weekend.
Bayaran: RM25
Umur bayi : Bawah 1tahun.
Tel: 082-232 803

Klinik Sharifah Ihsan (Satok, shoplot setentang dengan Bank Islam Satok)
By appointment, weekdays & weekend.
Bayaran: RM50
Umur bayi: Tiada limit. 
Tel: 082-255 100

Klinik Naluri (area Kubah, sederet Wanda)
Walk-in weekdays sahaja.
Bayaran: RM25
Umur bayi: 4 bulan ke atas.
Tel: 082-410 848

RM25 tunai! 

Rasanya dah jelas lah kot kepada yang bertanya tentang sunat/khitan bayi perempuan.
Okay, semoga bermanfaat kepada semua.
Daa~

Wednesday, November 26, 2014

5 days preparation!

Salam.

Hai korang. Cerita Sabah postpone dulu. HAHA. Ada lagi 5 episod.

Baru Isnin hari tu decide dengan husben nak buat birthday Dyna, this weekend. Yerr, this weekend!
Mula² plan nak buat lagi 3 minggu, tapi pikir punya pikir masa tu dah start semester, dah start busy, pastu mesti weekend dah sibuk.

Makanya, terus je confirmkan Ahad ni je buat. Confirmkan tempat, booked itu ini, makan, beli² barang, dan hari ni start la kerja gila tak berapa nak gila. Nasib la aku suka. So tak boleh komplen lebih².

So, tunggu lah update nanti yer. Nak sambung buat kerja hakiki pulak ni haaa. Letih tangan dah main potong².

Kbai.

Belanja satu gambar!


 Mak memang akan selalu hoverr!

Thursday, November 20, 2014

Kisah Cik Diva Batrisya ke sekolah!

Salam.

Ini kisah last week. Rabu, babysitter aku ada emergency, terpaksa balik kampung subuh² hari. Ada kematian. Innalillah.

Lepas letak telefon jer kepala aku berpusing, pikir mana nak letak dua nak dara tue. Dengan laki aku takde, dengan kerja tengah melambak, pastu kena pikir nak hantar 3hari yer, bukan sehari, sebab dia balik kampung terus sampai ke hari Ahad.

So, salah satu idea yang terlintas kat kepala nak hantar Isya pergi taska. Terus whatsapp kawan aku, Kak Farah, yang juga owner salah satu taska kat dalam taman aku nie. Approved! Kak Farah suruh anta je Isya.

Aku pun apa lagi, kelam-kabut jugak buat instant checklist, apa barang nak bawak pergi taska. Debarrrnya! Yerr, first time la nie nak hantar dia ke taska. Mak yang hover. Masa ni aku tanya Isya nak pergi sekolah tak, dia cakap nakkkk! Laju aje mandi bila aku suruh. Padahal dia paling liat nak mandi pagi.

Ok, lepas siap semua, aku gerak pegi rumah babysitter tumpangan. Actually akak tu jaga anak kawan aku jugak. Aku pun dah mintak kebenaran tumpangkan Dyna untuk 3hari, kawan aku pun okay jer. Masa anta Dyna, Isya cakap "Adik, duduk elok² rumah acik yer. Kakak nak pegi skool" gituuu, kemain pesanan si kakak kan.

Sampai taska, Isya semangat nak sandang beg. Lagi² bila nampak depan taska ada buaian, gelongsor bagai. Aku hantar sampai pintu, salam, cium macam biasa, pastu cikgu ajak dia masuk dalam. Dia pun lambai -- dengan muka macam separuh nak senyum!

Sampai office aku buat kerja yang melambak kejar due date. Sempat whatsapp tanya keadaan adik. Kakak? Takde berita, aku ada msg cikgu dia tapi tak reply. Takpe. Tengah busy lah tue. Dengan harapan semua ok!

Dalam pukul 10 lebih, cikgu msg, 

"Batrisya nangis, kmk x tauk apa nya maok. Dah berik susu tek, x maok juak nya"

Aduhhhaiiiii!

Aku call cikgu, mintak nak cakap dengan Isya. Sepatah haram aku tak paham butir ayat dia. Sebab dok nangis meraung. Aku cakap kat cikgu kejap lagi aku sampai.

5minit kemudian aku sampai kat taska. Isya nampak aku terus datang peluk menangis². Pastu aku pujuk² la suruh diam, jangan nangis. Dia okay. Tapi bila aku cakap aku nak pergi kerja balik dia dah cebik balik.
Aku tanya cikgu, dia okay ke tadi. Cikgu cakap okay je mula² dia main dengan Adam (anak kak Farah) pastu dia main jugak lah. Pastu orang dah start belajar dia duduk sorang² kat tepi. Nak main dengan budak sebaya semua tengah belajar. Yang ada budak² kecik.

Aku : Kakak, mama nak work. Kakak duduk sini yer dengan kawan².
Isya : Tak nak. Kakak tak nak duduk sini. Kakak nak duduk dengan acik, nak pergi dekat Dyna. Kakak rindu Dyna.
**paused**

Okaylah fine lah. Jom lah jom.
Aku pun decide nak amik Isya dan hantar pegi rumah akak yang jaga Dyna.
Sampai rumah akak tu, dia masuk nampak Dyna terus peluk adik dia, pastu ajak main. Pastu aku nak salam babai, harommm takmau.
Oklah, janji bahagia lah kakak.

Petang aku balik amik dia macam biasa.
Malam sambil lepak², aku tanya Isya pasal kejadian kat taska.

Aku : Isya, kenapa tadi nangis kat skool. Kan Isya yang sibuk nak pergi skool.
Isya : Alaaa, kakak tak nak lah. Kakak malu. Semua orang pandang kakak.
krikk..krikk..krikk..krikk..

Alahaiiiii, diva sangat anak aku. Tak retis lah kakak kalau malu² gitu.
Aku tak perasan pulak bila datang perangai malu dia nie. Sebab kalau selalu main dengan orang lain takde plak malu gitu. Selalu dia yang dok berteromba sana sini, kalau main kat mana² playland ke play area kat shopping mall dia yang dok halau orang.
Or, maybe dalam suasana macam gitu dia tak boleh nak adapt lagi. Makanya keluarlah perangai diva ittewww. Alalalala anak!

Macam mana nak start hantar skool next year nie?
Mommies yang anta anak pergi taska skool etc any tips?

Cik diva Batrisya -- First day at school!

 Perangai diva tak boleh blah! Teringat mama pun pernah jadi diva masa sekolah dulu. Kbai!

Thursday, March 6, 2014

Dia yang berusia 2 Tahun 8 Bulan!

Salam Hi!

Lama budak nie tak muncul sebagai watak utama blog nie sejak kehadiran adik dia merampas tahta heroin. Hahaha.

Gaya star bangun tido tengok tv!

