Orang dah nak abis raya, aku baru terhegeh² nak cerita pasal raya. Dulik ahh.
Dah masuk 1 Zulkaedah pun. Memang aku saje tunggu sebulan baru nak update pasal raya. Hehe.
So, dipendekkan cerita, masuk tahun nie, tahun ketiga aku beraya sebagai isteri, dan tahun kedua sebagai ibu.
Tapitahun pertama dapat melaram sefamily. HAHA. Nak jugak cakap.
Yelah, tahun lepas aku beraya dalam pantang hokeyy! Jalan pun tercover², makan jangan harap nak makan sesedap kan. Tengok ajelah orang melantak. Makanya tahun ini sessi membalas dendam kahkahkah.
Takdelah melawa sangat pong, tapi puaslah aku main tukar-tukar baju sedondon dengan anak dara dan hubby! :) Meriah I tell youuuuuu!
Layankan aje gambar tuan punya blog okkay?
Sehari sebelum : Mengayam ketupat! Aku pandai okey.
Malam Raya : wehooo, mercun & bunga api!
Camwhore dengan anak dara sementara tunggu Papa balik semayang!
US: Lime Green & Yellow!
Aku macam geram jugak sebenarnya pasal baju raya.
Tailor buat tak ikut specification yang aku nak.
Korang tengoklah, patut baju aku dengan Isya sama.
Tudung pun aku dah siap beli yellow colour sebab tak naklah green sume.
Pastu dah terbalik plak, nasib baiklah last minit husben baik hati ajak pegi cari tudung/shawl dan belanja :)
Kalau tak sampai pagi raya aku monyok agaknya. HAHA.
Acara wajib, BERGAMBAR! Tahun nie belah husband cukup 8beradik balik.
Aku pagi-pagi dah buat drama sedih call Ayah + Mama T_T
Biasalah anak pompuan sorang kannnn ;p
8 beradik - SEMUA HERO! Sorang je masih single! Cube teka?
Isya & cousins!
Bini-bini gangster!
Tu dia, dengan bini memasing! Hover tauuu. Yang baju putih dah bersalin minggu lepas.
Habis collect duit raya kat Melaka kitorang ke Batu Pahat.
Babah (FIL) aku orang Batu Pahat. Sekampong wehh!
So, petang raya tue, kitorang konvoi ke Batu Pahat. Diorang tido umah nenek nyayi kat Sg Suloh, kitorang ke Bukit Pasir!
Habis cerita raya pertama! Malam kitorang pengsan, dengan Isya sekali tak jaga bangun mintak susu. huhu.
Raya kedua : Tema Oren. Wajib! HAHA
With Tok Ayah & Nek Mama @ Batu Pahat
Raya kedua dan ketiga kitorang abiskan raya Kg Linau - Sri Medan dan sekitar Batu Pahat.
Then raya keempat, balik Melaka balik. Sambung beraya Melaka.
Pastu Khamis balik KL, Jumaat aku sempat merayau IKEA & Jusco.
Sabtu mama + ayah buat open house. Last minit, aku pun jemput mana yang sempat aje.
Ahad, aku balik Sarawak, sambung raya sini :)
Overall, aku puas hati dapat beraya sakan walupun penat sebelom dan selepas.
Penat sebelum ialah penat nak packing baju ikut hari, warna dan ikut tuan punya baju.
Dah lah aku memang bajet bawak cukup-cukup sebab nak shopping kat KL.
So memang kena list down semua dari hari pertama sampai last day. Phewww!
Habis sudah kisah raya tahun ini. Alhamdulillah, dapat menyambutnya dengan penuh kegembiraan.
Semoga dapat kita berjumpa lagi Syawal tahun depan, jika dipanjangkan umur.
Walaupun dah lambat, dah habis raya, aku nak mohon ampun maaf, jika ada tersalah kata, tersindir sana-sini, terlepas cakap sepanjang menulis dan mengenali di alam blogging mahupun sesiapa yang mengenali di dunia realiti juga di FB, IG, Twitter dll :) Kira kosong-kosong ye. Amin!
Dah, tu je. Sekian!
BisikChenta: Lepas ni lama lagilah nak update. Nak kena pergi kursus nie!
Dah masuk hari ke-9 raya baru sibuk nak wish! HAHAHA.
