Tuesday, January 7, 2014

Pertama di 2014!


Salam.
Hi semua.
Entry pertama 2014.
AZAM!
Ramai jugak update pasal azam; ape nak buat 2014, apa nak capai bla, bla, bla.. 
Konon taknak ketinggalan, maka aku pun merekodkan lah kat sini azam aku.

PERIBADI
# Paling penting -- JAGA SOLAT. Jangan tinggal solat, lewatkan solat, kalau boleh nak amalkan solat-solat sunat. Yer, solat tiang agama, takda tiang habis lah semua. Allah tu nak uji bila-bila masa je boleh, sedar tak sedar je kita nie. 

# Nak berubah dari segi PEMAKAIAN. Perlahan-lahan Insyallah. Baju-baju yg agak ketat tu semua aku dah kumpul dari tahun lepas, tinggal nak let-go je. Bergaya tetap bergaya cuma kena lebih ke arah menutupi aurat dengan lebih sempurna. Mulakan dengan pakai handsocks dan stokin maybe? Doakan yer :)

# Nak maintain BERAT BADAN. Aku tak harap lah nak turun macam zaman anak dara --under 50kg. Cuma aku harap dapat maintain je at least berat lepas kawen, sebelum mengandung, dan tak cecah 60kg! Gambatte!

KERJAYA
# Tahun nie, genap 3tahun aku berkhidmat sebagai penjawat awam. Baru 3 tahun? Hadoiii. So, tahun ni Insya-Allah, akan tamat tempoh percubaan. Lepas tu nak sign pencen ke kwsp ke belum pikir lagi. Yang penting aku nak CONFIRM je sekarang, or nama lain SAH JAWATAN.

# Ada satu RESEARCH aku kena habiskan tahun nie. Moga Allah permudahkan jalan. Lepas tu nak pergi bentang paper, tengok lah kalau efficient sket nak pergi 2x, kalau tak sekali pun ok :) 

# Perkara kedua penting ialah apply PINDAH. Tahun ni kali kedua la aku apply. Last year tak lepas dah tau dah, sebab tak confirm lagi. Ni kalau confirm, aku nak anta lagi borang. Biarpun kampus pilihan masih tak beroperasi -- Puncak Alam 2, tahun 2015, tapi aku apply je. Mana tau rezeki kan? Takpun nak bincang balik ngan husband aku ok tak dok Perak. Kalau ok, aku apply Perak. Yang penting aku dapat balik Semenanjung!

# Bab dengan students aku masih mengekalkan prinsip sama kot  aku tak accept friend request kat Facebook, Instagram, Twitter dan apa-apa social media. Kalau jumpa blog nie? Takpelah, kira halal lah, baca lah korang. Madam tetap garang, pastu bukan ada soalan test ke soalan exam pun dalam blog nie, why bother, why bother? bak kata si azwan HAHA

KELUARGA
# SUAMI -- Nak kurangkan lawan cakap suami, eh, bukan lawan, suka menjawab. Hehe. Then of course la nak ringankan beban suami, tolong apa yang patut dari segi pengurusan ke kewangan ke ape-ape je lah. Pastu aku berharap 2014 jangan lah banyak sangat dia pergi mengail minyak kat laut tue. Aku harap husband aku dapat la tukar company lain yang tak buli engineer berkaliber cam dia tue >,<

# ANAK-ANAK -- Nak banyakkan bersabar layan kerenah anak-anak. Aku kadang datang temper, memekik la aku, pastu kang aku marah Isya, pastu nanti dia nangis aku kesian. Pastu aku yg nak nangis/nangis balik, then bila Isya tanya kenapa, nanti aku yang rasa bersalah/sebak sebab marah dia. Alahaiii, dia budak kan, mana tau ape lagi. Salahkan diri sendiri yang tak kena cara tackle perangai/tantrum anak. So banyakkan baca dan study ilmu parenting la tahun nie :) Untuk Dyna, aku berdoa semoga rezeki susu dimurahkan, Amin! Then, kalau boleh tahun nie aku nak cuba masak lepas balik kerja. Cuba ok, cuba! Kalau tak boleh, sesekali bleh la makan luar. Cukuplah 9bulan aku mengandung Dyna memang aku kurang memasak, hujung-hujung tu lagilah memang aku tak masak. Tahun ni aku try! Buku resipi pun lama tak bukak dah. Kene gali balik nie :)
# PARENTS -- Kalau ada rezeki, aku nak je selalu balik macam orang lain, yang Kuching-KL dah macam Shah Alam-Klang. Nak selalu jenguk mama ayah & mami babah. Then, nak lebihkan sikit duit bulanan untuk diorang, Insyallah, walaupun parents aku dua-dua kerja lagi.

# PERKAHWINAN -- Bab ni memang aku nak sangat Honeymoon weh. Patut tahun lepas aku pergi Langkawi bulan 4, tapi tak jadi sebab...sebab boss husband aku sayang sangat kat dia, hari-hari kena jumpa. So semua tiket kira aku sedekah je kat Air Asia masa tue, dengan harapan Tony Fernandez dermakan ke jalan yang benar. Hahaha. Jadi aku harap tahun nie, adalah peluang kami nak bersama, spending time berdua. Lokasi? Jangan tanya, sebab kira up-jadi je nanti :)

# KEWANGAN -- Ni azam carry forward. Aku ngan husband target "debt-free" dalam jangka masa 10tahun. Ini tertakluk hanya untuk credit card, personal loan, kereta dan hutang kecil-kecilan dengan kengkawan ke, family ke. Alhamdulillah, sekarang ada satu je cc kitorang, aku punya je. Tu pun buat standby sebab nak beli tiket flight kadang pakai online banking lembs sket! Tambah plak harga barang naik, ahli keluarga dah bertambah, so tahun ni memang banyak kene berjimat.
 
Pheww, jadi tulah azam aku secara generalnya untuk 2014 nie.
Azam nak update blog, malas nak tulis, kang jadi macam tahun lepas, orang lain 180 entry setahun, aku 18 entry JE. Hahaha.




Syukur, masih dipanjangkan usia!

15 comments:

  1. Insya'Allah. moga kita semua berjaya merealisasikan semua azam kita!

    ReplyDelete
  2. insyaAllah.chaiyok! semoga tercapai azam!

    ReplyDelete
  3. good luck in whatever you do. happy new year!

    ReplyDelete
  4. ko memang menjawab je keje.. hahahah
    ape2 pun.. berdoalah semoga segala azam urusan dan pelbagai lagi dipermudahkan urusannya.. dipermurahkan rezekinya...
    ohhh azam tambah ketiga takde ke? hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Tau takpe kann? Biasala aku. Mana nak kalah lagi kalau aku x salah.
      Aminnn. Tambah ke3? Tunggu ko tambah no2 haha

      Delete
    2. boleh baca blog aku.. keh keh keh keh~!!!

      Delete
  5. good luck kak.. go akak go...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yerrr. Go go go pada diri sendiri. Tq dik

      Delete
  6. Tahun ni aku tak post azam aku sebab,

    kalau aku post manjang aku tak buat :p
    So, niat sendiri-sendiri je lah dalam hati

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kahkah. Tu aku pelik ko tak post azam.
      Sebab selalunya aku yg malas nak buat azam haha

      Delete
  7. amin...moga ape dipermudahkan segala urusan..

    aku tau ko kuat melawan kiz..kekeke..;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin. Moga2 diperkenankan :)
      Hahahaha shhhh, senyap2.

      Delete

Terasa diriku begitu berharga! ;p

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...