Monday, December 13, 2010

Pregnancy: Check-up Baby

Eksited tak bace title? HAHA. Yang menaip ni lagi eksited.
Tapi orang tua2 cakap jangan excited sangat, nanti ade benda tak elok jadi.
Okeh2 cooooool. Just nak share je ok!
 
Dear Baby, entry ini untuk kamu! :)

*.*.*.*.*.*.*.*.*.*.*.*
 
Cerita 1 # Buku Pink

 Last two weeks mama pegi la KK Batu 14, semangat nak pegi buat buku pink nie.
Nak buat first check-up. Masa nie baby dalam 7weeks plus. 
Kalau ikut kan awal lagi, tapi Papa cakap since kita nak pindah.
Nak kena naik flight or jalan jauh. Papa suruh buat awal2.
Yela, takut ape2 berlaku kan?
 
So, pagi tue, sehari selepas besday Mama & anniversary Papa Mam,
dalam pukul 10, Mama & Papa pegi la KK tue,
Menurut auntie Aze, Klinik Ibu & Anak, kat sebelah kiri.
Bila kami pergi, rupanya dah pindah bangunan, 
Kami diarah ke blok belakang. Nasib baik tak jauh.
 Dah sampai, pegi la terus kaunter, cakap nak bukak buku pink.
Then, mama isi je la. Macam biasa, banyak form, kad, nak kena isi.
Bila dah isi, separuh jalan, ade staff-nurse datang.
Dia tanya la, last period, penah gugur tak, bape lame kawen, bla, bla, bla.
Then, bila sampai soalan, kerja kat mana,
Mama cakap la, bakal bekerja di _________.
Tiba2 nurse tu cakap,  
"Eh, nape bukak buku kat sini? Bukak kat sane je nanti"
Mama cakap, 
 "Boleh ke? Kawan saya penah nak bukak buku tempat lain, dia suruh ikut alamat IC. 
Nanti sy dah pegi sana, diorang suruh balik buat kat sini camne?"
 
So, selepas itu, datang la lagi 2-3orang staff nurse,
membincangkan masalah kita nie.
Last2 conclusionnya, 
Diorang suruh bukak buku kat tempat kita nak pindah je nanti.
Ada 2orang nurse dari daerah tempat kita nak pindah, dia cakap boleh je.
Dia yang guide, ape nak buat, ape nak bawak bila nak check-up nanti.
 So, selesai la satu bab kat situ.  
Buku Pink buat di tempat kita bakal duduk nanti yer :D
Jangan dia suruh mama balik buat kat sini sudah!
 
Ohh yeah, untuk pengetahun, Buku Pink or Buku Rekod Kesihatan Ibu nie,
boleh buat kat mane2 je pun. Boleh buat kat gov @ private. Tak kesah.
Nak buat buku kat gov & check-up kat private 100% pun boleh.
Janji buku tue mesti lengkap la by the time nak deliver.
In my case, encik so-army suruh buat both at private & gov.
Senang katenya! Yela, time deliver tak tau lagi kan ape masalah. 
So, baik bersedia je dari awal. Tak rugi pun :) untuk kebaikkan!

*.*.*.*.*.*.*.*.*.*.*.*
 
Cerita 2 # First Ultra-Sound Check-up @ Pusat Kesihatan Naluri, Wangsa Maju

 Kesinambungan dari cerita nak bukak Buku Pink, 
encik so-army agak risau jugak kalau tak buat ape2 check-up.
Yelah, motif utama nak buat Buku Pink sebab nak check condition baby kan?
So, memandangkan medical claim company dia ade rm2500 lagi,
Dia ajak pegi buat check-up kat private.

So, dear baby, our first check-up kat Klinik Naluri, Wangsa Maju.
Masa ni macam debar2 gila jantung mama. Macam ape je. Neves tau.
Maklumlah first timer kan?
Masa tunggu giliran, ade seorang budak lelaki umur dalam 5tahun.
Muka memang comel, tapi perangai OUT!
Out of topic sket, tapi, memang annoying gilooss budak nie.
Dia menjerit2, main kejar2, menyanyi kuat2 dalam klinik tue.
Howwhh, mama & papa buat tak layan,
buat muka garang kat dia pun dia buat tak paham jer.
Yang peliknya, mak ayah dia pun tak tegur. Just panggil nama dia dan biarkan je.
Takde common sense langsung. Tak tahu ke itu tempat awam?
Baby nanti, jangan jadi camtu yer?
Ohh lagi satu, tau tak, papa dok sebelah sape mase tunggu.
Papa dok sebelah Diddy AF4, yang kebetulan bawak wife dia check-up.
Dah sarat sangat dah tengok. Maybe nak due dah kot.