Walaupun dah agak lewat, tapi still dalam bulan raya kan?
So, sementara boleh online nie, Kepada yang mengenali I di alam maya,
mahupun juga yang mengenali I secara zahir di alam nyata, Kalau ada tersilap kata, tersalah bicara, terlaser, terover, kalau ade yang tersinggung ke, terasa ke, kena sound tepek ke, ade yang kata I berlagak ke hape ke, I mintak ampun dan maaf lah yer.
Takde niat nak menyinggung u alls semua.
Entry I sume bersifat peribadi okeh!
Alhamdulillah, sangat bersyukur dan gembira bila dapat beraya bertiga.
Syukur atas kesempatan dan nikmat yang Allah berikan ini :)
Semoga kebahagiaan ini sentiasa berkekalan :D
Majlis Aqiqah & Cukur Jambul Batrisya pun selamat dilaksanakan.
Walaupun last minute decision, semuanya berjalan lancar.
Update? Nantilah yer. I akan ambil masa sebab nak sesuaikan Batrisya dengan keadaan dan tempat baru.
Bila I naik keje ujung bulan nanti, dah free sket, I update.
Okey, itu saja untuk hari nie.
I pun akanterbang ke Bumi Kenyalang malam nie. Doakan I sekeluarga selamat dan bahagia nun di seberang laut sana :)
Sekali lagi, Salam Aidilfitri. Maaf Zahir & Balkidz Batin
BisikChenta: Pulang, marilah pulang, marilah pulang bersama-sama :)
Another June’s Birthday wishes. 9hari lepas Ayah. Hari ini pulak, genaplah usia Jubli Emas Mama I. 50tahun.
Selamat Ulangtahun yang ke-50,
Mama; Hjh Mislah binti Badli
.
.
.
{ Malam sebelum I dinikahkan. Malam Khatam Quran **Orang cakap muka kami sama. Copy paste tak muka kami??** }
Kakak doakan mama sentiasa dilimpahi rahmat dan kasih sayang Illahi.
Kakak juga doakan Mama sentiasa sihat dan dipermudahan urusan seharian. Tidak kira apapun yang Mama lakukan, kakak sentiasa doakan Mama selamat dan di bawah lindungan Allah SWT.
Semoga Mama dipanjangkan usia untuk melihat anak-anak berjaya dan cucu-cucu membesar di depan mata :)
Hanya Allah dapat membalas segala jasa dan pengorbanan Mama.
Kakak SAAAAAAAAAYANG Mama dunia dan akhirat :) I LOVE U!!
Mama admit hospital semalam sebab tekanan darah terlalu rendah. Ya-Allah, kau sembuhkan segera mama-ku. Aku doakan mama-ku sihat seperti sedia kala. Amin!
BisikChenta: Semakin tua usia, maka semakin hari I rasa semakin hampir I akan kehilangan insan-insan tersayang! T_T
Bulan Jun ni meriah betul family & kawan2 I yang sambut besday! Yang sambut hari bahagia pun ramai jugak. Hari yang indah ini I mulakan dengan sedikit info pasal Hari Bapa @ Father's Day!
Ayah, Abah, Papa, Bapak, Daddy, Walid, Baba, macam2 panggilan untuk si bapa tersayang! Tak kesah ape pun panggilannya, yang penting, tanpa dia siapalah kita kan?
Sama seperti Hari Ibu, Hari Bapa @ Father's Day juga diraikan pada masa yang bebeza2 di seluruh dunia.
Seperti yang kita semua well-known, 9 Mei setiap tahun adalah hari untuk raikanIbu, Mama, Mummy, Mak, Ummi, Bonda, Ammadan ape-ape je la panggilannya untuk insan yang telah melahirkan kita ke dunia nie. Berikut pula adalah date @ tarikh Hari Bapa @ Father's Day yang diraikan oleh negara berbeza diseluruh dunia.
Secara umumnya, most countries celebrate Father's Day on the 2nd Sunday in the month of June. Berikut adalah tarkh @ date Hari Bapa @ Father’s Day 2010 akan diraikan pada kebanyakkan negara di dunia.
