Friday, December 5, 2014

Selamat 5 Tahun Fasa Pertama & Akhir Usia 20-an!

Assalammualaikum.


Alhamdulillah, syukur Ya Allah.
Genap 29 tahun usia,
Syukur masih diberi kesempatan ini, syukur masih punya hela nafas pagi ini, walau tak tahu bila akan tiba saat hujung nyawa,
Syukur masih punya ibubapa yang melahirkan, membesarkan dan mendidik dari kecil hingga dewasa,
Dari anak kecil, remaja, dewasa, bujang, berkahwin, beranak dua,
Syukur atas kurniaan rezeki dan nikmat yang diberi percuma tanpa sedar kadang-kadang alpa,
Moga aku kekal dalam perjalanan ini, mengenal siapa diri dan tidak kufur atas segala kurnia-Nya.

Syukur juga hari ini,
Cukup 5 tahun bergelar isteri,
Fasa pertama -- kata orang tua fasa penyesuaian -- berjaya diharungi,
Bukan semua manis bak gula, ada masa pahit macam kopi tanpa gula walau secubit jari,
Pahit, manis, suka, duka, tawa, hiba, gembira, sayu, sendu,  -- campur segala rasa hati,
Syukur masih dicintai-mencintai, disayangi-menyayangi,
Syukur juga atas kelahiran dua puteri, penyeri hari-hari, penawar hati,
Moga ikatan ini kekal abadi, 
Duniawi, syurgawi, kekal hingga jantung terhenti!
Amin!

Terima kasih untuk 5 tahun fasa pertama ini, suamiku!
Selamat Ulangtahun Perkahwinan ke-5
Mencintaimu lebih dari apapun, lebih dari yang kau tahu!

ZB : 2009 - 2014

 Mohon jangan bawak bawang pergi office! T_T

Wednesday, November 26, 2014

5 days preparation!

Salam.

Hai korang. Cerita Sabah postpone dulu. HAHA. Ada lagi 5 episod.

Baru Isnin hari tu decide dengan husben nak buat birthday Dyna, this weekend. Yerr, this weekend!
Mula² plan nak buat lagi 3 minggu, tapi pikir punya pikir masa tu dah start semester, dah start busy, pastu mesti weekend dah sibuk.

Makanya, terus je confirmkan Ahad ni je buat. Confirmkan tempat, booked itu ini, makan, beli² barang, dan hari ni start la kerja gila tak berapa nak gila. Nasib la aku suka. So tak boleh komplen lebih².

So, tunggu lah update nanti yer. Nak sambung buat kerja hakiki pulak ni haaa. Letih tangan dah main potong².

Kbai.

Belanja satu gambar!


 Mak memang akan selalu hoverr!

Sunday, November 23, 2014

Travelog: Honeymoon Sabah di Bawah Bayu (Part #02)

As salam.

Sambung entry Sabah lagi! Masih lagi cerita di hari pertama, 27 September 2014 (Sabtu).

Dalam perjalanan balik, kitorang memang takde plan nak singgah ke mana² kecuali nak pergi survey Jambatan Tamparuli je. Maklumlah, masa tu cuaca dah hujan-reda-hujan balik, so memang kitorang plan balik KK teruslah. Lagipun, aku memang skip la few tempat sebab dah pergi.

Tapi kat sini aku cerita pengalaman 2 tahun lepas masa aku pergi bawak Isya.

# Kinabalu Park (6 Okt 2012)

- Nak masuk bawak kereta boleh, tapi macam biasa la bayar conservation fee, RM3 sorang. Masa aku pergi dulu kira awal pagi jugaklah, so cuaca memang agak sejuk. Tapi aku takde kuasanya nak pakai sweater bagai. Sini memang port orang turun naik gunung, so memang korang akan nampak orang dok usung backpack sana sini.

- Kitorang terus ke Pondok Timpohon. Actually, orang yang nak ke sana semua naik kenderaan yang disediakan oleh pengurusan. Tapi kitorang kan plan nak berjalan je, so selamba la bawak naik kereta. On the way, jumpa port untuk bergambar. Actually kalau view cantik, takde kabus, boleh nampak clear Kinabalu's Peak tu. Tapi sebab masa kitorang datang cuaca dah agak berkabus, tak nampak la sangat. #TIPS: Datang awal pagi, dalam pukul 8-9pagi , Insya-Allah belum berkabus, boleh nampak agak clear, kecuali hujan.

Ni gambar sempat captured kat port amik gambar on the way nak ke Pondok Timpohon.

- Masa nie, planning asal kitorang ialah saja² nak berjalan sampai Pondok Timpohon tu jer. Sekali kan, tiba² kitorang macam rasa nak hiking pulak. Yerrrr, hiking dengan kendong Isya. Masa tu carrier tak bawak, kitorang bawak stroller. Tapi, takkan nak naik bawak stroller kan, giler haperr. So redah je la.

- Nak naik ke atas, tak kesah le memang nak bermalam ke, nak daki saja
² ke, memang kene tulis buku kat pondok pelawat dan pastu amik pass. Ada bayaran RM5 seorang kalau nak naik saja², kalau nak naik untuk bermalam ape semua tu aku tak pasti. Boleh tanya Huda.

Atas: Pintu masuk -- Pondok Timpohon.
Bawah: Pas masuk dan tiket. 

Masa kitorang nak naik, ada porter tengah prepare nak bawak naik deep freezer. Terbaik pakai jeans je okay!

- So, kitorang start la hiking. Yang bestnya cuaca tak panas. Sejuk & nyaman jer. Mula² cakap kita daki sikit je la. Sekali abis sampai 1 checkpoint, 1km la jugak. Gigih okayyy! Baru 1km, tapi masa ni pun memang dah rasa sejuk dia. Nasib la masa ni dah fit sket lepas beranak start sukan, tu pun semput berapa kali la berhenti, kejap tukar shift dukung Isya, kejap minum air. Takpe, tunggu la, ada rezeki aku sampai jugak puncak Kinabalu nanti. Hudau, jalan dulu ok, nanti aku kejar.

