Showing posts with label Balkidz's Confinement Story. Show all posts
Showing posts with label Balkidz's Confinement Story. Show all posts

Sunday, May 6, 2018

90 Hari & Pantang Anak Tiga - Tamat!

Assalammualaikum WBT. 

Finally, habis 90hari cuti bersalin. Hari ni Basyeera genap 90 hari @ 3bulan. 
Esok mama nak naik kerja dah. Alaaa, rindu nak gomol bau masyam pagi-pagi nanti!



Sekejap tak sekejap lah. Tapi nak recap balik kejadian 90hari lepas. Sebab apa kena recap? Sebab kenangan 90 hari yang pertama & 90 hari yang kedua ada tertulis. Maka, seperti biasa, seadilnya mama menzahirkan cerita.

Rutin Berpantang #MakAnakTiga

5.45AM

- Bangun pagi, gosok gigi, cuci muka, terus mandi. 
- Eh, eh, bukan mak yang mandi. Anak yang mandi. Batrisya kena dikejut untuk ke sekolah by 6am.
- Sementara dia mandi, dah boleh lah masak breakfast & bekal. Biasanya, dia ni mandi kena jenguk kalau tak mau 30minit dia bersidang kat toilet.
- Lepas siap breakfast & bekal, Isya makan then mama laju-laju pegi solat.
- Wajib siap semua rutin by 6.40am, sebab nak gerak 6.45am (kalau tak hujan), kalau hujan 6.30am dah kena gerak, takut jem nak masuk sekolah. Walaupun sekolah tak jauh, tapi still kena gerak awal sket.

7.00AM

- By 7.00am dah kejut Badriena pulak. Biasanya dia boleh je bangun sendiri sebab kadang dah dengar kakak bising-bising or mama dah mengaum.
- Breakfast & bekal dua beradik ni biasanya sama. Mana yg sempat, sosej, burger, french toast, sandwich, roti stoberi, roti nutella, nasi goreng, bihun goreng, nasi lemak, apa-apa ajelah janji dua2 perut berisi dan ada bekal ke sekolah. 
- 7.30am Dyna dah wajib siap makan. Sebab anytime Ayah (husband pengasuh) akan sampai untuk amik & hantar Dyna ke sekolah. Masa awal2 ada la jugak minta tolong jiran hantarkan, sebab sekolah Dyna jauh sket. Kalau hujan? Kalau hujan, yours truly akan hantar lah.

9.00AM

- Sebelum atau nak dekat 9.00am, mama dah wajib siap mandi, siap makan dan siap pakai bengkung. Bengkung lilit Jawa okay, gigih! 
- Tapi ada masa kalau memang tak dan sebab timing lari sket, pakai bengkung instant jer.
- Once Basyeera bangun je, dia akan menguekk sket2 je. Sebab kat sini matahari awal, pukul 9 dah macam pukul 10, so dah boleh la mandikan Eera.
- Lepas mandi, susu, dan dia biasanya tak terus tido. Dia akan main-main dulu, ajak borak. Masa ni boleh la sambil-sambil lipat kain ke, kemas dapur sket, pam susu ke, asalkan buat keje kite depan mata lah.
- Masa awal-awal pantang, akak yang mengurut dah datang, so dah boleh start sessi mengurut.

Nenek Siti dia mandikan.

Tu haa, pi ikat kat grill, lilit sendiri.

Demi pinggang Jessica Alba.

11.00AM

- Okay, biasanya dia dah tido. Fuhhh! Laju-laju pegi dapur, masak-masak apa yang patut untuk makan tengahari.
- Masa 2minggu awal, ada akak yang mengurut aku ni tolong masakkan. Thanks banyak2 Kak Siti. Dah macam keluarga dah kak Siti & keluarga dia ni.
- Lepas 2 minggu, aku sendiri masak lah. Alaa, simple2 je sebab yang nak makan sorang je pun. 
- Kalau nasib baik, dapat masak dengan jayanya. Kalau tak berapa baik, makanya usunglah Eera ke dapur. 

12.00PM

- Biasanya dah ready nak lunch. Lepas je settle makan, ready nak gerak amik Isya balik sekolah. Masa 2minggu awal, minta tolong mak classmate Isya yg merangkap kawan sekerja iolls tolong amikkan. Thanks banyak-banyak lah Kak Midah yang banyak bantu masa ni.
- Balik amik Isya, anta dia ke umah pengasuh. Kalau hari Rabu & Jumaat hantar dia ke kelas mengaji.

2.00PM

- By 2.30pm dah settle lah semua. Dah balik rumah balik. Eera masa ni pun biasanya dah mamai standby nak tido. Kadang dalam kereta belum sampai umah dah selamat. Tinggal angkat masuk umah je la.
- Kadang dengan mama sekali gudbye lena. Kadang kalau tak lena, lepas solat, ada je keje kat umah tak habis-habis. Masa cuti ni jela boleh nak settlekan hal-hal kat umah macam kemas rak dapur ke, arrange balik tupperware, lipat/susun baju dalam drawer etc.
- Kadang Eera tak tido, dia lek-lek aja dok dalam bouncer ke layan tv ke. So, sama jela still mama ada me-time la buat keja2 sendiri.
- Masa ni jugak lah curi masa update blog yang dulu2 tak dipeduli.
- Kalau ada check up ke klinik, masa awal-awal hari tu kuning kejap dan pegi injection, memang after kul2 baru pegi. Sebab biasanya klinik masa petang orang tak ramai. Yes, pegi berdua je ngan Eera since check-up hari ke-5.

Sebbaik jenis behave dalam kereta! Asal jalan senyap. Sama macam kakak2 dulu!

4.00PM

- Kalau Eera tido, biasanya dia dah bangun dah masa ni. Aku pulak dah ready jugak nak masak makan malam. 
- Kalau dia tak nak tido dan merengek maka makan malam hari tu adalah made-in-kedai/warung HAHA

5.00PM

- Dyna biasanya balik dalam pukul5 lebih. Ayah dia amik. Kalau hujan, seperti biasa la, amik dia.
- Lepas tu, terus amik Isya dari kelas mengaji/ruamh pengasuh. Kadang kat umah pengasuh diorang dah siap-siap makan. Kadang balik umah baru makan. 

7.00PM

- Solat Magrib sama-sama. Masa ni rasa bahagia je dapat nak check rukun diorang, bacaan diorang. Alhamdulillah, Allah beri kesempatan yang mungkin susah nak dapat lepas naik kerja ni.
- Eera sejenis behave. Masa orang solat/mengaji dia akan duduk diam dalam bouncer.