Hari nie, ikut bulan dan kalendar masihi si budak nie genap berusia 2 tahun 8 bulan @ 32 minggu. Lagi 4 bulan nak masuk 3 tahun. Haiii kejapnya lah masa berlalu. 

Macam baru je mama rasa tengok Isya merangkak army-crawl pastu tetiba berjalan. 
Macam baru je rasa suapkan Isya makan sekarang dah pandai makan sendiri.
Lama tak update perkembangan Isya.
So di usia ini ada beberapa benda penting yang mama nak catatkan buat kenangan nanti satu hari mama baca mau menitik air mata!

1. Lately Isya suka makan ikan. Dulu kalau boleh hari² nak ayam upin-ipin (drumstik). Sekarang dah boleh nak request makan fish. Mungkin sebab hari tu pantang, nenek rajin buat ikan bakar, so lama² suka makan ikan. Ok, so kira senang la mama, bila masak ikan untuk papa-mama punya dinner ke ape, Isya dah boleh join sekali kalau tak nak kene gorengkan ayam upin-ipin haihhh laaa anak!

Kalau ada kawan lagi lah makan bertambah²!

2. Pandai bukak peti sejuk. Haaaa, yang ni kemain bahaya. Dah pandai bukak peti sejuk, pastu amik air kotak besar ke, air sarsi mama or air oren yang dah memang siap² buat dalam fridge. Then, bawak pergi depan dengan bersungguhnya tuang air sendiri. Kalau yang ringan berjaya lah mengaburi mata mama macam takde apa berlaku. Tapi kalau yang penuh lagi dan berat sket tengok lah nanti basah² tue tau lah sapa punya kerja. Haihhh! Aktiviti biasa dijalankan ketika mama mandi, solat atau kat luar sidai kain.

Nampak tak nampak tak?

3. Potty train. Kadang² ada gak mama tak pakaikan Isya pampers especially siang hari kalau weekend dok kat rumah jer. Dekat umah mamak (panggilan kpd babysitter) pun kadang² Isya tak pakai. Ada la sesekali berjaya Isya bagitau bila nak kencing. Tapi lebih kepada dah kencing baru nak bagitau -___- Takpe kita cuba lagi.

4. Mewarna/Melukis. Yang ni dah tau dah amik bakat sapa. hehehe. Sekarang Isya dah pandai lukis ada nampak bentuk la. Lukisan pertama hari tu Isya lukis kucing, pastu berlari tunjuk mama sambil cakap "Mama, kakak lukis cat meow" Mama kagum pun ade, terharu pun ada sebab 1st time lukis ada rupa. Then, bila mewarna sekarang dah tak conteng² ikut suka macam dulu. Dah pandai colour dalam bulatan or any shapes. Yeayyy clap clap! Nanti mama anta masuk pertandingan mewarna okay :) Ohh lagi satu, kalau Isya nak start mewarna biasa Isya akan cakap, "Mama, kakak nak buat kerja sekolah" Ok, sekolah sangat. Tak sabar dah ke? Esok dah sekolah jangan ko cakap ko malas nak sekolah pulak. Masa tue, siappp!

Sekali pandang macam kucing, 2x pandang macam kartun ape ntah.

5. Mengira. Dulu count 1,2,3 pun salah. 1,3,4 katanyaa. Tapi sekarang dah pandai kira 1-10 sekali dengan tangan boleh tunjuk dan kira 1-10 sekali. Pasni ni kita kira 11-20 pulak okay!

6. Main puzzle/blocks. Selalunya kalau main puzzle and blocks tak pernah nak habis, tinggal separuh jalan. Sekarang dah complete dah, kalau main puzzle yang warna² tu dah boleh cantum semua dengan colour combination yang betul. Kalau main blocks dah boleh buat robot la/kereta la. 

7. Tidur. Adalah sangat susah bila nak suruh tidur tengahari. Biasanya nak mainnn aje. Tak main tengok tv, tak tengok tv layan tab tengok upin-ipin, pada zaman dahulu atau High-5.

8. Baju saiz besar. Mama tak tahulah anak mama ni yang debab or memang normal umur budak baya² ni baju saiz kena bear sket. Isya tak pakai saiz 2-3years kecuali gown/dress. Kalau baju² pyjama ke, t-shirt ke, seluar ke semua saiz 3-4years or 4-5years. Kalau tak nanti seluar senteng la, baju kejap je pakai pastu nampak pusat lah huhu patut la papa panggil Isya debab ;p

9. Layan adik. Ini memang ikut mood, tapi bila adik nangis automatik Isya akan panggil mama kat dapur ke kat mana ke "Mama adik nangis" pastu mama akan cakap pegi pujuk adik main ngan adik. Pastu kadang² mama intai, Isya dok agah² adik, pastu tepuk² adik cakap jangan nangis la. Pastu cium² adik. So proud of you sayang! Tapi kalau bukan mood baik, lepas cakap mama adik nangis, Isya terus main game ke, main basikal ke tanpa mempedulikan adik. Jerit banyak kali pun, nanti mesti jawapan Isya " Alaaa, Isya nak main dulu" tsk tsk kakak laa kakak! 

Main sambil jaga adik!
Ni mood baik lah nie. 

10. Dalam kereta duduk belakang. Disebabkan mama letak adik dalam carseat kat depan, so Isya kena la duduk belakang, tak boleh duduk depan macam dulu². Cuma kadang² ada lah masa²nya tiba² baring kat bawah seat sambil main tab. Tak pun duduk tengah² antara driver & co-driver tue. nasib lah rumah mamak dekat je. Kalau tak bersilat mama sambil drive.

So, tue je la catatan mama setakat nie. Mama harap ada improvement yang lagi banyak dan lagi besar bila mama update lagi nanti tak tahu bila. Tahun ni besday Isya bulan puasa dan mama tak sure papa ada tak ngan kita. Takpa nanti kita buat belated besday masa raya, Insyallah!

Kopipes? yes!
 NotaChenta: Tahun depan nak sekolah dah anak mama. Alaaa, nanti tak puas nak main ngan Isya! 

Tuesday, March 4, 2014

Info: Rambut Gugur Lepas Bersalin Sebab Air Liur Anak?

Salam. Hai u alls.

Sampai sekarang aku macam tak boleh nak terima hakikat dan perkaitan ini.
"Abislah rambut maknya gugur anak dah start main air liur"

Ni kalau laki aku lagilah macam-macam soalan dia dok pertikai. Apa kaitan air liur anak dengan rambut mak? Dalam perut anak makan rambut ke sampai nak ada kaitan dengan gugur? Kenapa air liur kenapa tak muntah ke, tahi idung ke, rambut anak dengan rambut mak ke? Ye lah kan, cuba bagi jawapan saintifik logik sket. Aku pun biasa takleh terima sangat kalau benda takde kaitan tibe² berkait macam nie haa.
Meh aku bagi jawapan ala-ala bijak pandai gitu. Haha.

Perkara yang ibu perlu tahu tentang rambut gugur lepas beranak.

