Tuesday, December 17, 2013

# Pengalaman Bersalin, B the 2nd : BADRIENA

Assalammualaikum.
Kembali bersiaran u alls! :) 
Hari ini genap 40hari aku berpantang. Dah nak abis pantang baru ada masa nak update kan? Yelah, dulu pantang nak belek sorang je. Ade la masa nak curi-curi update blog, main Pinterest etc. 
Sekarang nie, jangan kata nak update blog, nak pegang handphone pun kadang tak sempat.
Kalau sorang tido kang sorang berjaga. Kalau dua-dua tido ada kerja yang aku nak kene settlekan.
Tak pun dengan aku-aku sekali tidur. HAHAHA
Okay. So mana nak start? Of course la pasal detik nak bersalin anak ke-2 kan.
Tak adil pulak la, cerita kakak ade, cerita adik takde.
2tahun setengah yang lepas aku menulis kisah pengalaman bersalin kakak Isya nie, so hari nie adik dia pulak la. Cara penceritaan lebih kurang sama. Tarikh, waktu dan isi je berbeza. So, inilah ceritanya!
6 November 2013

# Gerak hati aku mengatakan aku akan bersalin esok hari. Sebab aku rasa contraction dah makin kerap. Dah gaps 10-15minit dah. Ok, ready for baby seven-eleven!
# Malam tu jugak aku mintak nak makan Big Apple & Starbucks kat encik soami. Yelaa kat Sarawak tu je lah antara benda yang sedap yang aku boleh ngada-ngada nak mengidam. Tu pun sebab shopping mall yg dekat dengan rumah ada outlet dia. Kalau jauh memang aku rasa susah nak dilayan permintaan aku tu. HAHA
# Malam tu aku rasa tido tak berapa nak nyenyak sebab perut asyik mengeras aje. Malam tu jugak aku tido aku peluk cium Isya bertubi-tubi sebab aku rasa macam alahaiiiii Isya nak jadi kakak dah!
7 November 2013