8.00PM

- Makan malam. Kalau diorang lapar lagi, suapkan aje. Kalau diorang tak makan, masa ni lah diorang berebut nak main dengan Eera. Lagi-lagi lately Eera dah pandai respons, kemain suka menyakat & mengagah.
- Makan masa pantang setakat mana yang mampu. Kadang memang diakui pantang seorang diri ni memang menguji kekuatan. 
- Masa ni, makan secepat yang boleh sebab Eera dah merengek nak tido

9.00PM

- Sebelum ni pun memang hari sekolah, paling lambat 9.30pm dah gelap dah rumah.
- So, lepas Eera tido, aku akan ke bilik diorang untuk baring sama-sama dan tidokan diorang.
- Eera jarang berjaga malam, jadi aku tido dengan tenang adan aman. 
- Dia bangun pukul 4-5pagi untuk susu & tukar pampers. Biasanya masa ni pun aku dah ready nak bangun balik mulakan rutin yg sama dari atas, setiap hari.
- Kalau weekend, kadang breakfast luar dengan papa. Lepas tu kuar la merayau.

#Pantang kali-3 the End!

- Kesimpulannya, pantang kali ke-3 ni walaupun hanya ditemani mama pada minggu pertama, Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Terima kasih Mama & Ayah yang berada di sini minggu awal berpantang.

- Urusan anak-anak sekolah yang awalnya dulu agak membimbangkan juga berjaya diharung. Allah hadirkan insan-insan sekeliling yang banyak membantu --  jiran, rakan sekerja, pengasuh, kakak urut dan runner masak semua mereka mempunyai peranan masing-masing. Hanya Allah dapat membalas jasa mereka dan moga mereka juga akan dipermudahkan dalam setiap urusan.

- Pantang kali ke-3 banyak mengajar aku yang Allah sebenarnya tahu apa yang sulit untuk kita dan apa yang dikurniakan untuk kita sebenarnya adalah sebaik-baik aturan yang telah ditetapkan. Rezeki berpantang sendiri, jauh dari keluarga, tapi anak Alhamdulillah anak-anak tak banyak meragam. Jahitan pun baik di hari ke3-4, jadi lepas tu mudah juga untuk uruskan diri sendiri.

- Allah juga kurniakan anak-anak yang cerdik, bijak dan memahami. Yang tak pernah jemu membantu walau kadang mama emo dengan mereka berdua. Terima kasih Batrisya & Badriena kerana jadi kakak yang baik. 

- Untuk suami, terima kasih atas segala pengorbanan dan kesudian mengorbankan masa dan tenaga berada di sisi sepanjang berpantang kali ini. Maafkan isterimu jika ada tika dilanda emosi dan ketidakstabilan hormon sejak jadi mak anak tiga ni.

Selesai sudah 90 hari cuti bersalin anak yang ketiga. Jika diberi rezeki, mungkin ada kisah yang keempat. Jika tidak, maka kisah ini tetap akan aku ingat sampai bila-bila.
Syukur!
Okay, esok nak start rutin yang sama tapi situasi sedikit berbeza.
Wish me luck :)

Mama sayang korang!

Selamat Malam, 
#MakAnakTigaNakMasukKerjaDahEsok

Tuesday, February 25, 2014

Top #10 Benda Perlu Ada Semasa, Selepas Pantang & Naik Kerja

Salam. Tiup habuk sikit, fuhhh.
Ok mari mulakan entry yang ntah dah berapa lama terperuk. 
Actually, masa dalam pantang yang kedua hari tu aku perasan ada beberapa benda yang aku macam terpikir "Eh, kalaulah takde benda nie, macam manalah aku nak ........"
Masa pantang yang pertama kan tak tahu apa² sangat, semua benda macam konfiden tak konfiden nak buat.
Ok based on experience sendiri, di sini aku senaraikan barang/keperluan yang aku rasa perlu or maybe sangat perlu or sangat penting untuk ada semasa berpantang dan kegunaannya lepas² berpantang & jangka masa panjang.


1) Breast pump
Aku beli breastpump seminggu lebih lepas Isya lahir. Tue pun sebab dah selalu bocor ;p Yelah masa tue, dengar² orang cakap jangan beli dulu, tengok dulu production susu macam mana. Ada jugak yang cakap beli yang murah² dulu nanti kalau dah ok baru melabur beli yang bleh tahan pakai lama. Tapi aku tak suka 2-3 kali kerja lah, kang dah beli baru yg lama tu nak buat tukun ke apa? Memang boleh jual balik tapinya, ehh, senang cita aku taknak lah. Dan, Alhamduillah pelaburan berbaloi, dapat fully BF setahun, dan Isya stop 1tahun 8bulan masa aku pregnantkan Dyna. Masa dalam pantang kat umah parents aku mengepam jugak, tapi aku tak buat stok, sebab fridge umah mak aku sentiasa penuh. Kesimpulannya, bagi aku breastpump ialah Top Priority aku in terms of long-term breastfeeding planning. 

2) Nursing Bra
Oh, ini sangat perlu bagi aku. Dulu masa Isya aku beli 3 helai je kau, sekali leaking, dah pakai pad padahal tu, so 3 helai tu 2hari je pakai dah nak kene rotate. Maka laki aku pun masa tue gagah berlari, eh bukan lari betul², drive la ke kedai baby berdekatan beli lagi 2-3helai. Pastu bini dia beli berhelai² lagi secara online kat Onebabyworld. Masa tu aku try brand Autumnz, dah bapa bulan pastu aku try Fabulousmom. Nampaknya Fabmom lagi serasi dengan aku yang jenis orang cup dan saiz akan sentiasa bertambah seiring dengan bilangan kehamilan dan bilangan anak. Kehkeh. Oh lagi satu, aku rasa salah satu sebab aku kene pakai nursing bra sebab, nak ade support la kat breast sebab kalau tak aku rasa anak aku boleh lemas kene hempap dengan maknya punya t***k. HAHA serius tak tipu! Dan of course dah naik kerja memang kena pakai nursing bra sebab nak mengepam, cumanya dah naik keje aku suka pakai yang underwire hehehe 

3) Nursing pad (Disposable/Washable)
Actually ni macam pakej la dengan nursing bra. Ko dah beli nursing bra, beli la sekali nursing pad. Masa pantang aku prefer pakai yang disposable. Ye laa, dah kalau setiap 2 jam ko tukar yg washable, 1 hari berapa banyak pad ko nak kene basuh? Kalau tak tukar, agak² bau masam susu tu camne oii. Sian la baby nak cium bau susu masam. Lagipun pakai yg disposable tu terjaga sket hygiene nya. So aku rasa baik pakai disposable. Bila naik keje aku pakai yang washable, tu pun aku cari yang nipis, sebab taknak terbonjol sangat oii. HAHA.