1) Sebab utama rambut gugur lepas bersalin - Hormon dalam darah berubah lepas baby lahir.

2) Masa pregnant, peningkatan estrogen melambatkan pertumbuhan rambut. Hanya sedikit je rambut gugur setiap hari.

3) Lepas bersalin, tahap estrogen menurun dan folikel rambut masuk ke fasa berehat. Dalam fasa berehat ni lah rambut banyak gugur masa sikat rambut dan mandi.

4) Lepas fasa berehat, rambut pun gugur. Purata rambut gugur bagi wanita selepas bersalin ialah 50-100 helai sehari.

5) Tak payah nak panik menggelabah puyuh sangat sebab keguguran akan semakin berkurangan dan kembali normal antara 6-12bulan lepas bersalin. Alaa, lebih kurang setahun je. Pastu ko nak pegi perm rebonding ke ape ke pegi lah! *tu pun kalau tak mengandung lagi kikikiki*



Ok, so tak payah la nak meroyan lebih. Normal lah kan rambut gugur. Setakat tiap hari kene sapu rumah rambut bersepah tue apa de hal kan? kan?
Aku amik Zinc Shaklee, kuranglah sket gugur tapi adalah jugak. Pastu aku nak try satu produk shampoo nie La Bourse Paris hair care set. Produk ni tengah in sekarang. 


Cuba korang hashtag je kat insta #laboursemalaysia #laboursemurah sure keluar berbagai² seller dengan harga yang standard range aku tengok RM60-RM180 lah untuk satu set depends on barang apa korang amik. Basic shampoo & conditioner pastu ade tambah² la hair food la, serum la, tonic la. So far aku tengok testimoni memberangsangkan. Kasi aku try dulu baru leh tau berkesan dak. Meantime, makan lah supplement tue dulu yer!

NotaChenta: Kalau anak masuk kaki dalam mulut, maknya nak....?



Tuesday, February 25, 2014

Top #10 Benda Perlu Ada Semasa, Selepas Pantang & Naik Kerja

Salam. Tiup habuk sikit, fuhhh.
Ok mari mulakan entry yang ntah dah berapa lama terperuk. 
Actually, masa dalam pantang yang kedua hari tu aku perasan ada beberapa benda yang aku macam terpikir "Eh, kalaulah takde benda nie, macam manalah aku nak ........"
Masa pantang yang pertama kan tak tahu apa² sangat, semua benda macam konfiden tak konfiden nak buat.
Ok based on experience sendiri, di sini aku senaraikan barang/keperluan yang aku rasa perlu or maybe sangat perlu or sangat penting untuk ada semasa berpantang dan kegunaannya lepas² berpantang & jangka masa panjang.


1) Breast pump
Aku beli breastpump seminggu lebih lepas Isya lahir. Tue pun sebab dah selalu bocor ;p Yelah masa tue, dengar² orang cakap jangan beli dulu, tengok dulu production susu macam mana. Ada jugak yang cakap beli yang murah² dulu nanti kalau dah ok baru melabur beli yang bleh tahan pakai lama. Tapi aku tak suka 2-3 kali kerja lah, kang dah beli baru yg lama tu nak buat tukun ke apa? Memang boleh jual balik tapinya, ehh, senang cita aku taknak lah. Dan, Alhamduillah pelaburan berbaloi, dapat fully BF setahun, dan Isya stop 1tahun 8bulan masa aku pregnantkan Dyna. Masa dalam pantang kat umah parents aku mengepam jugak, tapi aku tak buat stok, sebab fridge umah mak aku sentiasa penuh. Kesimpulannya, bagi aku breastpump ialah Top Priority aku in terms of long-term breastfeeding planning. 

2) Nursing Bra
Oh, ini sangat perlu bagi aku. Dulu masa Isya aku beli 3 helai je kau, sekali leaking, dah pakai pad padahal tu, so 3 helai tu 2hari je pakai dah nak kene rotate. Maka laki aku pun masa tue gagah berlari, eh bukan lari betul², drive la ke kedai baby berdekatan beli lagi 2-3helai. Pastu bini dia beli berhelai² lagi secara online kat Onebabyworld. Masa tu aku try brand Autumnz, dah bapa bulan pastu aku try Fabulousmom. Nampaknya Fabmom lagi serasi dengan aku yang jenis orang cup dan saiz akan sentiasa bertambah seiring dengan bilangan kehamilan dan bilangan anak. Kehkeh. Oh lagi satu, aku rasa salah satu sebab aku kene pakai nursing bra sebab, nak ade support la kat breast sebab kalau tak aku rasa anak aku boleh lemas kene hempap dengan maknya punya t***k. HAHA serius tak tipu! Dan of course dah naik kerja memang kena pakai nursing bra sebab nak mengepam, cumanya dah naik keje aku suka pakai yang underwire hehehe 

3) Nursing pad (Disposable/Washable)
Actually ni macam pakej la dengan nursing bra. Ko dah beli nursing bra, beli la sekali nursing pad. Masa pantang aku prefer pakai yang disposable. Ye laa, dah kalau setiap 2 jam ko tukar yg washable, 1 hari berapa banyak pad ko nak kene basuh? Kalau tak tukar, agak² bau masam susu tu camne oii. Sian la baby nak cium bau susu masam. Lagipun pakai yg disposable tu terjaga sket hygiene nya. So aku rasa baik pakai disposable. Bila naik keje aku pakai yang washable, tu pun aku cari yang nipis, sebab taknak terbonjol sangat oii. HAHA.

4) Rocker/Bouncer
Ohh, masa Isya dulu aku tak rasa sangat keperluannya masa pantang, sebab dok hadap dia sorang je kan. Tapi bila ada Dyna, aku rasa benda ni sangat perlu. Masa Isya aku dah balik sini baru aku start pakai, tu pun aku pakai Maxi Cosi je, sebab dia kan dah macam rocker jugak functionnya. So, untuk Dyna aku belikan lah rocker Fisher Price yang kebetulan tengah Y.E.S masa aku pantang. Dapatlah harga RM150 sekali dengan pos. So, masa pantang, dia duduk dalam tu bila aku nak layan kakak dia makan ke, mandi ke. Pastu aku bawak balik sini aku rasa tak nyesal kena bayar extra luggage. Sebab benda alah nie mampu melekakan Dyna selama lebih kurang 30-45minit la. Petang lepas balik kerja, biasa dia akan duduk dalam tu sambil layan Babytv dengan kakak Isya, sambil tu aku mandi, panas²kan lauk ke, basuh baju ke, kemas² umah sket ke. Pastu kalau nak solat, aku bukak je vibrate tue, hadapkan dia kat aku, so far dia senyap la. Huhh, bagi aku nie memang ala² alat penyelamat yang keluar dari poket Doremon yg membantu aku yg handle 2orang anak sorang², phewww!
Maxi Cosi pom boleyy!
Dia punya khusyukkk!
5) Nipple Cream
Hmm, benda ni kejap² orang kadang² je berlaku tapi still aku rasa perlu. Tapi tetap masuk list aku nak masuk dalam list sebab aku tak leh tahan sakitnya rasa pedih itu. Dah sama level dengan sakit ngilu kena jahit. Dulu masa Isya siap aku paksa adik aku pegi belikan nipple shield lagi. Ikut pengalaman aku, memang minggu pertama bersalin aku akan mengalami crack & luka kat nipple. So pengalaman mengajarku, chewwwahhh, yang kedua aku memang standby dah siap² Medela Purelan-100. Paling aku suka sebab cream ni selamat untuk baby, so kalau lepas sapu nak DF terus takde hal. Tapi biasanya 1-2 hari je aku kena nipple crack ni pastu dah baik. Dalam pantang 2x je aku kena. Kalau kena lagi nanti masa baby dah pandai menggigit, masa gusi dia gatal nak tumbuh gigi, haaa, masa tu keluar lah balik cream nie. 


