Showing posts with label Travel - Sabah. Show all posts
Showing posts with label Travel - Sabah. Show all posts

Wednesday, February 18, 2015

Travelog: Honeymoon Sabah di Bawah Bayu (Part #03)

Assalammualaikum.

Hi alls!
Panggg! Mohon tampau diri sendiri.
Dah masuk bulan kedua tahun baru, dah pi holiday tempat lain plak tue, pastu entry ni tak habes² update lagi? Okay kali ni gigih taip sampai habis entry!
Semak tengok banyak nau post dalam draft.
Berbalik ke entry PERTAMA dan KEDUA, baru habis hari pertama kat Sabah. Ni baru nak masuk hari kedua punya cerita.

Malamnya kitorang makan kat Restoran Dapur, Habour City. Tak tahu pulak rupanya restoran tu kepunyaan suami kepada artis, Liyana Jasmay. Aku tak amik gambar makanan pun sebab lapar benar, sempat amik gambar tempat basuh tangan je sebab kretippp. Komen pasal makan -- BIASA-BIASA SAJE. Ok lah, takde la tak sedap tapi takde lah woww sedap giler.



Day 2: 28 September 2014

- Hari ni kitorang plan nak jelajah pulau. Perkara pertama kitorang buat ialah breakfast. Kitorang malas nak jalan jauh², makan kat bawah hotel je. Ohh yer, kitorang stay kat Celyn City Hotel. Dapat complimentary breakfast kat Ratatouille Cafe. #TIPS: Breakfast and gerak ke jeti awal pagi sebab nak catch up first boat.



- Aku tinggal kereta kat hotel sebab malas nak parking kat Jesselton Point tue. Yela kereta nak tinggal lama sebab kitorang nak ke pulau sampai petang, takut gak la apa² jadi kat kereta kan. #TIPS: If sewa kereta, kat Jesselton Point tu ada parking area, RM1 = sejam. So, kitorang naik teksi dari hotel ke JP, harga RM10.

Dekat Jesselton Point ada banyak kaunter² tiket uolls boleh la pilih. Orang kata makin ke dalam kaunter, makin murah pakej. Tapi aku pegi kaunter yg depan² sebab masa tu ada kaunter yang tak bukak lagi.

- Pakej yang aku amik berharga RM110 untuk 3pulau termasuk sewa life jacket & goggles. Berbaloi jugak sebenarnya sebab kalau 1 pulau biasa aku tengok range RM20-RM25/pax. Tak masuk lagi sewa life jacket. Ada yang kata nak sewa kat pulau pun boleh, tapi kitorang amik je la sekali sebab harga tue diorang dah kira sekali.

CONSERVATION FEE = RM3.00 (SEMUA PULAU)
BOAT TRANSFER, LIFE JACKET & GOOGLE = RM110 for 2PAX (3 PULAU)

- 8.00am -  Masa nie dah macam nak hujan dah, Aku masa ni dok berdoa la banyak² mintak² tak hujan la hari ni. Kalau tak rugi la kitorang nak buat macam² aktiviti kottt! Bot kitorang ada 2 couples - kitorang laki bini & laki bini dari Brunei dan 1 family dengan 2 orang anak. Tengok anak dia yang kecik macam Dyna terus syahdu ingat anak.So far masa ni aku tengok bot kitorang paling sikit orang compare dengan bot lain yg almost full la, max 10 orang. #TIPS: Simpan tiket CONSERVATION FEE tu sebab boleh pakai untuk pergi semua pulau.

- 8.15am - Sampai kat pulau yang pertama -- PULAU SAPI. Yeeehaaa! Syukur, cuaca masa nie dah ok. Mentari muncul kembali bak kata Slam. So kitorang apelagi, carik port letak barang-barang, pastu layan laki hakak selpie kejap pastu terjunnnn! #TIPS: Tak pasti pulau ni ada tempat simpan barang/locker.  Mohon simpan barang² berharga ditempat selamat. Macam kami, mintak akak yang 1 bot tue tolong tengokkan sebab dia memang tak turun air. Tak bawak baju katanya.



- Masa nie air belum betul² pasang, so beberapa kali jugaklah kaki kitorang kene gigit dengan ikan sebab langgar coral. #TIPS: Jangan pakai short or 3-quarter pants kang ade yang kaki berbekas manja kena gigit ikan. Macam laki iolls, siap berdarah lagi. Nasib takde piranha, kalau tak mesti dah datang carik kitorang. Ok over.