20 June 2010 (atau lebih tepat lagi.. adalah pada Ahad minggu kedua dalam bulan Jun)
:: negara MALAYSIA, Argentina, Canada, Chile, China, France, Greece, India, Japan, Malaysia, Netherlands, Malta, Pakistan, South Africa, United States & United Kingdom.
5 September 2010 (Ahad pertama dalam bulan September)
:: Australia, New Zealand, Fiji & Papua New Guinea
19 Mac 2010(Ahad kedua dalam bulan Mac)
:: Portugal, Spain, Italy, Bolivia, Honduras & Macao.
8 November 2010(Ahad kedua dalam bulan November)
:: Scandinavia, Norway, Sweden, Iceland, Estonia & Finland
23 February 2010
:: Russia menyambut Hari bapa sebagai ‘Defender of the Fatherland Day’.
21 June 2010
:: Egypt, Lebanon, Jordan, Syria & Uganda
9 August 2010(Ahad kedua dalam bulan Ogos)
:: Brazilians and Samoans
Mak aihhh..kalau nak rase celebration Father's Day kat different countries boleh la travel pada tarikh2 kat atas tue yer..haha..Apa2pun tarikh sebenarnya tak penting, apa yang pentingkerjasamaingatan dan kasih sayang kita dan bagaimana kita menunjukkan rasa hormat kita kepada mereka.
** Kakak sayang ayah!! Kakak banyak buat salah kat Ayah! Ampunkan kakak! **
Hujung minggu yang agak membizikan. This week ialah 1st Family Day Gathering utk my F.I.L, sempena celebration Babah & Mummy punye birthday. Mummy bulan 3, Babah bulan 5. Sebab bulan3 hari tue ramai anak2 tak dapat gathered, jadi we all plan buat la Mini-Family Day nie this coming weekend.
I ngan encik so-army dipertanggungjawabkan utk menyediakan hadiah-hadiah utk games yg akan dijalankan pada hari tersebut. Bajet RM80, utk 8games! haha..gile kentang nak save bajet, sebab nak spent lebih sket kat hadiah special utk birthday diorang!
Maka, kami pun pegi la shopping kat MYDIN USJ. 2jam gak la kat dalam tue sebab nak pilih hadiah yg dapat menepati bajet yg ditetapkan. Tapi akhirnya, terlebih sudeh, kene jugak RM100..huhu..takpe, lebih rm20 aje, resoanable lagi :)
Mencari hadiah utk Babah Mummy adalah yang nie paling mencabar. Last week, kami dah bincang dengan adik-beradik encik so-army! Ada beberapa cadangan seperti: ✿Babah : belt & wallet set, kasut, baju, jam ✿Mummy : wallet & handbag, jubah Hajaba, jam
Maka, setelah dipertimbangkan, I dgn encik so-army membuat pilihan utk membeli jam yg sepasang. Lokasi dituju ialah Kajang, sebab search kat internet kedai Time Galerie kat Tesco Kajang ade buat SALE..haha..I berkenan dengan set couple dari CROCODILE.
Sampai2 je terus tuju kedai jam kat level atas. Mata I terus cari perkataan CROCODILE! Ade beberapa pilihan. I siap snap picture, MMS kat sume adik beradik encik so-army. Maka, kami pun dengan segeranya membuat keputusan utk membeli set nie.....
Haha..harga before LESS RM 760, after LESS 5++ :) Ini yg terbaik kami leh cari!
Setelah penat mencari barang2, misi seterusnya ialah membalut hadiah iaitu hamper2 sebanyak 15 biji dan hadiah2 lain seperti mug, botol air etc. Haha..encik so-army dengan gigih menolong ok! Inilah hasilnya selepas semua di balut.
Alhamdulillah, selesai semuanya. Next entry, ialah berkaitan kad jemputan! :)
Alhamdulillah..Sudah 5 hari kite umat Islam sedunia menyambut Syawal..
Syukur kerana masih dapat lagi menyambut Syawal tahun ini, masih dipanjangkan umur dan diberikan kesempatan untuk berhari raya bersama insan2 yg aku sayangi..
6hari yg lepas, 29 Ramadhan, sehari sebelum menjelang 1 Syawal, aku tak tahu kenapa hati aku begitu sayu & syahdu yg teramat..Byk sebab kenapa aku begitu sensitif pada hr tue..