6) Calming Lotion/Minyak Baby
Yang ni aku direct je suggest Buds Calming Rub. Aku sangat suka pakai lotion nie sebab bau dia wangi dan effect dia macam serta-merta gitu. Kadang lepas je aku sapu terus terkentut² si Dyna, takpun terus berak. Lain brand yang setaraf nie ialah EMAB Angel Baby Oil. Ni pun bau dia best, aku penah try 2-3kali sepupu aku punya, not bad lah, tapi aku suka lagi Buds kot. Takpelah dua² pun sama organic kan. Bagi aku kenapa benda ni perlu masa pantang dan lepas pantang or even sampai bila² pun sebab nama dia pun soothing lotion/oil, so memang berkesan kot nak elakkan kembung/sakit perut etc. Oh, lupa Isya kalau aku sapu lotion ni pun, senang je nak berak. That's why aku stick je ngan lotion nie.


7) Water heater
Sayangnya atok pada cucu²nya menyebabkan rumah parents aku pasang water heater. HAHA. Sebab ayah aku macam kesian kot kat aku tiap² hari masak air, pastu berangkut ke bilik mandi nak mandi ikan Dyna. Tapi ayah aku tak tahu yang aku berkali ganda suka, sebab bila ada water heater aku boleh mandi 2x sehari tanpa berkira nak angkat air panas dari dapur ke bilik air. kehkeh. Tengkiu ayah :)

8) Baby Carrier/Wrap/Ringsling etc
Yang ni aku tak rasa perlu sangat tapi mungkin perlu time² baby cranky nak melekat jer. Aku tak bawak balik KL masa pantang tapi bila dah balik umah sendiri kadang² memang aku perlu jugak guna carrier. Especially bila rocker/bouncer dah tak jalan, kakak dia pun dah tak layan, pastu aku plak nak kehulu kehilir buat macam² kerja. Dan, kalau aku berjalan/keluar bertiga memang aku sangat perlukan carrier, sebab aku malas nak bukak stroller. Macam sekarang aku guna yang turun temurun dari kakak Isya, SSC handmade dari Big Eyes Shop. Macam plan nak pakai wrap, tapi tu lah, kena confident sket pakai wrap. Plus kena belajar dari sifu². Moose kau lah tu sifu BW ;p
Adik sangat behave dan suka duduk dalam carrier compare to kakak dulu!

9) Supplement/Jamu
Bagi aku supplement or jamu tengok badan masing² ada yang seawal seminggu dah boleh start, ada yang sebulan. Aku start makan Shaklee yg untuk breastfeeding masa Dyna nak dekat sebulan. Tapi selang seli dengan jamu yang nenek aku buat sendiri. Bab supplement nie aku tak reti nak suggest NR ke Mak Dara ke ape, sebab aku tak makan. Yg Shaklee tu pun aku amik yang wajib je malas nak amik full-set. HAHA. Senang cite, ikut kemampuan, ikut kerajinan dan ikut sukati korang lah. Korang pegi lah suruh ejen Shaklee consult. Sampai sekarang pun aku still makan jamu nenek aku buat & Shaklee. Of course la, nak pulihkan kesihatan dalaman & banyakkan susu Insyallah :)

10) Suami/Husband
Walaupun aku letak no10, tapi kalau ikutkan ini lah perkara pertama aku nak ada dengan aku. Tapi memang tak lah kan. Bersalin, seminggu je stay, pastu balik Kuching, pegi Bintulu 2 bulan, balik KL amik aku balik pantang, pastu seminggu lepas balik sini, pegi balik ni dah masuk sebulan. Memang orang cakap anak milik suami-isteri bersama, jaga sama-sama, tapi buat masa nie, rezeki aku dapat jaga sorang, takpelah, redha. Nasib baik aku tak meroyan je time pantang. At one time, aku macam dah immune. Belasah laa, layankan aje. So korang yang lain, harap² husband dapat lah tolong ringankan sket kerja² kan, kalau macam nampak malas ke ape ke, cakap la elok², buat sessi kaunseling sket ke. Komunikasi tu penting tahu? Kang kau emo sorang² laki ko rilek je main Candy Crush kat handphone. Tak aci lah kan? Kau pun nak kejar jugak level berapa ratus Candy Crush tu kan, kan? So, pandai²la slow talk, sebab aku rasa SUAMI memang memainkan peranan penting dalam emosi ibu semasa pantang. Lepas pantang pun penting tapi taklah sekritikal masa pantang! Aku? Jangan tanya, aku is hati kering. *libas rambut sket* 
Dah tu je bacaan petang hari, yang rasa hilang ngantuk pegi sambung keje.
Till next entry. Daa~
NotaChenta: Supermama nak pi sopping ualls, balik dulu yer ;p

Tuesday, December 31, 2013

# Ringkasan Perjalanan 2013!

Salam.
Ini entry terakhir aku dalam 2013.
Entry ke 18. HAHA. Setahun 18 entry je? Dasar sungguh!
Apa-apapun,
2013 bakal berakhir, 2014 bakal menjengah.
Entry terakhir 2013 ini aku kasi summary ajelah.
Thanks kak Ain kasi aku inspirasi nak buat picture collage! ;p
.
.
.
.
Januari - Februari
(Bulan Balik Kampung Halaman)

# Hujung 2012 aku kehilangan si selim S3, awal 2013 berganti baru si debab Note II :)
# Parents & adik aku menyahut panggilan Kaabah, pergi menunaikan umrah. Alhamdulillah!
# Instagram dan FB penuh dengan check-in merata-rata dan gambar makanan yang mengundang hamukan kepada yang tak dapat merasa. Maaf, bulan perayaan Cina, aku punya misi ialah -- Melantak Gila-gila!
# Sebab mood gembira ini jugaklah terjadi sesuatu yang lebih gembira ;p

Mac - April
(Bulan Khabar Gembira)