- Life guard kat sini, sangat alert dengan surrounding. Beberapa kali jugak kena sound dengan life guard sebab menghampiri kawasan coral, siap kena tiup wisel macam buat kesalahan trafik. Yelaa, mana lah nak sedar hoii. Dok syok snorkel dalam, kena bawak arus tau² jer dah dekat kawasan coral kan. Tapi, seriously, memang best giler dapat tengok dekat² coral. Tambahan pulak masa kitorang datang very the pagi, so orang tak ramai memang kitorang je la dok conquer area snorkel tue. #TIPS: Tak boleh bagi ikan makan masa snorkel. 

- Sejam lebih jugak lah dalam air. Dah puas amik gambar, main² ngan ikan baru ingat nak naik darat. Lagipun masa tue, orang dah ramai. Tandas awam disediakan, agak banyak jugak tapi kondisi tandas agak okay. Takdelah kotor sangat. Padahal kitorang datang tue weekend kot. Ke sebab orang semua dok berendam lagi?

- Lupa nak bagi tau, dekat Sapi ada provide sea-walking pakej kepada yang berminat. Kalau nak pakej Discover Scuba Diving pun ada, masa kitorang naik  ke darat orang PADI tengah briefing orang yang nak amik course tue. Dalam 6 orang je. Best jugak la kalau nak try. Tapi kitorang dah pernah experienced discovery dive kat Bali so malas ah. Lagipun snorkel tu pun dah letih wehh. Cukuplah!

Jatuh cinta tengok coral. Rasa nak amik lesen dive pulak. Abaikan alien dua orang tue!

- Next, kitorang ke jeti tunggu boat amik untuk ke pulau seterusnya -- PULAU MANUKAN. Aku memang plan nak pergi Manukan after Sapi, sebab baca review orang memang suggest pegi Manukan lepas tengahari or after lunch sebab biasa orang memang akan ke Manukan dulu compared to Sapi/Mamutik. Lagipun kalau datang Manukan nak snorkel lagi, time tue orang dah banyak naik ke darat or balik ke mainland sebab pakej trip dah nak abis. #TIPS: Sapi is the best place nak snorkel, even boatman pun cakap benda yang sama. Oh yer, Pulau Gaya pun ok jugak tapi trip kami tak cover ke Gaya.

- Sampai Manukan, kitorang terus cari port nak makan. #TIPS: Bawak makanan siap² dari KK yer kalau rasa budget trip. Kitorang dah beli maggi in cup siap², cuma beli air panas jer. Tue pun kau hagak berapa RM air panas secawan? RM5 okay!

- Lepas lunch kitorang survey aktiviti seterusnya -- PARASAILING. Kitorang memang plan nak main parasailing nie. Sebab masa pergi Penang pre-honeymoon dulu tak berkesempatan nak try. Survey-punya survey dapatlah RM140 untuk 2orang. Ramai je orang² bot berkeliaran carik customer. #TIPS: Tawar harga semurah yang boleh. Bolleh bargain up to RM50/person sebenarnya. Laki aku boleh pulak bukar harga RM140, aku soh bukak RM100 jer. Tapi diorang dah dengar RM140 kan, bab tawar menawar ni memang failed tau laki aku.

- Lepas sign sort of agreement pasal parasiling, atas tanggungan sendiri bla, bla, bla. Kitorang pun dibawa ke tengah² laut. Lokasi antara pulau Mamutik & Manukan. Cuma frust sikit tak dapat bawak camera sekali masa kat atas, alasan dia takut jatuh, boatman yg ni kerek sket. Actually yang sorang tu okay, sorang tue je muka macam singa lapar. Dalam boat ada Chinese couple yang sepatah haram tak paham English. Mintak tolong amik gambar pun senget benget. Ok lah dari takde kan? #TIPS: Request kat boatman if korang taknak kena rendam. Macam kitorang baju tu kira baju dah bersih lah, taknak basah lagi. Yang couple Chinese tue kena rendam sebelum naik bot sb pakaian memang stok boleh rendam kan, so boatman pedajal la. Aku berkali-kali ingatkan boatman taknak basah-taknak kena air. Lantak lah dia nak buat muka ke apa janji aku tak basah sebab lepas tu nak ke last pulau pulak kan.