4) Rocker/Bouncer
Ohh, masa Isya dulu aku tak rasa sangat keperluannya masa pantang, sebab dok hadap dia sorang je kan. Tapi bila ada Dyna, aku rasa benda ni sangat perlu. Masa Isya aku dah balik sini baru aku start pakai, tu pun aku pakai Maxi Cosi je, sebab dia kan dah macam rocker jugak functionnya. So, untuk Dyna aku belikan lah rocker Fisher Price yang kebetulan tengah Y.E.S masa aku pantang. Dapatlah harga RM150 sekali dengan pos. So, masa pantang, dia duduk dalam tu bila aku nak layan kakak dia makan ke, mandi ke. Pastu aku bawak balik sini aku rasa tak nyesal kena bayar extra luggage. Sebab benda alah nie mampu melekakan Dyna selama lebih kurang 30-45minit la. Petang lepas balik kerja, biasa dia akan duduk dalam tu sambil layan Babytv dengan kakak Isya, sambil tu aku mandi, panas²kan lauk ke, basuh baju ke, kemas² umah sket ke. Pastu kalau nak solat, aku bukak je vibrate tue, hadapkan dia kat aku, so far dia senyap la. Huhh, bagi aku nie memang ala² alat penyelamat yang keluar dari poket Doremon yg membantu aku yg handle 2orang anak sorang², phewww!
Maxi Cosi pom boleyy!
Dia punya khusyukkk!
5) Nipple Cream
Hmm, benda ni kejap² orang kadang² je berlaku tapi still aku rasa perlu. Tapi tetap masuk list aku nak masuk dalam list sebab aku tak leh tahan sakitnya rasa pedih itu. Dah sama level dengan sakit ngilu kena jahit. Dulu masa Isya siap aku paksa adik aku pegi belikan nipple shield lagi. Ikut pengalaman aku, memang minggu pertama bersalin aku akan mengalami crack & luka kat nipple. So pengalaman mengajarku, chewwwahhh, yang kedua aku memang standby dah siap² Medela Purelan-100. Paling aku suka sebab cream ni selamat untuk baby, so kalau lepas sapu nak DF terus takde hal. Tapi biasanya 1-2 hari je aku kena nipple crack ni pastu dah baik. Dalam pantang 2x je aku kena. Kalau kena lagi nanti masa baby dah pandai menggigit, masa gusi dia gatal nak tumbuh gigi, haaa, masa tu keluar lah balik cream nie. 


6) Calming Lotion/Minyak Baby
Yang ni aku direct je suggest Buds Calming Rub. Aku sangat suka pakai lotion nie sebab bau dia wangi dan effect dia macam serta-merta gitu. Kadang lepas je aku sapu terus terkentut² si Dyna, takpun terus berak. Lain brand yang setaraf nie ialah EMAB Angel Baby Oil. Ni pun bau dia best, aku penah try 2-3kali sepupu aku punya, not bad lah, tapi aku suka lagi Buds kot. Takpelah dua² pun sama organic kan. Bagi aku kenapa benda ni perlu masa pantang dan lepas pantang or even sampai bila² pun sebab nama dia pun soothing lotion/oil, so memang berkesan kot nak elakkan kembung/sakit perut etc. Oh, lupa Isya kalau aku sapu lotion ni pun, senang je nak berak. That's why aku stick je ngan lotion nie.


7) Water heater
Sayangnya atok pada cucu²nya menyebabkan rumah parents aku pasang water heater. HAHA. Sebab ayah aku macam kesian kot kat aku tiap² hari masak air, pastu berangkut ke bilik mandi nak mandi ikan Dyna. Tapi ayah aku tak tahu yang aku berkali ganda suka, sebab bila ada water heater aku boleh mandi 2x sehari tanpa berkira nak angkat air panas dari dapur ke bilik air. kehkeh. Tengkiu ayah :)

8) Baby Carrier/Wrap/Ringsling etc
Yang ni aku tak rasa perlu sangat tapi mungkin perlu time² baby cranky nak melekat jer. Aku tak bawak balik KL masa pantang tapi bila dah balik umah sendiri kadang² memang aku perlu jugak guna carrier. Especially bila rocker/bouncer dah tak jalan, kakak dia pun dah tak layan, pastu aku plak nak kehulu kehilir buat macam² kerja. Dan, kalau aku berjalan/keluar bertiga memang aku sangat perlukan carrier, sebab aku malas nak bukak stroller. Macam sekarang aku guna yang turun temurun dari kakak Isya, SSC handmade dari Big Eyes Shop. Macam plan nak pakai wrap, tapi tu lah, kena confident sket pakai wrap. Plus kena belajar dari sifu². Moose kau lah tu sifu BW ;p
Adik sangat behave dan suka duduk dalam carrier compare to kakak dulu!

9) Supplement/Jamu
Bagi aku supplement or jamu tengok badan masing² ada yang seawal seminggu dah boleh start, ada yang sebulan. Aku start makan Shaklee yg untuk breastfeeding masa Dyna nak dekat sebulan. Tapi selang seli dengan jamu yang nenek aku buat sendiri. Bab supplement nie aku tak reti nak suggest NR ke Mak Dara ke ape, sebab aku tak makan. Yg Shaklee tu pun aku amik yang wajib je malas nak amik full-set. HAHA. Senang cite, ikut kemampuan, ikut kerajinan dan ikut sukati korang lah. Korang pegi lah suruh ejen Shaklee consult. Sampai sekarang pun aku still makan jamu nenek aku buat & Shaklee. Of course la, nak pulihkan kesihatan dalaman & banyakkan susu Insyallah :)

10) Suami/Husband
Walaupun aku letak no10, tapi kalau ikutkan ini lah perkara pertama aku nak ada dengan aku. Tapi memang tak lah kan. Bersalin, seminggu je stay, pastu balik Kuching, pegi Bintulu 2 bulan, balik KL amik aku balik pantang, pastu seminggu lepas balik sini, pegi balik ni dah masuk sebulan. Memang orang cakap anak milik suami-isteri bersama, jaga sama-sama, tapi buat masa nie, rezeki aku dapat jaga sorang, takpelah, redha. Nasib baik aku tak meroyan je time pantang. At one time, aku macam dah immune. Belasah laa, layankan aje. So korang yang lain, harap² husband dapat lah tolong ringankan sket kerja² kan, kalau macam nampak malas ke ape ke, cakap la elok², buat sessi kaunseling sket ke. Komunikasi tu penting tahu? Kang kau emo sorang² laki ko rilek je main Candy Crush kat handphone. Tak aci lah kan? Kau pun nak kejar jugak level berapa ratus Candy Crush tu kan, kan? So, pandai²la slow talk, sebab aku rasa SUAMI memang memainkan peranan penting dalam emosi ibu semasa pantang. Lepas pantang pun penting tapi taklah sekritikal masa pantang! Aku? Jangan tanya, aku is hati kering. *libas rambut sket* 
Dah tu je bacaan petang hari, yang rasa hilang ngantuk pegi sambung keje.
Till next entry. Daa~
NotaChenta: Supermama nak pi sopping ualls, balik dulu yer ;p

Saturday, December 28, 2013

# Rutin Berpantang Anak 2


Salam. Hi semua!

Dah nak ujung-ujung tahun barulah hegeh-hegeh aku nak update kan. Ok lah daripada takde kan?
Merujuk tajuk di atas maka mari aku story rutin masa berpantang dengan anak dua.
Ni kira lump-sum la ni aku story dari pagi sampai malam masa 44hari dalam pantang errr dan sampai sekarang dan aku balik Sarawak la kot! :)

5.30am
Bangun susukan Dyna.
Kalau untung dia tido balik. Kalau tak layan lah dia sampai dalam pukul 6lebih ke pukul7.
Kalau dia diam nak main sorang2 aku cepat2 la pegi solat. Kalau tak mintak talian hayat parents aku tengokkan kejap. Mama pegi keje 6.45, ayah flexible tapi biasanya antara pukul7 ke pukul9.

