Monday, August 6, 2012

# Resipi : Popia Nestum + Horlicks

Atas permintaan ramai. Eh ramai ke?
Weh, seriously la korang aku rasa segan je nak share resipi picisan nie.
Senang sangat sampai rasa nak nangis je bila ada yang suruh share resipi!
Actually, aku tak amik mana² pun resipi nie. Memang aku tahu cara buat dia tanpa tengok resipi.
Seeee? Nampak nau senang kan? Dulu aku pernah tolong SIL buat, tue aku ingat lagi sampai sekarang.
Sebenarnya, aku buat berdua dengan kawan aku. Nak buat sorang macam malas sebab kalau nak mintak tolong husben, aku nak suruh dia jaga Isya. Jadi kebetulan kawan aku cakap nak buat jugak, so kitorang share bahan lah buat sama.
Aku nak buat tutorial bergambar, tapi gambar tak cukup lengkap sebab aku tak expect orang nak mintak resipi. HAHA. Jadi ada few gambar bukan gambar aku, aku google aje. Hihihi. Dasar!
Ok, bahan-bahan nak buat Popia Gulung Nestum + Horlicks nie ialah:
1. Kulit popia - 2 peket (aku tak ingat brand ape, tapi aku punya 1 peket ada 40keping!)
2. Horlicks Original - 1bungkus kecil (200g)
3. Gula kaster - 1/2 cawan (Ada orang blend. Tapi aku tak, sebab rasa dah cukup halus dah)
4. Nestum - aku pakai lebihan Isya punya nestum jadi tak dapat nak anggarkan. Agak² sama je la dengan Horlicks ;p Kalau tak nak pakai nestum, pakai Nesvita pun boleh. Blendkan kalau korang rasa tak halus. Aku pakai nestum Isya yang dah halus, jadi tak yah blend ;p
5. Telur - 2biji (Ada orang guna putih dia je, aku belasah je guna semua)
6. Minyak masak
7. Straw


Cara-cara yang aku cakap senang tu ialah seperti berikut:
1. Leraikan kulit popia.
* Tips : kulit popia ni cepat nak mengeras, jadi aku standby towel bersih yang di basahkan letak kat atas popia yang belum dileraikan.
2. Gulung dengan menggunakan straw. Ada 2 cara gulungan. Satu, secara menegak, satu lagi, serong bentuk diamond. Aku buat campur² :) Kalau nak semua bentuk sekata, gunakan straw. Tapi ia agak leceh bila tang nak keluarkan straw tue. Makanya, aku mula² je beriya pakai straw, pastu nan-hado. Seni gitu! 
Photo credit to:  http://non-perfectmother.blogspot.com
3. Gamkan di hujung dan penjuru setiap gulungan dengan telur/putih telur. Ada orang guna air tapi, aku pernah try guna air, die punya gulungan terbukak. Contoh cara menggam dan hasil yang telah digulung!
Photo credit to:  http://non-perfectmother.blogspot.com 
4. Selesai sessi menggulung. Gunting setiap gulungan tadi secara menyerong, saiz lebih kurang 1 inchi. If masa nie, ada gulungan yang terbukak, sila alter dan gamkan :)
Popia yang dah dipotong!
5. Sessi menggoreng boleh dimulakan, pastikan minyak betul² panas.
6. Goreng sehingga warna popia tadi kuning keemasan. Angkat dan toskan. Guna paper tissue, supaya cepat sikit serap minyak.
7. Sementara tunggu abis goreng dan minyak tos, campurkan semua bahan-bahan untuk menggaul popia nanti. Horlicks, gula kaster & nestum.
8. Agak-agak minyak dah tos, bolehlah gaulkan dalam mangkuk besar bahan-bahan tadi dengan popia yang dah digoreng. Aku suka ada minyak sket² sebab nanti bahan gaul tu senang lekat. Ada orang tunggu sampai 4-5jam baru gaul. Depends lah korang nak camne :) Hasilnya lebih kurang seperti ini.
9. Masukkan dalam balang/bekas. Aku buat dapatlah bape bekas nie. Ok lah kan buat makan² sambil tengok badminton semalam dah nak abis satu bekas. Ngehehehe. 
Ok dah, tu je. Simple kan? Save satu kuih raya kena beli. 
Selamat mencuba u allssss ;)
Ohh, lupa pulak, album Birthday dah siap, softcopy dah dapat! Update bakal menyusul. Hehe. Tungguuuu!
 BisikChenta: First time ok aku share resipi. Kelakar pun ade. Haha. Tiba² semangat nak buat Popia sambal letak bijan pulak :)

12 comments :

  1. Cam sedap jer..terliur la pulak..huhu

    ReplyDelete
  2. xpernh mkn ni>,< bolehla cuber nnt.thnx resipi;D

    ReplyDelete
  3. Kacang je resipi ni, tapi masih dlm mood malas nak buat kuih raya lagi.

    Haha.

    ReplyDelete
  4. @ Fika
    sedap.. pegi buat!

    @ Wani
    sila lah try. rangup dan lemak berkrim. yummy!

    @ kak pink
    HAHA. kau memang kan kak.

    ReplyDelete
  5. rasa macam kena buat...laki mak ngidam ni...dia kata thn ni xjumpe org jual ni..hehe..boleh ke mak nak buat ni???curi resipi yek!!tq isya!!!

    ReplyDelete
  6. senang jgk resepi ni..sedap buat ngap2 dpn tv tgk dvd kan...tp this year i nk buat projek cornflakes madu.yg ni bleh try utk raya haji nnt...thx 4 sharing btw! ^___^

    ReplyDelete
  7. My fav! Oh, nampak mcm senang je nak buat ni. Bole try la. Thanks for the recipe! Love u lah! Heee.. :)

    ReplyDelete
  8. hebat yuh buat sendirik. order bleh???

    ReplyDelete
  9. Nampak menarik. terima kasih kongsi. ;)

    ReplyDelete
  10. Mmg sng..dulu dh buat..thn ni ramai lak nk suh buat lg..adoiyaii huhu

    ReplyDelete

Komen lah korang!