Ada waterfall on the way nak naik. Masa ni ada budak baru dapat kaki, kemainnn!

Sorang pegi rikee, pastu jerit dari atas ok ke tak. Sorang lagi naik la dengan termengah-mengah.

Okay lah kan sampai jugak 1km pertama -- Pondok Kandis. Till we meet again :)
- Lepas tu, dua-dua kami rasa cukupah pengalaman pertama setakat sekilometer. Kalau tak bawak anak gagah lagi kot huhuhu. So dalam pukul 12 tengahari camtu, kitorang turun balik, pulangkan pass, then ke next destinasi.


# Desa Dairy Farm, Kundasang (6 Okt 2012)

- Tempat ni masuk ke dalam sikit sebelum pekan Kundasang (dari Kinabalu Park). Jalan nak masuk macam tak berapa nak elok masa tue, tapi sebabkan view dia cantik, lupa sekejap pasal jalan. Err, aku rasa sampai sekarang pun jalan dia tak berapa nak elok jugak.

- Bayaran masuk sumpah aku tak ingat, pegi la google. Masa aku datang nie, pintu gerbang dia tak siap lagi. Nak tengok gambar agak latest boleh tengok kat SINI.


Pintu gerbang tak siap lagi masa nie. Tue ha, ade orang tak malu bertanya, sebab tak nak sesat jalan.

- Masuk² je kitorang terus ke tempat perah susu lembu tue. Isya masa tu kemain happy tengok COW yang dipanggil CAM masa tue. Boleh beli susu fresh. Ewwww! Sorry aku tak minum susu, laki aku beli share berdua dengan Isya. Masa ni view Mt. Kinabalu dah clear, so apalagi cecepat la kitorang snap picture. #TIPS: Cuaca cerah dan tak hujan pepagi buta boleh nampak peak Kinabalu dengan clear. Kalau duduk area Kundasang or Nabalu memang boleh nampak clear rasanya.

- Dia ada timing bila lembu nak diperah susu, bila lembu dilepas ke padang, bila lembu dibagi makan tapi aku masa nie memang tak amik port la. Janji dapat fefeeling pergi New Zealand. #TIPS: Pergilah Google bila waktu dia bagi lembu-lembu makan, perah susu etc.


Oh Isyaa, keciknya masa nie. Rinduuuu!

# Pekan Kundasang  (6 Okt 2012)

- Sebelum teruskan jalan, kitorg singgah jap kat Pekan Kundasang. Sini memang tempat jual sayur², bunga², buah²an fresh. Strawberry kat sini dah lebih kurang sama level dengan kat Cameron Highland. #TIPS: Cari buah tarap kat sini. Aku kempunan, 2x pergi, 2x tak dapat carik, takde rezeki. 


Masa ni aku beli buah-buahan je la banyak. Nak beli pokok ros tapi kang mana nak bawak balik naik flight.
Lepas Pekan Kundasang nie, aku patah balik ke KK sebab masa tu dah hujan. So masa 2012 aku tak pergi Poring la. Tu yang 2014 semangat menjadikan Poring destinasi pertama.

Berbalik kepada honeymoon 2014, kitorang lalu je kat Jambatan Tamparuli tu, takleh nak stop sebab hujan lebat. Teruslah kitorang ke hotel, check-in. Lambat gak la check-in nak dekat pukul 5. Nasib baik memang siap² remarks masa booked late check-in.

Ok dah, sambung next entry okkay!
Daaa~


 2012 punya cerita baru sekarang nak update. Harap maaf entry tunggang terbalik HAHA

Thursday, November 20, 2014

Kisah Cik Diva Batrisya ke sekolah!

Salam.

Ini kisah last week. Rabu, babysitter aku ada emergency, terpaksa balik kampung subuh² hari. Ada kematian. Innalillah.

Lepas letak telefon jer kepala aku berpusing, pikir mana nak letak dua nak dara tue. Dengan laki aku takde, dengan kerja tengah melambak, pastu kena pikir nak hantar 3hari yer, bukan sehari, sebab dia balik kampung terus sampai ke hari Ahad.

So, salah satu idea yang terlintas kat kepala nak hantar Isya pergi taska. Terus whatsapp kawan aku, Kak Farah, yang juga owner salah satu taska kat dalam taman aku nie. Approved! Kak Farah suruh anta je Isya.

Aku pun apa lagi, kelam-kabut jugak buat instant checklist, apa barang nak bawak pergi taska. Debarrrnya! Yerr, first time la nie nak hantar dia ke taska. Mak yang hover. Masa ni aku tanya Isya nak pergi sekolah tak, dia cakap nakkkk! Laju aje mandi bila aku suruh. Padahal dia paling liat nak mandi pagi.

Ok, lepas siap semua, aku gerak pegi rumah babysitter tumpangan. Actually akak tu jaga anak kawan aku jugak. Aku pun dah mintak kebenaran tumpangkan Dyna untuk 3hari, kawan aku pun okay jer. Masa anta Dyna, Isya cakap "Adik, duduk elok² rumah acik yer. Kakak nak pegi skool" gituuu, kemain pesanan si kakak kan.

Sampai taska, Isya semangat nak sandang beg. Lagi² bila nampak depan taska ada buaian, gelongsor bagai. Aku hantar sampai pintu, salam, cium macam biasa, pastu cikgu ajak dia masuk dalam. Dia pun lambai -- dengan muka macam separuh nak senyum!

Sampai office aku buat kerja yang melambak kejar due date. Sempat whatsapp tanya keadaan adik. Kakak? Takde berita, aku ada msg cikgu dia tapi tak reply. Takpe. Tengah busy lah tue. Dengan harapan semua ok!

Dalam pukul 10 lebih, cikgu msg, 

"Batrisya nangis, kmk x tauk apa nya maok. Dah berik susu tek, x maok juak nya"

Aduhhhaiiiii!