Pertama2nya, aku sayu sbb mengenangkan Hari Raya yg terakhir sebelum aku bergelar isteri.. Tak dapat aku gambarkan betapa syahdunye, bile tahun depan tangan yg pertama kukucup dipagi Raya bukan lagi tangan Ayah & Mama-ku, tapi tangan suami tercinta.. T_T Dan paling membuatkan aku syahdu, bile ayah berkata "Tahun depan kakak dah Raya sorang2 dgn suami.." Huaaa...makin menitik air mata kau di pagi Raya..
Keduanya, Aku rindukan arwah atokku yg ku panggil Pak Tok..Dah 7tahun die pergi, tapi macam terngiang2 jer kat telinga jerit pekik die bile kitorang cucu2nye main meriam atau bile kitorang main beskal keliling kampung petang bru balik..Sayu sgt! Lagi2 bile aku kenangkan arwah takde mase aku kawen nanti..Al-Fatihah~
Kesimpulannya, Raya tahun nie mmg buatkan aku menitiskan air mata sayu dan sekarang pon aku tgh nangis.. **tsk..tsk** Ntahla, hanya Allah je yg tahu ape aku rase..
Aku share sket gambar mase raye hr tue utk tatapan kamu2 sume..Keluarga belah ayah..Keluarga Allahyarham Hj Sirat Supangat & Hjh Musringah Bakri..7orang anak, 2 lelaki dan 5 perempuan..Semoga keluarga ini terus dilimpahi rahmat Allah & diberkati hidup dunia & akhirat..Amin~
Berapakah: 25tahun.. Silver Year Anniversary! ... Bilakah: 4 Ogos 1984 (4.8.84) ...
Siapakah: Ayah & Mama-ku! ... ...
"Ayah dan Ibu, Itulah pemulaan kami.."
Sobb..Sobb.. T_T sedeyhh dengar lagu nie.. ... ...
Alhamdulillah..Mereka masih lagi bersama dan berjaya membina keluarga yg bahagia..
Aku dan adikku dilimpahi kasih sayang yg tak berbelah bagi.. Ayah..Mama..
We Both Love U!
Terima Kasih atas jasa dan pengorbanan yg tak terbalas.. ... Selamat Ulangtahun Perkahwinan ke-25
Iklas dari anakmu! ... ...
BisikChenta: Menghitung hari untuk memulakan perkiraan Anniversary sendiri! Ehemm.. ;p
Situasi aku ketika ini: Tak berapa bagus + mamai sbb baru makan ubat! Tekak perit & hidung masih lagi tersumbat!! Malam2 camnie, suhu badan meningkat!! Tak boleh tido...sbb rase rimas n tak selesa sangattt!!
Adoiii...seksanya!!
Aku tetap nak masukkan entry nie.. =)
Hari ni 18. 06. 2009 ialah... Hari Lahir MAMA aku,
Hjh Mislah bt Badli.. (gambar mamaku ade di kiri blog aku nie..)
Selamat Ulangtahun Kelahiran yg ke 49 Mama.. Semoga dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki oleh Allah.. Semoga dipermudahkan segala urusan dan mendapat keberkatan hidup dunia & akhirat! Yang paling penting dapat melihat anak-anak Mama berjaya..Amin..
Terima kasih atas segala pengorbanan Mama...
Kakak saaaaaaaaaaaayanggg Mama!!
**-------------------------------------**
Juga dikesempatan ini,
Aku mengucapkan Selamat Ulangtahun Ke-2 Pentauliahan Pegawai PALAPES
bagi semua Pegawai2 Muda Batch 26 Army, Intake 8 Navy & Batch 2 Air Force
18 Jun 2007 - 18 Jun 2009
Kenangan bersama korang semua aku takkan lupa sampai bile2...
Aku rindukan zaman kegemilangan batch kita! Johan Kawad Kaki, Naib Johan Rentas Halangan, Johan Merentas Desa
& Johan Keseluruhan Acara Sempena Istiadat Pentauliahan ke-26!
Glory..Glory..UiTM!!
**-------------------------------------** Selamat Tido... p/s: Mama..kakak nak balik umah..wawawa..tak tahan demam malam nie..Nak mama urut kepala..huuu... =(Aku ingin pulang!!!
