Showing posts with label Travel - Bali. Show all posts
Showing posts with label Travel - Bali. Show all posts

Thursday, June 17, 2010

Travelog: Honeymoon - BALI 4D 3N (Part #02)

Tepuk tangan cepat sebab I update cerita pasal Bali lagi :) Sila lah baca kalau tak boring, muak & menyampah. Kalau boring tutup jer. Ade I kesah!? Datangmu tak diundang, jika ragu silalah tutup belog ini~

Transportation
-----♥ Taxi Service ♥-----
Kat Bali as u all kuar je airport, memang bersepah2 la taxi. If u alls nak pegi hotel or mana2, nak senang boleh terus ke counter taxi service. But I guess, Blue Bird Taxi sangat popular among Malaysians. I rase I ada bace kat ANN punye blog mase die pergi Jakarta. Yes, the Blue Bird taxi memang based dia kat Jakarta and I agreed taxi nie popular sebab ia sangat telus dan jujur sebab ada meter. Lagi satu, taxi Blue Bird ini menggunakan Toyota Vios. Kelassss ko! :) 

In my case, villa tempat I menginap memang dah provide transportation. Dari airport –> villa and villa –> area Seminyak, Kuta & Denpasar. But, I experienced once masa I jalan2 di malam hari kat Kuta. Pak supir kat villa I tue dah sound, make sure check berapa IDR meter dia start. Normally, meter starts at IDR 4K-5K la. Taxi Blue Bird yang I naik start dengan IDR 5K. Total damage perjalanan kami dari Kuta – Villa (Seminyak) = IDR 43K (RM15). (Gambar tak sempat nak snap sebab mata dah ngantok2 pikir nak balik cepat!)

Bytheway, ada macam2 lagi taxi tau, lagi satu yang glemer Praja Taxi. Ermm..Silver Bird pun ade, Gelora PT, Rajawali Taxi, Ramayana Taxi dll. Kagum kejap I bile tengok Alphard, Vellfire, Toyota Vios, Suzuki Swift, KIA Carens, haa..tue semua taxi diorang kat sini tau.  Amik kau, kat sane, bersepah, I repeat bersepah! Bezanya cuma jenis taxi dan pakai meter atau tidak dan taxi jenis mewah/private.
Suzuki APV di Bali|| ini dia kenderaan rasmi kami – Suzuki APV ||

Chenta Do's & Dont's:
(*) Harus ada duit kecik yer, as drivers akan claim takde duit pecah dan berharap u alls akan allow them untuk simpan je balance. Gile kau, kalu IDR 32.8K, then u all bagi IDR 40K memang die akan cakap, xde pecah punyer!FYI, tipping is not required pon kat taxi driver yer. Tak payah bermurah hati sangat! :)
(*) Make sure driver tau mane tempat tujuan, dan u alls kene buat2 macam tahu jalan, pegang map dan bagitau je, “Ini bukan jalannya ke villa kami, pak!” coz they sumtimes saje nak main pusing2 supaya meter naik. U alls pun boleh suggest utk lalu jalan pantai, rather masuk town dan habiskan masa kat traffic jam :)
(*) Sila cari driver yang agak berumur, sebab lagi berpengalaman dan akan potpetpotpet sepanjang jalan share ape2 info pasal Bali :)  Blue Bird dah makin established & expand bisness diorang, so budak2 muda pun diorang hire jadi driver. Kalau yg muda2 tapi local Bali, maybe bleh caya kot, but other than that, I have no idea! :)


-----♥ Motorcycle ♥------

Sewa motor semangnya murah la kalau nak dibandingkan naik taxi dan sewa mobil. Oh ya, motor dipanggil “speda-moto” di sana. Sangat banyak company yang menawarkan sewa motor di Bali. Banyak juga pilihan motor. Ada Yamaha Mio, Honda Vario, Honda Supra X, Honda New Tiger Revo dll. Pilih saje. Encik so-army dah booking siap2 by email je, dan luckily they all tak mintak deposit or what, just confirmation nak amik motor ape and bila nak amik. Oh, I mintak die hantar ke villa, and it’s FOC since office diorang pun just nearby jer.