Aku call cikgu, mintak nak cakap dengan Isya. Sepatah haram aku tak paham butir ayat dia. Sebab dok nangis meraung. Aku cakap kat cikgu kejap lagi aku sampai.

5minit kemudian aku sampai kat taska. Isya nampak aku terus datang peluk menangis². Pastu aku pujuk² la suruh diam, jangan nangis. Dia okay. Tapi bila aku cakap aku nak pergi kerja balik dia dah cebik balik.
Aku tanya cikgu, dia okay ke tadi. Cikgu cakap okay je mula² dia main dengan Adam (anak kak Farah) pastu dia main jugak lah. Pastu orang dah start belajar dia duduk sorang² kat tepi. Nak main dengan budak sebaya semua tengah belajar. Yang ada budak² kecik.

Aku : Kakak, mama nak work. Kakak duduk sini yer dengan kawan².
Isya : Tak nak. Kakak tak nak duduk sini. Kakak nak duduk dengan acik, nak pergi dekat Dyna. Kakak rindu Dyna.
**paused**

Okaylah fine lah. Jom lah jom.
Aku pun decide nak amik Isya dan hantar pegi rumah akak yang jaga Dyna.
Sampai rumah akak tu, dia masuk nampak Dyna terus peluk adik dia, pastu ajak main. Pastu aku nak salam babai, harommm takmau.
Oklah, janji bahagia lah kakak.

Petang aku balik amik dia macam biasa.
Malam sambil lepak², aku tanya Isya pasal kejadian kat taska.

Aku : Isya, kenapa tadi nangis kat skool. Kan Isya yang sibuk nak pergi skool.
Isya : Alaaa, kakak tak nak lah. Kakak malu. Semua orang pandang kakak.
krikk..krikk..krikk..krikk..

Alahaiiiii, diva sangat anak aku. Tak retis lah kakak kalau malu² gitu.
Aku tak perasan pulak bila datang perangai malu dia nie. Sebab kalau selalu main dengan orang lain takde plak malu gitu. Selalu dia yang dok berteromba sana sini, kalau main kat mana² playland ke play area kat shopping mall dia yang dok halau orang.
Or, maybe dalam suasana macam gitu dia tak boleh nak adapt lagi. Makanya keluarlah perangai diva ittewww. Alalalala anak!

Macam mana nak start hantar skool next year nie?
Mommies yang anta anak pergi taska skool etc any tips?

Cik diva Batrisya -- First day at school!

 Perangai diva tak boleh blah! Teringat mama pun pernah jadi diva masa sekolah dulu. Kbai!

Monday, November 10, 2014

Travelog: Honeymoon Sabah di Bawah Bayu (Part #01)

As salam.

Olla uolls.
Sebelum berkepuk tersimpan, baiklah aku up dulu cerita ini. Jika tidak nanti, tahun depan nak pegi honeymoon lagi (eh?) entry ni masih belum published.


Actually this-so-called-hornymoon motif utamanya ialah pergi melawat student praktikal. Tapi  tiba² (yeke tiba²?) macam terfikir plak best jugak kalau dapat pergi berdua kan. Lama weolls tak pergi jalan² berdua. Dating sekali-sekala tu ada lah tapi ni lain laa, honeymoon paham honeymoon? Lagipun tahun ni nak masuk 5tahun kawen, apa salahnya kan? Renew honeymoon setiap 5 tahun. Kalau ada rezeki tiap tahun lagi bagus.


Benda pertama aku confirmkan haruslah dengan kakak babysitter. Well, Alhamdulillah. Walaupun jauh dari family Allah kurniakan aku kakak babysitter yang aku dah anggap macam kakak sendiri. Sangat memahami, sangat bertoleransi. Of course, dia bagi greenlight :) Then, proceed next step!


Perkara paling penting, tapi paling lambat confirm ialah cuti laki aku. Ermm, biasalah laki mak kann. Susah nak cuti la, susah boss nak lepas la macam-macam aje masalahnya kalau bab nak mintak cuti. So, sebab cuti pun baru confirm, tiket flight pun baru booked a week before. Tiket flight beli untuk laki aku je, sebab aku punya semua ditanggung beresss, hehehe. Just set sama date dan sama flight je la. Nasib baiklah harga tak berapa nak mahal sebab baru lepas habis cuti sekolah.

Maka terbanglah kami ke Negeri Di bawah Bayu, berdua. Yer, berdua lebih baik!

Day 1 : 27 September 2014 (Sabtu)

Flight kitorang pagi gilerrr.
4.30a.m kitorang dah anta anak² pegi umah babysitter. 
5.00a.m dah sampai airport. Masuk je flight, mata dua² masa nie macam takleh nak angkat, dua² ready dah membuta HAHA. Lantakkan situ. 
Kitorang bantai tidooo, sampai la diorang kejut suruh breakfast. Oh, lupa kitorang naik Air Asia. So breakfast, nasi lemak weolls. Kenyangg! Memang target tak payah breakfast bila sampai sana.


Muka laki-bini testing kamera lepas kekenyangan dan baru bangun tido!

7.30a.m kitorang selamat mendarat di KKIA 2 (khas untuk AA). Sampai² terus contact kereta sewa. Aku dapat Saga BLM, RM100 untuk 3hari (tq Mr Hafezan tolong carikan!).




Sangat okkayy, kereta baru beb! Kereta sampai agak lambat sket, err actually awal dah tapi ade miscommunication sket. Kalau sesiapa nak cari kereta sewa kat Sabah, boleh contact no kat resit atas tu, or no ni yer --> 011-26693931 (Nik)

Lebih kurang 8.30a.m kitorang bergerak ke destinasi pertama.
Oh by the way, aku skip few tempat sebab masa 2012 dah pernah pergi. Tapi aku selit jugak lah entry pasal tu nanti yer. 