# 6.15am - Aku rasa lain sket pagi nie. Aku dah cakap siap-siap kat encik soami standby aje lah masa dia nak pergi kerja pagi tue. Berderau darah katanyaaa! ;p Disebabkan itu jugak, aku rileks sket pagi tue. Ecehhh, rileks kau! Yelah sebab aku rasa aku macam dah ready nak bersalin.
# 8am - Isya bangun tido, aku mandikan dia, pastu ajak pegi beli breakfast. Then, aku terus ke rumah babysitter nak hantar Isya. Ohh yer, aku memang hantar Isya ke BS sejak aku start WFH dan start cuti. Saja nak rileks sket kat rumah sambil settlekan kerja-kerja sebelum cuti panjang. Aku spent time dalam sejam jugak lah layan Isya breakfast, dengan aku sekali breakfast kat situ sebab aku memang beli lebih pun nasi ayam tu. 
# 10.30am - Aku balik rumah, tinggalkan Isya kat sana. Sampai rumah rasa nak kencing, aku gi toilet. Dan tudiaaaa, darah dari mucus plug diiringi darah selambak keluar. Ok nervous datang!
# Aku whatsapp encik soami, cakap dah turun tanda, dia cakap paling awal dia boleh balik tengahari, kira dia half day lah. Aku dengan rileks cakap ok, no problem. Habiskan aje lah semua kerja tue :)
# Melalui pengalaman aku, masa Isya aku pegi hospital pukul 1pm, dah bukak 5cm, then pukul 6 lebih aku dah bersalin. So aku rasa kali ni lebih kurang sama. So aku bajet nak pergi hospital lagi lambat sket sebab malas nak duduk lama kat LR. Boleh gitu?
# Sementara itu, aku telah menwhatsapp jugak family rapat, kengkawan rapat UiTM termasuk #chanteks bagitau aku maybe nak bersalin dah dan mintak doakan semuanya selamat. 
# Pastu aku pun sempat lagi vacuum rumah dan mengemop sebab kang baby nak masuk rumah kan. Aku takut tunggu laki aku balik dah terus nak pegi spital. Habis je mop satu rumah, aku pun buat preparation diri. Mandi, solat & baca lah apa-apa yang sempat.
# 1pm - Husben aku pun dah balik. Sempat aku jeling akar Fatimah tu, memang kembang lah dari yang biasa. Tapi aku tak sempat snap gambar. Laki aku balik je dengan gelabah nak siap cepat-cepat. Aku cakap rileks ahh. Dia siap tanya apehal aku tak macam orang nak bersalin jer. Okay, masa ni sempat request nak makan chicken chop kat Secret Recipe. Hehehe
# Around 2pm - Gerak pegi hospital. Masa ni contraction memang dah 5-7minit. Sebelum tu aku sempat gi rumah BS kebetulan Isya tido. Aku peluk cium dia sekali lagi sempat lah touching menitik air mata. Huuu, ntah la syahdu je aku rasa weh! T_T
# Sempat singgah makan kat restoran Western on the way gi spital. Tak dapat SR punya pun takpelah. Maka selamba lah aku melahap lunch Chicken Chop Dapur MakWa dalam contraction :)
HAHA. Tak agak-agak kan. Alaa, alang2 pastu nak pantang, makan je lah!
# 2.45pm - Sampai KPJ Kuching. Kalau ikutkan macam kene pergi emergency la kan. Tapi aku taknak sebab aku rasa baik pegi jumpa doktor dulu tengok keadaan camne kan. Kot baru 1-2cm bleh balik pi makan-makan ke tengok wayang ke. HAHA. Sempattt je pikiran aku kan. 
# Nasib baik klinik tingkat 1, aku menapak je lah tunggu lift lama nau. So, aku pun Q lah kat klinik tu. Dr Wendy nampak aku terus panggil masuk potong Q sebab nak check bukaan. VE adalah sesuatu yang tidak menyelesakan masa experience aku 1st baby. Tapi kali ni aku rasa sangat okay. 
# Dan seperti yang aku dah jangka, sama jugak macam Isya. Sampai hospital mesti jalan dah bukak. Dulu 4-5cm kali ni lagi hebat, 7cm terus. Makanya, Dr terus suruh aku naik LR kat atas. Dia offer wheelchair, mestilah aku taknak kan. Biasalah degil! ;p
# 3pm - Tukar baju semua masuk LR, masa ni ada la rasa debar sket. Macam biasalah kan kena baring pasang CTG tu semua. Last time aku tak suka part nie, tapi this time aku suka sebab bleh ngada-ngada dengan laki aku. Yelaaa 1st baby dia takde di sisi. Ni lah masanya nak manja-mengada kan ;p
# 4pm - Dah sejam nie, aku still rasa sakit tak berapa nak sakit. Sama je macam kes Isya dulu. Pastu diorang offer epidural pun aku taknak sebab sakit aku rasa masih mampu ditahan. Aku request nak jalan-jalan jap kat nurse tue. Pastu aku pun praktikkan senaman dalam LR yg aku baca. Nasib baik husben ada, so dia pun support sekali tolong. Squat la, half-squat la semua aku buat. Hehehe
Muka bajet kool sambil layan lawak bertaraf MLM oleh suami :)
# 5.15pm - Dr Wendy datang, VE sekali lagi, masih 8cm. Die terus suggest nak bagi drugs lah sket nak bagi rasa kuat sket contraction. Aku okay kan aje sebab aku malas nak lama-lama dah dalam LR plus tak sabar nak jumpa baby :) 
# Masa ni aku dah macam rimas sket sebab air ketuban dah pecah. Aku mintak maaf salam nangis2 jap ngan encik soami. Pastu layankan lawak2 pecah perut dia. Adoiii laa dah la aku memang nak beranak bleh pulak laki aku buat lawak macam-macam. Tapi seriously aku suka moment tue :) Sampai nurse dok jeling2 mesti dalam hati kata budak ni tak macam nak bersalin pon. HAHA. Thanks papa!
# Around 6pm - Aku dah start rasa contraction yang betul-betul. Eh, bleh pulak betul-betul kan tadi tipu ke ape? Hehe. Contraction yang memang dah kuat sangat. Aku genggam tangan husben aku sekuat hati bila contraction datang. Doa Nabi Yunus tak lekang dari bibir.
# Dalam pukul 6.15pm camtu aku dah start rasa Ring of Fire! Tinggg! Aku cakap ngan nurse dia macam tak percaya. Haaa sekali kepala baby memang nak keluar dah. Laki aku cakap nampak hitam-hitam dia boleh pulak cakap itu uri. Danggg! Inesen sungguh laki aku. Itu rambut baby ye sayang. Hahaha
# Pastu ape lagi segala ilmu meneran aku keluar. Well, ape yang aku rasa 2nd baby nie aku rasa lagi cool dan tenang je. Siap laki aku cakap macam dah expert dah. Curi nafas, teran tak keluar suara dan akhirnya pukul 6.27pm lahirlah seorang lagi puteri kami :)

Fresh from oven. Masa baby tengah dibersihkan.
Actually gambar ni dari video. Syahdu bila setiap kali ulang tayang video ni!