7.00am
Biasanya Isya dah bangun time camni.
Kalau aku tido balik, aku akan buat-buat tak bangun lagi. HAHA.
Takpun main golek2 gomol2 Isya kejap. Nak dekat pukul8 baru aku bangun.
Adik dia aku biarkan tido. Isya dok luar, buatkan susu, bukak tv channel 613 ke 615. Dah diam situ!

8.00am
Dyna bangun time nie.
Aku biasanya dah ready nak mandikan dia. Besen air suam, baju2 nak pakai semua ready siap2. Sambil tu letak EBM dalam warmer.
Selesai mandikan Dyna, susukan dia.
Kakak Isya biasanya time macam ni dah panas badan nak main la, lukis la. Aku biarkan.

9.00am
Masa awal2 pantang Dyna terus tido lepas mandi n susu. Now susah sket sebab dah pandai nak main nak borak-borak.
So sementara mood dia ok, aku letak dia kejap, cepat2 lari mandikan Isya. Tapi kalau Dyna dah tido, aku mandi sekali dengan Isya.
Mandikan Isya macam pegi berperang sebab dia suka main air dan mengemas bilik air. Kadang2 aku macam bagi command je dalam bilik air tue. Haihh laaa.
Kalau Dyna tak tido akan kelam kabut la mamanya sebab biasanya dia akan melalak sebab takde kawan dan takde kelibat aku depan mata. Ok fine. Siapkan kakak then angkat Dyna untuk tido.

Agak-agak sapa jaga sapa?
10.00am
By this time biasanya dua2 dah settle. Paling awal pukul10 dah settle kalau dua2 mood baik dan bekerjasama. Kalau tak bekerjasama akan berlakulah masa tambahan.
Bila masa aku plak mandi? HAHA. Jangan tanya. Flexible! Lepas siap mandi pakai bengkung semua, aku akan breakfast time nie. Sekali dengan Isya lah.
Menu aku simple je. Cukup la roti ke, or biskut Tiger cicah la VICO ke MILO ke KOPICINO ke. Ikut mood.
Menu Isya depends la. Kalau mama or ayah aku dah masakkan breakfast Isya pagi tu so makan la ape yg dah disediakan.
Tapi kalau nasib kurang baik, mamanya akan dipaksa jadi Masterchef kat dapur. Cabaran Peti Saji Misteri! Nak tau sebab ape Misteri sangat? Sebab menu or bahan terpulang pada Isya nak makan apa.
Kalau dia kata mi besar, so masak la mi kicap. Kalau dia kata kokocrunch ok la kan tinggal tuang air soya, dah siap.
Dah la bagi masa 15minit je nak suruh aku masak kalau tak membebel cakap sakit perut lapar.
Ok tapi tu atas tu cerita kalau Dyna tido. Kalau die tak tido aku angkut sekali letak dalam MaxiCosi pastu aku masak.
Sambil tu kakak dia layan la dia, main puppet ke nyanyikan lagu ke. Kadang2 aku letak je dua2 dalam bilik or depan tv. Ok lah jugak mampu bertahan 15minit dah cukup bagus bagi aku nak masak simple2 untuk kakak Isya.

11.00am
Isya dan aku dah breakfast. Dan kalau Dyna tido dia akan kekal tido.
So masa ni aku akan basuh baju sidai baju semua.
Pastu time ni la aku biasanya akan buat pumping session.
Sambil tu layan Isya main beskal ke, main karom ke, lukis2 ke, baca buku ke, tengok tv ke ape2 ajelah.
Haa, layan punya layan masa aku belum abis pantang kaki terpelecok sebab nak elak dari jatuh hempap Isya.

Kenangan manis pantang kali ini :)

12.30pm
Kalau Dyna bangun or merengek biasa sebab pampers basah or nak susu. Then biasanya tepuk2 sket tido balik.
Aku dah start panaskan lauk2 yg biasanya mak aku dah masak awal pagi tadi. Ala menu orang pantang pusing2 itu jugak.
Menu Isya samada makan menu aku tambah 1lauk either telur or ayam goreng or ikan goreng OR aku kene masuk pusingan penyingkiran Masterchef. Haha.
Pastu lunch lah kami anak beranak.

2.00pm
Time nie mata Isya dah boleh nampak dah nak letak mancis berapa cm. So cepat2 aku buat susu, masuk bilik nak tidokan dia.
Sementara nak tunggu dia habis sebotol susu aku solat.
Pastu kalau pagi tadi dia banyak main lompat jauh, lompat setempat, lari 20meter atau main bola baling sebelum habis bagi salam dia dah lelap sendiri.
Pastu kalau adik dia macam nak terjaga, aku susukan adik dia.
So by 3.00pm dua puteri biasanya dah tido.
Dan kadangkala dengan aku sekali jalan. HAHAHA. Stended arr kennn!

Kuak lentang kuak dada, tiba-tiba dah ade sebelah menyebelah. Camna?
4.00pm
Kalau aku tido aku biasa akan terjaga time camni.
Kalau tak tido aku dari tadi pegi angkat kain, lipat baju sambil tengok tv.
Pastu sempat jugak aku baca novel ataupun bukak laptop jap, tengok email kerja seminggu sekali je.
Umah parents aku dah potong streamyx sebab takde orang pun kat rumah. Bazir je bayar bulan2.
Pastu kalau nak online aku kene teethering jadikan handphone aku modem. Makanya pastu kang mulalah exceed quota internet. So tu salah satu sebab aku jarang nak bukak laptop.
Dan sebab tu jugak lah satu entry sampai 10x aku bukak baru siap. Hehehe.

5.00pm
Mak aku dah balik keje time2 gini.
Isya kadang dah bangun. Kadang lena lagi. Aku malas kejutkan Isya sebab dia jenis kalau tido berkejut kang mulalah angin kus2 dia datang bawak ke malam nak tido. So biar dia bangun sendiri.
Sementara dua orang tu tido aku solat siap2.
Rutin mandi petang ikut style First Come First Serve. Sapa bangun dulu dia mandi dulu.
Lepas dua2 mandi, kalau ada minum petang aku layankan Isya sementara adik dia main2 je la tak tido pun.

7.00pm
Dyna biasa tido lepas Maghrib. So aku bergilir dengan parents aku nak solat.
Lepas solat je aku tidokan Dyna. Kakak dia pulak pegi la belajar mengaji dengan nenek atau atok dia.
Dah settle prepare plak nak makan malam.