Speda-moto yang kami sewa untuk 2 hari berharga IDR 80K, termasuk sewaan helmet. Memang normally harga sewa motor di Bali IDR 40K – 60K sehari, depends on kedai dan jenis motor yang u alls amik la. Ermm, kadang2 diorg paksa jugak untuk ambil insurans untuk kerosakkan means if kita bawak motor tue ditakdirkan eksiden, calar balar, lampu rosak, kita kene bayar semua kos masuk worksyop kalau tak amik insurans tue. Insurans ni about IDR 40K/motor. But I ngan encik so-army tak nak amik insurans tue. Sebab? sebab kitorang rase boleh jaga motor itu dengan baik disamping yakin dengan safety aspects kat villa tue. Btw, I suruh encik so-army bagi tips kat bapak yang hantar motor tue, sebab I takut if die nak sabotaj motor tue later. Hmm..neway, motor kami disewa dari AMERTHADANA.
 
honda supra di Bali || Speda-motor kami – Honda Supra X :) ||

Oh yer, sepanjang 2hari kami cume mengisi minyak sebanyak IDR 5K sahaja which is full tank kot! Kat sana kalau nak isi minyak ada yang tolong isikan tak kira la motor or kereta. Tapi, u alls kena jeling2 jugak, sebab kadang2 diorg ambil kesempatan. Kalau nak isi IDR 5K biasanya dia isi sampai IDR 4.5K aje, so yang lebih kira tips dia la..Itu pun nasib baik, pak supir kami, follow kami, kalau tak, mahu die isi IDR 3K je..fuhhh!!

isi petrol di bali

I dan encik so-army memang dari zaman berchenta naik moto jer kemana2. Maklumlah student! :) Should be takde masalah la kan? But, kat Bali, we both macam terkesima kejap kene “road-shock!” (haha..ade ke road-shock?) Siyesly, I memang pening giler dengan style diorg merempit. Ikut suka hati je, especially bile nak masuk simpang dan nak over-take. I dgn encik so-army berpendapat bahawa mereka mengamalkan konsep “Aku harap kamu faham!” I bagi contoh beberapa situasi AKU HARAP KAMU FAHAM nie:
1) Di simpang yang takde traffic light, sape sampai dulu terus je masuk, tak payah tunggu2. Dan, orang dari arah bertentangan kena paham dan bagi laluan. I rase encik so-army adelah mat rempit paling skema kat sane :p Yelah, biasenye kita bagi laluan kat kereta yang nak masuk simpang dulu kan, tapi tibe2 kami kene honk. Rupenya sebab kami sepatutnya keluar simpang cepat! Demit! Tak paham I macam mane diorg bleh selamba je buat muka tak bersalah!

simpang jalan di bali
|| Sila lihat kekeliruan di simpang jalan nie. Sape masuk dulu, sape keluar dulu pun dah tak tau! Pening wooo.. ||

2) Jalan kat sane kecik even itu adalah main road yang nak menghubungkan daerah2. Bersyukur gile la duduk kat Malaysia dengan infrastruktur jalanraya yang bagus, walaupun kene bayar tol :) I agak takut2 jugak bila encik so-army potong double-line. But guess what?? Bile potong double line, kenderaan dari arah bertentangan akan bagi laluan as if diorang paham yang kita nak cepat! Pastu mase pak supir I drive pun, I perasan bile die nak over-take die akan hon, itu menunjukkan yang die nak cepat dan Sila Bagi Laluan! haha..


Okey tue adalah contoh situasi yang benar2 kami alami dan baru sehari kami dah paham konsep Aku Harap Kau Faham nie :) Frankly speak, encik so-army memang surrender okey! Berbahaya kepada kesihatan! :p Lagi-lagi memang jarang gile nak jumpe traffic light kat sane. Tension. Tapi, I memang enjoy the view sepanjang perjalanan ke Ubud tue. Suasana kampung tapi takde la kampung yg senyap sunyi!!

