I like!! Suke sangat kumpul perfume especially yang botol die cantik, kiut-miut dan menarik sampai leh jadi accesories tuk hias bilik..haha..bilik sape la agaknye?
I penah baca tips pasal nak beli & pakai perfume..So, nak share jugak la kat sini..
1st : Korang mesti la tahu jenis perfume tue, EDT (Eau de Toilette) or EDP (Eau de Parfum) or Eau de Cologne. Biasanya yang membezakan jenis perfume nie ialah kepekatannya samada drpd ekstrak natural, sintetik la, dicairkan dgn air or yg guna alkohol.
Ramai orang cakap EDP tahan lama berbanding EDT. Yep! Absolutely right.. EDP ada 15%-22% mnyak pati, tapi EDT ada 8%-15% je minyak pati.. So, lepas nie pandai2 la korang pilih yer..
2nd: Cara nak pilih & try perfume pun ade pelbagai. Contohnya, boleh spray kat kertas then kibas2kan sebelum bau..Boleh juga utk sapu kat baju or handkerchief utk try bau baju kat fabrik. Or else, bleh semburkan kat atas kepala then apabila bau die jatuh, cuba nikmati bau dia..Wahh2..kalau sume nak bau camnie, bangkrap la kedai tue..
Okey dah tau tips nak pilih..Next tips nak pakai plak..
Siang: As usually, waktu siang kita terdedah kat sinaran UV. So, perfume boleh la disembur kat pergelangan tangan, sendi kaki dan perut.
Malam: Suggested sembur kat belakang leher.
Ade lagi satu, kalo nak perfume tue tahan lama, boleh la pakai sekali 1set range product perfume tue, cth: shower bath, body lotion & perfume..Confirm, bau die lagi lekat kat badan!
Dan, paling penting, bau perfume nie ikut badan kite jugak..Tak semestinya kalo I pakai perfume ni, then u all suke, pastu pegi beli borong, pastu dok bebel kat I, nape bau tak same bile pakai kat u all..Haaaaa..memang la tak same, kite masing2 ada hormon masing2 kan..adoiiyaii.. :)
I ingat 1 insiden mase I ngan kawan2 jalan2 sambil tengok2 perfume.
I try Paris Hilton kot time tue, then my friend duduk dekat I n cakap bestnye bau die..
Bile die try tau tak die cakap ape?? "Apesal bau aku macam bau enjin bas!" Haahaa..enjin bas kau! So, kalau taknak bau cam enjin bas jangan tiru ape orang lain pakai..Try each perfume ikut citarasa n bau yg sesuai dengan korang hokey!!?
Haha..I pun nak tayang 5 Most Favourable Perfume yang I ada and pernah pakai! Untuk pengetahuan badan I sesuai dengan bau2 yg fruity & fresh. I tak sesuai pakai yg totally floral2 la, herb2 la..Kalau I pakai bau yg floral agak stinky and macam enjin bas..hahah..Bau2 perfume I nie sume bau2 fresh n floral yg tak strong sgt dan sesuai utk I yg lasak tak hengat dan suke berjalan2 selagi kaki tak penat! ahaks..Sape2 nak belikan I hadiah ingat ye, I sesuai dengan bau yg fruity & fresh! hahaha.. (perasan..)
So, Calon2nya ialah....................
1. Anna Sui Secret Wish ~ Oh! sampai sekarang, mesti beli satu kalau habis..Sebab memang sangat suka bau die..Dan jangan terkejut kalo tiap2 kali jumpa booth Anna Sui, mesti mintak nak test..haha..jakun! *Lemon, melon & raspberry*
✿•♥ -------------------------------- ♥•✿
✿•♥ -------------------------------- ♥•✿
2. Clinique Happy Heart ~ Sangat fresh bau nie..dibelikan encik so-army ketika tunang dulu *mandarine orange, cucumber, sandalwood, white wood*
✿•♥ -------------------------------- ♥•✿
✿•♥ -------------------------------- ♥•✿
3. Cheap and Chic Moschino Hippy Fizz ~ Sesuai la ngan Chip & Chic tue, harga memang murah tapi bau memang best! I beli tahun lepas mase saving nak kawen, so beli yg murah sudeh :p bau die agak sexy..ahaks! (I penah cite pasal I beli perfume nie kat entry SINI) *Raspberry leaves, lotus, magnolia, cedar, rose*
✿•♥ -------------------------------- ♥•✿
4. ESCADA Rockin' Rio ~ I akan jadi riang tibe bile pakai perfume nie..memang bau die fresh & buat I jadi confident..chewwah! betul, tak tipu..Sangat sweet bau die hokey! *Pineapple, mandarin, juicy peach, sugar candy*
✿•♥ -------------------------------- ♥•✿
✿•♥ -------------------------------- ♥•✿
4. ESCADA Rockin' Rio ~ I akan jadi riang tibe bile pakai perfume nie..memang bau die fresh & buat I jadi confident..chewwah! betul, tak tipu..Sangat sweet bau die hokey! *Pineapple, mandarin, juicy peach, sugar candy*
✿•♥ -------------------------------- ♥•✿
5. VERSACE Bright Crystal ~ Paling latest I pakai sebab hantaran kahwen..First time pakai yg betul2 floral sebab encik so-army kate bau die floral yg sweet & fresh..Layan ajelah, org nak bag kan..hehe.. *Red wood, magnolia, lotus, yuzu (apekah yuzu? - citrus fruit!)*
BisikChenta: Tengah aim Vera Wang Glam Princess! :) ade sesiapa nak belikan?
** Credit to EH! April 2010 & www.fragrantica.com **
bila nak beli perfume lagi nie.. haha
ReplyDeleteqah suka juga pakai perfume tapi tak kerap.. hee~
betul wangian ikut badan masing2 ;)
ReplyDeleteQa ~ I pun suke tapi tengok tme jugak la..Nak pegi jogging takde la pakai..bazir jer..hakhak..
ReplyDeletePia ~ Yup..nant bau enjin bas! :)