Tuesday, July 10, 2012

# Tips: Amalan/Petua Mudah Bersalin!


Lately aku macam dapat banyak soalan & pertanyaan pasal pengalaman bersalin.
Ada yang tanya ape petua, ada yang tanya ape supplement aku amik.
Kepada yang nak tahu pengalaman bersalin aku sila baca entry ini.
Last week aku buat recap sempena hari lahir anak aku kat entry ini.
Lepas entry last week lah ada yang tanya itu ini.
Serius lah weh, masa lepas² bersalin, aku ada nak cerita pasal nie.
Lepas tue, peruk entry dalam draft, pastu lama² terus lupa.
Sebelum aku bukak pekung di dada (eh?) sebelum aku cerita panjang,
Aku mohon maaf kot² ada yang cakap aku riak ke nak tunjuk² aku senang bersalin ke apa.
Tujuan aku, sekadar nak berkongsi. Malu pun ada, sebab ada petua² yang kelakar,tapi aku buat jugak.
Ni pun salah satu reason kenapa aku malas nak share, kang korang gelakkan aku pulak.
Tapi takpelah, aku tebalkan muka je taip entry ini. HAHA.
1. Supplement
Pasal supplement nie aku pernah share & story kat entry ini. 
Aku rasa lebih kurang sama je kot semua orang, makan supplement KK/private bagi.
Cuma aku nak share satu supplement yang aku lupa nak share dalam entry hari tue.
Sorry Lisa, lambat bagitahu pasal ini ;p
Aku ada amik satu produk, Salindah namanya. Ecehh, siap bunga bahasa kau.
Ok, produk nie aku amik setelah kawan aku bagitahu dia bersalin dengan mudah, Alhamdulillah.
Dia amik complete set dari B1-B6. Aku beli loose pack, mula dengan B2 sebab lambat sket tau.
Then, bila ok takde side effect, aku continue lah B3, B4. 
Pastu B5 & B6 aku malas nak beli sebabnya, yg B4 tu ada balance, aku continue je makan. 
Nampak nau kadang² aku skip makan kan? bahahaha
Untuk orang yang benci ubat macam aku, rasa dia sangat kosong, kosong, kosong eh tiba berlagu.
Yess, rasa dia plain je, macam kau minum air kosong dlm bentuk tablet.
Cara makan pun senang, kemam je sampai cair dalam mulut bukan di tangan.
Makan time perut kosong or anytime sebelum makan lah seelok²nya.
Yang bagusnya aku rasa pasal supplement ni ialah, aku jarang sakit² belakang dan sakit² urat.
Aku sangat bertenaga walaupun tiap hari naik tangga office tingkat 4.
Aku direct beli kat Salindah.com. nak baca lagi, pegi je web dia.
Kalau rajin baca kelebihan untuk setiap pack tue kat sini. 
Ohh yer, dia ada jugak set untuk makan lepas bersalin L7 samapi L12. Tapi aku tak pernah try.
Sape nak cuba silakan! :)
Carta pengambilan Salindah sebelum bersalin.
2. Exercise
Nama pun ibu mengandung, jangan harap lah kau nak pegi gym main treadmill kan?
Aku tak buat ape pun, aku rasa aku dah naik turun dari office ke kelas setiap hari 4 tingkat tu dah cukup exercise kot.
After aku pegi antenatal class kat KPJ Kuching baru aku belajar Kegel exercise tu.
Aku malas explain pegilah google sendiri ape itu kegel exercise. 
Ok, sebab nenek aku bidan (read: nenek²) maknanya macam² petua lah akan keluar.
Ada yang aku buat, ada yang aku tak buat sebab malas dan aku rasa macam sakit jer.
So, ni antara exercise yang aku buat:
1. Merangkak keliling bilik sebelum tido masa 36weeks ++
2. Duduk bersila, kaki cantum, postur badan lurus. Tarik sesedap rasa. Ada yang panggil tailor sitting. Pegi google. Yang ni aku buat kat office kadang² sebab letih pandang laptop.
3. Yang ketiga bukan exercise, tapi urutan aku panggil bahas mudah pijakkan di kawasan peha sampai ke pangkal pelvis. Aku mintak mama aku pijak setiap malam, start dari 34weeks. Serius best! Takde cramp pun aku tido. 
4. Breathing exrcise - Sort of Hypnobirth. Aku buat dr 34weeks. Keep in mind nak bersalin normal, bayangkan aku bersalin sambil senyum, bayangkan bersalin dengan mudah, bayangkan tak sakit dll :)
 
3. Amalan
Yang ni pun aku sure korang masing² tahu kan surah-surah amalan semua.
Baca jelah Surah² tue: Surah Maryam, Yusuf, Luqman, Yaasin, Al-Hujurat, An-Nahl, At-Taubah dll.
Sebelum pegi spital aku sempat baca Surah Maryam 1x & Surah Yaasin 1x. Alhamdulillah.
Then, kat labour room daripada menjerit meraung menangis, dok main Ipad  pun ye jugak, tapi jangan berhenti lafaz doa Nabi yunus tue: Laillahaillanta Subhanakainni Kuntumminazdhalimin.
Alhamdullillah, so far apa yang aku amalkan nie memberikan kesan sedikit sebnyak.
Itupun semuanya dengan izin Allah SWT lah kan. Dah rezeki aku jugak nak bersalin mudah untuk 1st bay.
Yang 2nd, 3rd tak tahu lagi macam mana.
Apa²pun just be positif, just go with the flow :)
Dah tu je kot, aku nak share.
Kot ada lagi aku teringat ke nanti aku tambah.
Mommies yang dah ade experience, anything to add?
Aku nak masuk meeting. Daaa~
 BisikChenta: Minggu yang memenatkan!

7 comments :

  1. aahhh tak kire xkire2 ko bgtau lmbt psl salindah tu hahaha.dh xsempt nk telan dah (sbb aku bc B4 tu cm best haha). yg part pijak sampai pangkal pelvis n panjat tangga tu no hal.umah i mmg panjat tangga pun haha. baiklah terima kasih :D

    ReplyDelete
  2. thanks for the tips...still trying to conceive (=

    ReplyDelete
  3. @ Lisa
    Ampun kan patik! Lupa nak share. kehkeh. ala 2nd baby boleh :) Takpun, try set lepas bersalin. Eh tapi kau dah beli Tanamera kan? Mahal lagiii..hihii

    @ Nina
    Welcome! Takpe, belum rezeki. Insyallah ade la nanti. Allah tahu ape yg terbaik!

    ReplyDelete
  4. Ok..nanti nak praktis merangkak keliling bilik..haha..

    ReplyDelete
  5. ohooo...aku mmg susah nak branak...3x induce tu!..
    Ok...akan ku try petua2 ko..cuma aku tkot branak awal la plak..aku xnak branak awal..aku nk beranak di minggu ke 40 dgn mudah je...hurmm...

    ReplyDelete
  6. @ Athi
    yeahh, boleh try. beli lah loose pack dulu.

    @ Kina
    Haha. Sila jangan gelak. sebab kengkawan aku semua gelak bile aku ckp aku buat camtu. chitt!

    @ Harz
    Aku bersalin tepat minggu ke 39. patutnya dtg pi check up tapi aku tak dtg. pastu nurse call tgahri susruh dtg sessi ptg, aku ckp sy dah ontheway nak gi spital ni, nak bersalin dah. kakah

    ReplyDelete
  7. Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Kurangkan risiko di jahit selepas bersalin. Penting untuk ibu yang mengandung anak sulung, supaya nanti senanglah nak meneran. Baby besar pun tiada masalah.

    ReplyDelete

Komen lah korang!