Tuesday, May 29, 2012

# 9 years: Never Ending Love!

AMARAN : *Jangan muntah hijau lepas baca entry ini!*

9 tahun yang lalu... (bukan pada tarikh ini. entry lewat seminggu! ;p)
22 Mei 2003
Kolej Matrikulasi Melaka
Pertemuan bermula di taman kebun bunga, eh? Macam lagu M.Daud Kilau pehal.
First time aku jumpa dia kat kafeteria KMM. Tak romantik langsung.
Tengah buat burger lagi tue. Ohh lupa, my FIL owner kafe KMM dulu.
Ayat pertama keluar dari mulut dia, "Ohh, Ini Balkiz!" 
Yer, aku memang glemer satu KMM kenal. Ok tipu, aku kenal family dia sebelum kenal dia. 
Cehh, konon cinta direstui dari awal gitu.

Takde feeling ape pun, sebab aku tengah couple dan berpacaran dengan orang lain time nie, dia pun same ;p
Konon time ni abang-adik angkat lah kann. 
Tapi ada jugak kami bergayut. Dulu nak topup handphone berkira.
Ada sekali dia hulur duit syiling singgit kaler gold tu, 5keping, sambil kenyit mata
Siap selit no phone. HAHA. No phone rumah! 
Korang imagine umah dia kat Masjid Tanah sekangkang kera, aku call RM5 bape lame agak nya gayut?
Tapi, aku gayut bila dia balik cuti semester. Ye lah, time study, aku tak kacau dia dan dia tak kacau aku!
Plus, masing2 ada komitmen dgn partner masing2 time ni :)
Hadiah pertama aku bagi masa hari jadi dia ialah cap, sebab aku time tu suka dgn lelaki yg pakai cap.
Hadiah pertama dia bagi aku ialah sweater! Aku tak ingat mane ntah sweater tue. HAHA.
Seterusnya, aku ikut aje flow. 
Aku clash, kemudian dia pulak clash. Kami declare. Bercinta. Bertunang. Kahwin dan ada anak.
Jatuh, bangun, suka, duka aku semua ada dia.
Aku baran, aku marah, merajuk, tak pernah pun dia give-up dan bosan.
Okey, sampai sekarang, kalau gaduh2 manja selalu dia mengalah.
Ohh, memang takdir dia untuk aku! :)
Untuk suami tersayang,
Terima kasih untuk 9 tahun yang bermakna,
Terima kasih atas segala pengorbanan & kasih sayang,
Terima kasih sebab bagi duit syiling untuk gayut,
Terima kasih sebab tinggalkan ex awak untuk bersama saya,
Terima kasih sebab layan perangai & kerenah saya,
Paling penting, terima kasih sebab membahagiakan saya!

Happy 9 years Relationship Anniversary!
Zaman bercinta! Dua-dua selim. Sekarang? Jangan tanya.
 BisikChenta: Aku macam tak percaya aku kawen dgn dia! HAHA

Thursday, May 17, 2012

# Khamis yang busy!

Hari ini super busy!

Kerana....

1. Esok aku akan ke Kedah. Ada tournament sukan staff. 8 hari. Yer, dah tentu tak bawak anak & laki. Aku tak tahulah camna nanti Isya tido malam rindukan aku, dan aku jugak rindukan dia dan papa!

2. Semua kerja aku perlu disiapkan hari ini kerana, lepas balik tournament on 24th, aku balik KL on 25th. Pastu sambung cuti sampai 4 June. Adik ipar aku kawen. Bunyi macam best je kan sebab cuti!

3. Packing barang nak pegi Kedah, dalam masa yang sama, packing jugak barang nak balik KL. Pening kepala!

Tapi dalam masa yang sama, sukaaaaaaa sebab album yang aku beli GROUPON voucher tu dah sampai!
Sampai last week dah. Tapi nak cakap suka sebab boleh bawak pegi tournament, hilangkan rasa rindu kat Isya  nanti :(

Aku sangat berpuas hati dengan end-product daripada wedoo nie. Walaupun, sebenarnya aku edit sendiri guna je template dia bagi macam kat SINI, tapi bagi aku sesuatu yang berbaloi kot! RM38, dapat album kertas glossy, well-printed dan special-made-with-love gitu! :)

Aku beli dua album nie, satu lagi tak siap printing lagi kot. Sebelum ada yang tanya, sapa nak boleh pegi LINK KAT GROUPON NIE. Sekarang kena pre-order. Tunggulah, kot-kot dia bukak lagi deal ke kan?



