Friday, April 16, 2010

Wedding: Tips Dekorasi Bilik Pengantin

Fuhh..wahh..ade jugak yg message inbox I kat fesbuk ngan email I lepas baca entry I pasal tips design & konsep pelamin nie. Ade kengkawan, dan ada juga org yg kawan kepada kawan I. Macam2 tanya & ade yg I dah bagi idea..Harap korang berpuas ati.. (Dalam hati I berkata, "Ade jugak orang bace belog aku yer!")

Pastuh ade yg mintak idea nak deco bilik pengantin plak. Hadoih..memang pening jugak I nak bagi idea sebab bilik pengantin I pon simple-pimple aje..D.I.Y je okey! Asal cantik di mata, ada aku kesah orang nak kate ape?

Okey, setelah I baca2 sket kat blog orang (not plagiarsm okey!) + pengalaman sendiri + hasil pembacaan & pengetahuan sedia ada, maka I pun menciptalah tips sendiri.. Hahaha.. Tips sendiri pun berasas hokey! Biase la bilik tidur mesti jadi tumpuan. Mesti ada yang jenguk jugak nak tengok bilik pengantin..Kawen kat dewan pun, ade yg nak tengok biliik pengantin..Maka, inilah TIPS HIASAN BILIK PENGANTIN 2010 :)

1. Warna
Ermm..yang nie depends citarasa u alls la..Kalau nak sama ngan baju u alls yg merah meletop tue pon takpe..Tapi biasanya kaler2 untuk bilik pengantin haruslah yg je..sejuk mata memandang! Kalau boleh biarlah warna soft2cat dinding ikut kaler kesukaan u alls, langsir pun senada dengan cat..

2. Konsep
Macam biasa, pilih la konsep apa yang korang berkenan. Contohnya, simple, cozy, elegant, modern, english/classic etc. Yang pastinya, apa2pun konsep yang korang pilih, make sure ianya comfort, kemas & HARUS nampak romantik! Yang guna WP, make sure bagitahu betul2 apa yg u alls nak..

3. Perabot
Haha..jangan cakap bilik pengantin ada tilam single pastu doublekan macam tilam kat umah sewa masa study okey! So, pemilihan perabot pun penting..
Kalau boleh elakkan pilihan katil yang bertiang2 dan ade penghalang dibahagian kaki. Ini untuk kesenangan OP jugak yer. Tapi, ikut kemampuan jugak la yer. Kalau nak save, pakai apa yg ada jer.

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Macam I, almari solek yg nampak lama sket nie, I mintak tolong ayah I spray & varnishkan supaya nampak shiny2 macam dan sedondon dengan almari baju..

4. Cadar
Hooyeahh! Sama macam warna la..Pilih cadar daripada warna putih, cream atau pastel (kuning cair, coklat muda etc)
Jangan pilih cadar corak yang besar2 sebab nanti bilik nampak sempit & kecil.
Seelok2nya elakkan la cadar kain satin, sebab panas gila kau nak "ehem2" atas katil tue nanti. Lagipun, nanti pakai sekali dah takmau pakai lagi (orang cakap!) Bazir saja!!

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ FYI, sampai sekarang I sangat suka dengan cadar bilik pengantin I yang penat I cari satu Malaysia (tipu!) sebab nak cadar colour cream TAPI nak ade bunga2/sulam hitam TAPI nak kain cotton sebab nak pakai lagi sampai tua TAPI nak quilt-cover yang ade ropol2 jugak sebab nak nampak cam cadar pengantin! DEMAND giler I kan? Pedulik, I did it my way! Luckily I jumpa cadar tue kat JAKEL, tinggal LAST dan I dapat harga kaw-team sbb tinggal satu jer..haha..

5. Bunga
Tak best pulak kalau bilik pengantin takde bunga2 yang menghiasi kan? Ahhaa..nak nampak sweet letaklah jambangan bunga2 cinta bersaiz kecil atau sederhana dekat kiri & kanan katil or kat side-table la..
Elakkan letak bunga2 yang besar kat atas katil. Elakkan juga letak bunga yang terlalu heavy kat hiasan kepala katil.
Lagi menambahkan kesegaran mood pengantin baru, taburkan kelopak2 bunga atas katil..schweeet :)

6. Haruman
Takkan nak sembur perfume korang setiap 10 minit bagi bilik bau wangi kan.. So, persiapkanlah bilik pengantin dengan haruman yang lembut. Ada beberapa pilihan nak bagi bilik bau wangi dan segar.
Paling save, macam zaman dolu2 amik bunga rampai tuk merenjis tue, sembur sket perfume, letak la dalam bekas ke ape, hiaskan kat tepi kati/meja solek (ala-ala potpouri la)
2ndly, pegi beli lilin aromatherapy @ lilin wangi kat kedai 5ringgit or nak up sket kat IKEA (yg kat IKEA nie memang bau die tahan dan best! especially Vanilla)
3rdly,beli je Ambi Pur ke Glade yang spray automatic setiap 5min-10min-20min@30min tue (yg nie I beli lepas kawen)

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Tapi, masa kawen, I dah ade bekas nak bakar essential tue, so, I beli je lilin bulat kecik yg jual bundle tue, then I beli essential kat Lovely Lace, bau Roses. Siap!! :)

