Sunday, May 6, 2018

90 Hari & Pantang Anak Tiga - Tamat!

Assalammualaikum WBT. 

Finally, habis 90hari cuti bersalin. Hari ni Basyeera genap 90 hari @ 3bulan. 
Esok mama nak naik kerja dah. Alaaa, rindu nak gomol bau masyam pagi-pagi nanti!



Sekejap tak sekejap lah. Tapi nak recap balik kejadian 90hari lepas. Sebab apa kena recap? Sebab kenangan 90 hari yang pertama & 90 hari yang kedua ada tertulis. Maka, seperti biasa, seadilnya mama menzahirkan cerita.

Rutin Berpantang #MakAnakTiga

5.45AM

- Bangun pagi, gosok gigi, cuci muka, terus mandi. 
- Eh, eh, bukan mak yang mandi. Anak yang mandi. Batrisya kena dikejut untuk ke sekolah by 6am.
- Sementara dia mandi, dah boleh lah masak breakfast & bekal. Biasanya, dia ni mandi kena jenguk kalau tak mau 30minit dia bersidang kat toilet.
- Lepas siap breakfast & bekal, Isya makan then mama laju-laju pegi solat.
- Wajib siap semua rutin by 6.40am, sebab nak gerak 6.45am (kalau tak hujan), kalau hujan 6.30am dah kena gerak, takut jem nak masuk sekolah. Walaupun sekolah tak jauh, tapi still kena gerak awal sket.

7.00AM

- By 7.00am dah kejut Badriena pulak. Biasanya dia boleh je bangun sendiri sebab kadang dah dengar kakak bising-bising or mama dah mengaum.
- Breakfast & bekal dua beradik ni biasanya sama. Mana yg sempat, sosej, burger, french toast, sandwich, roti stoberi, roti nutella, nasi goreng, bihun goreng, nasi lemak, apa-apa ajelah janji dua2 perut berisi dan ada bekal ke sekolah. 
- 7.30am Dyna dah wajib siap makan. Sebab anytime Ayah (husband pengasuh) akan sampai untuk amik & hantar Dyna ke sekolah. Masa awal2 ada la jugak minta tolong jiran hantarkan, sebab sekolah Dyna jauh sket. Kalau hujan? Kalau hujan, yours truly akan hantar lah.

9.00AM

- Sebelum atau nak dekat 9.00am, mama dah wajib siap mandi, siap makan dan siap pakai bengkung. Bengkung lilit Jawa okay, gigih! 
- Tapi ada masa kalau memang tak dan sebab timing lari sket, pakai bengkung instant jer.
- Once Basyeera bangun je, dia akan menguekk sket2 je. Sebab kat sini matahari awal, pukul 9 dah macam pukul 10, so dah boleh la mandikan Eera.
- Lepas mandi, susu, dan dia biasanya tak terus tido. Dia akan main-main dulu, ajak borak. Masa ni boleh la sambil-sambil lipat kain ke, kemas dapur sket, pam susu ke, asalkan buat keje kite depan mata lah.
- Masa awal-awal pantang, akak yang mengurut dah datang, so dah boleh start sessi mengurut.

Nenek Siti dia mandikan.

Tu haa, pi ikat kat grill, lilit sendiri.

Demi pinggang Jessica Alba.

11.00AM

- Okay, biasanya dia dah tido. Fuhhh! Laju-laju pegi dapur, masak-masak apa yang patut untuk makan tengahari.
- Masa 2minggu awal, ada akak yang mengurut aku ni tolong masakkan. Thanks banyak2 Kak Siti. Dah macam keluarga dah kak Siti & keluarga dia ni.
- Lepas 2 minggu, aku sendiri masak lah. Alaa, simple2 je sebab yang nak makan sorang je pun. 
- Kalau nasib baik, dapat masak dengan jayanya. Kalau tak berapa baik, makanya usunglah Eera ke dapur. 

12.00PM

- Biasanya dah ready nak lunch. Lepas je settle makan, ready nak gerak amik Isya balik sekolah. Masa 2minggu awal, minta tolong mak classmate Isya yg merangkap kawan sekerja iolls tolong amikkan. Thanks banyak-banyak lah Kak Midah yang banyak bantu masa ni.
- Balik amik Isya, anta dia ke umah pengasuh. Kalau hari Rabu & Jumaat hantar dia ke kelas mengaji.