8.00pm
Dinner dengan Isya. Makan lauk nenek dia masak sebab nenek dia dah tanya siap2 nak makan apa.
So nenek dia jarang lah kena masuk pusingan penyikiran Masterchef. Lagipun nenek dia dah AllStar, expert dah ape cucu mintak terus siap hidang.
Lepas dinner, dia pegi la belaja baca buku la sambung main lukis2 la or amik handphone aku yang memang beli untuk dia main segala macam game dan apps. Yer, memang!
Takpun dia paksa nenek atok dia tengok cerita kartun. Kalau mood baik dia layankan cerita nenek tengok sambil tu mulut tak berhenti tanya itu ini macam iklan burung murai tu.
Mama dia? Mama dia jadi pengkritik tetap je la. Sebab kalau atok nenek ada dia memang tak heran mama dia pun.
Kalau datang angin saka dia, akan muncullah menu supper contingency. Roti cicah milo ke kokokrunch ke takpun paling dasyat setakat ni hotdog or telur goreng.

10.30pm
Ini waktu paling lewat nak tutup lampu.
Kalau Isya memang dah request nak tido pukul10 so terus la buat susu dan masuk bilik.
Kalau mood tak baik dia akan buat la alasan typical dia nak tengok Pocoyo sampai abis. Dah abis Pocoyo kata nak tengok Higglytown Heroes. Kalau hari Jumaat dan2 kata nak tengok Maharajalawak Mega. Drama sungguh.
Tapi endingnya aku amik hanger tunjuk depan mata dia pastu masuk lah bilik nanti.
So lights off untuk kedua2 mereka. Tapi tidak bagi mamanya. Miahaha.
Masa ni lah aku nak pegang remote tv ke, nak baca novel ke dan masa ni lah nak pegang handphone lama2 sambil tunggu husben whatsapp nak bermanja gitu.

Papa dia cakap dah macam kem PLKN makan 6x sehari.

Then, Dyna akan bangun ikut timing yang sama lebih kurang. 12am, 2am, 4am dan kemudian rutin diulangi dari atas. *scroll to top*

Yer secara kesimpulannya aku memang boleh la labelkan diri half supermom sekarang. Ni pun half sebab ada talian hayat mak ayah. Kalau dah takde talian hayat esok belum tahu rupanya lagi camne.

Yang tertulis ni pun nampak macam cantek je jalan cerita walhal bersilat bercakpong jugak lah aku nak handle.
Stress? Tolak tepi lah stress depressed dan perkataan seumpamanya sebab nak stress2 sangat pun kang satu keje tak jalan. Apa2pun satu je benda aku ingat pesanan dari Acik, SABAR. SABAR dan SABAR! Dia handle 3orang NIAs lagi lah aku tak tahu camne. Tabik wehh!

Yang dah sekapal dengan aku maybe dah boleh imejin dan feel ape aku lalui. Yang bakal sekapal jangan nak demotivated or down or nak pressure sangat. Chill babeh.
Aku, kita, korang boleh lalui semua ni Insya-Allah. Ingat! Apa2pun ini semua amanah & tanggungjawab kita. Allah takkan menguji kita saje2, pasti ada ganjarannya nanti. Kalau tak kat SINI, kat SANA nanti :)



Peace yaww! :)
END.

Posted via Blogaway

Tuesday, August 16, 2011

# Cabaran Berpuasa dan Berpantang



Assalammualaikum semua :) 


Ramadhan sudah sampai hari yang ke-16 hari nie.
Cabaran hari ke-3 I berpuasa.
Agak mencabar sebenarnya bila berpuasa sambil BF, tambah-tambah lagi orang yg takde amik ape2 supplement macam I. 
Belum ade budget nak beli Shaklee bagai.


Takde tips lagi setakat nie, cumanya WAJIB makan nasik setiap pagi.
Masih lagi lauk orang berpantang ;p
So far, I hanya bergantung pada susu dan kurma.
Malam-malam mesti minum banyak air, minum susu dan makan kurma.
Stok kurma sentiasa ada kat side-table tepi katil nie.
Asal teragak je ngap! 


Cakap pasal kurma, 
Order Jus Kurma dan Chocodate Yusof Taiyoob (cakap dlm nada berbisik macam dalam iklan!) baru sampai.


Jus kurma & chocodates Yusoff Taiyob

I order kat SINI, 
Sebab teringat ramai yang cakap minum Jus Kurma selain daripada makan kurma utk production milk + bagi energy lebih sket kat ibu2 yg BF. 
Sebab baru sampai tadi, jadi takleh nak review pasal jus kurma, nanti2lah yer :)
Yang Chocodates tu ngada2 je nak beli. HEHE.
Sape2 nak borong beli untuk kawen ke, majlis2 ke pegilah order dengan Kak Farhah cepat. She’s very friendly okey!
Dan harga pun okey sebab Kak Farhah beli banyak dari Yusuf Taiyoob (bisik lagi!) :D


Hari pertama hari Ahad tue mencabar jugak walaupun I tak bekerja,
Kagum dengan mommy2 yg kerja n pumping lagi,
Patutlah semuanya macam stress je kalau susu tak banyak!
I risau jugak susu tak banyak, tapi Alhamdulillah, masih ade rezeki si boodak tue.
Batrisya masih berperangai sama, dok melekat mengempeng taknak lepas.
Cumanya, everytime dia dok minum tue,
I rasa perut macam berkeriuk2 dan kepala pening melayang sket.
Tapi, tahan jugaklah sampai berbuka, walaupun bila dah petang2 camnie I akan start melepek je atas katil.
Angin sudah naik kepala daaaa…


Malam ni nak start mengepam betul-betul. 
Sebelum ni malas sket.
Lagipun dok pikir si budak tecik ni nak ngempeng je, bila kala pulak nak pump.
Tapi dah tau dah cara taknak bagi die ngempeng sgt sekarang, so boleh lah pump lepas nie ;p
Tambahan plak, Mama Batrisya baru dapat kesedaran sivik. HAHA. 
Papa dah bebel suruh buat stok untuk jalan-jalan and untuk Raya nanti. 
Betul gak, takkan everytime kat umah orang asyik nak pakai cover plak menyusukan dia.
Cadangan my sis Athi pasal stok utk simpan kat umah Mama ni pun macam boleh terima, sebab nanti Raya Haji nak balik jugak kot.


Lagipun dah nak start ajar Batrisya minum botol. 
Lambat sangat ke I ajar dia minum botol?
I dengar ramai cakap kena ajar since week ke-4, takut baby tak rasi dengan puting botol.
Alamak, matilah kalau dia taknak.
Sebelum nie acah-acah je bagi, tapi die bleh terima.
Masa n*p**e luka hari tue pun, pakai shield die okey je minum.
Hopefully takde masalah laaa :) 


Batrisya dah 42 hari dan bermakna ade lagi 2 hari berpantang. 
Dah ujung2 nie, kekadang ade jugak benda yg I skip. Hehe.
Episod berpantang macam nak dirasmikan dengan berkunjung ke J-Card Day Jusco Mahkota Cheras jer. HAHA. Ibu Ammar, dah ajak, abislah!
Tengok mood Batrisya camne nanti.
Sekian.

IMG_3130
SELAMAT BERBUKA CEMUAAAAA! :)

 BisikChenta: Tibe-tibe rasa nak suruh Batrisya pulak tulis blog. Boleh?