Kembali utk meng’update’cerita yg dah lapok, tapi aku peduli ape..nak cite jugak! Walopun dah nak masuk weekend yg baru, aku tetap nak update cite minggu lalu..
-->
Last 2 weekend, aku balik ke kampong halaman encik ChentaHatiTunangku di Masjid Tanah, Melaka..Seingat aku, last aku datang bulan 12 tahun lpas mase Raye Haji..tu pun bukan sume ade!
Sesungguhnye, dah lame btul tak cuti panjang + spend time tuk heppy2..paling busuk pon, stakat kuar dating + jalan2 shopping..So, aku ngan chentaku dah berjanji tuk heppy2+ dia sanggup amik cuti hari Isnin (besday die!)sbb nak mengheppykan diri! Jadi, sila bace yer, tak mau bace, abaikan aje!
< < < < ....... > > > >
Sabtu (06.06.09)
Siang
♥ Around 1.30pm, after Zohor, kitorg gerak dr umah aku kat Langat..B4 tu, kitorang singgah jap umah ex-boy aku yg kawen pd hr tue..Congretz Mr Aizat Amir + Mrs Noni!
♥ Cam biase, kitorang balik lalu jalan lame, Kajang – Semenyih – Beranang – Mantin.. Sampai Mantin je, jam yg sgt teruk smpai ke Seremban! Hadoiii…tension! Dahla jalan berbukit2! Dalam kul 3.30ptg baru kitorg naik highway Seremban n kuar exit Pedas-Linggi..
♥ Sampai Mastanah dalam kul 4.30ptg…Sume dah ade, except kitorg 2org je..(cam laki bini lak balik berdua..) iuh je umah tue..Bayangkanla, chentaku ni ade 8siblings,all of them,LELAKI..4 org dah kawen n ade sorang bwk balik tunang(aku ler tue..) Pastu anak2 buah pun majority LELAKI..tak ke hiruk pikuk umah..
~Haiyyo..sungguh nakal mereka..riag gembira plak tu bermain2 kat luar!~
♥ Aku pun, tukar baju n terus gi dapur nak tolong pe2 yg patut..tapi bnyak bende dah nak siap dah pon..aku nie bkan gemar nak masuk dapur..(bukan sbb tak tau masak yer!) sO, mencari jalan selamat, aku tolong Kak Noreen wat popiah! Resepi die sendiri tau!
♥ Pastu, kitorg bersiap tuk kenduri malamnye! Aku ngn pakai baju kurung, dengan rela bertugas sbg tukang angkat lauk-pauk utk dihidang (sbb diorg ckp aku bekas ashkar..ade ke patut..)
Malam
♥ Tahlil & doa selamat start after Isyak, then after dat, makan tyme…Aku cam biase la, si budak Aisyah tu mesti melekat ngan aku, so aku pon layan la die makan..
~Nisha & Aisyah : anak buah pompuan yg manje~
♥ Pastu,bile sume tetamu dah balik, tinggal kitorg2 je,ade suprised celebration(takde la suprised sgt pon..) 1 family dah tau, chentaHatiku akan celebrate besday ngan makciknye yg kami pangil Miawa (singkatan kpd Mami Hawa)..Shooo, sweeettt...
~Heppy besday Miawa & Hubby~
♥ Selepas itu, chenta-ku pun memulakan operasi membakar mercun! (Jangan tanye mane dapat..si chenta telah membodek ayahku..huh!) Malangnye, baju melayu chenta-ku terbakar kat suar sbb kene baling ngan mercun…Haishh..
~Kami yg gembira bermain mercun..Cam raye plak!~
♥ Pastu, (brape byk la 'pastu' aku nie..) kitorang main nyanyi2! Haha..part ni paling lawak sbb bile sedara mara yg nak balik tue lalu dpan kitorg, aku sruh bdak2 tu nyanyi Negaraku la, Lompat si Katak Lompat la..haha..
♥ Tido tyme..esok masih panjang!! Sebelum tido sempat lagi begosssipps ngan akak2 biras aku tue..huahahaha..
< < < < ....... > > > >
Ahad (07.06.09)
Pagi
♥ Bangun pagi2..then, kitorang yg pompuan siapkan sarapan n yg dah ade anak2 siapkan anak2 diorg dulu..Pastu sarapan berjemaah..huhu..aku sukekan suasana nie..sbb family aku kecik..nak merasa riuh nie, kene tunggu balik raye kat kampong mak ayah aku laa..
