Tuesday, March 4, 2014

Info: Rambut Gugur Lepas Bersalin Sebab Air Liur Anak?

Salam. Hai u alls.

Sampai sekarang aku macam tak boleh nak terima hakikat dan perkaitan ini.
"Abislah rambut maknya gugur anak dah start main air liur"

Ni kalau laki aku lagilah macam-macam soalan dia dok pertikai. Apa kaitan air liur anak dengan rambut mak? Dalam perut anak makan rambut ke sampai nak ada kaitan dengan gugur? Kenapa air liur kenapa tak muntah ke, tahi idung ke, rambut anak dengan rambut mak ke? Ye lah kan, cuba bagi jawapan saintifik logik sket. Aku pun biasa takleh terima sangat kalau benda takde kaitan tibe² berkait macam nie haa.
Meh aku bagi jawapan ala-ala bijak pandai gitu. Haha.

Perkara yang ibu perlu tahu tentang rambut gugur lepas beranak.

1) Sebab utama rambut gugur lepas bersalin - Hormon dalam darah berubah lepas baby lahir.

2) Masa pregnant, peningkatan estrogen melambatkan pertumbuhan rambut. Hanya sedikit je rambut gugur setiap hari.

3) Lepas bersalin, tahap estrogen menurun dan folikel rambut masuk ke fasa berehat. Dalam fasa berehat ni lah rambut banyak gugur masa sikat rambut dan mandi.

4) Lepas fasa berehat, rambut pun gugur. Purata rambut gugur bagi wanita selepas bersalin ialah 50-100 helai sehari.

5) Tak payah nak panik menggelabah puyuh sangat sebab keguguran akan semakin berkurangan dan kembali normal antara 6-12bulan lepas bersalin. Alaa, lebihkurang setahun je. Pastu ko nak pegi perm rebonding ke ape ke pegi lah! *tu pun kalau tak mengandung lagi kikikiki*



Ok, so tak payah la nak meroyan lebih. Normal lah kan rambut gugur. Setakat tiap hari kene sapu rumah rambut bersepah tue apa de hal kan? kan?
Aku amik Zinc Shaklee, kuranglah sket gugur tapi adalah jugak. Pastu aku nak try satu produk shampoo nie La Bourse Paris hair care set. Produk ni tengah in sekarang. 


Cuba korang hashtag je kat insta #laboursemalaysia #laboursemurah sure keluar berbagai² seller dengan harga yang standard range aku tengok RM60-RM180 lah untuk satu set depends on barang apa korang amik. Basic shampoo & conditioner pastu ade tambah² la hair food la, serum la, tonic la. So far aku tengok testimoni memberangsangkan. Kasi aku try dulu baru leh tau berkesan dak. Meantime, makan lah supplement tue dulu yer!

NotaChenta: Kalau anak masuk kaki dalam mulut, maknya nak....?



12 comments:

  1. 6 buln ni..kurng dah rambut gugur.

    nota: mintak nk adik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah by 6months dah kurang sket kan?
      HAHAHA mintak adik? tettttt!

      Delete
  2. mmg tgh fasa keguguran maha dahsyat ni..pas abes red flag ni nak potg pendek trus..mmg hazab gugur ni..anak menyembur xseberapa pun..cpt try ok ke x shampoo tu..klu ok gitau ye..aku nk try shampoo bawang lah ade kate ok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku bukan gugur je, gatal sekali siap lengkap pakej dah macam kera dah aku kejap² garu kepala.
      hahaha nanti aku try dulu baru nak pi order nie, pastu dah kompius nak amik set mana sebab semua set macam best haha
      aku shampoo bawang kawan aku ade pakai die cakap bauuu ya Allah hazabedah tak tahan!

      Delete
    2. yeke hazabedah..cancel..kang laki xlalu plak kang hahahah!!!

      Delete
    3. aku tak tahu lah tapi aku x pernah try. kawan aku ckp mmg bau hazbedah. kihkih

      Delete
  3. Wah! Thanx for info.baru tahu ibu besalin keguguran rambut

    ReplyDelete
  4. Aku dulu adri takde meleleh nyembur air liur pun rambut gugur jugak!! Nyudahnya dalam pantang takde toncet2 bagai. Maknya jadik miley cyrus terus!! Huhu. Rasa mcm dh lama xpjg rmbut aku ni. Haha asek gi salon je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekkkk, aku pun sama weh. rambut aku last panjang lepas kawen, masa nak dekat beranak Isya aku terus potong. sampai sekarang tak pernah lepas bahu pun, kadang bawah telinga sket je aku dah rimas. HAHA

      Delete
  5. huhu husband lin da siap suruh pakai shampoo bawang.. tp lin macam erkkk.... ??
    nak try yang ni la.

    ReplyDelete

Terasa diriku begitu berharga! ;p

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...