Tuesday, May 1, 2018

Travel with Buddy | PERTH 2017 (Part #02 - Penginapan/Accomm.)

Assalammualaikum WBT.

Haiiii, Selamat Hari Pekerja uolls!

Sambungan cerita trip ke Perth. Harap korang tak muntah baca HAHA Iolls kena clearkan draft sebelum naik keje. Takut dah masuk keje tinggal berhabuk balik blog ni nanti.

Okay, Part #01 dah cover benda-benda basic macam flight ticket, transportation, facilities & communication. Now part #02 nak cerita pasal accommodation sepanjang kat sana. Rasanya kalau nak cerita 6 hari 5 malam kat Perth secara details memang tak kan terhabis. Tapi cukuplah sekadar nak menulis untuk rujukan siapa2 yang tengah survey dan untuk memori sendiri mana tau esok2 dah nyanyuk baca balik ada lah benda untuk dikenang. 

ACCOMMODATION

+  Semua penginapan kami di Perth dah siap booked dari Malaysia. Book thru Booking.com & airbnb.com.

+ Semua tempat penginapan kami sampai lewat dari waktu check-in sebab travel jauh-jauh kecuali di town Perth CBD.

Notes: Sila notify/maklumkan terus masa booking dekat 'Remarks' kalau nak check-in lambat. Sebab ada hotel diorang memang ada limit time utk check-in dan kalau late check-in pun nanti dia akan guide cara nak amik kunci bilik awal-awal by email. 

Day 1 (31 Julai 2017) - Baywatch Manor Augusta,Western Australia

  • Kemain tau pilih baywatch nama. Sebab kawasan ni memang dekat sangat dah dengan pantai.  Tu nama pun gitu agaknya. Dari sini nak ke Cape Leeuwin dalam 30minit.
  • Harga: AUD90 @ RM266/night.
  • Rating: 3-star Hostel | 8.9 (Booking.com) | 4.5 (Trip Advisor)
  • Bilik kami kategori Private Room. Ada 2 katil, ada drawer, ada heater & extension plug.
  • Common area ada kitchen & dining area lengkap dengan peralatan, ada self-service laundry (washing machine free, dryer AUD2), TV dan living area pun bleh tahan besar, kami je tak sempat nak explore. Parking free keliling area.
  • Yang agak tak best ialah bilik takde toilet/bathroom, shared bathroom. Bilik level atas, toilet je ada satu level. Tapi nak mandi, bilik air kat bawah. So memang kena pakai proper lah nak pegi mandi. Mujur masa kami duduk situ, ada sorang je lelaki duduk kat situ, plus kami pun sampai dah lambat.
  • Kami check-in lambat, memang remarks dah. So masa sampai, staff memang still tunggu. 
  • Check-out awal. Just drop kunci kat box depan office.
Reception kaunter still bukak masa kami sampai.
Bilik No 12.  2 Single bed, drawer, heater kat hujung drawer tu kecik jer, tapi ok lah buat perangat!

View siang hari. Actually, boleh je nak walk-in kat sini.

Dari balcony atas boleh nampak lautan yg terbentang luas kat belakang tu haa.
Breathtaking view wehhh. Tak tergambar dengan kata-kata.

Day 2 (1 Ogos 2017) - Albany Bayview Lodge YHA, Albany

  • Sama jugak macam 1st day, kami opted for late check-in. Kawasan Albany ni makin sejuk. Suhu masa ni around 4ºC.
  • Harga: AUD64 @ RM189/night.
  • Rating: 3-star Hostel | 7.5 (Booking.com)
  • Bilik kami kategori Dorm. 4 beds, ada 2 katil double-decker. Sebab, perancangan awal 3 orang pegi, so bila xjadi, then proceed je malas nak tukar bilik.
  • Lain-lain dalam bilik ada locker 4 - ikut bilangan katil, small fridge & extension wayar yg banyakkk i like!
  • Heater tak berapa nak rasa. Tak pastu sebab memang suhu sejuk atau heater yang problem. Tidolah kami berselubung comforter. Yang si Pika aku xingat berapa lapis stokin & comforter dia pakai.
  • Shared bathroom concept, tapi kali ni bathroom sama level. Kat shower area dia, ada jam pasir kecik as reminder untuk tak bazir air dan letrik. Good reminder on energy consumption & elakkan pembaziran. Comel je.
  • Common area - ada TV room, laundry area (tak sure bayar ke tak) dan shared-kitchen jugak. Setiap bilik dia bagi 1 rak kat kitchen utk letak barang2 makan. Kami tak pakai pun sebab guna microwave je untuk panaskan makanan.
  • Parking space ada few je yg betul2 dalam premis. Lain2 boleh park tepi jalan. Mujur rezeki kami dapat park dalam, sebab takut jugak nak park kereta kat luar.

