Tuesday, May 29, 2012

# 9 years: Never Ending Love!

AMARAN : *Jangan muntah hijau lepas baca entry ini!*

9 tahun yang lalu... (bukan pada tarikh ini. entry lewat seminggu! ;p)
22 Mei 2003
Kolej Matrikulasi Melaka
Pertemuan bermula di taman kebun bunga, eh? Macam lagu M.Daud Kilau pehal.
First time aku jumpa dia kat kafeteria KMM. Tak romantik langsung.
Tengah buat burger lagi tue. Ohh lupa, my FIL owner kafe KMM dulu.
Ayat pertama keluar dari mulut dia, "Ohh, Ini Balkiz!" 
Yer, aku memang glemer satu KMM kenal. Ok tipu, aku kenal family dia sebelum kenal dia. 
Cehh, konon cinta direstui dari awal gitu.

Takde feeling ape pun, sebab aku tengah couple dan berpacaran dengan orang lain time nie, dia pun same ;p
Konon time ni abang-adik angkat lah kann. 
Tapi ada jugak kami bergayut. Dulu nak topup handphone berkira.
Ada sekali dia hulur duit syiling singgit kaler gold tu, 5keping, sambil kenyit mata
Siap selit no phone. HAHA. No phone rumah! 
Korang imagine umah dia kat Masjid Tanah sekangkang kera, aku call RM5 bape lame agak nya gayut?
Tapi, aku gayut bila dia balik cuti semester. Ye lah, time study, aku tak kacau dia dan dia tak kacau aku!
Plus, masing2 ada komitmen dgn partner masing2 time ni :)
Hadiah pertama aku bagi masa hari jadi dia ialah cap, sebab aku time tu suka dgn lelaki yg pakai cap.
Hadiah pertama dia bagi aku ialah sweater! Aku tak ingat mane ntah sweater tue. HAHA.
Seterusnya, aku ikut aje flow. 
Aku clash, kemudian dia pulak clash. Kami declare. Bercinta. Bertunang. Kahwin dan ada anak.
Jatuh, bangun, suka, duka aku semua ada dia.
Aku baran, aku marah, merajuk, tak pernah pun dia give-up dan bosan.
Okey, sampai sekarang, kalau gaduh2 manja selalu dia mengalah.
Ohh, memang takdir dia untuk aku! :)
Untuk suami tersayang,
Terima kasih untuk 9 tahun yang bermakna,
Terima kasih atas segala pengorbanan & kasih sayang,
Terima kasih sebab bagi duit syiling untuk gayut,
Terima kasih sebab tinggalkan ex awak untuk bersama saya,
Terima kasih sebab layan perangai & kerenah saya,
Paling penting, terima kasih sebab membahagiakan saya!

Happy 9 years Relationship Anniversary!
Zaman bercinta! Dua-dua selim. Sekarang? Jangan tanya.
 BisikChenta: Aku macam tak percaya aku kawen dgn dia! HAHA