Chenta Do's & Dont's:
(*) If takde pengalaman/first timer or takde orang guide, I suggest tak payah la berangan nak naik moto sendiri konon2 nak tengok peta! hahaha. konfem sesat dan lagi akan membazir masa sebab u alls mungkin akan follow route yang jauh. Luckily, kami ade guide dr pihak hotel :) Kalau takkk……
(*) If rider perempuan bawak tas (handbag) mesti bawak belah kiri sebab nak elakkan peragut. Yela, jalan kat sane kecik, so kalau perampok (peragut) datang dari belah kiri memang confirm diorang terbabas. Ermm.. I terfikir, kalau kat Malaysia, tak kira kiri ke kanan, dah selamat dah wehh!! :) Tapi bile I tengok diorg buat, I pun buat jugak, walaupun I bukan rider, passenger jer..Saje nak tengok, ade tak orang ragut!! hehe~ Takde rupenye, patut laa :P

tas bali
tas tangan bali|| Aiyyoo..memang sangat kool la diorang bleh buat camnie! ||

(*) Jangan terkejut beruk kalau tibe2 dengar kenderaan hon-hon sana sini. Kat Bali, dah jadi adat, kalau they all lalu kat kawasan temple2 tertentu or lalu kat tempat2 sacred macam pokok2 besar, patung2 etc mereka wajib bunyikan hon as if mintak permission kat dewa tok nenek diorang untuk lalu kat kawasan tue. Lagi satu kat simpang empat dan selekoh pun diorang bunyikan hon untuk mintak lalu kepada dewa and I guess as well as other vehicles from opposite way :)

-----♥ Kereta/Mobil ♥-----

Harga sewa kereta di sini biasanya dalm lingkungan IDR 200K-300K (RM 75-RM120) dan amatlah digalakkan u alls sewa lebih dari sehari sebab confirm lagi murah. 

Kami amik package mobil pada hari ke-2 sebab masa tue cuaca tak berapa elok. To be safe, kami terus amik je package dari hotel, including kereta dan supir (driver) = IDR 500K. Bile pikir2 balik, senang jugak kalau naik mobil jer, lagipun, mase I datang cuaca tak menentu, kejap ujan, kejap panas. Cuma halangannya kalau naik mobil ialah macet = traffic jam. :)

Macam2 kereta diorang ade untuk disewa, Toyota Avanza or Daihatsu Xenia harga lebih kurang IDR 150-170K/day. Kalau nak budget Suzuki Jimny dalam IDR 90-110K/day. I ade jugak survey tempat nak sewa kereta from internet before pergi. Harga pon boleh tahan la..Boleh juga tengok kat SINI.
sewa mobil di Bali
 || With our supir – Pak Komang Runut! Sangat loyal & obey :) Sangat sedih dengar cerita dia & family! ||

Chenta Do's & Dont's:
(*) Do bargain ye if nak sewa mobil nie. Kalau yang booked kat internet tue mungkin rugi sket sebab harga dah fixed plus payment guna USD & credit-card! :)
(*) Sama la macam by-self ride motorcycle, if u alls tak confident nak  drive dalam keadaan traffic yang kurang formal/rules toksah la nak berangan nak drive sendiri. Sewa je kereta dengan supirnya sekali. Kalau sewa lebih dari sehari termasuk supir, biasanya dapat harga lagi murah. Lebih kurang IDR 400-700K untuk 2 hari.
(*) Make sure kalau drive/ride sendiri u alls ade International Driving Permit (IDP) untuk vehicle rental. Biasanya, IDP akan diuruskan oleh syarikat/person yang menyewakan kenderaan, they all akan mintak photostate passport. Dan, ia wajib disertakan dgn Sijil Pendaftaran Kenderaan (road-tax la kalau kat M’sia). If kena tahan dengan pak polisi denada IDR 50K tau! plus duit kopi IDR 5K untuk lepas. Demn! Korupsi tinggi!