Gambar version pasrah. Frust tak dapat pegang camera sendiri.
Padahal tengok artis ngan member² ade je yg boleh buat. *%$*@#$

- Selesai parasailing, kitorang lepak² jap sambil tunggu boat. Boat sampai je, kitorang terus ke next destination -- PULAU MAMUTIK. Actually, masa ni dah malas tahap gaban plus letih kottt! Tapi sebab yang couple tue nak jugak turun takkan kitorang nak stay dalam boat plak kan, so turun jugak lah. Mamutik lebih kecil kalau compare dengan Manukan & Sapi. Aku rasa pusing pulau tak sampai 10minit. Kat sini ada je yang snorkel, berenang. Kitorang cuci mata je lah. Killing time dengan mengupload gambar di instagram.

- Dalam pukul 3.30petang kitorang gerak balik ke KK. Masa nie cuaca pun macam agak² redup, takut jugak kot² nak hujan pulak. Dalam perjalanan mata aku macam dah takleh nak angkat rasa lagi² kena tiup angin laut kan. Sampai KK terus tahan teksi balik ke hotel. Sampai hotel, bersihkan diri apa yang patut pastu kuar balik sebab nak pegi Tanjung Aru.

- Konon nak dinner kat Tg Aru nie, tapi tak jadi plak sebab macam ramai gila masa tue. Parking pun penuh. So kitorang cuci mata jela kejap tepi pantai beromantika di amor! #TIPS: Tanjung Aru nie selain tempat makan, tempat tengok sunset, ia jugak jadi port orang tengok kapal terbang take-off dan landing. Memang tepi pagar boleh duduk tengok kapal. Siap ada yg jual jajan lagi, macam tengok wayang.


- Dinner kitorang malam tue kat gerai makan yang kat tepi laut. Aku tak pasti nama apa. Gerai Makan Dataran Todak kot. Ada lagi satu gerai makan yang macam nie, tapi yang tue sebelah pasar Filipina. Aku beberapa kali gi Sabah memang makan kat sini je.

- Lepas dinner, kitorang jalan² kat Pasar Malam Sinsuran nak carik souvenir la sikit. Aku memang tak pernah beli kat Pasar Filipina sebab memang mahal sket. Misi utama mencari baby-brooch. Mak aku pun dok pesan brooch mutiara. Aku bab baby-brooch ni kan aku memang pelik tau. Kadang sampai beli 5-6 biji tapi sudahnya aku tak tahu mana pergi. Nak kata tak simpan siap aku letak dalam casing khas kot, tapi still la jugak hilang 1-2. Lagi sakit hati kalau beli sepasang, bila 1 hilang macam tak best nak pakai 1 jer.

- Kali ni datang tak sempat ke JAMILAH JEWELLERY. Bukan tak sempat sebenarnya tapi dah malas. Beli je kat pasar malam, malas nak pikir. #TIPS: Mutiara asli biasanya bentuk bukan betul² bulat plus kalau geselkan 2 mutiara dia aad macam bunyi berpasir sket. Aku beli dengan akak kedai dia lorong menghala ke belakang Jalan Fuad Stephan. Sebab die handmade, dia buat kat situ jugak aku nak yang batu hitam la, design camni la. Siap bagi free lagi macam². Pastu dia dok kata kitorang laki-bini suwit couple, muka sama. Dok pegang² la muka aku pipi aku. Macam ahli nujum plak masa dia nak bagi brooch free tu pandang lama muka aku, pastu bagi aku brooch kaler oren. Kelakar okay.

Kot la jumpa gerai akak nie, mintak la diskaun. Dia sangat baik dan sangat pemurah.

- So lepas shopping sket, dalam pukul 10, pasar pun nak tutup dah. Kitorang balik bilik, nak membuta wehhh. Mata tak boleh nak angkat kaki macam nak tercabut lutut. END OF DAY #02!

Sambung cerita last day, next entry okay!
Fuhhh harap diberi kekuatan.


 Selamat Tahun Baru Cina uolls. Long weekend, yayyy!!

Sunday, November 23, 2014

Travelog: Honeymoon Sabah di Bawah Bayu (Part #02)

As salam.

Sambung entry Sabah lagi! Masih lagi cerita di hari pertama, 27 September 2014 (Sabtu).

Dalam perjalanan balik, kitorang memang takde plan nak singgah ke mana² kecuali nak pergi survey Jambatan Tamparuli je. Maklumlah, masa tu cuaca dah hujan-reda-hujan balik, so memang kitorang plan balik KK teruslah. Lagipun, aku memang skip la few tempat sebab dah pergi.

