Thursday, January 3, 2013

# First for 2013!

Assalammualaikum. Hai korang!
Hambik kau, tuuu diaa 3 bulan tak update, kalau mengandung, dah masuk 2nd trimester dah. Eh?
Ok fine. Aku jeles dok tengok semua pun nak update pasal resolusi lah, azam lah, eh same je kan? Nak dengki jugak sebab aku terlupa nak pejam mata sambil berazam masa masuk tahun baru hari tu.
Aku rasa aku tak pernah buat entry pasal azam. Sebab aku rasa aku sama je, setiap tahun pun berazam benda yang hampir sama. Pastu ade lah achieved goal(s). Pastu kan, nanti mesti carry forward.
Aku nak buat recap 2012 pun malas. Eh, niat sebenarnya nak buat. Niat nak rajin macam Pau kemain taip entry karangan bahasa malaysia SPM. Tapi bila handphone kesayangan hilang, terus rasa macam mood hilang campak ke laut. Ke sana lah update ke recap ke, malas aku. Sebaik gambar dalam handphone hilang tu ade kat Dropbox & GooglePlus tue. Kalau tau memang lagi takde mood lah aku!
Kalau aku rajin dapat henpon baru, kalau mood ok aku update. Kalau aku tak update tu maknanya mood tak baik lettew, mesti tak dapat beli semakpong! bahahaha. Nak beli dapat rebate tapi nak masuk web die pon kemain asyik error, reload, cannot retrieved. Benci!

Dah, malas nak update banyak pun. Kepala pening, hidung sumbat, nak balik umah tido je rasa.
Nanti kalau rajin aku update lagi. Sekian babai korang!
Gambar last aku upload kat Insta sebelum hp ilang! :( 30122012!
 BisikChenta: Azam tiap tahun nak jadi yang lebih baik dari tahun sebelumnya! :)