# Canopy Walk @ Poring Hot Spring, Ranau

- Perjalanan lebih kurang 2 jam. Jalan berbelok-belok, dan berbukit-bukau. Tapi yang best pemandangan dan udara segar. #TIPS: Mohon bawak asam² dan makanan yang hilangkan mabuk kepada yang cepat mabuk dan pening.

- On the way ke sana, akan jumpa Pekan Kundasang, Pekan Nabalu, Pekan Ranau. Kat Pekan Nabalu banyak jual souvenir. Ada yang cakap beli souvenir kat Pekan Nabalu mahal sket dari beli kat Pasar Phillipine, tapi aku rasa macam lebih kurang. #TIPS: Tawar je lah serendah yang boleh, dan kalau pandai cakap Sabah silakan hehehe! Aku tak singgah kali ni, sebab masa pergi 2 tahun lepas dah singgah. So skipped je terus.


Look-out point di Pekan Nabalu

View dari look-out point. Deretan kedai dalam gambar tempat beli souvenir

- Sampai di Poring Hot Spring, dalam pukul . Tujuan utama kami bukan nak mandi, nak berjalan je pun. So memang aku takde nak keluarkan baju spare ke ape.

- Entrance fee RM3/person, bayar kat pintu masuk. #TIPS: Entrance fee untuk masuk ke park je. Untuk canopy walk ke, orchid park ke, atau setiap park/pool yang kita nak masuk untuk mandi ke berendam ke ada charge lain jugak per head.

- Then kami pun berjalan masuk melalui kolam² yang ada kat situ. Ada beberapa kolam yang boleh nampak kiri kanan jalan on the way tue. Seingat aku yang outdoor pool tu ada yang air panas dan ada yang pool biasa (air sejuk), siap ada slide lagi. Yang indoor pool pun ada, dalam rumah macam ala² chalet, lebih privacy la. Masa aku datang kan weekend so memang agak penuh laa manusia.

- Sampai di pondok masuk ke Canopy Walk, kena bayar fees lagi. RM3/head dan nak bawak masuk any camera RM5, tak kesah la kamera handphone ke, DSLR ke, satu RM5. Aku ngan laki aku bayar RM5 je untuk 1 kamera hehe 

- Jalan nak ke pondok mula Canopy Walk tu naik bukit lalu jalan hutan, agak penat jugaklah. #TIPS: Silalah pakai kasut yang sesuai jika berhajat nak naik canopy walk. Sambil berjalan, macam biasalah kitorang snap gambar sana sini, kejap kamera, kejap kuar handset pulak HAHAHA Lebih kurang 30minit sampai la ke pondok mula, Pondok Manggas nama dia.

Memang muntah hijau la tengok gambar laki bini sakan sangat!

- Kt pondok mula diorang check tiket, check kamera bawak berapa. Masa kitorang nak start tu, ada 1 group budak² muda baru lepas jalan, ada sorang badan besar, kemain berhayun lagi weh jambatan tu. Ok seram! Tunggu diorang lepas baru kitorang jalan. Max person sekali jalan 6 orang tak silap.

Canopy walk ni gunakan concept suspension bridge (wahh gitu lecturer construction bercakap), tinggi lebih kurang 8-9 tingkat bangunan, ada 3 platform yang disokong oleh 3batang pokok besar. So far ok lah, aku tak gayat pun, cuma bila goyang beralun tue kena balance kan badan la. Kitorang sempat berhenti tengah² sorang pegang kamera sorang pegang handphone, posing tak nak kalah, pastu amik video lagi macam wartawan Majalah 3. 


Atas: Tengah² bridge sempatttt!
Bawah: Second platform.

- Lepas 20-30 minit selamat dah sampai hujung, pastu kitorang pun turun. Sebelum keluar dari park, kitorang terperasan ada banner "RAFFLESIA IN BLOOM NOW". So,pergila tanya dengan yang jaga kaunter tiket tu, dia cakap nak tengok Rafflesia kat Conservation Park, lalu padang pastu ntah mana lagi dia tunjuk, tapi dalam Poring Hot Spring tu jugak.

- Ingatkan la dekat, berpeluh ketiak wehh jalan. Ok positip, nak bakar lemak tepu! Dah la naik bukit, siap kitorang laki bini jogging sebab nak cepat sampai. Okay demi mu Rafflesia. Sampai pintu masuk kena bayar lagi RM10/head. Yerrr, demi mu, demi mu! Peluang seumur hidup katanyaa! Masa kitorang datang takde orang pun, so kitorang berdua dilayan macam ada personal tourist guide. Abang tu pun layan je la soalan² budak baru belajar kitorang. Ohh, baru aku tahu Rafflesia ni parasit rupanya. #TIPS: Kalau nak tengok Rafflesia kat kawasan rumah orang/private pun ada, just tengok² la signboard sepanjang jalan kalau ada. 


Boleh pulak lupa tepek gambau Cik Raffey ni kenn. tq kak Ain!
 Ni Rafflesia Keithii (kot!) kembang di hari ke-3. Lagi 2-3 hari layu lah dia. Rezeki iolls dapat tengok! 

- Habis tengok Rafflesia kedua² laki bini ini menuju singgah kejap tengok kedai souvenir kat tepi jalan luar dari parking hot spring. Takde yang menarik sangat.


CONSERVATION FEE - RM3.00/person
CANOPY WALKWAY - RM3.00/person
CAMERA FEE - RM5.00/each
ORCHID CONSERVATION CENTRE (RAFFLESIA) - RM10.00/person
TOTAL DAMAGE = RM37.00

# Sabah Tea Garden, Kpg Nalapak, Ranau

- 30minit perjalanan dari Hot Spring. Jalan agak lengang sikit, maybe takde banyak 

- Jalan masuk sangat tak mengalukan kehadiran orang. Pondok guard macam lama dah tinggal. Jalan naik tak berturap. Kalau korang imejin nak tengok view ladang teh macam kat Cameron Highlands, rentikanlah. Tak ado rupa langsung. Siap ada celah² ladang teh aku boleh nampak lalang. Pfttt! 

