Friday, June 4, 2010

Movie: Lagenda Budak Setan

Selamat Hari Jumaat! Sudah hari Jumaat! Wahh..sangat pantas masa berlalu yer? Rasa macam baru je start awal minggu. pheww~

Okey, I bagi 5stars la kot untuk Lagenda Budak Setan the movie. As I said, I pegi tengok lagenda Budak Setan semalam. Yang pasti I paksa kedua2 bodyguard I, encik so-army & adik I pegi tengok sekali. haha..

Okey..kepada yang memang meminati dan follower novel2 Ahadiat Akashah, I guess u guys dah hafal storyline cerita nie kan? How they met? How they fall in love? But, dalam movie Lagenda Budak Setan, ada sedikit yang berubah. Mereka bukan berkenalan di Sri Mutiara, sekolah untuk pelajar2 terpilih, tetapi mereka berkenalan di kolej. Ada lagi few benda yang ditukarkan dalam cerita ini. Tetapi, walaupun ditukar, semua watak2 penting ada! :)

Okey, kepada yg nak tau sinopsis Lagenda Budak Setan the movie, sila baca!!

SINOPSIS: (sorry, I buat sinopsis ikut pemahaman I, kalau ade rase yg salah, tolong betulkan!)

Kasyah (Farid Kamil) bersama rakan sekolejnya yang dianggotai, Sapi (Nubhan AF), Man dan Cin Cai merupakan pelajar2 nakal dan selalu dikenakan tindakan disiplin. Mereka juga melabelkan kumpulan mereka sebagai anti perempuan. 

Namun, sikap dan kenakalan Kasyah berubah dengan kemunculan pelajar baru, bernama Ayu (Lisa Surihani). Pertemuan mereka bermula apabila Kasyah and the gang telah meletakkan cicak di dalam minuman Ayu pada hari pertam Ayu mendaftar. Selepas kejadian itu, Ayu telah menambat hati dan perasaan Kasyah, membuat dia jatuh cinta. Ayu mencabar Kasyah untuk berubah dan sebagai syarat untuk dia menerima Kasyah. Kasyah berjaya membuktikan yang dia telah berubah, lalu Ayu mula memaafkan dan member respond. Episod baru hidup Kasyah pun bermula. 

Kasyah merupakan pelajar tahun akhir, dan Ayu telah mendorong Kasyah untuk kajian thesisnya di kawasan pedalaman bagi mendapatkan hasil yang terbaik. Walaupun berat, namun masing2 terpaksa berpisah sementara waktu.

Sayangnya, Azmi (Que Haidar) ex-boyfren Ayu, tba-tiba muncul dan menagih cinta dari Ayu. Azmi terlalu cemburu apabila Ayu menolak cintanya dan mengetahui hubungan Ayu dan Kasyah. Dalam diam2 melalui ibu Ayu, Mak Leha (Shiela Mambo), Azmi merancang sesuatu untuk membolehkannya bernikah dengan Ayu. Melalui perancangan Azmi, Mak Leha berpura sakit jantung dan tidak boleh kerisauan. Ayu yang serba salah terpaksa menerima Azmi dalam hidupnya, kerana bimbangkan keadaan ibunya. Ayu terpaksa mengahwini Azmi. Dia juga terpaksa berhenti kolej dan meminta rakan baikknya Suzanna (Raja Farah) merahsiakan perkara ini, walaupun Suzanna cuba memujuk Ayu untuk memberitahu Kasyah.

Setahun kemudian, apabila Kasyah balik daripada membuat kajian, Kasyah kecewa apabila mengetahui daripada Suzanna yang Ayu telah berkahwin dengan Azmi. Namun selepas berkahwin, Azmi kembali kepada tabiat lamanya yang pemabuk, panas baran, kaki perempuan dan sering membelasah Ayu. Suatu malam, mereka berdua bergaduh besar. Ayu yang dipukul bertindak melarikan diri dengan kereta. Ketika memandu dalam keadaan trauma dan emosi, Ayu hilang kawalan lalu kemalangan. Ayu cedera parah. Mukanya hancur. Azmi menuntut maaf tapi Ayu sebaliknya menuntu cerai dan minta wajah yang baru. Episod baru hidup Ayu pun bermula. Ayu yang kini berwajah baru tampil sebagai Emilia (Shiqin Kamal). Ayu ingin memulakan hidup baru dan melupakan episod dukanya. 

Ayu / Emilia, menubuhkan syarikat melalui wang simpanan dan pampasan dari Azmi. Melalui kawannya, Suzanna, Kasyah dijejaki dan dipelawa untuk bekerja dengan syarikat Emilia. Kasyah yang pada mulanya tidak menyangka apa2, mula mengesyaki sesuatu apabila terlalu banyak persamaan antara Ayu dan Emilia. Melalui Suzana juga Kasyah mengetahui segalanya tentang Ayu / Emilia. Hubungan mereka kembali bertaut. Azmi yang sakit hati cuba mengagalkan hubungan itu kembali. Azmi sekali lagi meminta bantuan Mak Leha untuk memujuk Ayu / Emilia. Semasa di rumah Emilia, Azmi telah memukul Emilia dihadapan Mak Leha sehingga Emilia terjatuh dan tidak sedarkan diri. Emilia cedera parah di kepala dan hilang ingatan. 