Monday, August 8, 2011

# Rutin Berpantang First Baby (My Confinement Experience) - Part #02

Assalammualaikum semua :)

8 Ramadhan today!
Diam tak diam dah masuk minggu kedua I tak berpuasa. Hehe.
Alasan kuat okey, bukan saje2.

Today, I nak sambung story pasal pantang.
Wehuu. Gigih mak menaip sambil meriba si Batrisya ni nokk!
Seronok sebenarnya cerita pasal berpantang nie.
Cuma nak melaluinya tue lah, banyak sket cabaran.
Sesiapa yg terlupa or tak baca lagi,
boleh baca kat bawah tue or Kisah Pantang - Part 1
.
.
.
.
.


Memakai Param

# Sebagai anak Jawa (both my parents Jawa ok!) bab param, pilis, jamu2 ni memang wajiblah. Cannot skip2 lah. Luckily, semua nie, Mak Tok yang buat, tradisional home-made.

# Param adalah ramuan yang seakan-akan bedak dengan campuran beras yg dikisar, halia bara, kunyit dan lada hitam. Mak Tok punye version dah dibuat dalam bentuk bulat2 then kalau nak pakai, just tuang air panas and bagi cair. Lepas tu sapu seluruh badan tiap kali lepas mandi.

Berpantang_Param Jawa1
Ini param-param pam-pam.
Berpantang_Param Jawa2
Ini pula setelah kecairan.

# Kata Mak Tok, param nie boleh buat badan kita rasa warm je. Kenapa kena warm? Lepas bersalin, normally badan akan seram sejuk, so, param ni akan keep warm suhu badan kita. Dari segi saintifik, I tak tau la betul ke idak. Selain dari itu, param jugak boleh buatkan susu mommy rasa suam2 kuku la kekdahnya. Baby akan suke la susu suam2 tue :)

# Plus, param ni function as lulur/scrub jugak lah. Kalau pakai pagi, then petang mandi gosok2 badan mesti daki2 senang nak tanggal. Ohh, I punye kulit badan masa preggy sangat teruk woo. Hitam2 macam berdaki. Aiyyooo! Orang cakap akan hilang sikit2 lepas 44 hari. Mintak2lah betul. Sebabnya macam takde effect sangat pun kalau pakai scrub ke lulur. Cocoa butter & Bio-Oil pun dah abis I lumur, tapi sekadar memudarkan sikit2 adelah. Cakar2 rimau tue memang tak hilang lagi. Dah macam org pemalas mandi pulak. Padahal penat tau sental. Iskk!


Berbengkung

# Mula-mula pakai bengkung nie, memang rasa rimas, macam sendat pun ado! Demi nak kempiskan perut ke bentuk asal, tabahkan jua hati. Tapi bila dah hari-hari pakai, rasa best, perut rasa padat je. Walaupun makan kemain banyak sebab menyusukan Batrisya, tapi Alhamdulillah tidaklah terlalu membooncit! Hasilnya, semalam try kebaya, dah boleh terima akal la tang pinggang. Tang punggung belom lagi ;p

# Sampai sekarang, I masih pakai bengkung. Bukan bengkung moden, korset, girder mahupun PB, ini bengkung yang 15m tue yer. Bengkung Jawa orang panggil. Bukan taknak pakai yang moden, Mama cakap lepas 44 hari nak pakai yg moden tue suka hatilah. Tapi sekarang pakai dulu bengkung nie. Baiklah!

# Mama I cakap dia punya bengkung Jawa tue dah diturunkan kat makcik2 I, pastu ntah mane hilang. Jadinya Mama buatkan bengkung baru utk I. Memang jenuh nak lilit2 selang-seli kain panjang2 tue. Masa mula2 dulu nak lilit kena Mama or sesapa tolong pegang. Now tak payah, dah expert buat sendiri.

# Lilitan adalah dari bahagian punggung sampai ke bawah cik B. Sebelum pakai bengkung I sapu perut dengan air limau + kapur. Tujuannya, nak bagi perut cepat kempis dan parut kat perut cepat pudar. Errr, tapi yg ini kadang2 I termiss sebab malas nak pegi bancuh, lagi2 kalau Mama kerja & terlupa nak buatkan. Makanya, I pun buat2 lupa lah. Hehehe.

IMG_2983
15m hokey!
IMG_2994
Setelah dililit, macam tocang lipan pon ade.


Memakai Pilis

# Lepas berbengkung, kena pulak letak pilis kat dahi. Pilis ini dibuat daripada campuran kulit kayu manis yang dicampurkan dengan sedikit bawang putih. I suka bau pilis nie, cam bau rempah2 je.

# Tujuannya untuk mengelakkan 'darah meroyan' naik ke kepala atau mata jadi cepat kabur kalau tua nanti. Orang kata rabun putih. Cik Belle, ni aku menjawab pertanyaan ko tak pasal rabun putih? Hehe. Dari segi saintifiknya, mak tak tau nokkks betul ke tak. Nantilah kaji.

# Kalau ikutkan bila dah pakai pilis nie, tak leh selalu sangat membaca, menjahit apetah lagi mengadap laptop dan menulis belog. HAHA. Tapi, Mama I cakap okey jer. Cuma jangan lah 24jam online. Yang tue tak payah tunggu tua, muda2 pun boleh sakit mata.

Berpantang_Pilis Dahi
Sememehnya lah aku!


Jamu/herba semasa pantang

# 10 hari yang pertama or lebih kurang 2 minggu awal, I memang takde makan ape-ape jamu. Doc pun cakap awal2 jangan makan jamu lagi sebab nak elakkan baby kena jaundice or alahan. So, I start makan lepas 2 minggu. 

# I takde beli pun set-set berpantang ke, jamu ke ape sebelum bersalin sebab I tahu I punye set pantang lengkap dah pakej datang dr batu Pahat. Alhamdulillah, jimat duit! :) Tapi, kata Mama set pantang yang okey ialah Nona Roguy sebab kawan dia makan ok. I pun peng baca NR ni okey je pil2 dia. Ntahlah, kalau I memang confirm tak tertelan kot. Nie pun sebab jamu buat sendiri, makanya I yakin sket. Terpaksa pun ade nokksss. HAHA. 

# Jamu manjakani yang I makan dibuat sendiri oleh Mak Tok. Yesss, home-made cookies again. 1st & 2nd day try, I amik 1 biji sebelum makan setiap hari, sebab Mama suruh tengok dulu, baby okey tak, or ada alahan ke ape. Nasib baik ok! Then, tambah dosage 2biji sebelum makan until now.

Berpantang_Jamu Tradisional Manjakani
Hai obat, hai obat, mari beli obat!
# Jamu manjakani yg Mak Tok buat ni bagus sebab…
• recover energy & cergaskan badan (bukan utk pompuan dlm pantang je!)
• bagi panas badan utk bakar lemak, keluarkan toksin & angin2 dalam badan 
• kecutkan segala otot2 & urat2 yg kembang masa preggy
• kempiskan perut
• keluarkan kandungan air berlebihan sebab banyak minum air

# Lagi satu, I jugak minum air halia dicampur gula melaka untuk lancarkan perjalanan darah N. Bagi darah yg ketul2 kat dlm tue lancar je keluar & tak sakit. So far memang okey, sodap okey air halia. Air feveret!