- Punah harapan mak jemah nak feeling hindustan berlari² kat kebun teh. Tu tak masuk lagi sumpah seranah orang sebelah aku yang dok bebel² pasal tourism la, pasal banner billboard kemain besar tapi tempat less maintenance. Ke masa kitorang datang je tak berapa nak cantik? Tapi memang ada 2 kereta sebelum kitorang pun patah balik, camne tuh? Ke expectation aku yang tinggi sangat?

- Aku ada baca blog², kata kat atas bukit ada cafe view ladang teh. Pastu ada yang komen stunning view, ntah mana yang stunning aku tak tahu. Harommm! Sumpah menyesal aku pergi! Punya menyesal sampai satu gambar je aku sempat snap. Nak tengok lebih korang pergi Google lah.

View Sabah Tea Garden tak berapa nak garden bagi aku!

Patutnya next nak pergi Tegal Fish Spa kat Kpg Luanti, tapi sebabkan frust yang melampau dan takut pisang berbuah sekali lagi dan membazirkan masa dan minyak kereta jer, kitorang patah balik la menuju ke KK.

On the way balik, gerimis mengudang, setengah area hujan lebat. Kitorang berhenti kat pekan Ranau untuk isi minyak. Kat KK tadi laki aku dah isi minyak, tapi dia topup lagi sebab senang, takut apa² kan. Pastu kitorang makan KFC je kitorang sebab nak yang cepat dan senang. Masa ni hujan lebat kat Ranau, makan sambil gigil² baju basah, kereta park agak jauh. #TIPS: Ada 2 stesyen minyak di Ranau -- Petronas dan Shell. Petronas besar & busy sket.

Lepas makan kitorang sambung perjalanan balik KK.
So entry pun sambung lah yer. HAHA. Kbai!

 Bila taip balik entry, rasa macam nak pegi sekali lagi. Acanerr?

Friday, November 7, 2014

Selamat Satu Tahun, BADRIENA!

Assalammualaikum.
Salam Jumaat!

Alhamdulilah. Di penghulu segala hari, syukur kupanjat pada-Mu Ya Allah.
Setahun sudah berlalu, genap setahun Masihi anak Mama, BADRIENA!

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan melihat dia membesar di depan mata.
Syukur juga dia diberikan kesihatan yang baik sehingga hari ini.
Syukur atas segala kekuatan yang diberikan menjaga dan mendidik dia hingga hari ini.
Tahniah kepada diri sendiri kerana berjaya mengharungi tahun pertama beranak dua.


Semoga Anje mama-papa membesar menjadi anak yang cerdik, bijak dan aktif.
Semoga cidobot sentiasa di kurniakan kesihatan yang baik.
Sayang Mama & Papa pada Dyna tak pernah berbelah bahagi. 
Bila besar nanti, jadi anak yang menyenangkan Papa & Mama, berbakti dan berbudi pekerti pada semua serta jadi muslimah yang taat pada Allah.


HAPPY 1st BIRTHDAY BADRIENA!



Gambar wajib untuk semua anak Mama, Insya-Allah.
Kakak punya kat SINI.

 Sayu pulak tiba-tiba. Kbai!

Tuesday, November 4, 2014

Foods: Mi Udang @ Kuching, Sarawak

Assalam.


Hi korang. 
Jangan terkejut la tuan belog kejap muncul kejap tenggelam. Ini memang biasa bagi pemilik blog yang dah ada anak dua. Eh, Eh ke aku jer yang macam nie? Aku tengok orang lain tue ade je update. Oh, anggaplah mereka ada kelapangan terbang nak update. Mak busy uollss.


Well, sepanjang hampir 4 tahun aku duduk sini (Sarawak), aku rasa aku memang tak pernah tulis or share apa-apa kat blog nie pasal Sarawak. Tapi kalau orang tanya, mintak opinion ke aku boleh je nak bagi. Cuma tak pernah aku officially nak share. Tapi Aku memang ada je simpan gambar-gambar kalau berjalan, makan-makan, Cuma bab nak update tu, err nantilah. Ke nak tunggu nak pindah baru nak share? Masa tu kang mulalah rindu itu, rindu ini. hahaha


Hari ni nak cerita pasal makan. Yer, makan. Aku dan makan macam susah nak dipisahkan. Makan adalah keperluan. Keperluan untuk memenuhi nafsu aku kihkih. Aku tak pasti lah kenapa, tapi aku rasa kat sini nafsu makan aku memang berganda sebabnya takde menda nak buat. Apa lagi nak buat di hujung minggu, sini bukan banyak shopping mall yang besar-besar macam KL nun, so aktiviti weekend ialah jalan-jalan cari makan.


So, makanan pertama yang akan muncul buat pertama kalinya di blog ini ialah Mi Udang! Meh aku review satu² kedai mee udang yang pernah aku try. 


1. Mi Udang Gumpey, Simunjan.

Gambar dari Facebook Mi Udang Gumpey
Sorry gambar aku tak sempat snap sebab dah terliur sangat nak makan

- Lokasi: Kpg. Gumpey Gedong, Simunjan, Sarawak.
Nak ke sana lebih kurang 1jam ke 1 1/2 jam Kuching. Kalau dari Samarahan dalam 45minit - 1 jam jugak la. Nak ke pekan Serian tu ok je jalan highway. tapi dah masuk Kampung Gedong nak ke Gumpey nie jalan dia beronak berliku sket.

- Waktu Operasi: Selasa hingga Ahad, jam 9a.m - 10p.m.
Aku tak sure betul ke tak tutup sampai kul 10 malam nie, sebab aku dengar kadang² stok udang abis sebab yg datang segerombolan gituu. Oh yer, hari ISNIN diorang tutup, tapi untuk special request dan bilangan ramai diorang boleh consider untuk bukak. Macam hari tu ada event Regatta hari Sabtu-Ahad, so diorang booked hari Isnin untuk makan kat situ.