Berbagai cara dilakukan oleh Kasyah dan Mak Leha untuk memulihakn ingatan namun belum berhasil. Dalam masa yang sama, Kasyah telah berusaha mencari pekerjaan yang baru memandangkan syarikat Ayu / Emilia telah di tutup. Kasyah kini bekerja dengan Katerina (Fazura). Dalam diam-diam, Kate telah tertarik dan jatuh hati pada Kasyah. Emilia yang semakin pulih, akhirnya menerima dan mengahwini Kasyah. Katerina yang terkejut dan kecewa dengan berita itu telah mengambil keputusan untuk menyambung pelajarannya di LA. Namun, kebahagian yang diharapkan Kasyah tidak kekal lama. Ayu / Emilia meninggal dunia ketika melahirkan anak mereka.

COMMENTS:
Pelakon
Ohh! Farid Kamil dan Lisa Surihani ialah gandingan hebat dalam filem nie.  Yeah, I must admit it even I rase dah banyak sangat muka Lisa kat panggung so dah agak bosan. For me, it's ok  la. They both memang berjaya bawa watak dengan baik especially Farid yang I rase sangat menepati ciri-ciri Kasyah yang I bayangkan mase bace novel die. Seriously, I tak tipu, i memang membayangkan yg muka Kasyah adalah seperti  iras2 Farid Kamil (bibir, bentuk muka & rambut) Oh no! I bukan peminat Farid Kamil, I peminat Aaron Aziz okey :) Tapi, selepas LBS nie, I rase I dah suke Farid Kamil plak! ;p
Lain2 pelakon, Que Haidar, of course la orang yg tepat jugak untuk bawak watak Azmi. Juga Shiela Mambo, Raja Farah & Fazura. Sangat tepat pilihan itu! Hmm..Pelakon baru (baru ke? I tak sure sebab I tak penah nampak muke die!) Shiqin Kamal boleh tahan jugak la..Muka die pon dah ala2 Ayu (Lisa) selepas pembedahan. Cuma die mungkin perlu banyak belajar feeling sket sebab I rase die punye feel kurang sampai kat I mase die hilang ingatan. Nampak macam kaku sket!

Pemilihan lokasi
Ahahaha.. I sangat suke kawasan yang Kasyah pegi mase buat kajian thesis tue.  The river, village & gua2 batu kapur tue. Kat mane yer? Siapa tahu? I teringin nak pegi laa..Sangat kewl..Ohh i suke jugak bukit dekat kawasan rumah Ayu. Kolej tempat diorg belajar pun not typical kolej/universiti. Haha..kalau tak, sure I bosan tengok diorg buat shooting kat Twin-Tower UiTM yang hari2 I tengok dulu or MMU Cyberjaya..again! Tempat diorang dating ade pokok sebatang kat UPM tue memang tempat familiar, but, I memang suke view itu, jadi not bad laa :)


Lagu Tema OST
Sangat syahdu dan best. Sayu je bile dengar lagu tue. Especially bile scene mereka saling merindu, then Ayu kene pakse kawen, Kasyah pulak macam ade sense something jadi kat Ayu. Kuar plak lagu nie..Wahh..meleleh beb! Haha..okey, I share lagu nie kat sini..






Hmm..kesimpulannya, kalau dah suka, semuanya bestttt!! Thumbs up to SHARAD SHARAN yang berjaya mengarahkan filem adaptasi daripada novel terlaris di Malaysia in dengan baik sekali!!!
Yang belum tengok cepat pegi tengok!! Weekend nie mesti full la panggung!!

BisikChenta: Kasyah dan Zahiruddin Shah..Jejaka idaman..haha~ :)

8 comments :

  1. xper rela tgk lambat sikit uhuk2...

    jeles ni hehehe

    ReplyDelete
  2. sis PiA
    ~ hehe..pegi tengok tau! :) jangan nages plak..

    sis Farah
    ~ haha..enjoy your nite sis! :) sure tak nyesal punye!

    ReplyDelete
  3. fuh!! mesti terjah wayang secepat yg mungkin. hehe..

    ReplyDelete
  4. uni dia univ notingham yg kat semenyeh tuh kan?

    ReplyDelete
  5. eh,mcm bes..nape ade bg review sgt buruk?

    ReplyDelete
  6. sis Haliza
    ~ yeayy! cepat2..terjahhhhhh..~

    sis Fathin
    ~ haah..univ nottingham kat semenyh tue..umah die plak dekat ngan bukit broga :) sgt best hiking situ..

    sis Kay
    ~ ntah la..i pun tak tau..yela, different people ade different opnions.. :)

    ReplyDelete
  7. huhu..akak..saya da tgk cite ni..
    as u said..mmg best..
    :)

    ReplyDelete

Komen lah korang!