Memakai Param
# Sebagai anak Jawa (both my parents Jawa ok!) bab param, pilis, jamu2 ni memang wajiblah. Cannot skip2 lah. Luckily, semua nie, Mak Tok yang buat, tradisional home-made.
# Param adalah ramuan yang seakan-akan bedak dengan campuran beras yg dikisar, halia bara, kunyit dan lada hitam. Mak Tok punye version dah dibuat dalam bentuk bulat2 then kalau nak pakai, just tuang air panas and bagi cair. Lepas tu sapu seluruh badan tiap kali lepas mandi.
Ini pula setelah kecairan. |
# Kata Mak Tok, param nie boleh buat badan kita rasa warm je. Kenapa kena warm? Lepas bersalin, normally badan akan seram sejuk, so, param ni akan keep warm suhu badan kita. Dari segi saintifik, I tak tau la betul ke idak. Selain dari itu, param jugak boleh buatkan susu mommy rasa suam2 kuku la kekdahnya. Baby akan suke la susu suam2 tue :)
# Plus, param ni function as lulur/scrub jugak lah. Kalau pakai pagi, then petang mandi gosok2 badan mesti daki2 senang nak tanggal. Ohh, I punye kulit badan masa preggy sangat teruk woo. Hitam2 macam berdaki. Aiyyooo! Orang cakap akan hilang sikit2 lepas 44 hari. Mintak2lah betul. Sebabnya macam takde effect sangat pun kalau pakai scrub ke lulur. Cocoa butter & Bio-Oil pun dah abis I lumur, tapi sekadar memudarkan sikit2 adelah. Cakar2 rimau tue memang tak hilang lagi. Dah macam org pemalas mandi pulak. Padahal penat tau sental. Iskk!
Berbengkung
# Mula-mula pakai bengkung nie, memang rasa rimas, macam sendat pun ado! Demi nak kempiskan perut ke bentuk asal, tabahkan jua hati. Tapi bila dah hari-hari pakai, rasa best, perut rasa padat je. Walaupun makan kemain banyak sebab menyusukan Batrisya, tapi Alhamdulillah tidaklah terlalu membooncit! Hasilnya, semalam try kebaya, dah boleh terima akal la tang pinggang. Tang punggung belom lagi ;p
# Sampai sekarang, I masih pakai bengkung. Bukan bengkung moden, korset, girder mahupun PB, ini bengkung yang 15m tue yer. Bengkung Jawa orang panggil. Bukan taknak pakai yang moden, Mama cakap lepas 44 hari nak pakai yg moden tue suka hatilah. Tapi sekarang pakai dulu bengkung nie. Baiklah!
# Mama I cakap dia punya bengkung Jawa tue dah diturunkan kat makcik2 I, pastu ntah mane hilang. Jadinya Mama buatkan bengkung baru utk I. Memang jenuh nak lilit2 selang-seli kain panjang2 tue. Masa mula2 dulu nak lilit kena Mama or sesapa tolong pegang. Now tak payah, dah expert buat sendiri.
# Lilitan adalah dari bahagian punggung sampai ke bawah cik B. Sebelum pakai bengkung I sapu perut dengan air limau + kapur. Tujuannya, nak bagi perut cepat kempis dan parut kat perut cepat pudar. Errr, tapi yg ini kadang2 I termiss sebab malas nak pegi bancuh, lagi2 kalau Mama kerja & terlupa nak buatkan. Makanya, I pun buat2 lupa lah. Hehehe.
Memakai Pilis
# Lepas berbengkung, kena pulak letak pilis kat dahi. Pilis ini dibuat daripada campuran kulit kayu manis yang dicampurkan dengan sedikit bawang putih. I suka bau pilis nie, cam bau rempah2 je.
# Tujuannya untuk mengelakkan 'darah meroyan' naik ke kepala atau mata jadi cepat kabur kalau tua nanti. Orang kata rabun putih. Cik Belle, ni aku menjawab pertanyaan ko tak pasal rabun putih? Hehe. Dari segi saintifiknya, mak tak tau nokkks betul ke tak. Nantilah kaji.
# Kalau ikutkan bila dah pakai pilis nie, tak leh selalu sangat membaca, menjahit apetah lagi mengadap laptop dan menulis belog. HAHA. Tapi, Mama I cakap okey jer. Cuma jangan lah 24jam online. Yang tue tak payah tunggu tua, muda2 pun boleh sakit mata.
Hai obat, hai obat, mari beli obat! |
# Jamu manjakani yg Mak Tok buat ni bagus sebab…
• recover energy & cergaskan badan (bukan utk pompuan dlm pantang je!)
• bagi panas badan utk bakar lemak, keluarkan toksin & angin2 dalam badan
• kecutkan segala otot2 & urat2 yg kembang masa preggy
• kempiskan perut
• keluarkan kandungan air berlebihan sebab banyak minum air
# Lagi satu, I jugak minum air halia dicampur gula melaka untuk lancarkan perjalanan darah N. Bagi darah yg ketul2 kat dlm tue lancar je keluar & tak sakit. So far memang okey, sodap okey air halia. Air feveret!
# Jamu lempoyang pun I minum. Ia adalah campuran daun jambu batu, daun lempoyang, kunyit, halia dan ape ntah lagi I tak ingat. Semu tue diblender, campur gula sket. Bagus untuk sistem perkumuhan, senang melawaskan dan jugak menyihat & segarkan badan. Jamu lempoyang nie, kalau tak bersalin pun memang I minum kalau balik kampung.
