Tuesday, August 2, 2011

# Rutin Berpantang First Baby (My Confinement Experience) - Part #01

Assalammualaikum semua :) Hai!
Sudah 2 hari berpuasa kan? :) Syukur!

Alhamdulillah. To-date, Batrisya sudah berusia 27hari.
Alahai cepatnya masa berlalu kan? Kejap je nak dekat sebulan dah.
Makanya, hampir sebulan jugak lah I berpantang.
Hoyeahh! Gigih nak menghabiskan 17 hari lagi berpantang.
Bagi I time pantang adalah masa yg sangat bagus.
Bagus sebab boleh monitor dan melihat perubahan diri, fizikal & mental :)


Seriously, I really enjoy confinement period I setakat ini.
Walaupun banyak benar "No", "Cannot", "Tak boleh", "Jangan"
dan lain2 frasa yang menidakkan sesuatu, tapi semua itu memang ada jugak benarnya.
Dalam berpantang, I takde lah banyak songeh dan melawan cakap sangat,
walaupun hakikatnya I ni jenis degil kepala batu sket.
Cumanya, jika ada amalan2 tradisional yg macam pelik sket tue,
I lebih prefer amalan moden or ikut nasihat doctor or based on info I baca.
Kalau encik so-army lagilah,
semua yang diamalkan mesti ade sebab dari segi scientific or clinical.
Kalau ngarut2 memang dia tak bagi ikut.
Tapi so far, semuanya okey. No worries ;)


Frankly speak, memanglah sangat susah bile orang super-active dan lasak macam I nie,
kena kawal itu ini, dok tercover2 ayu sopan santun gayanya,
jalan pun terkapit-kapit, nak buang air pun tertahan-tahan.
Hadoiiilah, seksa rasanya.
Tapi, satu je I pegang bab pantang2 nie, 
yang baik tue I ikut demi kebaikkan dah kebahagiaan I dan suami di masa akan datang. 
Chewwah! ;p


So, mari sini I share apa yang I tengah amalkan sewaktu berpantang nie.
Kalau ade mommy2 yg rasa nak tambah pasal pengalaman masing2 silalah yer.
Tambah lauk, tambah nasik, tambah dessert :)
Seronok betul I cakap pasal makanan kalau bulan pose nie ehh. Makhruh! ;p



Mandian rebusan daun dan akar kayu.

# Yang ni I amalkan 2minggu je. Air rebusan daun2 macam daun kunyit, serai wangi, daun ape ntah lagi I buat mandi hari2 campur dengan air paip. Yes, memang badan rasa segar, boleh hilangkan bau2 badan especially bau hanyir darah, daki2 pun senang hilang. Tapinya, yg tak best ialah, badan akan rasa berlengas sket bile dah lama-lama.

# The saddest part, masa minggu ke-2, I kena gatal-gatal yg amat dasyat like merenyam satu badan kau. Lagi-lagi time berpeluh, homaigodddd, rasa nak suruh org sekeliling tolong garukan sekali badan I. Hehe. Bila pergi klinik, doc suruh stop mandi air dedaunan tue. Memang hakikatnya kulit I nie jenis sensitip touching2 gitu. Sebab tue la gatal2 kot. Lepas makan ubat alahan, dan Alhamdulillah till now takde gatal2 dah. Menggatal adelah ;p 


# Everyday until now, I mandi air suam aje. Ngada-ngada? Bukan I tak boleh mandi air paip biasa tue. Boleh aje. Takde hal lah. Tapi, I ikut je cakap org tua. Kata Mak Tok selagi belum 44hari badan tak boleh direct kena air sejuk. Noted! 


Berurut

# Berurut adalah super BEST! I memang suka berurut dari zaman anak dara. So,no problem lah.

# Seminggu yg pertama berpantang, I diurut oleh bidan & tukang urut kampung professional yg dah bertahun2 pengalaman dalam mengurut dan membidankan orang nie ;p Sape lagi kalau bukan Mak Tok, nenek I sendiri :) Import dari Batu Pahat bawak sini yer. Free of charge! Cicit pertama Mak tok, haruslah eksited!