--------------------------------------------------------------------------------------

Places-to-go

♥ Uluwatu ♥

Here it is, the most feveret place yg I nanti2kan :) Perjalanan ke Uluwatu mengambil masa lebih kurang 30 minit dari Denpasar atau Tanjong Benoa. Tue pun kalau macet-nye biasa2 aje. Ekcelly, ini sebenarnya adalah kuil bagi penganut Hindu, but the point is not the temple la. I sangat teruja dengan lokasi kuil ini which is very beautiful. Subhanallah..MasyAllah..Tak terucap rasenya kata2 bila dapat tengok tempat ala-ala video klip Westlife nie dengan mata sendiri. Sangat cantek okey! Air biru, ombak besar dan menghempas tepi tebing, sangat damai. Siyesly, sgt tenang!

uluwatu view|| See?? Beautiful scene isn't it? Subhanallah :) ||

View uluwatu view

Kat sini ada satu attraction menarik, iaitu Kecak Dance @ Tarian Kecak atau juga dikenali sbg Monkey Dance (patut la banyak kaum tue kat sisni..)yang diadakan pada setiap hari bermula jam 6.00petang. So kalau tak nak terlepas showtime, datang awal, or else, u alls akan dapat tempat tak best dan tak paham cite sbb dtg mase dah start. show. Tarian nie simbolik kepada epik Ramayana-Mahabrata, dewa masyarakat Hindu. Epik tue sume tak bape nak menarik sgt, yg paling best ialah keharmonian suara lebih kurang 50 orang lelaki gagah menyebut perkatan “kecak”, “cak-kecak” dan “cak-cak-cak” dan menjadi harmoni macam lagu koir. ok, tipu lagi! Tapi betul la, bunyi dia jadi macam lagu bila dah sebut ramai2 dan bertindih2.
|| The Kecak dance :) macam nak amik kelas vokal dgn mereka.. ||
Ohh..okey..cakap pasal aktiviti kat sini tapi tak cakap pun bayaran kan? So, I bagi sekali la amount2 penting:
Harga Tiket –> Tiket parking : IDR 2K/vehicle ; Tiket masuk (Pura Uluwatu) : IDR 3K/pax ; Tiket menonton Kecak-Dance : IDR 70K/pax.
 
Chenta Do's & Dont's:
Untuk masuk ke sini, ada beberapa benda yang kena patuhi:

(*) Sesiapa yang memakai celana pendek, harus menutup bahagian tersebut dengan kain yang boleh didapati di pintu masuk, kain kaler biru/purple. See my pict below? Bergambar di pintu masuk. I pakai short skirt okey, sbb tu kene pakai jugak kain purple tue :) Tipu je! Kalau dah memang pakai proper, just pakai kain ikat kat pinggang jer, kaler kuning tue. nampak tak? Sape tak nampak, esok die kena blanje makan aiskrem kat Baskin Robin!
gateway to uluwatu kecak dance || Ermm..jagung bakar itu berharga RM4..Tipah tertipuuu! >,< ||

(*) Kalau konon2 nak bergaya dengan shades/glasses korang yang harga ratus-ribuan itu, and sangkut kat baju or kat kepala rentikanlah yer. Kalau makan jagung macam kat atas pun, kene habiskan awal2, takut nanti ade yg tolong habiskan ;p 

monkey at uluwatu || Lihatlah mereka ini, mencari mangsa, bila2 masa je akan menyerang! ||
 
Bukan pencopet sembarangan, tapi, si monyet samseng kampung dusun yg dengan senyap2 akan mencuri peluang utk mengambil ape2 juga benda yg nampak menarik. Ohh..luckily, pak supir I sangat bagus dan bawak kayu, bile ade monyet nak dekat, die akan buat2 nak pukul lalu monyet2 itu akan lari tak cukup tanah dan pegi kacau orang lain :) Itupun, ade sekor tue berjaya datang dari atas, dan cube nak tanggalkan key yg I pakai. Hampeh tul diorg nie, tak makan saman!! So, beware yer!