Makanan Pantang
# Sapo kate makanan pantang tak sedap?? (Ayat nak coolkan diri sendiri!) Makanan pantang I rotate2 tiap2 hari, takdelah menu berulang tiap2 hari. Takdelah jemu!
# Menu orang berpantang ni simple je. Mama I masak nasi lembik bagi senang lawas, ikan bilis goreng kering + bawang putih, ikan tenggiri dan ikan2 terpilih, sup ikan haruan, sup ayam kampung, sayur2 yang tak sejuk, kentang goreng halia + bawang putih + blackpepper, sup kentang + halia + blackpepper, nom..nom..nom.. rotate2lah menu tue. and tak lupa buah oren & epal kadang2. For me, okey je kot, kenyang je I makan. HAHA.
# No ais, air sejuk, air bergas dan sewaktunya. Air teh juga tidak boleh sebab nanti baby kembung perut. Kalau I lapar malam2 or lepas BF I akan bancuh my fave Hot-choc or Horlicks, cecah roti.
# Ohh yer, BISKUT TIGER adalah biskut rasmi berpantang. Memang siyes boleh tambah energy. Ini bukan I buat ujikaji masa berpantang, I memang dah praktikkan zaman2 askar dulu. Terbukti berkesan. 1 pek besar biskut Tiger = 3 hari. Auuummmm :D
# Untuk tambah penghasilan susu, I makan benda2 berikut:
Air Sarsi. Ini memang feveret I. Kat umah mesti ade stok! |
Air F&N Oren, yg nie pon stok kat umah! |
Mula2 tak lalu nak minum sebab rase dia pelik. Tapi layan jer! |
Sawi putih, menu sayur wajib! |
Alhamdulillah! So far now, susu memang mencurah. Kadang2 sampai basah bra kalau tak pkai nursing pad. Then, kalau dalam bilik air nak mandi, menunduk2, dia punye menitik, fuhh!! Tapi tue lah, baru sekali je mengepam. Tue pun separuh jalan. I prefer nak pump mase balik Sarawak, sebab malas nak pikir cara nak storage nak bawak naik flight. Lagipun I memang balik ke sana awal 2 minggu sebelum naik kerja. InsyaAllah sempat lah buat stok nanti :)
Lain-lain amalan
# Berstokin sepanjang hari, (takdelah sepanjang hari pun!) sebab taknak bagi sejuk or angin naik dari kaki. Kesannya tak nampak sekarang, lagi 10 tahun, tengok lah lutut menggigil ke tak kalau sejuk or dalam aircond. Tak pun kaki cepat cramp kalau jalan jauh2 sket. Haaa, tak percaya sila buat. I angguk je, percaya sebab tak pernah kena dan taknak kena. Tapi I percaya, sebab Mama buat dulu, sampai sekarang aktif main netball & jadi ref tournament kadang2. Jogging tak tinggal tiap minggu. Harus I pun bermotivasi tinggi!
# Pakai stretch-marks cream WAJIB walaupun kesannya takdelah nampak ketara lagi pun.
# Bertangas. Yang nie I belum sempat buat lagi. Mama kata nanti dia buatkan kalau sempat!
Kesimpulannya, amalan-amalan pantang nie takdelah ngarut sangat pun.
best nye Great Chicken Burger...tambah plak Snack Plate KFC...dan secawan Float A&W...
ReplyDeleteLagi, Raja Ayam Penyet, Big Apple, Snow Ice Cream...aduh...
Kecur air liur saya...ssslluurrpp
Sedapnye...
aku rse cm seronok je berpantang ni..hehe
ReplyDeleteqiesh!..untung ko stil ada nenek...cam aku ni, dah xde nenek...my mom sendri dah gak moden...xreti nak buat param pilis apa semua tu...xtau la camne cr aku bpantang nnti...yg pasti aku nak kurus balik!!!
ReplyDeletesemua yg u citer ni i dh penah tgk mak i dlu.bengkung sepanjang2 alam dia dgn ayah i melilit.hahaha.bertungku la apa la.makan pun sama.wpun masa tu i kecik i still igt.sbb nenek i pn jawa.so dia buat cmtu kat mak i.hehehe
ReplyDeletehi darl.. i mmg kagum dgn org2 pantang secara menyeluruh ni.. hiks! selamat mengharunginya ya.. juz sumtin to share... maybe u nak jugak pump once in awhile.. takmo simpan takpe.. let baby take it from bottle (maybe on 3 weeks onwards.. takut baby nipple confusion plak).. bukan apa, takut engorged.. saaaakittt sgt! :( cos usually time pantang, susu kita sgt byk and boleh over-supply and bila direct feed baby, dia takleh 'habiskan'... at least kalo pump, kita leh keringkan sepenuhnya... :)
ReplyDeletegigihnye u berpantang!
ReplyDeletetapi betul eh minum air F&N sarsi & oren bole tambah susu? first time i dengar. hehe!
dear, kalau kena dengan org yang jaga kita masa berpantang ni mmg best laa kan saat berpantang.. semua dah ready.. hee~
ReplyDeleteinfo yang berguna. kan dirujuk akan datang hehe. thanks kakak
ReplyDeleteQiesh!
ReplyDeletegigih betol berpantang weiii. bagus2. dah boleh kebaya tu cunn lah tu. :)
hi dear.thanks for sharing.info yg berguna utk ibu2 lps beranak.aaa.mmg x penah dgr kalo minum air kordial sarsi n oren bleh tambah susu?menarik!
ReplyDeletetahniah!.. selamat berpantang!
ReplyDelete