Tapi kat sini aku cerita pengalaman 2 tahun lepas masa aku pergi bawak Isya.

# Kinabalu Park (6 Okt 2012)

- Nak masuk bawak kereta boleh, tapi macam biasa la bayar conservation fee, RM3 sorang. Masa aku pergi dulu kira awal pagi jugaklah, so cuaca memang agak sejuk. Tapi aku takde kuasanya nak pakai sweater bagai. Sini memang port orang turun naik gunung, so memang korang akan nampak orang dok usung backpack sana sini.

- Kitorang terus ke Pondok Timpohon. Actually, orang yang nak ke sana semua naik kenderaan yang disediakan oleh pengurusan. Tapi kitorang kan plan nak berjalan je, so selamba la bawak naik kereta. On the way, jumpa port untuk bergambar. Actually kalau view cantik, takde kabus, boleh nampak clear Kinabalu's Peak tu. Tapi sebab masa kitorang datang cuaca dah agak berkabus, tak nampak la sangat. #TIPS: Datang awal pagi, dalam pukul 8-9pagi , Insya-Allah belum berkabus, boleh nampak agak clear, kecuali hujan.

Ni gambar sempat captured kat port amik gambar on the way nak ke Pondok Timpohon.

- Masa nie, planning asal kitorang ialah saja² nak berjalan sampai Pondok Timpohon tu jer. Sekali kan, tiba² kitorang macam rasa nak hiking pulak. Yerrrr, hiking dengan kendong Isya. Masa tu carrier tak bawak, kitorang bawak stroller. Tapi, takkan nak naik bawak stroller kan, giler haperr. So redah je la.

- Nak naik ke atas, tak kesah le memang nak bermalam ke, nak daki saja
² ke, memang kene tulis buku kat pondok pelawat dan pastu amik pass. Ada bayaran RM5 seorang kalau nak naik saja², kalau nak naik untuk bermalam ape semua tu aku tak pasti. Boleh tanya Huda.

Atas: Pintu masuk -- Pondok Timpohon.
Bawah: Pas masuk dan tiket. 

Masa kitorang nak naik, ada porter tengah prepare nak bawak naik deep freezer. Terbaik pakai jeans je okay!

- So, kitorang start la hiking. Yang bestnya cuaca tak panas. Sejuk & nyaman jer. Mula² cakap kita daki sikit je la. Sekali abis sampai 1 checkpoint, 1km la jugak. Gigih okayyy! Baru 1km, tapi masa ni pun memang dah rasa sejuk dia. Nasib la masa ni dah fit sket lepas beranak start sukan, tu pun semput berapa kali la berhenti, kejap tukar shift dukung Isya, kejap minum air. Takpe, tunggu la, ada rezeki aku sampai jugak puncak Kinabalu nanti. Hudau, jalan dulu ok, nanti aku kejar.

Ada waterfall on the way nak naik. Masa ni ada budak baru dapat kaki, kemainnn!

Sorang pegi rikee, pastu jerit dari atas ok ke tak. Sorang lagi naik la dengan termengah-mengah.

Okay lah kan sampai jugak 1km pertama -- Pondok Kandis. Till we meet again :)
- Lepas tu, dua-dua kami rasa cukupah pengalaman pertama setakat sekilometer. Kalau tak bawak anak gagah lagi kot huhuhu. So dalam pukul 12 tengahari camtu, kitorang turun balik, pulangkan pass, then ke next destinasi.


# Desa Dairy Farm, Kundasang (6 Okt 2012)

- Tempat ni masuk ke dalam sikit sebelum pekan Kundasang (dari Kinabalu Park). Jalan nak masuk macam tak berapa nak elok masa tue, tapi sebabkan view dia cantik, lupa sekejap pasal jalan. Err, aku rasa sampai sekarang pun jalan dia tak berapa nak elok jugak.

- Bayaran masuk sumpah aku tak ingat, pegi la google. Masa aku datang nie, pintu gerbang dia tak siap lagi. Nak tengok gambar agak latest boleh tengok kat SINI.


Pintu gerbang tak siap lagi masa nie. Tue ha, ade orang tak malu bertanya, sebab tak nak sesat jalan.