 Okey, kemudian kita pun masuk ke dalam bilik doktor.
Name doktor tue, Doc Kay. 
Papa cakap muka dia nampak garang. Papa takut nak tanye ape2.
Doktor tanya itu ini, last period, regular period tak, bape lame kawen.
Soalan wajib semua dia tanya. Then, dia suruh baring.
Masa nie, berdegup kencang jantung mama.
Yela, tak tahu macam mane keadaan baby kat dalam kan?
Doc sapu krim yang sejuk tue. Ntah ape name. Yang pasti ia coool!



Dan bila Doc tunjuk jantung baby berdegup, macam tak percaya je mama tengok.
Subhanallah. Wonderful & sangat kecil baby di sana. 
Insaf Mama tengok! Papa tengok kat screen pun happy. 
Tapi macam kejap sgt. Tak puas tengok.
Mama & Papa happy sangat dapat tahu condition baby semuanya okey.
Alhamdulillah :D

Tapi kami terlupa sesuatu, nak mintak doc print out gambar scan tue.
HAHA. eksited punya pasal. Papa cakap takpe, nanti buat lagi kat klinik lain.
Medical claim banyak lagiiiiii..... :)

*.*.*.*.*.*.*.*.*.*.*.*
 
 Cerita 3 # Second Ultra-Sound Check-up @ Klinik KITA, Cheras Perdana.
 
Malam selepas pegi check-up di Naluri, perut mama sakit sangat. Tengah2 malam pulak tue.
Nak kate ade angin, tak la sangat. Nak kate senak, boleh la. 
Tak tau macam mane nak cakap.
Tak tahu kenapa. Papa dah tak keruan. Papa suruh mama makan ubat.
 Dan makan, tapi tak reda2 jugak.
Pastu mama tak ingat sangat ape berlaku,
Sebab lepas papa tepuk2, mama terus tidur sampai pagi.
 
 Keesokkan harinya, sakit tue hilang sket, tapi ade lagi.
Papa cakap, kalau malam tak okey jugak, nak bawak gi klinik.
Mama ngadu kat nenek, dia cakap mungkin normal sebab first baby.
Tapi nenek pun suggest pegi klinik jugak, takut ape2 kan.
Papa telefon Auntie Aze, tanya opinion nak pegi klinik mane.
Dia suggest pegi Klinik Kita. Mama siap2 dan papa bagi cadangan nak ajak auntie Aze sekali.
Call auntie Aze, dan dia setuju. Kebetulan abang Ammar demam.
So kira tumpang je la sekali kan?

Ramai orang kat klinik tue,mama terus daftar & amik nombor.
Nurse suruh kencing & buat urine test. Mama mintak Doc perempuan.
63.. Tengg! Mama & Papa masuk dan macam biasa soalan wajib di tanya.
Then sekali lagi mama neves nak buat scan.
Tapi mama rasa doc di klinik ni lagi best & soft spoken.
Dia jawab je semua soalan yg mama & papa tanye. Dia pun a bit Islamic.
Very helpful dan paling penting tak payah mintak dia bagi gambar scan tue.
Papa suka gila, balik terus nak suruh mama upload.
Tapi, sebab busy weekend hari tue, baru sekarang sempat nak upload.

Baby, here's your 1st picture in my tummy :)




 
 So, we should say THANKS to Auntie Aze & Abang Ammar sebab teman kita kan?
 




 
BisikChenta: Perasaan ini begitu hebat. Tak terungkap dengan kata-kata.

11 comments :

  1. beskan qis?take care tau..awl lg tu.. qis nk pindah g mane?

    ReplyDelete
  2. yey!!! best nye.. dapat tgk baby..
    x sabar nak tunggu next month nak scan baby juga..
    =)

    ReplyDelete
  3. halololooooo~~~~
    Take care yea darling!

    ReplyDelete
  4. sonokkan bile time scan tu...
    bkn kesah ape yg doktor check or ckp..
    tp klo time scan msti nak terus je baring dkt katil wlopun doktor x suh baring lg... :)

    ReplyDelete
  5. whitttt...salam..

    happy 4 u....best kan preggy...lagi best bile baby tu gerak2 dalam tummy...and lagi best bile dapat tgk muka baby tu...tc..

    ReplyDelete
  6. dah besa...aku dh 2x scan bakis..tp kecik lg..itu ari mse 6th weeks...next check up 18th ni...bestnye..nnt mesti bby dah besa sket cam ko kan...hapy2 utk kte ber2!!heee

    ReplyDelete
  7. angau kan bila tenung lama2 gambar scan tu?? hehe

    ReplyDelete
  8. Dah besar, baby baca.. Wahhhhh.. Sangat best.. Heehee.. :)

    ReplyDelete

Komen lah korang!