# I diurut 2x sehari, selepas mandi pagi dan petang. Selama seminggu, tugas Mak Tok adalah naikkan balik peranakan, betulkan urat2 dan sengkak. Bab sengkak ni memang I akui sakit sket, tapi as I said, demi masa depan, I rela nokkk! :p

# Berurut memang banyak kebaikkan especially untuk yg baru lepas bersalin dgn urat banyak putus dan terbelit time sakit contraction/meneran. Antara kebaikkan yg I found out for myself ialah:

• Lancarkan darah
• Naikkan rahim ke kedudukan asal (untuk anak ke-2,3….)
• Boleh betulkan segala urat yg tegang, putus, terpusing dsb
• Boleh buang angin-angin kus2
• Pecahkan lemak2
• Lancarkan aliran susu 

# Lepas Mak Tok balik kampung, Mama amik alih tugas. Tapi takdelah 2x sehari. Cuma sekali je, tue pun petang/malam sebab Mama kan kerja. FYI, mama pun boleh mengurut. So no worries la :)

# Sebelum berurut, I akan susukan Batrisya dulu, sebab takut dia melalak nak susu time tengah2 berurut tue. So far, dia memang memahami. Time I berurut, memang takdelah dia melalak, merengek ke ape. Good girl :)

# Bila dah beurut, badan jadi ringan, sedap, selesa. Setakat sakit2 tue takde apelah, kejap je dah hilang. Yang penting badan rasa sihat nak jaga baby, nak buat kerja-kerja sket. Takdelah lembik jer.


Bertungku

# Bertungku I buat everyday, 2x sehari, pagi & petang. Tapi lately, kadang2 tak sempat, sebab kang si budak tu melalak nak ngempeng, so I buat sekali je la sehari, depends pada masa. Kadang2 pagi, kadang2 petang.

# Org kata bertungku sejam lebih lagi elok. Tapi I buat setengah jam je. Tungku tue bukan kat perut je, kat peha pun sekali tau. Kasi kecik sket peha yg dah tak muat semua jeans nie.

# Tujuan bertungku ni supaya rahim kecut dan bagi darah beku keluar. Yes, I do agree pasal darah beku, sebab hari ke-8 berpantang, I pegi klinik sebab tak tahan sangat sakit sebab darah beku tak keluar2 (padahal I bertungku je!) Doc scan dan bagi ubat, lepas tue memang I bertungku lame sket. Alhamdulillah okey :)


Menjaga luka Episiotomy


# For the first week memang agak suffer lah. Especially bila nak buang air besar. YaAllah! punyelah takut nak meneran. Lagipon, memang orang tua & doc tak galakkan sgt meneran, takut jahitan terbukak or else peranakkan boleh jatuh.

# Lagi satu, umah parents I tandas cangkung ok. Silalah bayangkan betapa seriaunya bila nak buang air besar. Kena bersimpuh okey. Kenot cangkung yer. Nasib baik nak kenchh ada bangku kecik yg disediakan, itu pun terkepit2 makk ni nokkk.

# Bila dah susah nak membuang, makanya, sembelit pun datang. I merasa gak kena sembelit masa kali ke-2 nak membuang. Ampunnnn! Sakit dah hampir nak same ngan contraction yg mase dah dekat nak beranak. Sakit macam ade benda nak keluar, tapi tak boleh keluar. Padahal, abis je makan memang I minum je ubat sembelit hospital bagi tue, tapi kena jugak. Dan, seriously, sembelit boleh swing mood u alls! I memang tak tahan sabar time mase tue, dengan Mama, laki I, Mak Tok sume kena marah. Hehe. dah mintak maaf dah :)

# Tapi kejap je, minggu ke 2, bila luka dah baik, jahitan pun dah cantum, nan adolah susah sangat pun. Selamba je boleh buang air tak yah simpuh2, tapi takleh nak teran kuat2 sangat, still jaga peranakkan. Masuk minggu ke-3, benang jahitan pun dah tanggal, super gembira. Dah kembali normal, Alhamdulillah!

# Pasal cuci luka jahitan tue, awal2 tue I cuci that ‘part’ pakai air suam yg rebusan daun2 tue. Pastu bile doc suruh stop, I cuci dengan air suam + garam. Now, just cuci dengan air suam je lah.

# Ada yg suggest guna Dettol, tapinya bila pikir, luka jatuh motor cuci pakai Dettol I dah meraung, apetah lagi luka kat bawah tue. Ewww, takpelah, terima kasih! HAHA. Eh, lagipun doctor pun tak galakkan yer, sebab takut benang jahitan tu terputus sebelum masanya :) Nanti kena topup jahitan! ohh, kalau pasal jahit, 55juta kali I pikir okey, tak mau!! Huhuhu.



Okaylah, cukup tue dulu.
Kang nanti kalau I cerita banyak2 ade yg cakap poyo gila kuasa pulak semua benda nak cerita.
Macamlah I sorang je berpantang!
Muntah pulak nak baca, lagi2 yang tengah tunggu hari.
Dah lah dengar pengalaman bersalin seriau,
Dengar pasal berpantang kang sasau plak. Hehe.