Good packaging :) 

Album cover

Matte album sleeve!
Siap ada Leaf-abstract lagi :)

What's inside? Budak ni punya muka jelah! ;p

...juga dengan nenek!

Rindu saat ni :) Itulah sebabnya kena dialbumkan!


Sayang kamu mucukkkkkkk!



Ok dah abis melalut.
Nak mintak maaf kalau ada tersilap salah. Eh, tiba je kan?
Ok, tak salah kan mintak maaf sesama insan.
K bai!

 BisikChenta : Aku dah hitam, benciiiii!

Thursday, May 10, 2012

# HotMAMAMission: Misi Turunkan KG & Rutin Exercise!


Assalammualaikum.
Ingat lagi entry INI yang aku dok bebel pasal berat naik?
Makanya atas kesedaran diri dan dorongan encik so-army, aku mulakan misi turunkan berat & bakar lemak bermula hujung April hari tue.
Macam aku pernah cakap, aku tak suka supplement bagai, kalau boleh nak kurus secara normal/semulajadi.
Normal di sini maksudnya menjalankan aktiviti-aktiviti sihat seperti pergi workout kat gym dan bersukan!


So far, dah hampir dua minggu aku start kembali aktif.
Mula-mula nak start memang liat. Hari pertama aku pergi gym, buat Body Analysis Scale tue.
Ampunnnn, balik umah lenguh-lenguh badan aku. Kata orang Jawa, "jarem-jarem" gitu!
Tapi at least aku tahu lah kandungan lemak / fat dalam badan aku ialah 52.3%.
Tu dia, separuh je lemak okkay? Kau ado? HAHA.
Dan kemudian bermulalah rutin exercise aku. 
Kat gym tu, ade personal instructor, iaitu student praktikal. Ok lah dari takde!
Kau jangan complain banyak dah kau masuk gym pun free kan?


So bila ada instructor kira ok lah, takdelah aku main hentam keromo je nak main ape.
Pastu bila timbang tak turun2 sendiri sakit hati.
Memanglah mula-mula macam, "Alamak, abislah aku kena paksa buat itu-ini" tapi at the end aku rasa apa yang dia suruh tue, ikut kemampuan aku lah kot.
Adalah dia push jugak, motivate suruh buat jugak sampai abis. 
Moral aku up bila setiap kali exercise tu aku terbayang kebaya nyonya kat umah!
To date, aku baru je buat Body Analysis Scale pagi tadi. 
Jangan terkejut okey, fat percentage aku = 31.3%. Yess, Alhamdulillah.

Nampaklah jugak hasil keberkesanan aku pegi gym selama 2 minggu.
So kat sini aku share routine exercise aku kalau-kalau korang nak buat sendiri ke kan?
Or else, korang pegilah masuk gym mana-mana, bayar dan suruh instructor tu plan korang punye schedule.
Note: Jadul/rutin exercise ini sesuai untuk mommies yg bersalin normal/c-sect. No worries! Tapi better korang tanye dululah instructor.

PAGI
# Step 1: Warm-up. 10 mins guna Exercise Bikes!
# Step 2: Stretching. 5mins. Aku suka stretching lama-lama biar otot betul-betul ready
# Step 3: Treadmills/Cross Trainers. 20mins. Yang ni, mesti ubah setting machine kepada mode "WEIGHT LOSS"
# Step 4: Relax about 2mins. Continue with ABS EXERCISE a.k.a Exercise Kempiskan Perut. 

Okey ini kalau first time buat mesti lenguh satu badan. Ada beberapa Abs Exercise yang dicadangkan untuk aku, since aku memang nak ada 6-pack kan? Cehh poyo!