# Sementara laki aku dah sibuk snap gambar video sana sini, aku tak heran ape dah aku rasa nak cepat peluk baby pastu macam nak tido jam-jam tu jugak.
  
# Soalan seterusnya keluar dari mulut aku, "Doc, banyak tak koyak?" Dr tu dengan muka baik hati sambil senyum cakap "Nice one. Maybe tak jahit kot. Koyak sikit saja kat kulit" Masa tu aku lega dah. 
# Sekali masa nak turunkan kaki tiba-tiba doc tu cakap "Wait, wait haaa, ada darah pula tiba-tiba nie. Let me see again" Adehh, aku dah berderau. Rupanya, koyak kulit tu ade sket kene urat. Doc Wendy cakap sikit sahaja, pastu ntah ape die buat tau2 dia cakap okay dah. So maknanya berkesan jugak lah aku punya routine perineal massage pakai VCO :)
# Sebelum diorang anta baby pergi nursery diorang tanya nak pegang baby & breastfeed tak. Mestilah aku jawab ye kan. Alhamdulillah, baby takde masalah nak hisap dan susu aku pun memang dah ready utk baby.
# Settle semua aku disorong ke bilik. Bilik aku double bed. Tapi sebab takde org masuk pun malam tu, makanya bilik itu kami yang punya, HAHA. Rezeki jugaklah dapat bilik tue :)

# So macam biasa monitor baby's first stool. Pukul 5pagi dia dah berak. Dan Alhamdulillah esoknya pukul 10pagi kitorang dah discharged.
# Isya datang aku macam sayu je. Tapi dia happy je lagi-lagi bila bagitau adik dia bagi hadiah kat dia.
Kakak kesayangan Mama :)

Fantastic FOUR! :)
The King & his Queen and Princesses
Then, nama papa dia yang study dan pilih dan aku setuju jer. Prinsip kami masih sama nak huruf "B" kat depan dan taknak nama panjang-panjang. Papanya cakap nama dia dah cukup panjang. Kesian anak nak tulis nama panjang-panjang nanti :)
BULAN KAMI - Moga akan bersinar secerah bulan yang bercahaya menerangi alam!
So, tue lah cerita dan experience aku melahirkan seorang lagi umat Muhammad SAW dan zuriat kami yang kedua.
Basically tak banyak beza sangat dengan masa kakaknya dulu. Dan paling penting, syukur semuanya selamat.
Tunggulah aku free kang aku update laaa. K, nah layan la gambar terkini dua orang puteri permata hati :)
Day 37 : Current weight 3.89kg. Tak berat mana tapi pipiiiiiii tuee!

Mama yang kebosanan menunggu habis pantang! :)

She's a big girl, big sister. And I'm really proud of her. Dah  boleh diharap! :)
Ok, Dyna (yeahh, panggilan manja Badriena) dah bangun!
Jumpa lagi tak tahu bila ;p
BisikChenta: Korang tahu tak berapa kali aku dok amik masa bukak-tutup entry nie? 10x!

11 comments :

  1. Yey update.

    =)

    Apapun, congrats tok ko suami isteri dan Kakak Isya.

    ReplyDelete
  2. senang je ko beranak....

    wahhh, kakak sgt ke'kakak'an la..hihi

    ReplyDelete
  3. kak.. senangnya beranak... rezeki tu...
    cepat la no3 pasni.. oppsss.. ihihhi

    ReplyDelete
  4. Hehe best baca pengalaman org hehe. Comelllll ramai girl! Lepas nie bleh pki baju sesama 3 org ;)

    ReplyDelete
  5. Hitam2 bukan uri je. Lucu laki mu itu. Mek. Blog picture atas tu boleh dah masukkan gambar 4 orang skali. Nanti adik merajuk gambar dia x de. Hehehhe :p

    Anyway, nak exchange link boleh sebab Ayu tukar URL ni from bnsyg-stories.blogspot.com to ayuni-stories.blogspot.com
    Let me know nanti eh?

    Thank you

    ReplyDelete
  6. Tahniah.blh share x,perineal massage pakai vco tu mcm mana.tpgank u

    ReplyDelete
  7. Tahniah.blh share x,perineal massage pakai vco tu mcm mana.tpgank u

    ReplyDelete
  8. Pengalaman yang best :) kakak dah besar la baik je pegang adik :)

    ReplyDelete
  9. 38 days berat dah 38.9kg??ko bior betul weii..sila pindah titik perpuluhan. hihi :D

    ReplyDelete

Komen lah korang!