- Harga: RM 8 (Gred C), RM15 (Gred B), RM20 (Gred A) & RM35 (Supergred A).

- Service: Kedai dia tak besar sangat tak kecik sangat, just nice. Service aku rasa ok je, Cuma biasalah, kalau tengah lapar sekali tengok meja sebelah udang dah bersusun macam kat meja pengantin kan, kau pun mesti rasa nak angkat tangan tanya, 'Kak, saya punya lama lagi ke?' HAHA Kalau musim panas, memang berasa sikit la bahang kedai nie, tapi aku rasa okay jer, janji mi sodapp!

- Personal review: Aku order gred A saje tu pun dah rasa berbaloi, ada 5 ketul (kot) udang galah besar siap ada misai ke sesungut tu ntah ape namanya. Kuah dia so far the best la antara yang pernah aku rasa. Rasa manis² udang dia sebati dengan mi dia yang macam ada celur kicap sket.

- Overall Rating: 

Kan aku cakap dah gambar mi tak sempat amik sebab sibuk nak makan sangat


2. Mi Udang Family Cafe, Satok, Kuching.

Gambar kedai. Picture credit to Google

- Lokasi: Jalan Haji Taha, sederet dengan Bangunan AmBank Satok, dekat dengan area town la nie.

- Waktu Operasi: Family Cafe ni bukak dari 8a.m setiap hari. tapi gerai Mi Udang ni tak pasti exactly pukul berapa bukak. Aku pegi masa tu petang, so ada je la mi udangnya.

- Harga: Biasa (RM6), Special (RM15), Udang Galah (RM18), Udang Galah Special (RM38) & Udang Galah Superb (RM58).

Sorry kat sini pun takde amik gambar, sebab sibuk nak makan.
Ni Mi Udang Superb RM58. Pict Credit to Google

Service: Disebabkan stall dia dalam kedai, dan banyak stall² lain, aku rasa macam crowded sikit la. Tapi masa aku datang tak ramai sangat orang, so ok lah. Aku suggest bawak tissue sendiri, or amik siap² kat kaunter sebab diorang bagi tissue sehelai je, dengan nak makan udang cecomot mampuu ko bertahan dengan sehelai tissue?

- Personal review: Aku try yang Udang Galah. Hmm, takda rasa best sangat sebab aku rasa macam kuah dia tak umphh sangat la. This time punya kuah agak cair dan rasa dia macam rasa kari sket.

- Overall Rating: 


3. Mi Udang Cili Merah Cafe, Jalan Stakan, Kuching.


Lokasi: Dari airport lalu jalan lama depan Kem Semenggo, dalm 15minit. Kalau dari Samarahan amik jalan ke Batu 7, lepas sket dari Kem 1 Div baru ada simpang ke Kampung Stakan. Kedai dia tepi jalan dah nampak signboard. Kedai adalah rumah lot yang dijadikan kedai, so agak lapang la untuk parking.

Photo credit to FB Cili Merah Cafe

Waktu Operasi: Weekdays (5p.m - 10.pm) Weekend (4p.m - 11.30p.m). Datang malam makan macam candle light dinner uolls.

Harga: Small (RM10), Large (RM15) & XXL (RM20)

Service: Owner dia (kot) sangatlah peramah. Nampak kitorang pakai kereta plat semenanjung layan borak pasal semenanjung. Layout kedai ada yang tersusun dalam car porch, ada yang kat luar berbumbungkan langit malam, so musim hujan amatlah berisiko tinggi makan di sini.

- Personal review: Bagi aku portion mi dia agak banyak compare di Family Cafe & Gumpey. Aku amik yang size L. Tapinya kuah rasa macam mi Jawa. Ada la rasa manis udang tue, tapi bila banyak kali suap dah lebih kepada rasa mi Jawa. Udang memang freshhh terbaik. Masakan goreng² pun ada jugak, rasa okay kena dengan tekak. Oh, ada satu lagi killer menu kat sini Mee Ketam. yang ni nak masuk list lah ;p

Overall Rating: 

Mi Udang saiz L


4. Mi Udang Ratu Ayam Penyet Kopitiam, Matang.

Lokasi: Belakang E-mart Matang, bertentang dengan The Animal Kingdom. Kawasan agak sesak sikit.

Waktu Operasi: Setiap hari, 8.a.m - 12a.m.

Harga: Mi Udang Galah (RM38) & Mi Udang Biasa (RM18)

Service: Kedai agak selesa, layanan pun okay je. Ke sebab aku pergi time takde orang? Ratu Ayam Penyet ni adalah kembau ke anak-beranak kepada RJ Ayam Bakar & RJ Ayam Penyet yang ada kat town. So memang tau dah service diorang dan signature menu diorang tiptop.

- Personal review: Portion mi amatlah memuaskan hati, besarrr weh. Dengan harga RM18 untuk Mi Udang, aku rasa okay lah. Udang pun lebih kurang je dengan udang Gred B kat Gumpey tue. Kuah dia pun rasa okay, takdelah rasa mi Jawa mi Bandung mi Kari ke, tapi still aku rasa Gumpey menang lagi.

Overall Rating: 

Ni makan share berdua dengan Isya pun kenyang wehh!


Okay korang. Kalau datang Sarawak, jangan lupa masukkan Mi Udang dalam senarai ok. Kepada yang dah pernah rasa Mi Udang Kuala Sepetang (tq SK!) tu, boleh buat comparison nanti.

Dah, cukup lah dulu takat nie. Nanti kalau aku ada rasa kat tempat lain aku add on or aku review benda lain pulak. Nak sambung mengemas office yang macam kapal karam sebab buat documentation & filing nie.

Till then. Daaaa~

Wednesday, October 15, 2014

Frozen Party a.k.a Raya Open House 2014

Salam & hi semua!
Selepas sessi tiup habuk, mari kita ke sessi memvakum dan mengemop.
Yerr, mari mop dan bersihkan draft entree hehehe.