# Aktiviti sukan diteruskan. Kejayaan diutamakan. Berat badan dah hampir kembali kepada yang diidamkan.
# Tiba-tiba...Macam tak percaya, sebab garis kembar tak ketara. Demam, itu petanda, pegi klinik segera, SAH! 
# First time travel-by-road menuju ke Saratok. 5jam perjalan timing baik punya sebab ada misi sekali lagi nanti nak ke Sabah, InsyaAllah :)

Mei - Jun
(Bulan Air Mata Duka-Gembira)

# Berjauhan dengan suami untuk tempoh hampir 2 bulan bukan suatu yang menggembirakan, tapi harus aku telan.
# Allah ganti kepayahan dan pengorbanan -- dapat kereta baru, hadiah Hari Ibu. Syukur :)
# Sambutan Hari Lahir ke-30 suami hanya melalui video-call di WeChat! Hadiah menyusul kemudian :D
# Travel berdua dengan Isya buat pertama kalinya -- sukses dan selamat semuanya walaupun mengah nak kejar dia kat terminal airport tu!
# Berkursus, berkonvokesyen, berlari sana sini uruskan event -- takda yang special, kerja, kerja dan kerja!

Julai - Ogos
(Bulan Ujian & Perayaan)


# Setelah 3tahun baru aku jejak kaki ke fakulti, atas urusan rasmi. Rindu tempat bermain!
# Ulangtahun ke-2 anak dara, sambut berdua tanpa papanya. Bawak main-main, makan-makan. Sayu je rasa takda sambutan macam yg pertama :(
# Suami balik menjenguk untuk seketika. Simple belated birthday celebration untuk birthday girl :)
# Seterusnya, berpuasa tanpa suami, bangun sahur, berbuka ikut dan aje -- tapi wajib makan sebab nak dapat tenaga.
# Hari Raya balik kampung tak puas! Cuti sampai raya ke-3, raya ke-4 dah balik bertugas.
# Maternity & Raya Shoot sempat dibuat. Masa ni lah ramainya yang sentap baru tahu aku pregnant nak masuk 7bulan. HAHA. Ampun :)

September - Oktober
(Bulan Memenuhi Hajat)


# Misi nak clearkan check-list bermula, aku sebut apa saja dengan harapan mintak-mintak boleh ada depan mata. Nasib baik ada peluang balik kampung halaman untuk melunaskan dendam saka -- yer, saka makan, saka shopping baju baby, saka berjalan semua ada!
# Aidiladha ke-3 tanpa keluarga. Macam biasa, masak apa yang ada, berjalan makan-makan dua rumah aja, cukup, esoknya sambung kerja!
# Kawan rapat sambung belajar ke Australia.Hilang sorang tempat mengadu dan bertanya. Takpa teknologi dah moden, Whatsapp kan ada.
# Konferensi Islam Antarabangsa BorneoVI -- Antara event besar aku untuk KPI tahun nie. Suksess, Alhamdulillah :)
# Masa dah suntuk, semua kerja aku perhabis, sebelum gantung notis, plis, plis, 3 bulan aku tak nak pikir hal ofis!
# Persiapan menyambut orang baru juga terlaksana dengan jaya. Sementara itu, kami menghabiskan masa bertiga, bermanja, bersuka-ria, hujung minggu berjalan saja, pergi je lah mana-mana janji bertiga!

November - Disember
(Bulan Kami - Badriena)


# Detik kelahiran tepat seperti dijangka, tanggal 7 bulan kesebelas, berakhir sebuah penantian. Puteri kedua diberi nama Badriena -- "BULAN KAMI". Semoga menerangi dan bersinar secerah bulan memancar cahaya ke Bumi :)
# Berpantang -- Misi hot-mama bermula. Nampak macam seksa tapi aku suka sebenarnya. Berjaya lalui 44hari dan  60hari bakal tiba!
# Alhamdulillah, usia yang ke-28 dilalui dengan gembira. Tahun ini memang tahun sambutan secara berjauhan. Selamat juga 4 tahun menempuh alam perkahwinan. Yang pahit manis suka duka semua disimpan, moga jadi bekalan dan pengalaman menempuh masa-masa depan.

Well, That's a wrap!
Semoga tahun hadapan menjanjikan sesuatu yang lebih membahagiakan.

Count your blessings,
Finish what you've started,
Bon Voyage 2013,
Hello 2014 :)

Saturday, December 28, 2013

# Rutin Berpantang Anak 2


Salam. Hi semua!

Dah nak ujung-ujung tahun barulah hegeh-hegeh aku nak update kan. Ok lah daripada takde kan?
Merujuk tajuk di atas maka mari aku story rutin masa berpantang dengan anak dua.
Ni kira lump-sum la ni aku story dari pagi sampai malam masa 44hari dalam pantang errr dan sampai sekarang dan aku balik Sarawak la kot! :)

5.30am
Bangun susukan Dyna.
Kalau untung dia tido balik. Kalau tak layan lah dia sampai dalam pukul 6lebih ke pukul7.
Kalau dia diam nak main sorang2 aku cepat2 la pegi solat. Kalau tak mintak talian hayat parents aku tengokkan kejap. Mama pegi keje 6.45, ayah flexible tapi biasanya antara pukul7 ke pukul9.

7.00am
Biasanya Isya dah bangun time camni.
Kalau aku tido balik, aku akan buat-buat tak bangun lagi. HAHA.
Takpun main golek2 gomol2 Isya kejap. Nak dekat pukul8 baru aku bangun.
Adik dia aku biarkan tido. Isya dok luar, buatkan susu, bukak tv channel 613 ke 615. Dah diam situ!

8.00am
Dyna bangun time nie.
Aku biasanya dah ready nak mandikan dia. Besen air suam, baju2 nak pakai semua ready siap2. Sambil tu letak EBM dalam warmer.
Selesai mandikan Dyna, susukan dia.
Kakak Isya biasanya time macam ni dah panas badan nak main la, lukis la. Aku biarkan.

9.00am
Masa awal2 pantang Dyna terus tido lepas mandi n susu. Now susah sket sebab dah pandai nak main nak borak-borak.
So sementara mood dia ok, aku letak dia kejap, cepat2 lari mandikan Isya. Tapi kalau Dyna dah tido, aku mandi sekali dengan Isya.
Mandikan Isya macam pegi berperang sebab dia suka main air dan mengemas bilik air. Kadang2 aku macam bagi command je dalam bilik air tue. Haihh laaa.
Kalau Dyna tak tido akan kelam kabut la mamanya sebab biasanya dia akan melalak sebab takde kawan dan takde kelibat aku depan mata. Ok fine. Siapkan kakak then angkat Dyna untuk tido.

