Showing posts with label Aidilfitri. Show all posts
Showing posts with label Aidilfitri. Show all posts

Friday, June 15, 2018

Salam Aidilfitri 2018

Assalammualaikum WBT.
.
.
Salam Syawal 1439H.
Maaf jika ada hasil tulisan di blog ini yang mengguris rasa dan tak kena jiwa.
Harap tak berkecil hati dan sudi menjenguk blog ini.
.
.
Fort Margherita, Kuching, Sarawak.



Langsung dari,
Masjid Tanah, Melaka.
2018.

Sunday, February 25, 2018

Warna Tema Raya 2018

Assalammualaikum WBT.

Awal ke nak cerita pasal raya? Ehhh, pejam celik nak masuk bulan 3 dah wehh. Korang dah tempah or survey baju raya tahun nie? Warna apa pilihan hati uolls?
Jom kita tengok warna apa  yg 'in' dan hot tahun ni. Kalau tahun lepas warna hijau 'Greenery' tahun 2018 ni Ultra Violet telah dipilih sebagai 'Color of The Year'.


Amacam? Kena tak dengan jiwa korang? Kalau agak-agak tak sesuai tak kena jiwa, atau dah pernah pakai kaler purple or ungu, korang boleh tengok lah pilihan warna Pantone 2018 ni haaa.


Kira ni antara warna-warna yang bakal hot dan jadi trend lah untuk 2018. Biasanya, designer or 'key-player' dalam industri fesyen ni dah survey awal trend warna ni. So, warna-warna ni mungkin laa akan ada dalam setiap rekaan diorang.

Kalau korang rasa nak gabungkan warna-warna tu buat 'color-blocking' pun boleh wehh. Takpun, nak cari yang ada lace ke, bunga ke, corak ke, kaler tudung ke, boleh try mix-and-match warna-warna Pantone 2018 ni.




Haaa, rambang mata tetiba tak leh nak decide warna tema baju raya tahun ni. So, ladies apa pilihan korang? Hakak seperti biasa la, sejak anak-anak dah pandai melawa, dah pandai bagi idea dan pendapat akak tanya diorang je lah. Lagi-lagi si kakak Batrisya tu dah suka komen lawa tak lawa, kemainnn tau anak dara aku. Hmmm, pening jugak nak pikir ni sebab rasanya banyak dah warna yang pernah akak pakai sepanjang berkahwin ni.


2017!

Warna-warni tak tema raya hakak tiap tahun? Haruss lah kannn. Siapa nak teka tema baju raya 2018 kami? Hehehe. Jadi korangggg, selamat membuat pilihan. Till then, daaa~

 Akak dah follow dah semua IG & FB yang dah start promote pre-order raya.

Wednesday, July 13, 2016

Tiup habuk plisss!

Assalammualaikum,

Ya Allah, dasyat dah rasa nie, password pun nak kena retrieved sebab dah lupa.
Last update 2015?

Camne ni, nak kena delete blog ke camne?
Nak menulis ntah bila kala nya la nak ada masa.
Eh, bytheway, kot ade uolls yang singgah blog I nie, Selamat Hari Raya uolls.




 Nak tekan button 'Publish' pun gigil nie!


Monday, March 10, 2014

Warna Baju Raya 2014

Salam.

Eh, eh, ehhhh. Puasa dah habis ganti?
Eh lupa tahun lepas puasa penuh Alhamdulillah ;p

Hari tue, aku ada tanya Isya. Yer sejak dia pandai bercakap, aku memang rajin tanya dia macam² sebab aku nak dengar jawapan kreatif dia selain nak develop vocabulary dia.

Mama: Isya, tahun ni Isya nak raya tak? Nak main bunga api tak?
IsyaDebab : Mestilah nakkk. Nak main bunga api ngan mercun. Nak main dengan Pak Jang! 
(Ok fine, aku tanya bunga api je, dia tambah sendiri nak main mercun! Bahaya betul budak nie)

Mama: Isya nak pakai baju kaler apa tahun ni yang?
IsyaDebab: Kita pakai la cantik² macam dulu tue. Kaler brown.

Mama: Kaler brown tu kaler macam mana?
IsyaDebab: Alaa kaler brown macam horse tue. Apelah mama nie tak tahu.
(krikkk..krikk..)

Ok fine, mari meroyan dengan pilihan warna baju raya tahun ini.
Dah dia cakap nak brown kan? So layan kan aje lah.
So, aku shortlisted kan kat sini colour combination untuk baju raya kitorang anak beranak.






Semua colour combination ade kaler cokelet, cuma aku tak tahulah kuda si Isya tue coklat dia camne. HAHA. Well, nice jugak kan? Eh, coklat ngan oren takde ke? Hahaha. Aku malas letak kang secara automatik jadi kaler pilihan kang. Tak payah nak jadi main colour tiap² kali raya pun aku mesti ada baju kaler oren. So, tak kesah pun jadi main colour ke tak. So which one yang korang rasa aku akan pilih? Tunggguuuuuu! ;p Aku baju beli siap je kang kat zalora ke, zawara ke, lantak lah tue bisa diatur, yang nak kene tempah baju budak² ngan bapaknya dan baju² selain dari main colour. Raya sebulan so kaler baju aku ade 30. Ok,tipu! 

Just in case korang nak tau colour of the year, RADIANT ORCHID adalah warnanya! Berdasarkan Pantone 2014 nie. So kalau konon² nak nampak poyo masa raya nak cakap "eh baju I ni ikut colour of the year tau" haaa silalah. Aku tak payah ikut kaler of the year pun takpe. Memang aku tau dah aku paling menyerlah nanti  kahkahkah.