Tak banyak nak cerita pun, cuma aku menulis sebagai catatan peribadi.
Nanti esok² Isya besar kasi insaf sket tengok mama-papa buat preparation untuk besday dia sampai tak tido malam sebab mama dok busy nak benchmarking and outstation dalam masa yang sama.

Seperti yang telah dijanjikan dengan anak dara sulong nie, majlis harijadi dia akan diadakan pada musim Raya/bulan Syawal. Daripada sebelum puasa lagi memang dah cakap dengan Isya siap², nak buat time raya sebab birthday dia bulan puasa.
Alaaa, dia bukan kesah pun nak buat bila, janji dia dapat celebrate birthday. Cuma mak bapaknya lah yang kesah, sebab nak save buat sekali la open house dengan birthday party miahahaha

1) Tema

Seperti yang tertera di tajuk, tema birthday kali ini ialah FROZEN. Masa cita ni tengah femes Isya dok asyik suruh orang panggil dia Princess je. Princess Elsa Batrisya. Adik dia Princess Anna Badriena katanya. 
Walaupun demam Frozen dah suam² sikit time nie, tapi nie je satu²nya tema yang aku berkenan dan nampak girlish sket. Kalau suruh Isya sebut dia nak kek besday or tema besday apa, tau dia sebut apa nanti? Spiderman la, Ultraman, Ironman, Ben 10, tembak-tembak la, tema hantu momok laa, haiiihhh Isya Isya!

2) Jemputan

Kali ni aku jemput takde pakai kad-kad macam 1st birthday dulu. Rajin pulak mama nak berkad² bagai dengan kerja melambak. Lagipun teknologi kan dah canggih, edit² je sket gambar berkaitan tema, pastu sent gambar ke hp, then jemput kat Whatsapp & FB jer. Design dan editing menggunakan PowerPoint sajooo.

Jemputan macam biasalah, kawan² UiTM, officemate hubby, jiran², sedara-mara yang ada la beberapa orang kat sini dan kenalan .



3) Frozen Deco

Aku bab plan party nie, bab ni la paling hazabedah sekali. Nak perah idea lagi, nak merealisasi lagi, memang macam rasa nak jerit 'argghhhh kenapalah aku rajin sangat nak buat sendiri?' Tapi nanti end-up tengok gambar semua macam, 'eh, cantik jugak kan aku buat' chesss poyo angkat bakul sendiri. Ala, deco semua biasa² jer pun, tapi yelah, preparation deco tue yang memang menguji kesabaran sangat. Dengan nak layan adik dia lagi kejap semua benda nak masuk mulut, dengan kakak dia lagi yang potpet potpet tanya itu ini. Sabau je laaa.

i) Wall deco - Simple & biasa saja, pakai crepe paper then main staple je. Pastu layerkan dengan triangle banner. Crepe paper dan tissue flower aku beli kat Balloon Buzz Great Eastern Mall masa balik raya. Hehe masa raya kilogram 110kg kan, haruslah angkut segala yang boleh diangkut. Banner tempah kat Faizah I LIKE CARD. Aku amik pakej sekali senang terus ada cake & cupcake topper, signage, sticker etc.

| Wall deco version tak berapa nak rajin |

ii) Balloon deco - Aku memang request nak 1 jer balloon deco yang stand tepi wall deco tue. Yang lain² memang aku mintak bunch of three jer. Then mintak diorang letak sket kat pagar. Balloon decorator kami seperti biasa tak lain tak bukan, Leo JJ dari WANNA BALLOON. Dah berapa event aku guna service diorang sampai diorang kenal dah Isya Dyna pastu tau dah aku punya cerewet camne siap suggest camtu-camni. Orang Kuching kalau nak tempah balloon untuk event ke party ke, aku memang highly recommended. Very friendly, layan je ape aku request and of course with affordable price. Total semua balloon deco tak sampai RM200 termasuk dengan balloon 50pcs macam² bentuk untuk bagi budak² masa event.

iii) Ceiling deco - Aku letak lantern ball dengan tissue flower samalah beli kat Balloon Buzz. Sonang jo, main ikat² kat tali tangsi pastu staple gun ke ceiling. Malam sebelum event dok memanjat tangga dok staple kan menda alah tue. 

Balloon & wall deco ni secara tak langsungnya jadi port or favorite spot orang nak bergambar. So rasa puas hati la hias cecantek sebab dalam gambar nampak okay. Tak okay pun aku nak kata okay jugak, dulik hahaha.

| View balloon and ceiling deco |

| Tengok lah balloon yang aku tempah untuk budak². Dia nie sorang je dah 2-3 design dia nak |

| Port bergambar of the day #batrisyafrozenparty |

| Gambau ini wajib kehkehkeh - King & Queen kannn |

4) Gifts

Ada 3 jenis packaging untuk gifts. Satu untuk parents, satu untuk anak²/budak² dan satu lagi VIP punya special untuk vendor, orang kuat majlis & kengkawan/family rapat. Untuk parents & VIP tue, sama je isinya, cuma berbeza kuantiti. Aku letak Peanut Candy & Oat Chocolate beli kat kedai tak lain tak bukan di Bandar Baru Ampang. Untuk kids aku letak la party stuff dalam tue, campur² la segala benda alah tiup la, wisel, trompet, party hat. Dah situ amik la sorang satu.

| VIP & Guests doorgifts. Yang kids punya aku tak jumpa la mana, aku macam snap gambar tapi ntah terdelete kot |

5) Foods & Drinks

Untuk main table, makanan aku 'catering'kan aje, kecuali masak nasi impit, air dan dessert. Air idea laki aku nak buat kaler biru. Padahal air lemon je, cuma letak pewarna biru. Menu² laki aku yang decide - nasi kismis, rendang ayam, daging masak hitam, kuah lontong, sate & kuah kacang. Menu tambahan buah dan dessert cocktail yang disediakan oleh chef Balkidz. Laku youuu cocktail I. 