Agak-agak sapa jaga sapa?
10.00am
By this time biasanya dua2 dah settle. Paling awal pukul10 dah settle kalau dua2 mood baik dan bekerjasama. Kalau tak bekerjasama akan berlakulah masa tambahan.
Bila masa aku plak mandi? HAHA. Jangan tanya. Flexible! Lepas siap mandi pakai bengkung semua, aku akan breakfast time nie. Sekali dengan Isya lah.
Menu aku simple je. Cukup la roti ke, or biskut Tiger cicah la VICO ke MILO ke KOPICINO ke. Ikut mood.
Menu Isya depends la. Kalau mama or ayah aku dah masakkan breakfast Isya pagi tu so makan la ape yg dah disediakan.
Tapi kalau nasib kurang baik, mamanya akan dipaksa jadi Masterchef kat dapur. Cabaran Peti Saji Misteri! Nak tau sebab ape Misteri sangat? Sebab menu or bahan terpulang pada Isya nak makan apa.
Kalau dia kata mi besar, so masak la mi kicap. Kalau dia kata kokocrunch ok la kan tinggal tuang air soya, dah siap.
Dah la bagi masa 15minit je nak suruh aku masak kalau tak membebel cakap sakit perut lapar.
Ok tapi tu atas tu cerita kalau Dyna tido. Kalau die tak tido aku angkut sekali letak dalam MaxiCosi pastu aku masak.
Sambil tu kakak dia layan la dia, main puppet ke nyanyikan lagu ke. Kadang2 aku letak je dua2 dalam bilik or depan tv. Ok lah jugak mampu bertahan 15minit dah cukup bagus bagi aku nak masak simple2 untuk kakak Isya.

11.00am
Isya dan aku dah breakfast. Dan kalau Dyna tido dia akan kekal tido.
So masa ni aku akan basuh baju sidai baju semua.
Pastu time ni la aku biasanya akan buat pumping session.
Sambil tu layan Isya main beskal ke, main karom ke, lukis2 ke, baca buku ke, tengok tv ke ape2 ajelah.
Haa, layan punya layan masa aku belum abis pantang kaki terpelecok sebab nak elak dari jatuh hempap Isya.

Kenangan manis pantang kali ini :)

12.30pm
Kalau Dyna bangun or merengek biasa sebab pampers basah or nak susu. Then biasanya tepuk2 sket tido balik.
Aku dah start panaskan lauk2 yg biasanya mak aku dah masak awal pagi tadi. Ala menu orang pantang pusing2 itu jugak.
Menu Isya samada makan menu aku tambah 1lauk either telur or ayam goreng or ikan goreng OR aku kene masuk pusingan penyingkiran Masterchef. Haha.
Pastu lunch lah kami anak beranak.

2.00pm
Time nie mata Isya dah boleh nampak dah nak letak mancis berapa cm. So cepat2 aku buat susu, masuk bilik nak tidokan dia.
Sementara nak tunggu dia habis sebotol susu aku solat.
Pastu kalau pagi tadi dia banyak main lompat jauh, lompat setempat, lari 20meter atau main bola baling sebelum habis bagi salam dia dah lelap sendiri.
Pastu kalau adik dia macam nak terjaga, aku susukan adik dia.
So by 3.00pm dua puteri biasanya dah tido.
Dan kadangkala dengan aku sekali jalan. HAHAHA. Stended arr kennn!

Kuak lentang kuak dada, tiba-tiba dah ade sebelah menyebelah. Camna?
4.00pm
Kalau aku tido aku biasa akan terjaga time camni.
Kalau tak tido aku dari tadi pegi angkat kain, lipat baju sambil tengok tv.
Pastu sempat jugak aku baca novel ataupun bukak laptop jap, tengok email kerja seminggu sekali je.
Umah parents aku dah potong streamyx sebab takde orang pun kat rumah. Bazir je bayar bulan2.
Pastu kalau nak online aku kene teethering jadikan handphone aku modem. Makanya pastu kang mulalah exceed quota internet. So tu salah satu sebab aku jarang nak bukak laptop.
Dan sebab tu jugak lah satu entry sampai 10x aku bukak baru siap. Hehehe.

5.00pm
Mak aku dah balik keje time2 gini.
Isya kadang dah bangun. Kadang lena lagi. Aku malas kejutkan Isya sebab dia jenis kalau tido berkejut kang mulalah angin kus2 dia datang bawak ke malam nak tido. So biar dia bangun sendiri.
Sementara dua orang tu tido aku solat siap2.
Rutin mandi petang ikut style First Come First Serve. Sapa bangun dulu dia mandi dulu.
Lepas dua2 mandi, kalau ada minum petang aku layankan Isya sementara adik dia main2 je la tak tido pun.

7.00pm
Dyna biasa tido lepas Maghrib. So aku bergilir dengan parents aku nak solat.
Lepas solat je aku tidokan Dyna. Kakak dia pulak pegi la belajar mengaji dengan nenek atau atok dia.
Dah settle prepare plak nak makan malam.

8.00pm
Dinner dengan Isya. Makan lauk nenek dia masak sebab nenek dia dah tanya siap2 nak makan apa.
So nenek dia jarang lah kena masuk pusingan penyikiran Masterchef. Lagipun nenek dia dah AllStar, expert dah ape cucu mintak terus siap hidang.
Lepas dinner, dia pegi la belaja baca buku la sambung main lukis2 la or amik handphone aku yang memang beli untuk dia main segala macam game dan apps. Yer, memang!
Takpun dia paksa nenek atok dia tengok cerita kartun. Kalau mood baik dia layankan cerita nenek tengok sambil tu mulut tak berhenti tanya itu ini macam iklan burung murai tu.
Mama dia? Mama dia jadi pengkritik tetap je la. Sebab kalau atok nenek ada dia memang tak heran mama dia pun.
Kalau datang angin saka dia, akan muncullah menu supper contingency. Roti cicah milo ke kokokrunch ke takpun paling dasyat setakat ni hotdog or telur goreng.

10.30pm
Ini waktu paling lewat nak tutup lampu.
Kalau Isya memang dah request nak tido pukul10 so terus la buat susu dan masuk bilik.
Kalau mood tak baik dia akan buat la alasan typical dia nak tengok Pocoyo sampai abis. Dah abis Pocoyo kata nak tengok Higglytown Heroes. Kalau hari Jumaat dan2 kata nak tengok Maharajalawak Mega. Drama sungguh.
Tapi endingnya aku amik hanger tunjuk depan mata dia pastu masuk lah bilik nanti.
So lights off untuk kedua2 mereka. Tapi tidak bagi mamanya. Miahaha.
Masa ni lah aku nak pegang remote tv ke, nak baca novel ke dan masa ni lah nak pegang handphone lama2 sambil tunggu husben whatsapp nak bermanja gitu.

Papa dia cakap dah macam kem PLKN makan 6x sehari.

Then, Dyna akan bangun ikut timing yang sama lebih kurang. 12am, 2am, 4am dan kemudian rutin diulangi dari atas. *scroll to top*

Yer secara kesimpulannya aku memang boleh la labelkan diri half supermom sekarang. Ni pun half sebab ada talian hayat mak ayah. Kalau dah takde talian hayat esok belum tahu rupanya lagi camne.