♥ Pasar Sukawati & Pasar Guwang @ Ubud ♥

Shopping time! hahaha..I dah familiar dgn nama pasar nie, as I dah survey kat blog/website pasal tempat shopping kat Bali. ehemm..pasal shopping kan? jadi haruslah I ambik perhatian lebih sket..hikhik..
P5280045
Okey, ada jugak pasar seni lain macam Pasar Kumbasari & Pasar Badung kat area Denpasar, tapi local pun dah suggest, pegi Ubud sebab kat Denpasar tue, diorg amik dari Ubud jugak, plus harga mahal sikit la dr kat Ubud! Kalau nak beli pernak-pernik = souvenir, kat sini adalah tempat paling sesuai. Ada beg dan baju macam2 saiz dan material, ada painting yg kewl utk hiasan, ada key-chain, ada baju I BALI dan macam2 lagi la. Rambang mata wooo..  n encik so-army pun dah naik pening nak beli ape utk mama-mummy, ayah-babah n adik-beradik n sanak sedara! Siyesly, banyak sgt sampai tak tau nak pilih mana.
shopping at pasar sukawati|| Muke senyum puas sebab dapat bargain to da maxxx!! ||

Total damage I mase shopping kat sini ialah about IDR 950K = RM350. haha.. ni dah siap kira nak bagi sedara2 rapat dan kengkawan rapat nie.. yang lain2, kalu ade rezeki insyaAllah, next time I datang lagi I belikan. Tak mau merajuk ehh!! :)

bargain at pasar sukawati ubud || See buku OJB (Our Journey to Bali) kat tangan I tue.. huhu.. mane pegi bawak buku tue, walaupun dah ade guide! ||

Chenta Do's & Dont's:
(*) Sila bargain dan make sure survey dulu ape nak beli then compare harga dari 1 kedai ke kedai lain. Memang bunyi sangat penat + letih! Tapi berbaloi kot~ Encik so-army terkena jugak, I dah cakap, jalan dulu, jangan stay kat kedai sama jer. Degil tul, meh piat telinga!! ;p Dia beli beg canvas I BALI utk souvenir kat satu kedai kat lorong2 belah dalam, dgn harga IDR 20K/bag. Tapi, I dapat kat lorong depan2 sket harga IDR 12.5K/bag. Hambik kau! Dah la amik 15biji. Rugi IDR 7.5K x 15 = IDR 112.5K = RM40.

(*) Lagi satu, sila perhatikan duit2 balance yang they all bagi tau! Kadang2 diorg bagi duit yg dah EXPIRED! I rugi IDR 230K = RM85 sebab I ngan encik so-army leka sgt shopping sampai tak sempat nak usha2 tahun keluaran duit yg diorg pulangkan. Sekali masa nak bg duit poket kat pak supir, die cakap, duit tu dah tak leh guna dah. Tahun 1998, dah lupus, bank pun tak amik dah~ Gile la, bank pun dah tak terima. Tak laku. Rugi mak nokkk~ Aishhh..asyik cite pasal rugi je kan? ade jugak yg I untung mase shopping, tapi u alls pegi dulu, experienced sendiri, baru best!! :)

--------------------------------------------------------------------------------------

I rase nak berenti setakat nie dulu. I dah penat membebel + nanti u alls bosan + malas plak nak bace entry panjang-berjela.. hikhik.. nanti I sambung lagi yer :) Pasal tempat2 lain dan makanan. Part3 will be coming soon…

BisikChenta: Bersambung lagi daaa..Sila jangan bosan :) Kalau bosan? Paham2 la, sila takpayah bace!!

Thursday, June 10, 2010

Travelog: Honeymoon - BALI 4D 3N (Part #01)

Hye all..Sikit punya lama I nak update cerita pasal Bali kan. haha. dah lebih kurang 2 minggu post nie terperap je kat DRAFT. Akhirnya! publish jugak! Sorry la,banyak sangat halangan (alasan...)

Well..well..what can I say! I really enjoyed Balimoon trip. Even for 4D 3N tapi I tetap rase macam tak cukup je jalan sume tempat. Sangat teruja okey! Yelah, selama nie trip ngan kengkawan, nie bile trip ngan husband rase macam lagi sangat super best sebab macam nak buat semua bende together2 :) Harus I datang lagi lepas ni stay 1week!

View bali1
(Kami yg tengah kebosanan menunggu :( sempat lagi online!)

