Thursday, February 27, 2014

Majlis Aqiqah Badriena (Part #1)

Salam/Hi.
Macam semalam² jugak, hari ini adalah hari meng'clear'kan draft lagi.
Ada yang aku delete terus, malas nak continue. HAHA
Entry ni aku dah karang separuh, so kira ok lah nak sambung.

1) Jemputan
Majlis Aqiqah Badriena aku buat hari Ahad, mula nak buat Sabtu tapi laki aku baru nak balik dr Sarawak hari Sabtu, tak sempatlah. Sebenarnya tarikh pun baru di confirmkan seminggu sebelum event sebab kena tunggu bila laki aku boleh naik darat. Cuma template e-invitation aku dah siapkan lah. Tinggal masuk tarikh jer. Aku buat pakai Microsoft Power Point jer oii. Skill AI aku dah makin tumpul. Cari² design yang kena tema sket kat etsy, pastu edit² kasi padam watermark, pastu tadaaaa! Siap. Pastu pi lah sent kat WhatsApp ngan FB kepada geng² yg rapat² and few je weh. Sorry yer tak dapat nak jemput semua.

PowerPoint je u alls ;p



2) Doorgifts
Aku buat 4jenis packaging untuk gifts. untuk semua tetamu, team marhaban, budak-budak & family/kawan² rapat. Aktiviti mempacking ni aku start 2minggu sebelum hari kejadian.

i) Semua guests
Yang untuk semua orang aku bagi air kotak saiz besar 1L tue dgn bahulu pecah lapan saiz 5inci. Yang ni dua² nenek Mama sponsor. Hehe. Mama Dyna settlekan packaging je. Paperbag aku tempah kat Hadiah Pintu, fast service, suka layan kerenah aku nak design itu ini sama macam kad yang aku design sendiri tu, dan paling penting harga murah! Aku dah siap compare kalau aku beli paperbag letak sticker pun tak dapat harga macam dia bagi.

Done packing for 200pcs ni 2hari sebelum majlis sebab bahulu tak boleh pack awal kan.

ii) Team Marhaban
Untuk diorang nie aku bagi kain pelikat sebab team lelaki. Untuk tidak menampakkan macam kain pelikat, aku beli la crepe paper, pastu balut lah, letak riben sket, pastu tepek sticker. Total ada 20pcs semuanya.


iii) Kanak-kanak
Untuk bebudak aku buat 50pcs jer. Tu pun tak sampai petang abis dah lesap semua. HAHA. Aku beli plastik ngan cupcakes container kat kedai kedai bakery. Pastu letak gegula, lolipop ngan biskut dalam tu then staple kan aje. Pastu letak sticker lagi. Sonang jo nie, aku buat tak sampai 2jam dah siap sambil breastfeed pon boleh buat oii. Oh yer, sticker yg team marhaban & budak² punya doorgifts aku tempah kat Ceket Favor. Pun fast service, siap anta sendiri kat umah.



3) Makan
Masak sendiri u alls. Dah ayah aku buat katering kecil-kecilan kan so memang masak sendiri la. Lagipun diyakini sedap HAHA. Ayah aku masak Beriyani Kambing & Daging, Ayam masak merah, pastu sayur aku tak ingat sayur ape. Buah² ada anggur & pisang. Air oren yang sedap dipuji ke serata taman itu adalah air tangan aku. kehkeh. Kambing seekor pun sembelih amik fresh dari kandang kambing sebelah umah. Kambing tu Isya jaga start dari aku balik bersalin lagi. So bila nak sembelih ajak dia tengok, sampai sekarang dia ingat. "Kambing Dyna kena potong, Isya makan dah abis, sedappp" Yelah Batrisya kau kalau makan memang semua kau telan, macam papa, eh? HAHA. 

Nasib laki I dah balik time nie, bleh tolong sekali.

Buffet station!

Ehemm, bang Nasi Beriyani Daging satuuu!

Sambung part 2 aci tak? Aku dah malas nak menaip. Pastu paling malas sebab nak upload gambar kemain lembab internet office nie. Kbai!

NotaChenta: Aku baru perasan satu benda Majlis Aqiqah Batrisya aku tak update pun kat blog. Ampunkan mama Isya. heee.

13 comments:

  1. Apasal wraping kain pelikat tu lawa?
    Benci tau aku tak dapat yang lawa tu.
    Haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. anak ke3 aku nanti aku propose ko jadi team marhaban so ko boleh dapat wrapping yang lawa tue. aci tak? haha

      Delete
    2. Ok, aku kena cari team dah ni start dari sekarang.

      Delete
    3. kahkah sila-sila. nanti jangan sesat lagi ye kbai

      Delete
  2. Papa sia siap bersampin uols. Hahaha. Gigih la kau ni.. Kagum. Pindahla semnanjung cpt. Bole tlg jd planner party akikah nx ank ku pula haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Papa dia kalau berbaju Melayu memang kena complete set.
      Style askar sangat tak bleh kalau tak lengkap HAHA
      Masa jadi planner party & aqiqah tu anak no berapa? 3 ke 4? hahaha

      Delete
  3. terbaikkkk... giler ar gigih buat semua.. tabikkkk
    tolong ajar mcm mana ko edit mengedit tu.. aku sampai skang xreti wehhh..

    ReplyDelete
  4. Thnx sbb ko dh bg aku idea utk qiqah anak aku. Btw paperbag dpt bp price? Tgh survey2 gak nih!huhuhuuu

    ReplyDelete
  5. cantik bekas bungkus2 tapi bungkusan untuk team marhaban tue memang terbaik

    ReplyDelete
  6. Boleh bg address pembekal makanan ampang jaya tu

    ReplyDelete
  7. Salam,
    boleh x share template kad jemputan tu? if u're dun mind, TQVM

    ReplyDelete

Terasa diriku begitu berharga! ;p

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...