Nanti kalau sempat I update lagi pasal berpantang ehh?
Pasal bengkung, pilis, param, makanan, pantang-larang dll.
Itupun kalau rajin menaip sambil nak layan si Batrisya nie.
Batrisya pun dah mencemik2 nie :D
Haisshh, hari-hari jatoh chenta dengan dia. Cumil jer.


Sape cakap anak sendiri tak comel memang giler! HAHA

Selamat berbuka u allsss :D



Macam manelah Mama tak jatuh chenta kat kamu? Haisshh! Geram!





 BisikChenta: 17 hari lagi, MISI BAJU KEBAYA :D

25 comments :

  1. berdiri bulu2an aku bace part teran seriau bagai...adehhhhh~

    tp kejap je kan masa berlalu..dh nk sebulan dh...

    ReplyDelete
  2. sis, arini ari kedua puasa la :)

    alahai comel benor anak sedara sorg ni...mata jeling2 gitu..muka papa dia dah ni..

    scarry nye, i yg c-sect ni lagi la tak berani nak cangkung2..i urut pun lepas dah 44hari lebih..mmg mantap n sedap la!

    ReplyDelete
  3. Nak betulkan, harini hari kedua lah puasa. =p

    Tang buang air besar tu memang tobatlah kalau dapat tandas cangkung (Sbb kat rumah mak pun jenih gitu). Nangehhh je tengok mangkuk tandas tu dan seboleh-boleh tahan buang air besar sbb takut nak teran. Kesannya, amek ko sembelit yang amatlah menyiksa diri sampai angin naik kat kepala. Kan?

    Geram kan tengok baby, makin hari ditengok, makin comel jadinya.

    ReplyDelete
  4. huhu cumil dak kecit ni yer..bibir sebijik macam kamu =)

    ReplyDelete
  5. Sis GOJES @ Anett
    # Haah, kojap je nak sebulan dah. tak sedar sebab hari2 dok menatap muke anak jer :)

    Sis Athi
    # Hehe. tadi tue typo error la. Maklumlah sambil menaip kejap kang BF, sambil tu nak tepuk dodoi2 si Batrisya lagi. multi-tasking la katakan :)

    sedap & mantap kan pas urut? terbaikk!

    Sis Ain
    # Alah kak. typo tue. dah betulkan ;p Haah, angin naik kat kepala sampai nak hangin je kat semua org, itu-ini tak kena. Hambekk kau! Huhuu. tandas cangkung memang seksa narapan!

    Sis Farah
    # Gile la mak tue kalau tak puji anak sendiri. huhu. bibir macam sy? mmg ramai cakap. atoi kata, abeslah besar nanti potpetpotpet macam mama dia! ;p

    ReplyDelete
  6. 100% SOKONG statement :
    "Sape cakap anak sendiri tak comel memang giler! HAHA"

    dan btol, sembelit sgt merunsingkan!!

    ReplyDelete
  7. kecik² da pndai menjeling anakku nie...papa balik,siap la ek...

    ReplyDelete
  8. HAHAHAHHA. ada ke orang cakap anak dia sendiri tak comel???
    kutuk anak orang lain tak comel adelahhh.. wuuuuuu
    samat berpantang, mek!!
    nebes ni. sila kasihan!!! =P

    ReplyDelete
  9. chomel je batrisyia

    bila baca nama anak u.. teringat anak2 murid I yg ramai nama batrisyia.. hehehe

    ReplyDelete
  10. sekejapnye ko dh 20hr++ berpantang..aku rse cm bru je lg batrisya menjengah dunia..ecehh..
    aku takut nk bersalin tp xsabar nk rse berpantang tu cmne.buleh cmtu??haha

    ReplyDelete
  11. serius sy leh tersenyum sorg2 bile baca post awk ni...hehehehe...mcm ne la sy nanti..
    awk masa taip entry ni mesti awk bebel sorg2 kan..kan..kan..hehehehe..

    yezzzzaaa!! serius! anak lue orang memang sgt comel!!!
    memang gile ar sape yg ckp anak dorg tak comel...owhh..tibe² rindu anak ofismate(naufal yg comel..)

    jaga diri baik...atoi..!! pantang 100 hari tau...hehehehe..

    ReplyDelete
  12. kan kejap je rasa masa berlalu..
    lepas tu dah kena keje n bb tinggal.. sedih jee rasa..

    betul.. berpantang masa lepas bersalin mmg kena jaga.. errr first week after deliver macam-macam cabaran niee.. seraammm..

    hee~

    ReplyDelete
  13. dah besar dh bole bukak mata dah anak u?!!!

    omg...seksanya baca berpantangg..not sure i can bear the pain or not.omg omg omg...nk berak sakit nk kencing pn sakit?aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.scaryy.haish..

    tp best la baca part urut n tungku tu..i so need massage nowwwwwwww.haish...


    geleng kepala pening i baca.cuak cuak cuak.