7. Meja Solek
Opss..yang nie I hampir2 terlupa mase wedding.. Nasib baik ada bahan. Kalau tak bersih licin I punya meja solek. Kat atas meja solek, u alls boleh letak botol2 perfume size kecik, tapi jangan banyak sangat! Ataupun, letaklah kaki lilin, bekas tissue, bekas potpuri or sekali lagi, jambangan bunga lutsinar jadi pilihan! Thanks again to K.Fathinz sebab tolong I letak jambangan bunga heliconia kat atas meja solek! :)

Tambahan, jangan la u alls letak hantaran atas katil sebab atas tilam spring yg tak stabil, hantaran boleh jatuh. Seelok2nya sediakanlah sedikit ruang kat tepi katil utk letak hantaran. Awas! Hantaran yang berharga mintak disimpan cepat2 lepas nikah. Takut2 ade yg lesap, menangis tak berlagu :)
Oh, jangan lupa juga pencahayaan di dalam bilik mestlah cukup. Guna lampu meja @ lampu katil warna kuning yang boleh dimalapkan utk naikkan mood romantik.. I buat sendiri hiasan kat lampu down-light bilik I ala-ala chandelier.. :) bangga I tengok sampai sekarang ade lagi..
Tak best pulak kalau tak share gambar kan? So, I share la sket gambar mengenai hiasan bilik pengantin masa wedding I..

** SEBELUM **

** SELEPAS **
-->
I told u earlier, I buat konsep simple aje mase wedding hari tue. Lagipun I dah bagitahu encik so-army mase sebelum kahwin, I cakap I taknak bilik serabut2. Yang penting ade kaler HITAM..Ohh I memang suke & chenta kaler HITAM!! dan paling best, I tak payah nak tanggal2kan deco nie sebab terus jadi deco bilik I sekarang!
So, I hias sket2 je dengan bantuan K.Fathinz yang tolong belikan I accessories dari SSF (die dapat harga discount..tue yg best! :p)
I mintak tolong dia belikan benda untuk wall deco (kaler hitam kerawang2 tue) & ada sket benda utk I buat lampu ala2 chandelier (nak beli I tak mampu, so buat sendiri!) Yang lain2 I beli sendiri dan pastinya murah! Maka, inilah hasilnya! :)
** Nampak tak lampu yg konon2 macam chandelier tue..haha..it cost me below $100 okey! **

** Total deco my bilik nie dalam $200 je tak masuk cadar la :) **

** Bunga tangan I. Eh, nampak tak belakang tue, ade dulang isi air & tabur kelopak roses & letak lilin banyak2 :) **

** Bunga kat meja solek..Thanks k.Fathinz! **
Dan I selitkan jugak hiasan bilik pengantin daripada WP yang I berkenan dan I jadikan ilham..
**Source : google **

Sekian dulu Tips Hiasan Bilik Pengantin, saya Balkidz melaporkan untuk Nona TV3 (berangan kejap! :p) Selamat mencuba & membuat persiapan yer B2B! :)

BisikChenta: Yang berguna dalam tips hiasan bilik pengantin nie u alls amik la. Yang rasa idea nie tak boleh pakai, abaikan aje. Yang baik datang dari Allah, yang buruk semua dari diri I sendiri :)

8 comments :

  1. bilik kidz pia xdpt terjah,malu la...baru kenal hehe

    memang superb...kidz mmg kreatif

    ReplyDelete
  2. PIA
    ~ alahai..nape tak masuk jer..xde hal lar :) name pun bili pengantin, mesti ade je org nak terjah..
    pasni bleh la I bukak bukak consultantcy firm utk wedding..haha..Jokes :)

    ReplyDelete
  3. salam..,hye balkhiz!santek blik pngantin kmu..actually,sy pn mnat blik yg simple2 tp nmpk nice,but mymom dh bli cadar satin..(xleh nk kata pe)plan nk pkai cotton je..lasly mymom ckp klu pns,alas je dgn kain..uhuhu.btw,sy ske dgn tips 2..:)i follow u dear!

    ReplyDelete
  4. dear..lpe nk tye..,bnda yg tmpal krawang wrna htam 2 awk bli ktne ek?santekla..sy brmnat plak :)

    ReplyDelete
  5. what a lovely blog. Sangat useful tips dear. Thanks for sharing.

    ReplyDelete
  6. Mrs Engineer
    ♥ welcome dear :)

    misdeana
    ♥ thanks dear..btw, satin memang la panas..huhu..i tak sanggup
    ♥ yang kerawang hitam tue boleh beli kat SSF dear.. :) ade 2 colour, hitam & putih, with 4-6pieces dalam die..design pun ade la 4-5 design..

    ReplyDelete
  7. kak Naz @ SHER
    ♥ thanks 2 u too..mintak pinjam gambar yer :)

    athidean
    ♥ haha..taste kite kan mcam lebey kurang same je kan.. ;p good, kalau dapat save budget, save je selagi boleh n berbaloi :)
    ♥ chandelier tue i buat sendiri la dear..tapi barang2 nak buat die jadi ala2 chandelier i beli kat SSF :)

    ReplyDelete

Komen lah korang!