Yang tertulis ni pun nampak macam cantek je jalan cerita walhal bersilat bercakpong jugak lah aku nak handle.
Stress? Tolak tepi lah stress depressed dan perkataan seumpamanya sebab nak stress2 sangat pun kang satu keje tak jalan. Apa2pun satu je benda aku ingat pesanan dari Acik, SABAR. SABAR dan SABAR! Dia handle 3orang NIAs lagi lah aku tak tahu camne. Tabik wehh!

Yang dah sekapal dengan aku maybe dah boleh imejin dan feel ape aku lalui. Yang bakal sekapal jangan nak demotivated or down or nak pressure sangat. Chill babeh.
Aku, kita, korang boleh lalui semua ni Insya-Allah. Ingat! Apa2pun ini semua amanah & tanggungjawab kita. Allah takkan menguji kita saje2, pasti ada ganjarannya nanti. Kalau tak kat SINI, kat SANA nanti :)



Peace yaww! :)
END.

Posted via Blogaway

Saturday, October 26, 2013

# Tips/Cara : Cerai Susu Badan (Wean-off)

Salam,
Aku masih di sini! 
Oh well, aku tak tahu nak tulis or update pasal ape sangat. Update baby takde ape sangat sebab now dah start weekly check-up kan. Last check-up baby memang in-position, dah pandang bawah. Berat terkini ialah 3.1kg camtu. Wowww, membesar dengan jaya yer adik. Kakak Isya dulu keluar 2.95kg.

Aku pulak dah dapat MC. Tapi MC sambung² lah. Nasib baik doktor KPJ tu baik hati bagi. 
Padahal bukan lah aku tak larat sangat pun. Saja je nak rileks dok umah.
Rileks tak rileks sangatlah, kalau dok umah memang tak berhenti buat kerja pun. 
Lagipun memang aku dah letak dalam list nak kemas² rumah sebelum baby keluar. Lepas nie rumah bertinggal 3bulan kan. Husband aku pun akan ke laut lagi lepas aku deliver. So better aku kemas je awal² nie. Isya aku still hantar babysitter sebab nak mengemas kalau ada dia memang tak jadi kemas lah. Hahaha.

Ok berbalik tajuk asal, aku takde lah nak bagi tips ke ape sangat. Just nak share ape yang aku alami masa 2nd pregnancy plus tengah breastfeed Isya. Ada jugak aku baca few tips masa nak weaned-off tue, tapi tak buat lah beriya sangat sebab at the end Isya sendiri yang taknak susu badan dah time tue.  

Masa dapat tahu aku pregnant, Isya dah 1tahun 8bulan. Dia cuma menyusu waktu tido malam dan kadang² masa dalam kereta kalau jalan². Masa husband aku cakap kene slow² ajar dia tak menyusu badan tipu lah kan aku tak touching. Aku rasa macam alahaiii tak bestnya tak boleh nak bonding lagi malam² sebelum tido. Tapi aku sempat lah cuba sikit few tips dan petua sebelum Isya sendiri yang reject susu badan.

# Perkara pertama aku buat ialah aku tak offer dia menyusu badan. Kalau sebelum tido malam tu, aku bagi dia minum FM then aku tepuk² macam biasa sambil cakap² borak² dan bacakan ayat² Quran. Kadang² aku pasangkan aje ayat² Quran tue sampai dia tido. Yang ni agak berkesan jugaklah dipertengahan proses nak cerai susu. 

Normally, dia akan bangun malam dan memang mencari. Mula² aku kalah jugak la awal² tu. Memang dia mencari, selak sendiri baju, raba² pastu bangun dan cuba nak hisap jugak. Aku bagi je lah. Tapi lama² aku sendiri rasa sakit sebab nipple dah kembang and too sensitive kot. So, masa dia cari aku mengelak² jugak, pastu aku tepuk² then dia tido balik. Kalau dia tak tido balik, laki aku lah yang take turn pujuk, sebab kalau aku yang pujuk memang akan end-up dengan memberi jugak haha

# Kalau masa keluar jalan² tu aku dah tak pakai nursing bra dah. Aku pakai bra biasa jer. Pastu aku pakai baju yang lapis² sket bagi dia susah nak selak pastu nanti dia give-up. So far cara ni agak berkesan lah. Sebab lepas tu dia boring nak cari² then aku boleh bagi FM jer. 

# Aku ada lah jugak baca few tips dan petua yang ada orang letak sesuatu kat nipple macam kopi, sos, ubat gigi dan lipstik pun ade, pastu daun ape ntah yang pahit tue. Aku try letak asam jawa. Sebab petua ni aku dapat dari akak yang aku selalu berurut tue. Dia cakap asam jawa nie rasa die lekat, so kalau sekali letak, budak akan ingat rasa dia. Pastu kalau letak semalaman pun, kalau dia cari², rasa tu still ada lagi, so budak akan reject puting. Well, aku try dan memang ye lah. Muka Isya terkulat² masa rasa tue. Pastu seingat aku dia takde bangun malam nak cari² lagi.

# Bercakap dengan dia masa dia mamai² nak tido tu pun berkesan sebenarnya. Bukan untuk cerai susu badan jer, apa² pun yang kita nak pesan kat anak masa phase ni lah yang sesuai. Aku banyak kali jugak cakap dengan Isya masa dia tido tu mintak dia tak menyusu badan sebab dia dah besar dah nak jadi kakak bla..bla..bla

Well, after all, Isya sendiri yang reject susu badan. Paling aku ingat, dia sedut pastu dia sendiri cakap "Wekk, tak sedap la mama" HAHAHA. Ohh aku rasa maybe sebab hormon aku dah ready nak produce susu untuk baby. So, mungkin jugak susu tu dah rasa lain, pahit ke ape ke tak pasti. Tue lah last dia betul² sedut nak hisap susu. Lepas² tu ada gak dia ngada² masukkan dalam mulut tapi tak hisap pun. Dia main acah² jer. Geram pulak aku tengok muka dia macam saje je nak kenekan aku. Hehehe.

Apa²pun, aku rasa ramai lagi yang ada experience yang lagi tough especially yg pregnant masa anak tak start makan lagi ker, or tak sampai setahun lagi ke. So yang tu aku tak leh nak deny lah memang aku rasa mesti lagi banyak cabarannya. Alhamdulillah jugak, mudah untuk aku wean-off Isya. Sorry sayang. Insyallah ada rezeki mama bagi nanti yer masa adik dah keluar. Tu pun kalau lah Isya nak lagi kan? hehe

Ok, tu je nk share. Aku nak sambung buat research. Sebelum beranak kene prepare siap² apa yang aku nak buat next 2 semester. Well, aku cuti bersalin satu semester. HAHA. Best tak payah buat ape 1 sem nie. Naik kerja pun dah hujung² nak exam. Pastu sambung cuti semester. Masa Isya dulu pun sama jugak. Satu semester skip. Rezeki dan planning baikkk punya ;p lol

38 minggu sudah? Kakak Isya keluar tepat 39minggu.
Mama + Papa & Kakak Isya tak sabar nak jumpa adik baby :)

 BisikChenta : Pagi semalam kawan aku sorang patut due sehari dua beza ngan aku dah deliver. Baby girl. Tahniah la kepada Lyza & Khairul. Laju betul baby korang keluar yerr, aku due dulu baby korang keluar dulu. Apa²pun, Alhamdulillah baby & umminya selamat.