    ReplyDelete
  14. aku rase aku agree ngan semua tradisi pantang2 ko tu sbb aku pun xla tradisional sgt pantang dulu memandangkan condition ammar gundut tu.tapi kan seyes,MAK TOK IS THE BEST!urut sgt sedap.aku rase mcm nk import je maktok dok ngan aku lepas pantang.haha..aci ke? (of kos la x FOC).bab luke tu,aku dulu pk air suam+garam sbb nk hilangkan gatal2.tapi makcik aku sages pakai cuka.haha..sama je rase kl pk dettol,jd xbrani cobe2.sbb kite serope,takut kene jahit.hehe

    p/s: bila batrisya bukak mata,mmg sebijik kamu =)

    ReplyDelete
  15. comeynyer baby..nice sharing..i baru follow sini,do follow me ya kalau rajin=)bile la i nak merase ni semua..doakan i cepat dapat anak ye=)

    ReplyDelete
  16. thanks for sharing the information....saya pun tengah menunggu hari untuk bersalin.. bab bersalin mungkin x risau sgt (poyo jer.. hahahah), bab berpantang nie agak risau sbb x semua org akan bercerita pengalaman berpantang....

    ReplyDelete
  17. dear,klu ikut cra trdisional mak ktekn ofcoz mcm2 pantang adekn..2la kehebatan cra tradisional w'pun de cra2 moden ni,i pn lbih prefer cra trdisional tp 2la,i ni jnis degil sket,xtawla blh ikut ke x..hehehe..i pn ske sgt b'urut!!best kn urut2...:)

    ReplyDelete
  18. telan air liur bace part berpantang.
    HAHA! anyway, slamat berpantang dear!

    *comel banget la si batrisya nih!!

    ReplyDelete
  19. Sis Ilyani
    @ HEHE. Aleesya pon comel jugak >,<

    Sis Qis
    @ Kannnn.. mesti nak puji anak sendiri comel. kau pun kena jugak ke?

    Encik Papa
    @ kuat jeling macam sape?

    Sis amelyn
    @ hehe. takdelah nak nebes pe. cool je babe! HAHA. kutuk anak org tak comel bile tgok maknya yg tak comel tapi bajet comel, boleh?

    Sis chekgu
    @ HEHE. name batrisya memang common tapi sy tetap sukakannya. mesti bdk2 nama Batrisya bijak2 kan? Hehe

    Sis Yumie
    @ berpantang best je. dilayan macam permaisuri. haha. permaisurilah sgt! sabar mek. kau rase lah nanti, terutamanya sembelit tue ;p takot tak? HAHA

    ReplyDelete
  20. Sis Hani
    @ Haha. pantang 100 hari. tahan ke? tetttt! bile aunty Hani nk dtg jenguk nie?

    sis Qah
    @ memang 1st week byk cabarn. byk2 sabar je lah. lepas tu ok. hmm, tak terbayang camne nak pegi kee tinggal baby nie.

    Sis Lisa
    @ Dah besar dah mate dia, bulat je. HAHA. pegilah bermassage sebelum kawen. penting! ;p

    Sis Aze II
    @ Huhu. kite kan spesis degil & modern, konon! buat ape yg logik je. wahhh, air + cuka, same je kekdah dgn dettol, tak mauuuu!

    Sis Noora
    @ Thanks follow yer dear :) I'll follow u!

    Sis Wanie
    @ Pengalaman bersalin dah cite, now pengalaman pantang lah pulak :D

    semoga semuanya selamat untuk kamu yer :)

    Sis Nyomel
    @ telan air liur? hehe. nak rase? sabar, insyallah sampai turn kamu nanti.

    ReplyDelete
  21. Sis Deanna
    @ Haha. i campur2 je, tradisional & moden. ikut keselesaan diri sendiri, tapi pantang tetap jaga :)

    ReplyDelete
  22. tahniah ye...
    pengalaman org bersalin ni lain2.
    seronok baca kisah org ni sebab ada yang tak sama mcm kita...

    ReplyDelete
  23. sangat bagus penerangan ko!!!!...

    ReplyDelete
  24. wahhh...sebaya lah anak sulung kita, anak saya bersalin 11 March 2011, sekarang dah tahun 1.

    ReplyDelete

Komen lah korang!