Ok, ualls. Nak heret laki I pegi beli kain sementara dia balik ni kan!
Happy weekend u alls. Daaa~

NotaChenta: Aku tahu macam lambat dah nak tempah baju, tapi pedulik la kan, aku tempah kat akak babysitter Isya & Dyna. Sempat lagi nie :)

Monday, September 17, 2012

# Syawal berganti Zulkaedah!

Berhabuk hoii, tiup sikit, fuhh, fuhh!
Orang dah nak abis raya, aku baru terhegeh²   nak cerita pasal raya. Dulik ahh.
Dah masuk 1 Zulkaedah pun. Memang aku saje tunggu sebulan baru nak update pasal raya. Hehe.
So, dipendekkan cerita, masuk tahun nie, tahun ketiga aku beraya sebagai isteri, dan tahun kedua sebagai ibu.

Tapi tahun pertama dapat melaram sefamily. HAHA. Nak jugak cakap.
Yelah, tahun lepas aku beraya dalam pantang hokeyy! Jalan pun tercover², makan jangan harap nak makan sesedap kan. Tengok ajelah orang melantak. Makanya tahun ini sessi membalas dendam kahkahkah.
Takdelah melawa sangat pong, tapi puaslah aku main tukar-tukar baju sedondon dengan anak dara dan hubby! :) Meriah I tell youuuuuu!
Layankan aje gambar tuan punya blog okkay?
Sehari sebelum : Mengayam ketupat! Aku pandai okey.
Malam Raya : wehooo, mercun & bunga api!

Camwhore dengan anak dara sementara tunggu Papa balik semayang!
US: Lime Green & Yellow!
Aku macam geram jugak sebenarnya pasal baju raya.
Tailor buat tak ikut specification yang aku nak.
Korang tengoklah, patut baju aku dengan Isya sama.
Tudung pun aku dah siap beli yellow colour sebab tak naklah green sume.

Pastu dah terbalik plak, nasib baiklah last minit husben baik hati ajak pegi cari tudung/shawl dan belanja :)
Kalau tak sampai pagi raya aku monyok agaknya. HAHA.
Acara wajib, BERGAMBAR! Tahun nie belah husband cukup 8beradik balik.
Aku pagi-pagi dah buat drama sedih call Ayah + Mama T_T
Biasalah anak pompuan sorang kannnn ;p

8 beradik - SEMUA HERO! Sorang je masih single! Cube teka?

Isya & cousins!

Bini-bini gangster!

Tu dia, dengan bini memasing! Hover tauuu. Yang baju putih dah bersalin minggu lepas.
Habis collect duit raya kat Melaka kitorang ke Batu Pahat.
Babah (FIL) aku orang Batu Pahat. Sekampong wehh!
So, petang raya tue, kitorang konvoi ke Batu Pahat. Diorang tido umah nenek nyayi kat Sg Suloh, kitorang ke Bukit Pasir!
Habis cerita raya pertama! Malam kitorang pengsan, dengan Isya sekali tak jaga bangun mintak susu. huhu.

Raya kedua : Tema Oren. Wajib! HAHA 

With Tok Ayah & Nek Mama @ Batu Pahat
Raya kedua dan ketiga kitorang abiskan raya Kg Linau - Sri Medan dan sekitar Batu Pahat.
Then raya keempat, balik Melaka balik. Sambung beraya Melaka.
Pastu Khamis balik KL, Jumaat aku sempat merayau IKEA & Jusco. 
Sabtu mama + ayah buat open house. Last minit, aku pun jemput mana yang sempat aje.
Ahad, aku balik Sarawak, sambung raya sini :)
Overall, aku puas hati dapat beraya sakan walupun penat sebelom dan selepas.
Penat sebelum ialah penat nak packing baju ikut hari, warna dan ikut tuan punya baju.
Dah lah aku memang bajet bawak cukup-cukup sebab nak shopping kat KL. 
So memang kena list down semua dari hari pertama sampai last day. Phewww!
Habis sudah kisah raya tahun ini. Alhamdulillah, dapat menyambutnya dengan penuh kegembiraan.
Semoga dapat kita berjumpa lagi Syawal tahun depan, jika dipanjangkan umur.
Walaupun dah lambat, dah habis raya, aku nak mohon ampun maaf, jika ada tersalah kata, tersindir sana-sini, terlepas cakap sepanjang menulis dan mengenali di alam blogging mahupun sesiapa yang mengenali di dunia realiti juga di FB, IG, Twitter dll :) Kira kosong-kosong ye. Amin!
Dah, tu je. Sekian!
 BisikChenta: Lepas ni lama lagilah nak update. Nak kena pergi kursus nie!

Tuesday, September 21, 2010

Raya2010: 1st Raya sebagai Isteri :)


Salam. Selamat berjumpa kembali semua. [wahh..skema!]
Rindu I tak? hihi.. Ade ke yang merindu? [feel: perasan]
Lame sungguh tak update belog ni, nanti lah I buat recap for almost 2 months I menyepi!

But, for now, di Hari Raya ke-12 [oh, my fave no!], I just nak ucap,
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf jika ada apa-apa yang I tulis mengguris hati u alls or pihak2 tertentu.
I hanya insan biasa, tak lari dari silap salah dan cuba memperbaiki diri seadanya..

Ikhlas dari: Aqieshz & Zahir :) AIDILFITRI 1431H/2010

[Sila tutup mata kalau rasa kepoyoan terserlah di gambar ini]

BisikChenta: Tengah gigih menaip satu-satu cerita sepanjang 'kehilangan' I..banyaknye! :(