Wednesday, January 23, 2013

# Jangka Hayat Botol Susu Anak! *PENTING*

Hollaholisaudarasaudaricikebumcikebum! ;p
Ada 7-8 entry yang ntah dah berapa lama berkepuk dalam draft. Haihh la, masa mencemburui, gituuu. HAHA. Konon tahun nie nak update blog lebih kerap dan meng'clear'kan semua yang ada dalam draft. Ntah ye ntah tidak kan aku nie. Aku pun tak pasti bila akan published xoxo semua entry dalam draft tue. Tapi entry nie entry segar, wahhh segar sangat. Yelah, memang layak lah segar sebab baru teringat pasal hal ini semalam. 
Ok, berbalik kepada topik. Cakap pasal botol susu, sebenarnya aku pun bukanlah expert sangat. 
Yelah kan, Isya sekarang dah minum FM. Pastu aku dah lama tak ade stok EBM (since Isya masuk 1year) Aku direct feed je dia kalau keluar & pergi travel @ jalan kejap². Makanya, oleh sebab itu, aku pun dah tak ada lah lagi gigih nak membeli storage bottles lagi. 

Sedar tak sedar, aku baru perasan, Isya dah lama tak tukar botol. Lama mana? Adalah nak dekat 6 bulan  kot. Sadis tak Mama Isya nie? Baju baru beli, mainan baru belikan, tapi botol susu, benda yang PENTING nie boleh aku lupa. Nasib baik aku check email tengok last order hari tu hujung bulan 7 tahun lepas, so belum 6 bulan lagi. hehe. Sempat,sempat! *buat-buat lega!*
Well, melalui pembacaan dan seingat yang aku pernah baca lah dulu (read : lepas pantang) jangka hayat botol susu budak ialah 3-6 bulan. Ini tak silap aku untuk botol susu yang BPA-Free. Yang takde BPA-Free tu mungkin kurang lagi kot. Lagi satu ada jugak aku pernah baca, kalau botol yang mahal² sket macam AVENT ke, MAM ke, TT ke, yang tu lama sket jangka hayat dia. Tapi still, kena tukar lah. Oh, tapi aku baca tak ingat dari mana. (Sapa ada info pasal nie, bagi link plis!) Yang tak clear ke, tak tahu, atau mahukan pencerahan pasal BPA-Free boleh baca [SINI] [SINI] dan [SINI] Dasar aku pemalas nak taip kan! ;p
Dan mengikut kefahaman aku, ini adalah antara punca atau faktor² yang kena diambil kira kenapa kita perlu tukar botol susu anak:

1. Kesan calar - Kalau dah dah selalu basuh mesti ada kesan kena hujung berus ke apa kan. Walaupun guna berus yang lembut ke, mahal ke, benda ni tak mustahil boleh jadi kan? Dari situlah datangnya kesan calar kat dalam botol tue. So,once dah ada calar, means ada defect, bila ada defect possibility botol tu tak berapa selamat sebab ada pembebasan toksik ke, chemical ke adalah tinggi.
2. Cucian sabun - Dah nama sabun, tak banyak, sikit mesti ada chemical content. Walaupun guna yang organik, yang takde PARABEN still lama kelamaan mesti akan ada reaction. So prevention is better than cure! Tukar aje lah. Lagi satu, hati² dengan sabun pencuci botol yang korang guna. Dulu aku guna Pureen, tapi bila aku tau pasal Paraben (sila google ye, aku malas nak explain or later aku explain ;p) aku stop. Gunalah bottle cleanser yang organik yer uolls.
3. Sterilized - Bila sebut sterilized, automatik ada kaitan dengan heating process. Plastik yang kuat chemical bonded sekali pun, kalau dah asyik panas-sejuk-panas-sejuk, lama² mesti ada sket effect dia. Logiknya, kalau korang kerap sterilized, maka, akan cepatlah berkurang jangka hayat botol tue. Oh lagi satu, botol kalau kita angkut bawak gi jalan² kan, pastu kena panas, pun ada reaction jugak eh. Samalah macam korang pernah dengar, jangan minum air mineral yang dah letak dalam kereta time panas!
4. Lain-lain faktor - Kalau nampak botol dah bertukar warna ala² kekuningan ke, kelabu asap ke, bawak² lah beli baru yer. Lagi satu, kalau botol dah berbau pun wajib lah tukar kot. Bau tue je dah kasi signal yang botol tu dah tak elok. 
Sebagai langkah berjaga-jaga (ini pesanan untuk diri sendiri jugak) aku rasa perlu untuk rekodkan bila kali terakhir pembelian botol susu. Letaklah kat reminder handphone, semakpong, tabs yang cecanggih tue. Sebulan sebelum expired ke dah remind suruh beli baru. Kalau tak memang lupaaaa ;p 

Ohh lagi satu, best jugak kalau dapat beralih ke botol susu kaca! Or stainless steel. Selagi tak pecah, selagi tulah consider selamat. Basuh je betul² bersih, Insyallah tahan. Dah la kaler semua macam menariks gitu. Aku biasa nampak yang botol kaca Life Factory (colour dia,yummmy!), Dr Brown dengan ape ntah kartun Pura, ke Puku tue . Yang stainless steel memang famous Purakiki kan? Ke ade lain? Ada jugak brand lain yang aku jumpa pun macam comel² jugak. Sedia ajalah duit membelinya!

Kaler buat aku rase nak makan! (http://www.lifefactory.com/)
Stainless Steel : Pura Kiki. Cool jugak!

Cuma masalah utama aku ialah, nak bertukar botol susu untuk Isya. Dah setahun setengah pakai, tiba² nak tukar. Currently, Isya memang pakai Medela 5oz & 8oz feeding bottles. Aku tak tahulah kalau nak tukar ke botol kaca ni berapa lama pulak kang, sebab dulu nak bagi bottle-feeding pun dah 3 bulan lebih baru berjaya. Pheww! Tapi, belum cuba belum tahu kan? So mommies, any suggestion(s)?
Ok,see you next entry yang tak tahu bila. HAHAHA. Daaa~

 NotaChenta : Nasib baik gaji dah masuk laju² aku pegi email Aja @ MyBreastPump Shop nak repeat order.