| Tengok tu big boss dok sibuk monitor makanan dah sampai |

Untuk meja Candy Buffet, aku tempah cake & cupcake dari kawan aku, merangkap team mates main netball, Rina - Lovelymia Cupcakes. Kek fondant vanilla setingkat then add on dengan cake topper dan figurine watak² Frozen. Then, cupcakes campur² flavor 30pcs with edible image. Cake RM110, cupcakes aku tak ingat, tapi tak lebih RM200. Seriously kek sedap, aku siap makan bertambah². Orang² Kuching kalau nak tempah kek harga berpatutan silalah ke page beliau yer. Ohyer, musim raya dia amik tempahan kek lapis. 

| Kek idaman hati mama birthday girl hehehe |

| Cupcakes pun laku, aku rasa tinggal 3 ketul je kot lepas abis event |

Ketahuilah korang bahawa mak besday girl memang kuat makan. Jadi, walaupun dah ade cupcakes dan kek, dia masih tamak apabila terlihatkan mini-cakes dan fruit tarts dari Vanilla Pastry. Tanpa membuang masa, beliau pun mengorder sedozen dua untuk majlis pada hari tersebut.

| Fruit tarts okay lah. Mini-cakes memang superbbbb especially yg coffee.
Rasa tak puas makan satu. Dah simpan siap² tuan rumah punya bahagian hihihihi |

So nie lah deco kat candy buffet table. Ada tambahan, cheese cake tu orang bagi. Yang dalam balang tue cikedis dan gula². Air mineral pun ada untuk sesiapa yang taknak minum ais or manis. Welcoming signage, tissue flower dan balloon ditambah mengikut kesesuaian. Eh, patut ni cerita kat atas tadi. Lantaklah. Yang tulisan FROZEN tu buat sendiri gigih potong polisterin dan tabur glitter² tue malam² buta tau. 

| Frozen candy buffet table |

6) Guestbook/Wishing Table

Tang nie, yang paling mencabar ialah nak cari ranting tue. Aku pusing cari kat kedai murah area Kuching memang takde. Tapi bila pegi satu kedai ni macam barang² exclusive la ala² SSF KK Home Deco gitu, Green Gallery BDC, ada rupanya. Tu pun jenuh jugak salesperson tue mencari dalam timbunan bunga² plastik. Mula² jumpa tapi kaler gold. Mak tak nak, mak nak silver jugak. Nasib baik la jumpa, dan mujurlah tak beratus harga.  Demi mu anak. So, table ni simple je la kan sebab nak bagi space orang menulis, Aku letak sekali photobooth props. Sebab biasanya sequence, orang datang/balik, suruh diorg tulis², then amik props, suruh kawan/OP amik gambar snap² picture selfie jap, then pegi makan or yg nak balik salam² laga pipi hyehyebyebye! 

Haa, kalau korang nampak kat sebelah table ni ada plastik warna-warni kan? Tue lah plastik aku letak party pack untuk budak². Party hat pun aku saja letak atas meja nie sebab nanti kawan aku akan bagi sekali party pack & party hat/balloon kalau budak² mintak.

| Simple deco Frozen wishing/guestbook table |

7) Outfit

Part paling susah biasanya baju mak bapak sebab baju anak² dah confirm akan ikut tema kan? Isya punya baju beli kat lelong.com RM45 masuk pos sebab kat sini mahaiiii aku tengok yang lebih kurang Isya pakai RM70-RM80. Baju Dyna aku beli kat FOS, tak ingat harga. Baju laki aku, recycle baju sedia ada tapi dia jarang pakai kot sebab pegi keje pakai t-shirt & jeans je, so ok lah kan. Baju mama, mula² nak pakai seluar dan kemeja jeans sepasang dengan papa. Tapi laki aku kata musim raya kan macam tak manis sambut orang datang pakai seluar. Oklah, aku decide beli kat ZAWARA, nursing friendly dress. Cuma aku rasa baju dia still ketat kat aku dan membuatkan aku nampak gemsss sangat dalam gambar. So sekali tu je aku pakai, pastu aku nak letgo je baju tue. Kbai.

| Gambar sefamily yeayyyy. Part paling susah nak make sure dua² pandang dan pose |

| Make a wish kakak |

Aku rasa takde apa lagi yang tertinggal. So, terima kasih lah kepada yang sudi datang majlis bapa bulan lepas. Ada yang datang pukul 6 pun mak layan lagi nyahhhh. Yela, kat sini kan Magrib awal, kul 6 tu macam dah nak gelap la. Tapi tetamu dah datang kan, penat pun layan la. Lagipun memang aku jemput sampai pukul 6. Aku ingat lagi pesan mama, orang datang ni kadang² bawak rezeki, kadang² dia tak bawak or bagi apa² pun tapi dia mungkin mendoakan kita bahagia & murah rezeki. Itu pun dah cukup dah. 

Ok u alls. Layan la sket lagi gambar. Tahniah dan terima kasih kepada yang membaca hingga habis.

| Batrisya is 3 #batrisyaturns3 |

| Ni lah babysitter @ family angkat Isya & Dyna |
| Backbones - They both are my bibiks, my collegues & my neighbours |

| Birthday girl with prezzzieeee. Tq all |

Walaupun lambat dah, walaupun dah ucap dah, aku tetap nak tulis kat sini.

Selamat Ulangtahun Kelahiran yang ke-3 Batrisya.
Selamat menempuh hari-hari seterusnya dengan riang ceria dan bahagia.
Selamat belajar dan mengharungi pengalaman manis kanak-kanak.
Selamat menjadi anak yang cerdik dan pintar seindah makna namamu.
Selamat membesar menjadi anak yang membahagiakan papa, mama dan orang di sekelilingmu.
Papa, mama dan adik sayang kakak selamanya.

NotaChenta: Tiap kali buat wish, tiap kali tu jugak nak rasa sebak dah kenapa? HAHAHA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...