So aku buat list sket lah tips² tu yer:
1. Teh o' Limau Suam - Ni memang feveret aku, jangan cakaplah! Dah immune kot sebab selalu sangat minum.
2. Ubat batuk Cough-en - Aku dah cari kat farmasi area sini tapi takde. Nanti aku pegi town carik. Cuma aku consider ubat tu ok tak utk breastfeeding. Consider aje bukan #obses ok!
3. Madu - Dah abis sebotol setakat ini. Ada lagi 1 botol. Aku minum gitu aje, rasa melekat sangat pastu lagi gatal adalah, batuk tak berhenti.
4. Herba Cina - Ni tak try lagi. Tapi aku dapat bayangkan kepahitannya. Kalau takde choice gak, aku carik jugaklah nanti.
5. Ubat batuk Ibu & Anak - Ini tak berkesan langsung kat aku. Aku macam minum air manis jer. Ini kategori ubat sedap bagi aku.
6. Vitamin C - Aku memang amik Vit C. Pastu tambah plak hari tu ada selsema sket. Aku amik Redoxon. Berkesan, tapi untuk selsema je lah.
7. Avoid ice - Harussslah kan. Kalau minum jugak sendiri tanggunglah!
8. Ubat batuk Hurix Madu & Gamat - Baru beli semalam. Dah tinggal separuh botol. Adalah rasa kurang sket masa minum. Tp malam still jugak batuk menggila. Ubat ni pun kategori sedap. haha.
Sambungan...
9. Ice-cream - Aku penah jugak dengar org cakap, kalau teruk sangat, makan je ice-cream sebab kadang² yg racun tu lah penawar. Gitu peribahasa. Tapi aku tak berani takut lagi teruk. Kalau dah mild nak baik ok kot.
10. Berurut - Ini memang betul. Aku rasa nenek aku pun penah cakap kot. Tapi kalaulah aku tahu segala urat kat badan ni dok mana, kan best? Waaa, rasa nak balik mintak urut!
11. Buah nangka - Oiii, kalau aku tak batuk, kang badan berangin. Aku memang spesis badan berangin. Jadi nangka & cepedak bukan feveret walaupun aku suka gila cempedak. Eh nangka bukan bergetah ke? Takut gatal aje.
12. Olive oil - Ok ni pun tak try lagi.
13. Check Tibi - Ini menakutkan. Tapi kalau berlarutan jugak, memang aku rasa aku akan check kat KK.
14. Madu + Limau Nipis - Belum try jugak. Soon!
Tang aiskrim tu ko mkn aiskrim apa Qis.Bukan sembarangan tau. Setahu I aiskrim vanila je.
ReplyDeleteI suggest, kalau ko berani, amik telur ayam kampung, telan gitu je. Bagi telur berlendir tu lalu kat tekak. Orang kampung kata, dia boleh cuci tekak sekaligus bagi elok batuk. Buat lah tiap2 hari sampai hilang.
I suggest je tapi i tak pernah buat pun sebab I is geli dengan lendir tu apatah lagi bau dia. ;p
Haritu Iman batuk teruk pun mak akak nak buat gitu, tapi dia tak berapa berani sangat sebab budak kan tak pandai nak telan benda yang bukan-bukan sangat.
So, pergi klinik sedut kahak, makan ubat cair kahak dan ubat batuk je lah si kecik tu.
minum kicap letak limau kasturi
ReplyDeleteMak saya ajar 1 sudu besar kicap n limau nipis/limau kasturi :)
ReplyDeleteTq untuk info.dah seminggu suami dan anak batuk berkahak xbleh tido kesian tgk. 😖 nak cuba lah..
ReplyDeletehttp://ninafarhanawm.blogspot.my/?m=1
Madu adalah ubat yang baik untuk sakit tekak. Menurut satu kajian, ia juga dapat mengurangkan batuk dengan berkesan.
ReplyDeleteNangka bagus... insyaallah hari ni mkn sok makin reda batuk.. nangka yg masak. Dan masih bergetah paling cepat kesan.
ReplyDelete