# Jamu lempoyang pun I minum. Ia adalah campuran daun jambu batu, daun lempoyang, kunyit, halia dan ape ntah lagi I tak ingat. Semu tue diblender, campur gula sket. Bagus untuk sistem perkumuhan, senang melawaskan dan jugak menyihat & segarkan badan. Jamu lempoyang nie, kalau tak bersalin pun memang I minum kalau balik kampung.


Makanan Pantang

# Sapo kate makanan pantang tak sedap?? (Ayat nak coolkan diri sendiri!) Makanan pantang I rotate2 tiap2 hari, takdelah menu berulang tiap2 hari. Takdelah jemu!

# Menu orang berpantang ni simple je. Mama I masak nasi lembik bagi senang lawas, ikan bilis goreng kering + bawang putih, ikan tenggiri dan ikan2 terpilih, sup ikan haruan, sup ayam kampung, sayur2 yang tak sejuk, kentang goreng halia + bawang putih + blackpepper, sup kentang + halia + blackpepper, nom..nom..nom.. rotate2lah menu tue. and tak lupa buah oren & epal kadang2. For me, okey je kot, kenyang je I makan. HAHA.

# No ais, air sejuk, air bergas dan sewaktunya. Air teh juga tidak boleh sebab nanti baby kembung perut. Kalau I lapar malam2 or lepas BF I akan bancuh my fave Hot-choc or Horlicks, cecah roti.

# Ohh yer, BISKUT TIGER adalah biskut rasmi berpantang. Memang siyes boleh tambah energy. Ini bukan I buat ujikaji masa berpantang, I memang dah praktikkan zaman2 askar dulu. Terbukti berkesan. 1 pek besar biskut Tiger = 3 hari. Auuummmm :D

# Untuk tambah penghasilan susu, I makan benda2 berikut:

Air Sarsi. Ini memang feveret I. Kat umah mesti ade stok!

Air F&N Oren, yg nie pon stok kat umah!

Mula2 tak lalu nak minum sebab rase dia pelik. Tapi layan jer!

Sawi putih, menu sayur wajib!
Alhamdulillah! So far now, susu memang mencurah. Kadang2 sampai basah bra kalau tak pkai nursing pad. Then, kalau dalam bilik air nak mandi, menunduk2, dia punye menitik, fuhh!! Tapi tue lah, baru sekali je mengepam. Tue pun separuh jalan. I prefer nak pump mase balik Sarawak, sebab malas nak pikir cara nak storage nak bawak naik flight. Lagipun I memang balik ke sana awal 2 minggu sebelum naik kerja. InsyaAllah sempat lah buat stok nanti :)


Lain-lain amalan

# Berstokin sepanjang hari, (takdelah sepanjang hari pun!) sebab taknak bagi sejuk or angin naik dari kaki. Kesannya tak nampak sekarang, lagi 10 tahun, tengok lah lutut menggigil ke tak kalau sejuk or dalam aircond. Tak pun kaki cepat cramp kalau jalan jauh2 sket. Haaa, tak percaya sila buat. I angguk je, percaya sebab tak pernah kena dan taknak kena. Tapi I percaya, sebab Mama buat dulu, sampai sekarang aktif main netball & jadi ref tournament kadang2. Jogging tak tinggal tiap minggu. Harus I pun bermotivasi tinggi!

# Pakai stretch-marks cream WAJIB walaupun kesannya takdelah nampak ketara lagi pun.

# Bertangas. Yang nie I belum sempat buat lagi. Mama kata nanti dia buatkan kalau sempat!
.
.
.
.
.

Kesimpulannya, amalan-amalan pantang nie takdelah ngarut sangat pun. 
Berpantang pun takdelah scary pun.
Banyak jugak kebaikkan.
Yelah untuk jaga kesihatan kita jugak kan?
Bak kata Mama, badan nak pakai lama. Sendiri mau ingatlah!

 BisikChenta: 10 days to go! Hoooorayyy!

Tuesday, August 2, 2011

# Rutin Berpantang First Baby (My Confinement Experience) - Part #01

Assalammualaikum semua :) Hai!
Sudah 2 hari berpuasa kan? :) Syukur!

Alhamdulillah. To-date, Batrisya sudah berusia 27hari.
Alahai cepatnya masa berlalu kan? Kejap je nak dekat sebulan dah.
Makanya, hampir sebulan jugak lah I berpantang.
Hoyeahh! Gigih nak menghabiskan 17 hari lagi berpantang.
Bagi I time pantang adalah masa yg sangat bagus.
Bagus sebab boleh monitor dan melihat perubahan diri, fizikal & mental :)


Seriously, I really enjoy confinement period I setakat ini.
Walaupun banyak benar "No", "Cannot", "Tak boleh", "Jangan"
dan lain2 frasa yang menidakkan sesuatu, tapi semua itu memang ada jugak benarnya.
Dalam berpantang, I takde lah banyak songeh dan melawan cakap sangat,
walaupun hakikatnya I ni jenis degil kepala batu sket.
Cumanya, jika ada amalan2 tradisional yg macam pelik sket tue,
I lebih prefer amalan moden or ikut nasihat doctor or based on info I baca.
Kalau encik so-army lagilah,
semua yang diamalkan mesti ade sebab dari segi scientific or clinical.
Kalau ngarut2 memang dia tak bagi ikut.
Tapi so far, semuanya okey. No worries ;)


Frankly speak, memanglah sangat susah bile orang super-active dan lasak macam I nie,
kena kawal itu ini, dok tercover2 ayu sopan santun gayanya,
jalan pun terkapit-kapit, nak buang air pun tertahan-tahan.
Hadoiiilah, seksa rasanya.
Tapi, satu je I pegang bab pantang2 nie, 
yang baik tue I ikut demi kebaikkan dah kebahagiaan I dan suami di masa akan datang. 
Chewwah! ;p


So, mari sini I share apa yang I tengah amalkan sewaktu berpantang nie.
Kalau ade mommy2 yg rasa nak tambah pasal pengalaman masing2 silalah yer.
Tambah lauk, tambah nasik, tambah dessert :)
Seronok betul I cakap pasal makanan kalau bulan pose nie ehh. Makhruh! ;p



Mandian rebusan daun dan akar kayu.

# Yang ni I amalkan 2minggu je. Air rebusan daun2 macam daun kunyit, serai wangi, daun ape ntah lagi I buat mandi hari2 campur dengan air paip. Yes, memang badan rasa segar, boleh hilangkan bau2 badan especially bau hanyir darah, daki2 pun senang hilang. Tapinya, yg tak best ialah, badan akan rasa berlengas sket bile dah lama-lama.