- Masuk² je kitorang terus ke tempat perah susu lembu tue. Isya masa tu kemain happy tengok COW yang dipanggil CAM masa tue. Boleh beli susu fresh. Ewwww! Sorry aku tak minum susu, laki aku beli share berdua dengan Isya. Masa ni view Mt. Kinabalu dah clear, so apalagi cecepat la kitorang snap picture. #TIPS: Cuaca cerah dan tak hujan pepagi buta boleh nampak peak Kinabalu dengan clear. Kalau duduk area Kundasang or Nabalu memang boleh nampak clear rasanya.

- Dia ada timing bila lembu nak diperah susu, bila lembu dilepas ke padang, bila lembu dibagi makan tapi aku masa nie memang tak amik port la. Janji dapat fefeeling pergi New Zealand. #TIPS: Pergilah Google bila waktu dia bagi lembu-lembu makan, perah susu etc.


Oh Isyaa, keciknya masa nie. Rinduuuu!

# Pekan Kundasang  (6 Okt 2012)

- Sebelum teruskan jalan, kitorg singgah jap kat Pekan Kundasang. Sini memang tempat jual sayur², bunga², buah²an fresh. Strawberry kat sini dah lebih kurang sama level dengan kat Cameron Highland. #TIPS: Cari buah tarap kat sini. Aku kempunan, 2x pergi, 2x tak dapat carik, takde rezeki. 


Masa ni aku beli buah-buahan je la banyak. Nak beli pokok ros tapi kang mana nak bawak balik naik flight.
Lepas Pekan Kundasang nie, aku patah balik ke KK sebab masa tu dah hujan. So masa 2012 aku tak pergi Poring la. Tu yang 2014 semangat menjadikan Poring destinasi pertama.

Berbalik kepada honeymoon 2014, kitorang lalu je kat Jambatan Tamparuli tu, takleh nak stop sebab hujan lebat. Teruslah kitorang ke hotel, check-in. Lambat gak la check-in nak dekat pukul 5. Nasib baik memang siap² remarks masa booked late check-in.

Ok dah, sambung next entry okkay!
Daaa~


 2012 punya cerita baru sekarang nak update. Harap maaf entry tunggang terbalik HAHA

Monday, November 10, 2014

Travelog: Honeymoon Sabah di Bawah Bayu (Part #01)

As salam.

Olla uolls.
Sebelum berkepuk tersimpan, baiklah aku up dulu cerita ini. Jika tidak nanti, tahun depan nak pegi honeymoon lagi (eh?) entry ni masih belum published.


Actually this-so-called-hornymoon motif utamanya ialah pergi melawat student praktikal. Tapi  tiba² (yeke tiba²?) macam terfikir plak best jugak kalau dapat pergi berdua kan. Lama weolls tak pergi jalan² berdua. Dating sekali-sekala tu ada lah tapi ni lain laa, honeymoon paham honeymoon? Lagipun tahun ni nak masuk 5tahun kawen, apa salahnya kan? Renew honeymoon setiap 5 tahun. Kalau ada rezeki tiap tahun lagi bagus.


Benda pertama aku confirmkan haruslah dengan kakak babysitter. Well, Alhamdulillah. Walaupun jauh dari family Allah kurniakan aku kakak babysitter yang aku dah anggap macam kakak sendiri. Sangat memahami, sangat bertoleransi. Of course, dia bagi greenlight :) Then, proceed next step!


Perkara paling penting, tapi paling lambat confirm ialah cuti laki aku. Ermm, biasalah laki mak kann. Susah nak cuti la, susah boss nak lepas la macam-macam aje masalahnya kalau bab nak mintak cuti. So, sebab cuti pun baru confirm, tiket flight pun baru booked a week before. Tiket flight beli untuk laki aku je, sebab aku punya semua ditanggung beresss, hehehe. Just set sama date dan sama flight je la. Nasib baiklah harga tak berapa nak mahal sebab baru lepas habis cuti sekolah.

Maka terbanglah kami ke Negeri Di bawah Bayu, berdua. Yer, berdua lebih baik!

Day 1 : 27 September 2014 (Sabtu)

Flight kitorang pagi gilerrr.
4.30a.m kitorang dah anta anak² pegi umah babysitter. 
5.00a.m dah sampai airport. Masuk je flight, mata dua² masa nie macam takleh nak angkat, dua² ready dah membuta HAHA. Lantakkan situ. 
Kitorang bantai tidooo, sampai la diorang kejut suruh breakfast. Oh, lupa kitorang naik Air Asia. So breakfast, nasi lemak weolls. Kenyangg! Memang target tak payah breakfast bila sampai sana.