♥ Then, kitorang bersiap..Sambil tue, bakal adik iparku si Arip ni pun sibuk la berposing ngn barang2 hantaran die.. (Arip tak dapat ikut sbb kene balik KL ade class yg takleh ponteng!..Sian) Tema hijau! Gubahan oleh, bakal abg iparku yg ade company wedding planner sendiri!
♥ Dalam kul 9.45, kitorang gerak gi umah bakal tunang si Arip nie, si Halimaton Saadiaah atau kami panggil Aton..umah kat Alai jer..kire sekampung la...
♥ Dalam kol 11, kami sampai la...aku ditugaskan tuk membawa sireh junjung..haha..(every tyme pon aku mesti kene bawak sireh..huuu...)
♥ Korang tgok la sendiri antara gmbar2 mase majlis tunang diorang nie..
~Kami si pembawa hantaran~
~Aku, dia & Sireh... =) ~
~Halimahton Saadiah Sanisudah sah menjadi tunang Abdul Arriff Abdul Jalal~
~Hantaran pihak perempuan~
Petang
♥ Haha..belah petang nie mmg seronok..mule2 aku ngan chetaHati-ku je yg plan nak jalan2 mandi pantai..pastu bwak 1 mulut ke 1 mulut yg lain, maka tibe2 sume brsetuju utk pegi mandi pantai 1 family..huahaha..Pastu, kami pun prepare la mee bodo(miawa masak!) n makanan2 nk bwak gi pantai..dalam kul 4 lebih kitorg gerak laa..pastu sampai2 je trus lpak kat pondok nie n berpicnic..huhu..
♥ Maka lihatlah gmbar2 sewaktu kami bercanda & bermandi-manda di pantai..Pantai Kemuning, kat area Pengkalan Balak gak kalo aku tak silap..huu..mandi smpai kenyang air laut la...
♥ Di samping itu, kami juga sempat membuat beberapa aksi bahaya..haha..lawak2..mule2 wat tak jadi2 tp at last, jadi jugak!
~Banana boat yg membuatkan pale aku pening sbb terhantuk~
~Haisshhh...budak2 nie nk tido pon sempat sruh aku amik gambar!!~
♥ Tapi tidak bagi aku dah si ChentaHatiku..aku menunggu sehingga kul 12 malam tuk detik2 nak wish Heppy Besday kat die...hehe..
♥ Ding..Ding.. (konon2 bunyi jam la tepat kul 12mlm..) Akhirnye, aku pon wish Heppy Besday kat die & bg la prezen dlm kotak yg aku wat tue..prezen ape?? rahsia..tapi yg pasti die menyukainyer!
♥ Aku tido lpas tue, tp si Chentaku tak tido lagi sbb dok la
yan internet..lantakla..mateku dah berat!! (-_-)
< < < < ....... > > > >
Isnin (08.06.09)
♥ Hurmm...hari yg kutunggu dah tiba..lalala~ kami kuar dlm kul 10 lebih..b4 tue, kami singgah umah sewa kat Tangga Batu, juz nak tanye kabar n tgok2 umah..dalam perancangan, umah itu mungkin mahu di jual..smpat snap beberapa gmbar! tak payah la tgok..tak penting!
♥ Ape yg penting, kerjasama!! Eh..opss..silap..Yg penting aku dpat jlan2 Melaka..Ntah la,aku tak tau la nape aku suke sgt tgok bgunan2 kat Melaka tue..aku suke gi muzium2 die..padahal bukan aku tak pnah pegi..tapi excited sgt! Huhu.. Pastu..apela lagiee..posing tyme...
Masjid Selat Melaka ~ singgah solat Zohor
A'Famosa ~ really loved diz!
Stadhuys building
♥ Oh terlupe!! Aku & ChentaHatiku telah dijemput tuk celebrate besday senior aku, Tn Nazmi..Thanks 2 Kak Farah tunangnye yg telah menjemput kami tuk celebrate di Tony Roma's Cineleisure Damansara....
♥ Kat sini ade pict kami reramai..kalo nak tgok lain2 pict, sila la lawat ke blog Kak Farah (disini)