Thursday, May 10, 2012

# HotMAMAMission: Misi Turunkan KG & Rutin Exercise!


Assalammualaikum.
Ingat lagi entry INI yang aku dok bebel pasal berat naik?
Makanya atas kesedaran diri dan dorongan encik so-army, aku mulakan misi turunkan berat & bakar lemak bermula hujung April hari tue.
Macam aku pernah cakap, aku tak suka supplement bagai, kalau boleh nak kurus secara normal/semulajadi.
Normal di sini maksudnya menjalankan aktiviti-aktiviti sihat seperti pergi workout kat gym dan bersukan!


So far, dah hampir dua minggu aku start kembali aktif.
Mula-mula nak start memang liat. Hari pertama aku pergi gym, buat Body Analysis Scale tue.
Ampunnnn, balik umah lenguh-lenguh badan aku. Kata orang Jawa, "jarem-jarem" gitu!
Tapi at least aku tahu lah kandungan lemak / fat dalam badan aku ialah 52.3%.
Tu dia, separuh je lemak okkay? Kau ado? HAHA.
Dan kemudian bermulalah rutin exercise aku. 
Kat gym tu, ade personal instructor, iaitu student praktikal. Ok lah dari takde!
Kau jangan complain banyak dah kau masuk gym pun free kan?


So bila ada instructor kira ok lah, takdelah aku main hentam keromo je nak main ape.
Pastu bila timbang tak turun2 sendiri sakit hati.
Memanglah mula-mula macam, "Alamak, abislah aku kena paksa buat itu-ini" tapi at the end aku rasa apa yang dia suruh tue, ikut kemampuan aku lah kot.
Adalah dia push jugak, motivate suruh buat jugak sampai abis. 
Moral aku up bila setiap kali exercise tu aku terbayang kebaya nyonya kat umah!
To date, aku baru je buat Body Analysis Scale pagi tadi. 
Jangan terkejut okey, fat percentage aku = 31.3%. Yess, Alhamdulillah.

Nampaklah jugak hasil keberkesanan aku pegi gym selama 2 minggu.
So kat sini aku share routine exercise aku kalau-kalau korang nak buat sendiri ke kan?
Or else, korang pegilah masuk gym mana-mana, bayar dan suruh instructor tu plan korang punye schedule.
Note: Jadul/rutin exercise ini sesuai untuk mommies yg bersalin normal/c-sect. No worries! Tapi better korang tanye dululah instructor.

PAGI
# Step 1: Warm-up. 10 mins guna Exercise Bikes!
# Step 2: Stretching. 5mins. Aku suka stretching lama-lama biar otot betul-betul ready
# Step 3: Treadmills/Cross Trainers. 20mins. Yang ni, mesti ubah setting machine kepada mode "WEIGHT LOSS"
# Step 4: Relax about 2mins. Continue with ABS EXERCISE a.k.a Exercise Kempiskan Perut. 

Okey ini kalau first time buat mesti lenguh satu badan. Ada beberapa Abs Exercise yang dicadangkan untuk aku, since aku memang nak ada 6-pack kan? Cehh poyo!

1. Crunch with Heel Push - Macam sit-up biasa, tapi jangan main tipu, kaki jangan terangkat ok! 10 x 3set = 30 kali.
Top 10 Most Effective Ab Exercises

2. Bent Knee Abdominal Hip Raises - Ni kena angkat kaki 90degrees sebenarnya sambil sit up. Bagi aku ni sangat mencabar! Sama jugak, 10 x 3set = 30 kali.

abs abdominals exercises photos

3. Leg Raises - Yang ni instructor akku tak suruh buat tinggi2 asal angkat tapi jangan cecah lantai kaki tue, kena tahan. Ohh, ini jugak agak sukar. Sama je, 10 x 3set = 30 kali.
abs abdominals exercises photos

4. Plank on Elbow & Toes - Ohh,ini feveret aku time zaman ashkar dulu. Buat selama mana yang mampu. record aku 3minit lebih setakat nie.
Plank
**Make sure setiap kali abis satu set, rest kejap kalau tak larat or sakit. Jangan paksa diri!
# Step 5: Cooling down. 5mins. Exercise Bikes.
# Step 6: Stretching. Breath-in, breath-out. DONE!


PETANG
# Biasanya, kalau pagi aku dah ke gym workout, so petang aku just turun training netball je lah. Kadang-kadang, aku datang gym petang dalam kul3 lebih, then, terus sambung main netball.
Yang ni takde ape sangat, cuma lari 3 round padang, then passing bola, pastu main. tu je lah.
So, camne korang?? Berani nak try??
Come on, tak cuba tak tahu. Once dah ade momentum, mesti korang suka & highly motivated!
Ok dah bai. Aku nak pi training!
 BisikChenta : 3kg in 2weeks, ok lah kann? Hehe

4 comments :

  1. Akak pi gym free main bedal je semua sebab mmg takde sapa nak ajar. Haha.

    Jalan kat treadmill 30 mnt, pastu sambung joging dalam 3 4 round camtu. Dah tak larat jalan je lah laju2.

    Haritu, 1st time turun training VB, 6 kali krem kau peha kiri kanan sebab dah lama tak melompat2.

    ReplyDelete
  2. akuseganlaritutupmuka...dh bertahun..dari preggy smpai skg xde jogging!! padan aku gemuk!! lariktutup lemak... kot2 larik leh kurus gak...adoyai...nk kne cr time..dulu2 main netball wakil sane cni...skg pegang softball jer suh ameer sepak..(T_T)

    ReplyDelete
  3. kalu kurus sgt mcm i acane lak? :(

    ReplyDelete
  4. aku pon tengah berusah utk turunkan berat.. dah sebulan lebih amalkan diet kevin zahri without senaman u!.. and aku turun 5kg in 6weeks.. another 5kg lagi nak trun ni..
    yelah.. aku nak workout mmg xleh kan... hehehe...
    so gudluck balqis aka org sekampung

    ReplyDelete

Komen lah korang!