Thursday, November 20, 2014

Kisah Cik Diva Batrisya ke sekolah!

Salam.

Ini kisah last week. Rabu, babysitter aku ada emergency, terpaksa balik kampung subuh² hari. Ada kematian. Innalillah.

Lepas letak telefon jer kepala aku berpusing, pikir mana nak letak dua nak dara tue. Dengan laki aku takde, dengan kerja tengah melambak, pastu kena pikir nak hantar 3hari yer, bukan sehari, sebab dia balik kampung terus sampai ke hari Ahad.

So, salah satu idea yang terlintas kat kepala nak hantar Isya pergi taska. Terus whatsapp kawan aku, Kak Farah, yang juga owner salah satu taska kat dalam taman aku nie. Approved! Kak Farah suruh anta je Isya.

Aku pun apa lagi, kelam-kabut jugak buat instant checklist, apa barang nak bawak pergi taska. Debarrrnya! Yerr, first time la nie nak hantar dia ke taska. Mak yang hover. Masa ni aku tanya Isya nak pergi sekolah tak, dia cakap nakkkk! Laju aje mandi bila aku suruh. Padahal dia paling liat nak mandi pagi.

Ok, lepas siap semua, aku gerak pegi rumah babysitter tumpangan. Actually akak tu jaga anak kawan aku jugak. Aku pun dah mintak kebenaran tumpangkan Dyna untuk 3hari, kawan aku pun okay jer. Masa anta Dyna, Isya cakap "Adik, duduk elok² rumah acik yer. Kakak nak pegi skool" gituuu, kemain pesanan si kakak kan.

Sampai taska, Isya semangat nak sandang beg. Lagi² bila nampak depan taska ada buaian, gelongsor bagai. Aku hantar sampai pintu, salam, cium macam biasa, pastu cikgu ajak dia masuk dalam. Dia pun lambai -- dengan muka macam separuh nak senyum!

Sampai office aku buat kerja yang melambak kejar due date. Sempat whatsapp tanya keadaan adik. Kakak? Takde berita, aku ada msg cikgu dia tapi tak reply. Takpe. Tengah busy lah tue. Dengan harapan semua ok!

Dalam pukul 10 lebih, cikgu msg, 

"Batrisya nangis, kmk x tauk apa nya maok. Dah berik susu tek, x maok juak nya"

Aduhhhaiiiii!

Aku call cikgu, mintak nak cakap dengan Isya. Sepatah haram aku tak paham butir ayat dia. Sebab dok nangis meraung. Aku cakap kat cikgu kejap lagi aku sampai.

5minit kemudian aku sampai kat taska. Isya nampak aku terus datang peluk menangis². Pastu aku pujuk² la suruh diam, jangan nangis. Dia okay. Tapi bila aku cakap aku nak pergi kerja balik dia dah cebik balik.
Aku tanya cikgu, dia okay ke tadi. Cikgu cakap okay je mula² dia main dengan Adam (anak kak Farah) pastu dia main jugak lah. Pastu orang dah start belajar dia duduk sorang² kat tepi. Nak main dengan budak sebaya semua tengah belajar. Yang ada budak² kecik.

Aku : Kakak, mama nak work. Kakak duduk sini yer dengan kawan².
Isya : Tak nak. Kakak tak nak duduk sini. Kakak nak duduk dengan acik, nak pergi dekat Dyna. Kakak rindu Dyna.
**paused**

Okaylah fine lah. Jom lah jom.
Aku pun decide nak amik Isya dan hantar pegi rumah akak yang jaga Dyna.
Sampai rumah akak tu, dia masuk nampak Dyna terus peluk adik dia, pastu ajak main. Pastu aku nak salam babai, harommm takmau.
Oklah, janji bahagia lah kakak.

Petang aku balik amik dia macam biasa.
Malam sambil lepak², aku tanya Isya pasal kejadian kat taska.

Aku : Isya, kenapa tadi nangis kat skool. Kan Isya yang sibuk nak pergi skool.
Isya : Alaaa, kakak tak nak lah. Kakak malu. Semua orang pandang kakak.
krikk..krikk..krikk..krikk..

Alahaiiiii, diva sangat anak aku. Tak retis lah kakak kalau malu² gitu.
Aku tak perasan pulak bila datang perangai malu dia nie. Sebab kalau selalu main dengan orang lain takde plak malu gitu. Selalu dia yang dok berteromba sana sini, kalau main kat mana² playland ke play area kat shopping mall dia yang dok halau orang.
Or, maybe dalam suasana macam gitu dia tak boleh nak adapt lagi. Makanya keluarlah perangai diva ittewww. Alalalala anak!

Macam mana nak start hantar skool next year nie?
Mommies yang anta anak pergi taska skool etc any tips?

Cik diva Batrisya -- First day at school!

 Perangai diva tak boleh blah! Teringat mama pun pernah jadi diva masa sekolah dulu. Kbai!

7 comments:

  1. ala kakak rindu dyna... comel la... ihihih....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha comel ye la comel. tapinya tru lah perangai diva ni kang masalah nak anta sekolah tahun depan nie lin oiii

      Delete
  2. Haha. Gitulah Raneeya masa mula-mula masuk taska. Hampir dua bulan kau hadap dia menangis. Isya masih tak biasa kot nak jumpa strangers tanpa parents.

    ReplyDelete
  3. tu ar qah dalam dilema next year nak anta amel skola dah... huhu

    ReplyDelete
  4. Mgkn sbb baru hari pertama kot..blm adapt dgn suasana

    ReplyDelete
  5. Rasa mcm dah komen tp tenet gila . penat taip!

    ReplyDelete
  6. Student aku paling lama tiga hari nangis. Kadang2 budak2 xtau napa dia nangis. Amik dia,dukung,pujuk pasai pa nangis.sedih napa. Kadang kadang tu distract dia dgn benda lain,kasi seronok,baru dia ok. Bawak p garden etc.minggu kedua x nangis dahh.

    ReplyDelete

Terasa diriku begitu berharga! ;p

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...