Muka laki-bini testing kamera lepas kekenyangan dan baru bangun tido!

7.30a.m kitorang selamat mendarat di KKIA 2 (khas untuk AA). Sampai² terus contact kereta sewa. Aku dapat Saga BLM, RM100 untuk 3hari (tq Mr Hafezan tolong carikan!).




Sangat okkayy, kereta baru beb! Kereta sampai agak lambat sket, err actually awal dah tapi ade miscommunication sket. Kalau sesiapa nak cari kereta sewa kat Sabah, boleh contact no kat resit atas tu, or no ni yer --> 011-26693931 (Nik)

Lebih kurang 8.30a.m kitorang bergerak ke destinasi pertama.
Oh by the way, aku skip few tempat sebab masa 2012 dah pernah pergi. Tapi aku selit jugak lah entry pasal tu nanti yer. 

# Canopy Walk @ Poring Hot Spring, Ranau

- Perjalanan lebih kurang 2 jam. Jalan berbelok-belok, dan berbukit-bukau. Tapi yang best pemandangan dan udara segar. #TIPS: Mohon bawak asam² dan makanan yang hilangkan mabuk kepada yang cepat mabuk dan pening.

- On the way ke sana, akan jumpa Pekan Kundasang, Pekan Nabalu, Pekan Ranau. Kat Pekan Nabalu banyak jual souvenir. Ada yang cakap beli souvenir kat Pekan Nabalu mahal sket dari beli kat Pasar Phillipine, tapi aku rasa macam lebih kurang. #TIPS: Tawar je lah serendah yang boleh, dan kalau pandai cakap Sabah silakan hehehe! Aku tak singgah kali ni, sebab masa pergi 2 tahun lepas dah singgah. So skipped je terus.


Look-out point di Pekan Nabalu

View dari look-out point. Deretan kedai dalam gambar tempat beli souvenir

- Sampai di Poring Hot Spring, dalam pukul . Tujuan utama kami bukan nak mandi, nak berjalan je pun. So memang aku takde nak keluarkan baju spare ke ape.

- Entrance fee RM3/person, bayar kat pintu masuk. #TIPS: Entrance fee untuk masuk ke park je. Untuk canopy walk ke, orchid park ke, atau setiap park/pool yang kita nak masuk untuk mandi ke berendam ke ada charge lain jugak per head.

- Then kami pun berjalan masuk melalui kolam² yang ada kat situ. Ada beberapa kolam yang boleh nampak kiri kanan jalan on the way tue. Seingat aku yang outdoor pool tu ada yang air panas dan ada yang pool biasa (air sejuk), siap ada slide lagi. Yang indoor pool pun ada, dalam rumah macam ala² chalet, lebih privacy la. Masa aku datang kan weekend so memang agak penuh laa manusia.

- Sampai di pondok masuk ke Canopy Walk, kena bayar fees lagi. RM3/head dan nak bawak masuk any camera RM5, tak kesah la kamera handphone ke, DSLR ke, satu RM5. Aku ngan laki aku bayar RM5 je untuk 1 kamera hehe 

- Jalan nak ke pondok mula Canopy Walk tu naik bukit lalu jalan hutan, agak penat jugaklah. #TIPS: Silalah pakai kasut yang sesuai jika berhajat nak naik canopy walk. Sambil berjalan, macam biasalah kitorang snap gambar sana sini, kejap kamera, kejap kuar handset pulak HAHAHA Lebih kurang 30minit sampai la ke pondok mula, Pondok Manggas nama dia.

Memang muntah hijau la tengok gambar laki bini sakan sangat!

- Kt pondok mula diorang check tiket, check kamera bawak berapa. Masa kitorang nak start tu, ada 1 group budak² muda baru lepas jalan, ada sorang badan besar, kemain berhayun lagi weh jambatan tu. Ok seram! Tunggu diorang lepas baru kitorang jalan. Max person sekali jalan 6 orang tak silap.

Canopy walk ni gunakan concept suspension bridge (wahh gitu lecturer construction bercakap), tinggi lebih kurang 8-9 tingkat bangunan, ada 3 platform yang disokong oleh 3batang pokok besar. So far ok lah, aku tak gayat pun, cuma bila goyang beralun tue kena balance kan badan la. Kitorang sempat berhenti tengah² sorang pegang kamera sorang pegang handphone, posing tak nak kalah, pastu amik video lagi macam wartawan Majalah 3. 