2.00PM

- By 2.30pm dah settle lah semua. Dah balik rumah balik. Eera masa ni pun biasanya dah mamai standby nak tido. Kadang dalam kereta belum sampai umah dah selamat. Tinggal angkat masuk umah je la.
- Kadang dengan mama sekali gudbye lena. Kadang kalau tak lena, lepas solat, ada je keje kat umah tak habis-habis. Masa cuti ni jela boleh nak settlekan hal-hal kat umah macam kemas rak dapur ke, arrange balik tupperware, lipat/susun baju dalam drawer etc.
- Kadang Eera tak tido, dia lek-lek aja dok dalam bouncer ke layan tv ke. So, sama jela still mama ada me-time la buat keja2 sendiri.
- Masa ni jugak lah curi masa update blog yang dulu2 tak dipeduli.
- Kalau ada check up ke klinik, masa awal-awal hari tu kuning kejap dan pegi injection, memang after kul2 baru pegi. Sebab biasanya klinik masa petang orang tak ramai. Yes, pegi berdua je ngan Eera since check-up hari ke-5.

Sebbaik jenis behave dalam kereta! Asal jalan senyap. Sama macam kakak2 dulu!

4.00PM

- Kalau Eera tido, biasanya dia dah bangun dah masa ni. Aku pulak dah ready jugak nak masak makan malam. 
- Kalau dia tak nak tido dan merengek maka makan malam hari tu adalah made-in-kedai/warung HAHA

5.00PM

- Dyna biasanya balik dalam pukul5 lebih. Ayah dia amik. Kalau hujan, seperti biasa la, amik dia.
- Lepas tu, terus amik Isya dari kelas mengaji/ruamh pengasuh. Kadang kat umah pengasuh diorang dah siap-siap makan. Kadang balik umah baru makan. 

7.00PM

- Solat Magrib sama-sama. Masa ni rasa bahagia je dapat nak check rukun diorang, bacaan diorang. Alhamdulillah, Allah beri kesempatan yang mungkin susah nak dapat lepas naik kerja ni.
- Eera sejenis behave. Masa orang solat/mengaji dia akan duduk diam dalam bouncer.

8.00PM

- Makan malam. Kalau diorang lapar lagi, suapkan aje. Kalau diorang tak makan, masa ni lah diorang berebut nak main dengan Eera. Lagi-lagi lately Eera dah pandai respons, kemain suka menyakat & mengagah.
- Makan masa pantang setakat mana yang mampu. Kadang memang diakui pantang seorang diri ni memang menguji kekuatan. 
- Masa ni, makan secepat yang boleh sebab Eera dah merengek nak tido

9.00PM

- Sebelum ni pun memang hari sekolah, paling lambat 9.30pm dah gelap dah rumah.
- So, lepas Eera tido, aku akan ke bilik diorang untuk baring sama-sama dan tidokan diorang.
- Eera jarang berjaga malam, jadi aku tido dengan tenang adan aman. 
- Dia bangun pukul 4-5pagi untuk susu & tukar pampers. Biasanya masa ni pun aku dah ready nak bangun balik mulakan rutin yg sama dari atas, setiap hari.
- Kalau weekend, kadang breakfast luar dengan papa. Lepas tu kuar la merayau.

#Pantang kali-3 the End!

- Kesimpulannya, pantang kali ke-3 ni walaupun hanya ditemani mama pada minggu pertama, Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Terima kasih Mama & Ayah yang berada di sini minggu awal berpantang.

- Urusan anak-anak sekolah yang awalnya dulu agak membimbangkan juga berjaya diharung. Allah hadirkan insan-insan sekeliling yang banyak membantu --  jiran, rakan sekerja, pengasuh, kakak urut dan runner masak semua mereka mempunyai peranan masing-masing. Hanya Allah dapat membalas jasa mereka dan moga mereka juga akan dipermudahkan dalam setiap urusan.

- Pantang kali ke-3 banyak mengajar aku yang Allah sebenarnya tahu apa yang sulit untuk kita dan apa yang dikurniakan untuk kita sebenarnya adalah sebaik-baik aturan yang telah ditetapkan. Rezeki berpantang sendiri, jauh dari keluarga, tapi anak Alhamdulillah anak-anak tak banyak meragam. Jahitan pun baik di hari ke3-4, jadi lepas tu mudah juga untuk uruskan diri sendiri.

- Allah juga kurniakan anak-anak yang cerdik, bijak dan memahami. Yang tak pernah jemu membantu walau kadang mama emo dengan mereka berdua. Terima kasih Batrisya & Badriena kerana jadi kakak yang baik. 

- Untuk suami, terima kasih atas segala pengorbanan dan kesudian mengorbankan masa dan tenaga berada di sisi sepanjang berpantang kali ini. Maafkan isterimu jika ada tika dilanda emosi dan ketidakstabilan hormon sejak jadi mak anak tiga ni.

Selesai sudah 90 hari cuti bersalin anak yang ketiga. Jika diberi rezeki, mungkin ada kisah yang keempat. Jika tidak, maka kisah ini tetap akan aku ingat sampai bila-bila.
Syukur!
Okay, esok nak start rutin yang sama tapi situasi sedikit berbeza.
Wish me luck :)

Mama sayang korang!

Selamat Malam, 
#MakAnakTigaNakMasukKerjaDahEsok

4 comments :

Komen lah korang!