# The saddest part, masa minggu ke-2, I kena gatal-gatal yg amat dasyat like merenyam satu badan kau. Lagi-lagi time berpeluh, homaigodddd, rasa nak suruh org sekeliling tolong garukan sekali badan I. Hehe. Bila pergi klinik, doc suruh stop mandi air dedaunan tue. Memang hakikatnya kulit I nie jenis sensitip touching2 gitu. Sebab tue la gatal2 kot. Lepas makan ubat alahan, dan Alhamdulillah till now takde gatal2 dah. Menggatal adelah ;p 


# Everyday until now, I mandi air suam aje. Ngada-ngada? Bukan I tak boleh mandi air paip biasa tue. Boleh aje. Takde hal lah. Tapi, I ikut je cakap org tua. Kata Mak Tok selagi belum 44hari badan tak boleh direct kena air sejuk. Noted! 


Berurut

# Berurut adalah super BEST! I memang suka berurut dari zaman anak dara. So,no problem lah.

# Seminggu yg pertama berpantang, I diurut oleh bidan & tukang urut kampung professional yg dah bertahun2 pengalaman dalam mengurut dan membidankan orang nie ;p Sape lagi kalau bukan Mak Tok, nenek I sendiri :) Import dari Batu Pahat bawak sini yer. Free of charge! Cicit pertama Mak tok, haruslah eksited!

# I diurut 2x sehari, selepas mandi pagi dan petang. Selama seminggu, tugas Mak Tok adalah naikkan balik peranakan, betulkan urat2 dan sengkak. Bab sengkak ni memang I akui sakit sket, tapi as I said, demi masa depan, I rela nokkk! :p

# Berurut memang banyak kebaikkan especially untuk yg baru lepas bersalin dgn urat banyak putus dan terbelit time sakit contraction/meneran. Antara kebaikkan yg I found out for myself ialah:

• Lancarkan darah
• Naikkan rahim ke kedudukan asal (untuk anak ke-2,3….)
• Boleh betulkan segala urat yg tegang, putus, terpusing dsb
• Boleh buang angin-angin kus2
• Pecahkan lemak2
• Lancarkan aliran susu 

# Lepas Mak Tok balik kampung, Mama amik alih tugas. Tapi takdelah 2x sehari. Cuma sekali je, tue pun petang/malam sebab Mama kan kerja. FYI, mama pun boleh mengurut. So no worries la :)

# Sebelum berurut, I akan susukan Batrisya dulu, sebab takut dia melalak nak susu time tengah2 berurut tue. So far, dia memang memahami. Time I berurut, memang takdelah dia melalak, merengek ke ape. Good girl :)

# Bila dah beurut, badan jadi ringan, sedap, selesa. Setakat sakit2 tue takde apelah, kejap je dah hilang. Yang penting badan rasa sihat nak jaga baby, nak buat kerja-kerja sket. Takdelah lembik jer.


Bertungku

# Bertungku I buat everyday, 2x sehari, pagi & petang. Tapi lately, kadang2 tak sempat, sebab kang si budak tu melalak nak ngempeng, so I buat sekali je la sehari, depends pada masa. Kadang2 pagi, kadang2 petang.

# Org kata bertungku sejam lebih lagi elok. Tapi I buat setengah jam je. Tungku tue bukan kat perut je, kat peha pun sekali tau. Kasi kecik sket peha yg dah tak muat semua jeans nie.

# Tujuan bertungku ni supaya rahim kecut dan bagi darah beku keluar. Yes, I do agree pasal darah beku, sebab hari ke-8 berpantang, I pegi klinik sebab tak tahan sangat sakit sebab darah beku tak keluar2 (padahal I bertungku je!) Doc scan dan bagi ubat, lepas tue memang I bertungku lame sket. Alhamdulillah okey :)


Menjaga luka Episiotomy


# For the first week memang agak suffer lah. Especially bila nak buang air besar. YaAllah! punyelah takut nak meneran. Lagipon, memang orang tua & doc tak galakkan sgt meneran, takut jahitan terbukak or else peranakkan boleh jatuh.

# Lagi satu, umah parents I tandas cangkung ok. Silalah bayangkan betapa seriaunya bila nak buang air besar. Kena bersimpuh okey. Kenot cangkung yer. Nasib baik nak kenchh ada bangku kecik yg disediakan, itu pun terkepit2 makk ni nokkk.

# Bila dah susah nak membuang, makanya, sembelit pun datang. I merasa gak kena sembelit masa kali ke-2 nak membuang. Ampunnnn! Sakit dah hampir nak same ngan contraction yg mase dah dekat nak beranak. Sakit macam ade benda nak keluar, tapi tak boleh keluar. Padahal, abis je makan memang I minum je ubat sembelit hospital bagi tue, tapi kena jugak. Dan, seriously, sembelit boleh swing mood u alls! I memang tak tahan sabar time mase tue, dengan Mama, laki I, Mak Tok sume kena marah. Hehe. dah mintak maaf dah :)

# Tapi kejap je, minggu ke 2, bila luka dah baik, jahitan pun dah cantum, nan adolah susah sangat pun. Selamba je boleh buang air tak yah simpuh2, tapi takleh nak teran kuat2 sangat, still jaga peranakkan. Masuk minggu ke-3, benang jahitan pun dah tanggal, super gembira. Dah kembali normal, Alhamdulillah!

# Pasal cuci luka jahitan tue, awal2 tue I cuci that ‘part’ pakai air suam yg rebusan daun2 tue. Pastu bile doc suruh stop, I cuci dengan air suam + garam. Now, just cuci dengan air suam je lah.

# Ada yg suggest guna Dettol, tapinya bila pikir, luka jatuh motor cuci pakai Dettol I dah meraung, apetah lagi luka kat bawah tue. Ewww, takpelah, terima kasih! HAHA. Eh, lagipun doctor pun tak galakkan yer, sebab takut benang jahitan tu terputus sebelum masanya :) Nanti kena topup jahitan! ohh, kalau pasal jahit, 55juta kali I pikir okey, tak mau!! Huhuhu.



Okaylah, cukup tue dulu.
Kang nanti kalau I cerita banyak2 ade yg cakap poyo gila kuasa pulak semua benda nak cerita.
Macamlah I sorang je berpantang!
Muntah pulak nak baca, lagi2 yang tengah tunggu hari.
Dah lah dengar pengalaman bersalin seriau,
Dengar pasal berpantang kang sasau plak. Hehe.


Nanti kalau sempat I update lagi pasal berpantang ehh?
Pasal bengkung, pilis, param, makanan, pantang-larang dll.
Itupun kalau rajin menaip sambil nak layan si Batrisya nie.
Batrisya pun dah mencemik2 nie :D
Haisshh, hari-hari jatoh chenta dengan dia. Cumil jer.


Sape cakap anak sendiri tak comel memang giler! HAHA

Selamat berbuka u allsss :D



Macam manelah Mama tak jatuh chenta kat kamu? Haisshh! Geram!





 BisikChenta: 17 hari lagi, MISI BAJU KEBAYA :D