Atas: Tengah² bridge sempatttt!
Bawah: Second platform.

- Lepas 20-30 minit selamat dah sampai hujung, pastu kitorang pun turun. Sebelum keluar dari park, kitorang terperasan ada banner "RAFFLESIA IN BLOOM NOW". So,pergila tanya dengan yang jaga kaunter tiket tu, dia cakap nak tengok Rafflesia kat Conservation Park, lalu padang pastu ntah mana lagi dia tunjuk, tapi dalam Poring Hot Spring tu jugak.

- Ingatkan la dekat, berpeluh ketiak wehh jalan. Ok positip, nak bakar lemak tepu! Dah la naik bukit, siap kitorang laki bini jogging sebab nak cepat sampai. Okay demi mu Rafflesia. Sampai pintu masuk kena bayar lagi RM10/head. Yerrr, demi mu, demi mu! Peluang seumur hidup katanyaa! Masa kitorang datang takde orang pun, so kitorang berdua dilayan macam ada personal tourist guide. Abang tu pun layan je la soalan² budak baru belajar kitorang. Ohh, baru aku tahu Rafflesia ni parasit rupanya. #TIPS: Kalau nak tengok Rafflesia kat kawasan rumah orang/private pun ada, just tengok² la signboard sepanjang jalan kalau ada. 


Boleh pulak lupa tepek gambau Cik Raffey ni kenn. tq kak Ain!
 Ni Rafflesia Keithii (kot!) kembang di hari ke-3. Lagi 2-3 hari layu lah dia. Rezeki iolls dapat tengok! 

- Habis tengok Rafflesia kedua² laki bini ini menuju singgah kejap tengok kedai souvenir kat tepi jalan luar dari parking hot spring. Takde yang menarik sangat.


CONSERVATION FEE - RM3.00/person
CANOPY WALKWAY - RM3.00/person
CAMERA FEE - RM5.00/each
ORCHID CONSERVATION CENTRE (RAFFLESIA) - RM10.00/person
TOTAL DAMAGE = RM37.00

# Sabah Tea Garden, Kpg Nalapak, Ranau

- 30minit perjalanan dari Hot Spring. Jalan agak lengang sikit, maybe takde banyak 

- Jalan masuk sangat tak mengalukan kehadiran orang. Pondok guard macam lama dah tinggal. Jalan naik tak berturap. Kalau korang imejin nak tengok view ladang teh macam kat Cameron Highlands, rentikanlah. Tak ado rupa langsung. Siap ada celah² ladang teh aku boleh nampak lalang. Pfttt! 

- Punah harapan mak jemah nak feeling hindustan berlari² kat kebun teh. Tu tak masuk lagi sumpah seranah orang sebelah aku yang dok bebel² pasal tourism la, pasal banner billboard kemain besar tapi tempat less maintenance. Ke masa kitorang datang je tak berapa nak cantik? Tapi memang ada 2 kereta sebelum kitorang pun patah balik, camne tuh? Ke expectation aku yang tinggi sangat?

- Aku ada baca blog², kata kat atas bukit ada cafe view ladang teh. Pastu ada yang komen stunning view, ntah mana yang stunning aku tak tahu. Harommm! Sumpah menyesal aku pergi! Punya menyesal sampai satu gambar je aku sempat snap. Nak tengok lebih korang pergi Google lah.

View Sabah Tea Garden tak berapa nak garden bagi aku!

Patutnya next nak pergi Tegal Fish Spa kat Kpg Luanti, tapi sebabkan frust yang melampau dan takut pisang berbuah sekali lagi dan membazirkan masa dan minyak kereta jer, kitorang patah balik la menuju ke KK.

On the way balik, gerimis mengudang, setengah area hujan lebat. Kitorang berhenti kat pekan Ranau untuk isi minyak. Kat KK tadi laki aku dah isi minyak, tapi dia topup lagi sebab senang, takut apa² kan. Pastu kitorang makan KFC je kitorang sebab nak yang cepat dan senang. Masa ni hujan lebat kat Ranau, makan sambil gigil² baju basah, kereta park agak jauh. #TIPS: Ada 2 stesyen minyak di Ranau -- Petronas dan Shell. Petronas besar & busy sket.

Lepas makan kitorang sambung perjalanan balik KK.
So entry pun sambung lah yer. HAHA. Kbai!

 Bila taip balik entry, rasa macam nak pegi sekali lagi. Acanerr?