Ni level atas jalan nak ke bilik kitorang betul2 sebelah kanan tu, tepi toilet.

Bilik 2 katil double-decker! 

Shared kitchen. Kitorang just pakai microwave je nak heat kebab.

Day 3 (2 Ogos 2017) - Airbnb - Queeny's House @ Baldivis

  • First time booked airbnb oversea. Sedikit tips, if nak book airbnb better korang chat dulu ngan owner sebelum confirm booking. Kami tanya macam2 soalan sebelum confirmkan booking.
  • Harga: AUD70 @ RM222/night.
  • Rating: 4.5 (airbnb.com)
  • Owner Chinese, kawen dengan Australian. Anak dia 2 orang girl. Masa ni tetiba rindu kat anak2. Kami check-in sangat lewat, almost 10pm. Something happened masa ni, nanti cerita!
  • Bilik kami kategori Private Room in House. Katil 1 queen + 1 single yang di cantumkan. So sangat luas dan selesa. Bilik ada almari, iron & board, extension takde tapi plug je ada 2. Maybe boleh request tapi sebab kami sampai lewat, diorang dah nak tido jadi taknak kacau tuan rumah.
  • Self-service laundry tapi takde dryer. Iolls gigih basuh dan lepas tu dok ulang2 spin 5x huhuhu esok paginya, hampar je dalam kereta sebab almost nak kering dah.

Queeny, owner rumah. Hospitality memang terbaik. Sanggup tunggu kitorang yg sampai lewat giloss. 

Depan rumah Queeny. Sebenarnya rasa tak puas borak dgn dia. Sebab awal pagi dah check-out.
Kami keluar dia pun keluar nak hantar anak-anak pegi sekolah.

Day 4 - 6 (3 -5 Ogos 2017) - Hay Street Traveller's Inn, Perth CBD

  • Okay kat Perth CBD kami hanya stay satu tempat jer. Malas nak berangkut barang tukar2.
  • Harga: AUD40 @ RM120/night.
  • Rating: 2-star Hostel | 7.9 (Booking.com) | 3.0 (Trip Advisor)
  • Bilik kami kategori Dorm. 4beds, ada locker sorang satu. First time dapat bilik level bawah dan first time kami dapat teman sebilik. Chinese Hong Kong. Datang Perth nak cari kerja.
  • Shared bathroom, tapi kali ni sebab bilik bawah kan, so ok lah tak jauh sangat nak mandi.
  • Heater dia centralized so kalau tanya spesis macam aku memang aku rasa panas. Tapi si Pika kata just nice. Yolah tu nice. Untuk 2 malam kat sini aku tido memang takde selimut2 stokin pun tak. Suhu masa ni kat city pun dah okay sket around 8-9ºC. Mak keluar jalan takde pakai sweter pun.

Bilik kitorang tu haa pintu kiri tu. Level bawah. Straight je kebelakang nanti jumpa toilet & laundry area.
Sebelah kanan tu ke dapur. Nampak tak sign hijau "KEY DROP OFF" tu? Office tak bukak drop kat situ je.

Ni view. Depan ni ada bus stand. Sebelah kiri building ada parking space & shop building sebelah tu ada convinient store, laundry self-service & kebab 24 hours.

TOTAL BUDGET PENGINAPAN/ACCOMMODATION

  1. Baywatch Manor, Augusta : AUD90 @ RM266/night.
  2. Albany Bayview Lodge : AUD64 @ RM189/night.
  3. Airbnb Baldivis : AUD70 @ RM222/night.
  4. Hay Street Traveller's Inn : AUD112 @ RM394 for 3 nights.
TOTAL lebih kurang RM 1,100 untuk 6 hari. Sorang dalam RM550.

Kesimpulannya, hotel atau mana-mana tempat penginapan ada kelebihan kekurangannya. Kalau nak semua lebih, bayar pun lebih lah. As kami ni consider nak masuk bilik untuk tidur & nak ada laundry sekali dua, jadi bila mencari keutamaan kami adalah yang tak mahal sangat. Bab shared toilet tu depends ngan orang, kalau rasa tak selesa, malas nak pakai proper ke apa, korang pi la cari hotel yg ada bathroom or kalau family sewa je 1 rumah kat airbnb. Sekadar cadangan ok!

Ok, cukuplah untuk kali ni. Sambung next entry pulak pasal makan-makan, tempat-tempat menarik yang tak tahu bila nak sudah HAHAHA.
Till then! Daa~

No comments :

Post a Comment

Komen lah korang!