Walaupon kami mengalami beberapa masalah iaitu flight kami delayed selama 3jam, dan I sangat hangin berapi kerana dah terpaksa susun balik jadual trip kami hokey! Nasib bak la die bagi I voucher makan free kat mane2 tempat dalam KLIA tue. Kalau tak, lagi I mengamuk tukar jadi Princess Fiona sebab kelaparan.

Hmm..tapi kan as I arrived in Bali, tibe2 dah hilang rase nak marah. Ditambah lagi dengan rase sangat excited! Haha.. I akan buat beberapa entry [part 1, part 2 and maybe part 3]. Hope these few entries sedikit sebanyak will help others yg plan nak pegi Bali. Especially for the 1st timer yg nak gi sana (macamlah I banyak kali pegi kan?) And definitely, I'll bagi comment2 jujur tentang apa yang I rasa, ok or tak, what do’s and dont’s and everything la pasal Bali.
 
Okey semua kengkawan blogger or eaders, sesiapa yang rase meluat, menyampah nak bace, dan rase tak menarik langsung sebab u alls dah 20x pergi.. So,get out from here! sile cepat2 klik button cancel kat window screen kat atas tue. Datangmu tak diundang, Jika ragu sila pulang! Babai~

Flight & Time

P5270049Malaysia Airlines pilihan kami! Untuk honeymoon ni I ngan encik so-army decide fly with MAS since date kitorang nak pegi AirAsia dah fully booked. Kalau ade pun, flight malam. Tapi unluckily, flight yang sepatutnye pukul 12.50pm, delayed dan kami terpaksa tunggu 3jam for flight 3.50pm. Hampesss :( Perjalanan mengambil masa selama 2jam 35minit dan kapten kapal memandu dengan berhemah dan anak2 kapal semuanya sangat friendly! :) Kami landed safely di Denpasar Airport, Bali lebih kurang pukul 6.30pm which is kat Bali dah pun gelap macam Maghrib kat Malaysia dah :)



P5270051
(Denpasar 6.38pm, 26th May 2010)

Airport Tax/Luggage  
Kalau shopping sakan, jangan sampai berhabis plak sampai kering kontang wallet! kat Denpasar, I think same je ngan Jakarta & Medan, sorang kene bayar IDR 150K for airport tax. If tak silap, dulu my mum cakap IDR 100K je. Luggage yang exceed 25kg akan dikenakan excess fare IDR 90K

Chenta Do's & Dont's: Kawan-kawan please make sure u all punye passport mesti mempunyai at least 6 bulan lagi sebelum tamat tempoh sah. If not, dengan serta-merta u all akan diminta untuk kembali ke negara asal. Ini berlaku depan mata I, bila seorang Malaysian Chinese lady yang terpaksa balik Malaysia sebab passport dia mati awal bulan 11. Amik ko! Kalau I, terkedu kat situ, huwaaaaaa.. :(

Communication (Simcard & Calling Malaysia)
Ohh..sangat senang pegi Bali. Cakap loghat Indonesia memang I dah kire ala2 fluent jugak la (Kalau Jawa lagi la expert!) Cume kesian ngan encik so-army yang tak bape paham certain terms, tapi I kan ade,noworries :) 

So, as kitorang on the way nak ke villa, I mintak Pak supir singgah mane2 kedai beli SIMcard. Disebabkan I tak on roaming, so that, I kena beli simcard sane. Sesiapa nak beli SIM, sila beli SimPATI-TelkomSEL. Ada jugak I pernah dengar Axis tp I tak jumpe plak kat kedai tue. So far, memang pak supir tue cakap, TelkomSEL paling bagus coveragenya. 

SimCard yg I beli IDR 25K = lebih kurang RM9 tapi balance topup dalam die cuma IDR 5K dan encik so-army tambah lagi IDR 20K. Oh yer, sila cakap "Mau isi Pulsa,pak/buk" jika u alls nak topup sebab diorang nggak ngerti topup itu ape. haha. Topup ade IDR 100K, 50K dan 25K.

