Saturday, May 5, 2012

# Tazkirah - Buruk Sangka


Assalammualaikum.

"Wahai orang-orang beriman! Jauhilah kebanyakkan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan dilarang) kerana sesungguhnya, sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah kamu mengumpat setengahnya yang lain." ~ Al-Hujurat:12


Bukan nak berlagak ustazah. Tapi secara tiba-tiba terpanggil nak cakap pasal benda nie.
Dah lah tak boleh tido!

Sangka buruk? Prasangka? Judgemental? Ahh, samalah semua tue!
Tempat kerja? Di kalangan ahli keluarga? Di mana-mana ada je sangka buruk boleh berlaku.
Di dunia realiti kehidupan seharian jangan ceritalah. Dengan kawan baik pon kadang2 ada terdetik prasangka. Prasangka baik @ buruk? Sendiri jawab!
Cuma satu, mintak2 dijauhkanlah prasangka terhadap suami. Jauh nak cium bau syurga nanti.
Di alam maya lagilah tak payah cerita. Kita tak kenal pun orang tu zahir-batin, dah prasangka bukan-bukan.
Persoalannya, layakkah kita nak berprasangka buruk dengan orang yang tak pernah kita kenal hati budinya?

Melalui sumber Ustaz Zaharuddin.net, Sangka buruk terbahagi kepada dua: 
Sangka buruk HARUS & Sangka buruk HARAM


SANGKA BURUK YANG HARUS

Sangka buruk yang diperlukan demi keselamatan diri. Ia juga dinamakan berhati-hati atau ‘hazar'. Contohnya, seperti pemandu kereta dikehendaki ‘bersangka buruk' apabila melihat sebuah bas dan teksi di depan mereka akan bersangka buruk ada kemungkinan kenderaan itu berhenti mengejut kerana ingin mengambil penumpang atau menurunkan penumpang. Ia jelas sangka buruk yang tidak berdosa.



SANGKA BURUK YANG HARAM
Sangka buruk jenis haram dan berdosa ini biasanya didasari oleh perasaan cemburu, hasad, dengki dan berniat ingin menjatuhkan individu yang dijadikan sasarannya. Sangka buruk jenis ini juga hakikatnya lahir dari jiwa dan minda seseorang yang kotor. Ia adalah refleski dirinya yang kerap bergelumang dengan kejahatan dan dosa. Atau dari jiwa yang tiada ikhlas dalam membuat sesuatu perkara. 
Justeru, dalam mindanya kerap tergambar mustahil ada seseorang boleh berbuat atau bercakap baik kecuali mesti ada helah, agenda kepentingan diri dan muslihat di sebalik. Ia berfikiran demikian kerana demikianlah dirinya. Ia melihat orang lain sepertinya.


Secara umumnya apa yang penting ialah, bersikap sangka baiklah kepada semua orang. 
Jangan sesekali bersangka jahat kepada orang, terutamanya sesama saudara Islam.
Kalau ada terlintas, terdetik, tercakap, tertulis ke, cepatlah istigfar banyak-banyak.
Lagi bagus mohon maaflah kepada Allah dan paling penting kepada empunya badan.

"Manusia yang suka berprasangka buruk adalah manusia yang JAHIL, walaupun bertudung litup & memakai jubah"



Sekian tazkirah di pagi Sabtu sebab tak boleh tido!
 BisikChenta: Kenapalah ada manusia suka sangat prasangka buruk padahal tak tahu cerita?

4 comments :

  1. Apsal takleh tdo?hehe.biasa la orang tuh busuk.so takleh nk tgk org lain hepi.

    ReplyDelete
  2. eh aku suka la quote yg last tu. mmg betul pon, kalau suka sgt judge org, it actually defines who we are kan?

    insap kejap. heheh

    oii.. apesal gambar header tu comel sgt? haha

    ReplyDelete
  3. kenapa entry kita ala2 muhasabah diri ni? haha.

    ReplyDelete
  4. sebab sesetengah manusia dengki dengan rezeki @ kelebihan org lain yg Allah beri.Selalu cakap diri sendiri betul, xsalah,.tetapi xpernah fikir dari mana punca sesuatu itu berlaku.Lepas tu, bagitau semua sekutu2 yg dia rasa boleh makan cerita tu, sekutu2 pun percayala bulat2 tnpa tau hal sebenar dr sebelah pihak lagi.itulah manusia yg rasa diri terlalu perfect sampai mempertikaikan rezeki Allah bagi pd seseorang ke tanah suci.:)*sekadar pandangan saya sahaja* :))

    ReplyDelete

Komen lah korang!