1. Crunch with Heel Push - Macam sit-up biasa, tapi jangan main tipu, kaki jangan terangkat ok! 10 x 3set = 30 kali.
Top 10 Most Effective Ab Exercises

2. Bent Knee Abdominal Hip Raises - Ni kena angkat kaki 90degrees sebenarnya sambil sit up. Bagi aku ni sangat mencabar! Sama jugak, 10 x 3set = 30 kali.

abs abdominals exercises photos

3. Leg Raises - Yang ni instructor akku tak suruh buat tinggi2 asal angkat tapi jangan cecah lantai kaki tue, kena tahan. Ohh, ini jugak agak sukar. Sama je, 10 x 3set = 30 kali.
abs abdominals exercises photos

4. Plank on Elbow & Toes - Ohh,ini feveret aku time zaman ashkar dulu. Buat selama mana yang mampu. record aku 3minit lebih setakat nie.
Plank
**Make sure setiap kali abis satu set, rest kejap kalau tak larat or sakit. Jangan paksa diri!
# Step 5: Cooling down. 5mins. Exercise Bikes.
# Step 6: Stretching. Breath-in, breath-out. DONE!


PETANG
# Biasanya, kalau pagi aku dah ke gym workout, so petang aku just turun training netball je lah. Kadang-kadang, aku datang gym petang dalam kul3 lebih, then, terus sambung main netball.
Yang ni takde ape sangat, cuma lari 3 round padang, then passing bola, pastu main. tu je lah.
So, camne korang?? Berani nak try??
Come on, tak cuba tak tahu. Once dah ade momentum, mesti korang suka & highly motivated!
Ok dah bai. Aku nak pi training!
 BisikChenta : 3kg in 2weeks, ok lah kann? Hehe

Monday, May 7, 2012

# 10months old BATRISYA!


Yang cerdik. Yang pintar.
BATRISYA!
She's now 10 months old!
Err, semalam actually. Tapi tak sempat buat entry semalam.
Perkembangan?

- Tak merangkak lagi. Merangkak dalam erti kata mengangkat punggung dan bergerak. Tapi si Batrisya nak angkat bontot memang tak lah! Die dok crawl macam style askar crawl masuk medan perang. Pakai siku! Hubby aku cakap, ntah-ntah sebab dulu kitorang ex-army so dia pun kenan. Pulak! Tapi tue lah, walaupun crawl macam tue, habis dia buat inspection satu rumah. Hadoiii.

- Tak tumbuh gigi lagi. Ok aku dok tengok anak Dr H, si Bella tue gigi 2batang dah tumbuh padahal baru 7bulan. Si Batrisya kaler putih je gusi tapi tak tumbuh lagi.

Perkembangan yang dua kat atas tue agak merisaukan mama+papa, walaupun orang dok cakap normal, whatever! Well,I bet u alls kalau jadi parents mestilah ada rasa cuak walaupun orang dok cakap normal ke, lain-lain development phase lah. Tak risau tak normal lah!

Perkembangan yang menggembirakan?

- Kuat menjerit, membebel-bebel "tatatata" "mamamama" "dadadada" "eeeeiiii" dan mama layankan sahaja.

- Bila Azan dah pandai diam. Then, kalau berzikir, dia akan sama-sama berlagu macam ikut sekali.

- Then, kalau keluar lagu Nursery Rhymes & ABC jer, toleh, senyum, dan nyanyi sekali. Tu termasuklah lagu Upin Ipin yang mana dia akan melonjak-lonjak. Baru aku tahu kenapa budak suka Upin Ipin.

- Makan 5x sehari. Makanan feveret - Bubur + Carrot + Ayam/Ikan. Suka buah-buahan jugak. Aku bagi makan oren sket, kadang apple, kadang pisang, kadang anggur sket. Makan buah dalam food feeder dah sekarang. Tak risau lagi choking ke ape. 

- Sebut aje "Babai" & "Tata" automatik tangan akan melambai. Tapi kalau dengar suara aku yang cakap babai, melalak & mencemik!

- Pandai mencemik bila kena marah (yang ni papa dia lah selalu buat!) Kadang-kadang saje je nak mengacau budak tue. 