Jadi dengan adanya TELKOMsel ini, kami buat panggilan ke Malaysia! Oh, cara nak dial Malaysia ialah 01017 (kod Negara) (Nombor Telefon) Cth: 01017 60 12365----
Of course utk call Mama & Mummy memberitahu kami dah selamat sampai :) Senang jugak nak call2 pak supir dan agent2 kitorang kat sane. Rate nak call Malaysia about IDR 880/minit. Haha. I cakap super laju dah macam Sarimah Ibrahim masa call Mama I hokey! :) 

Chenta Do's & Dont's: If nak beli SIMcard baru, JANGAN sekali2 beli dekat airport or kat area town. My supir cakap, ade tourist beli kat area airport Denpasar, 2x ganda harga die wehh! amount kat dalam same je. Rugi gile vavi la. Kalau u alls jalan2 dan nak topup, make sure cari kedai yang ade tulis "Isi Pulsa" dan kalau nak save, jangan topup kat laundry shop, shop dalam hotel. Kedai Circle-K & M-Mini Mart (macam 7E kat Malaysia) pun ade jual dan mereka tak amik commission dr hasil jualan.

View bali2 
(Adegan tawar-menawar nak membeli SIMcard)

Accommodation

Haha..part ni memang I sangat suke~ Sepanjang 4H 3M I di Bali, I stay kat The Bidadari Luxury Villas & Spa! Villa ni terletak di Kerobokan. Tempat sangat cool, tenang dan damai. Jangan tanye kenapa I tak menginap di hotel2 kat Jl Poppies Lane I & II dekat area Kuta. Name pun honeymoon, so kami inginkan ketenangan dan harus la tempat yg romantik sket, walaupun kami perantin basi! Bukan selalu kan. Maybe next time baru boleh pegi free & easy!

View Bali Villa
 (Villa kami bernombor 19, paling last sekali. Terbaik dari ladang!)

Encik so-army sangat suke villa ini. Harganya? Ermm..about RM550/per night. Tapi sebab kitorang booked mase MATTA fair, so total up RM1280 termasuk daily breakfast, tea-time, dinner dan 2hours massage! Bagi kami, ianya memang sangat berbaloi2,kerana service dan layanan karyawan & karyawati (staffs) mereka yang sangat polite dan very friendly!  

Oh ya! untuk muslims, villa nie memang highly recommended sebab they served HALAL foods. Panduan arah kiblat pun ade, Alhamdulillah. Semuanya meyakinkan I dan encik so-army sepanjang di sana!



P5270094
(Aqieshz LOVE Zahir!)
P5270099
(Guling2 macam Hindustan!)
 P5270071
(Tayang baju BRIDE+GROOM!)
P5270084 
(Hujan sekejap masa kami sampai! Tapi kejap je!)
View bali3
 (Argghhh! Sangat suke bathtub ini..Hari2 die letak bunga!)

Chenta Do's & Dont's: Ehh u alls..FYI, we both amik Honeymoon pakej. So that if u guys just nak jalan2, free & easy, u alls boleh stay kat area Kuta.  Ade TuneHotel kat area Kuta, juga the most favourable Hard Rock Hotel. Kat Jl Poppies Lane banyak jugak hotel2 bajet. Area Legian & Seminyak pun banyak hotel2 tepi pantai. Pilih aje mane u alls nak ikut bajet okey! Do surveys for anything that u want for ur trip/holiday! :)


P5270018

So, till next time dear all. Nanti I updates pasal foods, places, events and transportation etc plak ye! :) Love u all sebab bace blog I..Thanks! Ermm..sape2 nak tanye, or bagi idea nak tulis pasal ape next entry bleh jugak!

BisikChenta: Selepas ini blog akan cerita pasal Bali, Bali dan Bali lagi..haha..mesti bohsan! :p

Saturday, May 22, 2010

Honeymoon: Tukar duit, Jutawan segera

Haha.. Mood ke Bali sudah semakin dirasai.
Duit pun dah tukar. Ade orang cakap suruh I tukar USD jugak. 
Harus ke? Taknak boleh kan?
Mama cakap singgit kita pun laku je kat sana. :)

* 1,000++ MYR *

..
..
..
..
..

* 3, 000, 000 Rupee Indonesia *

BisikChenta: Kaya segera!