Tuesday, January 6, 2015

Hello 2015!

Salam.

Tak sempat nak babai 2014 pun last year.
Nak type entry pun takde masa, sebab masa yang ada dok dihabiskan dengan bercuti dengan keluarga.

Tahun ni taknak cakap pasal resolusi/azam. Simpan aje sendiri-sendiri.
Sebab ada je, benda lacking sana-sini dalam nak mencapai azam tahun-tahun lepas. Makanya, kita perbaiki je diri slowly dengan niat yang baik dan moga semuanya akan berakhir dengan kesudahan yang baik-baik nanti.

Okay, 2015 dimulakan dengan episod pertama, Batrisya melangkah kaki ke sekolah secara formal buat pertama kali. Dulu acah² hantar sebab ade emergency, hantar pun tak sampai sejam. Ni haa kat entry nie. Ini kali takde acah², takde anta kejap², ni memang betul² hantar sampai petang.

Alhamdulillah, hari ini hari kedua dia kat skool. Semalam hari pertama agak okaylah. Cuma ada la kejap dia nanges. Nak gelak aku dengar cikgu dia cakap sebab dia nanges.

Satu, nanges sebab takde kawan. Bukan takde orang nak kawan dengan dia, jauh sekali dia mengasingkan diri. Orang semua tido, dia je tak tido, memanglah takde kawan. Cikgu ajak main, berhenti menangis. Divaa sangat!

Dua, nanges sebab taknak mandi tengahari. Mula² dia kata nak mandi sorang², bila biar sorang dia tiba² ubah statement nak mama mandikan. Yelaaa, senang cakap dia taknak mandi. Hari ni aku pesan, dia taknak mandi biar jelah, nanti balik mandilah.

Oh, time orang solat dia kata taknak solat sebab nanti nak solat dengan mama. Ok foinnneeee! Mama lagi, semua mamaaaa!

Tu jelah kot perangai diva yang dia buat. Yang lain ok.
Harapan aku supaya bertahan lah selama sebulan, dan bulan² seterusnya.

Aktiviti pertama semalam.

Besar dah anak mama. Belajar pandai² ye kakak *lapairmata* okay mama memang over!

 Memang yerr. Mama yang sayu. Sayu sebab mengenang kejap je masa berlalu. 

Friday, December 5, 2014

Selamat 5 Tahun Fasa Pertama & Akhir Usia 20-an!

Assalammualaikum.


Alhamdulillah, syukur Ya Allah.
Genap 29 tahun usia,
Syukur masih diberi kesempatan ini, syukur masih punya hela nafas pagi ini, walau tak tahu bila akan tiba saat hujung nyawa,
Syukur masih punya ibubapa yang melahirkan, membesarkan dan mendidik dari kecil hingga dewasa,
Dari anak kecil, remaja, dewasa, bujang, berkahwin, beranak dua,
Syukur atas kurniaan rezeki dan nikmat yang diberi percuma tanpa sedar kadang-kadang alpa,
Moga aku kekal dalam perjalanan ini, mengenal siapa diri dan tidak kufur atas segala kurnia-Nya.

Syukur juga hari ini,
Cukup 5 tahun bergelar isteri,
Fasa pertama -- kata orang tua fasa penyesuaian -- berjaya diharungi,
Bukan semua manis bak gula, ada masa pahit macam kopi tanpa gula walau secubit jari,
Pahit, manis, suka, duka, tawa, hiba, gembira, sayu, sendu,  -- campur segala rasa hati,
Syukur masih dicintai-mencintai, disayangi-menyayangi,
Syukur juga atas kelahiran dua puteri, penyeri hari-hari, penawar hati,
Moga ikatan ini kekal abadi, 
Duniawi, syurgawi, kekal hingga jantung terhenti!
Amin!

Terima kasih untuk 5 tahun fasa pertama ini, suamiku!
Selamat Ulangtahun Perkahwinan ke-5
Mencintaimu lebih dari apapun, lebih dari yang kau tahu!

ZB : 2009 - 2014

 Mohon jangan bawak bawang pergi office! T_T

Wednesday, November 26, 2014

5 days preparation!

Salam.

Hai korang. Cerita Sabah postpone dulu. HAHA. Ada lagi 5 episod.

Baru Isnin hari tu decide dengan husben nak buat birthday Dyna, this weekend. Yerr, this weekend!
Mula² plan nak buat lagi 3 minggu, tapi pikir punya pikir masa tu dah start semester, dah start busy, pastu mesti weekend dah sibuk.

Makanya, terus je confirmkan Ahad ni je buat. Confirmkan tempat, booked itu ini, makan, beli² barang, dan hari ni start la kerja gila tak berapa nak gila. Nasib la aku suka. So tak boleh komplen lebih².

So, tunggu lah update nanti yer. Nak sambung buat kerja hakiki pulak ni haaa. Letih tangan dah main potong².

Kbai.

Belanja satu gambar!


 Mak memang akan selalu hoverr!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...