- Bila cakap "NO" "Haaa, jangan!" "Heiiiippp" dia akan toleh. Pastu dia pusing tempat lain dan tak sambung ape yang die cuba buat. Yang ni terjadi bila dia nak amik sume benda masuk mulut or nak tarik benda-benda yang boleh dicapai!
Sangat bahagia jadi Mama. Tak sabar nak tunggu dia bercakap! Aku ade instinct yang Batrisya ni akan cakap dulu, pastu terus berjalan. Boleh? Instinct mak kan biasanya betul. Cewwwahhh! Mak-mak gitu!
Dah, nak balik! Nak pegi amik kete kat bengkel. Dah seminggu tersadai.
Sayang kamu ketat-ketat! :)
Selamat 10 bulan sayang!
 BisikChenta: Mode nak pindah rumah! Busyyy!

Saturday, May 5, 2012

# Tazkirah - Buruk Sangka


Assalammualaikum.

"Wahai orang-orang beriman! Jauhilah kebanyakkan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan dilarang) kerana sesungguhnya, sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah kamu mengumpat setengahnya yang lain." ~ Al-Hujurat:12


Bukan nak berlagak ustazah. Tapi secara tiba-tiba terpanggil nak cakap pasal benda nie.
Dah lah tak boleh tido!

Sangka buruk? Prasangka? Judgemental? Ahh, samalah semua tue!
Tempat kerja? Di kalangan ahli keluarga? Di mana-mana ada je sangka buruk boleh berlaku.
Di dunia realiti kehidupan seharian jangan ceritalah. Dengan kawan baik pon kadang2 ada terdetik prasangka. Prasangka baik @ buruk? Sendiri jawab!
Cuma satu, mintak2 dijauhkanlah prasangka terhadap suami. Jauh nak cium bau syurga nanti.
Di alam maya lagilah tak payah cerita. Kita tak kenal pun orang tu zahir-batin, dah prasangka bukan-bukan.
Persoalannya, layakkah kita nak berprasangka buruk dengan orang yang tak pernah kita kenal hati budinya?

Melalui sumber Ustaz Zaharuddin.net, Sangka buruk terbahagi kepada dua: 
Sangka buruk HARUS & Sangka buruk HARAM


SANGKA BURUK YANG HARUS

Sangka buruk yang diperlukan demi keselamatan diri. Ia juga dinamakan berhati-hati atau ‘hazar'. Contohnya, seperti pemandu kereta dikehendaki ‘bersangka buruk' apabila melihat sebuah bas dan teksi di depan mereka akan bersangka buruk ada kemungkinan kenderaan itu berhenti mengejut kerana ingin mengambil penumpang atau menurunkan penumpang. Ia jelas sangka buruk yang tidak berdosa.



SANGKA BURUK YANG HARAM
Sangka buruk jenis haram dan berdosa ini biasanya didasari oleh perasaan cemburu, hasad, dengki dan berniat ingin menjatuhkan individu yang dijadikan sasarannya. Sangka buruk jenis ini juga hakikatnya lahir dari jiwa dan minda seseorang yang kotor. Ia adalah refleski dirinya yang kerap bergelumang dengan kejahatan dan dosa. Atau dari jiwa yang tiada ikhlas dalam membuat sesuatu perkara. 
Justeru, dalam mindanya kerap tergambar mustahil ada seseorang boleh berbuat atau bercakap baik kecuali mesti ada helah, agenda kepentingan diri dan muslihat di sebalik. Ia berfikiran demikian kerana demikianlah dirinya. Ia melihat orang lain sepertinya.


Secara umumnya apa yang penting ialah, bersikap sangka baiklah kepada semua orang. 
Jangan sesekali bersangka jahat kepada orang, terutamanya sesama saudara Islam.
Kalau ada terlintas, terdetik, tercakap, tertulis ke, cepatlah istigfar banyak-banyak.
Lagi bagus mohon maaflah kepada Allah dan paling penting kepada empunya badan.

"Manusia yang suka berprasangka buruk adalah manusia yang JAHIL, walaupun bertudung litup & memakai jubah"



Sekian tazkirah di pagi Sabtu sebab tak boleh tido!
 BisikChenta: Kenapalah ada manusia suka sangat prasangka buruk padahal tak tahu cerita?