Wednesday, May 2, 2018

Travel with Buddy | PERTH 2017 (Part #03 - Restoran/Makanan Halal)

Assalammualaikum.
Hi korang!

Selagi tak habis kan, selagi tu lah ada episod Perth.
Yang tertinggal MRT, ni post Part 1 & 2,. Diulangi sekali lagi, trip ke Perth ni hanya berdua selama 6hari 5malam.
Part 1: Basic Things
Part 2: Accommodation / Penginapan

FOODS / MAKANAN HALAL

+ Kalau ikutkan, kami hanya cari/survey kedai halal based on pengalaman orang jugak. Ada guna apps Zabihah, tapi lebih banyak baca di Tips Cuti-cuti Perth (TCCP). TCCP sangat membantu, even masa kat sana kami jumpa kenalan baru yg kebetulan sama route ngan kami.

+ Sepanjang travel, 2x je pernah masak dan gunakan dapur. Lain-lain hari dah kepenatan, so biasanya malam tapau siap-siap untuk bekal esok pagi atau makan benda-benda yang instant on-the-go, macam roti sapu jem stoberi, takpun makan timtam alas perut, takpun makan pisang instant energy.
Notes: Kalau travel beramai or family sila buat food list apa nak makan day-to-day, beli siap2 barang nak masak, termasuk lah segala rempah Brahims la ape la. Kalau travel berdua rasa macam tak perlu sangat kot. Macam kami sorang drive sorang co-pilot, so dua-dua penat, end-up tak masak pun, sampai bilik, mandi, tido.

+ If nak shopping groceries, seeloknya masa hari pertama sampai. Sekali lagi sila plan apa nak masak apa nak makan. Senang beli siap sekali 1 tempat. Kami shopping 1st day kat Coles Belmont, tak jauh dari tempat sewa kereta.

+ Antara benda yang kami beli -- Roti, Air mineral 1 katon (nak buat wudhu' & istinjak time terdesak), buah pisang, strawberi, TimTam dannnnn paling penting kopi segala rasa. HAHAHA sapa penah pegi mesti tau kan? Cari BARISTA @ DARE. Tapi kalau tanya iolls, feveret ialah BARISTA. Hari-hari wajib beli buat stok minum kat kereta, doncare!

+ So, kat sini nak share tempat makan halal dan diyakini yang kami singgah selama kami kat Perth.

1. COLES/IGA/WOOLWORTHS
Ni kalau kat Malaysia kategori Tesco/Giant/Mydin lah ni. So boleh la beli groceries korang kat sini. Sepanjang kat Perth kami spent dalam AUD60. Asal sampai 1 tempat je mesti singgah. Sebab ape? Sebab cari daily-dosage aka coffee! HAHA Dua-dua kaki coffee, nasiblah.

COLES salah satu tempat nak shopping groceries.

Sejenis kegilaan kopi.

Buah-buahan segar uolls!

Ni salah satu favourite kitorang. Roti wholemeal sapu jem stoberi pure. Nyemmms!

Ni lagi satu benda jadi kegilaan. Asal drive, mesti ada ni buat kudap-kudap.
Sekali bukak 2 flavor beza2 supaya nanti balik boleh decide nak beli yang mana.

Sumpahhh! Paling rindu nih. Palinggg okay.
Dua2 ni, Choc & Double Espresso memang all time fave.
Sapa pi Aussie? Nak kirim.

Ni menu kitorang hari kedua kat Perth.
Nasi goreng kampung, mushroom soup, wholemeal bread, strawberi besar yahamattt, TimTam, mineral water & kopiee! Haaa, nilah the one-and-only gambar masak sendiri sebab lepas tu apa yang ada jer on-the-go kami sebat.

2. KAPPADOKIA KEBAB/ FISH & CHIPS, MARGARET RIVER
Kami berhenti di Margaret River sebelum ke Augusta. Kat MR inilah satu-satunya kedai yg kami yakin Halal. Kami beli kebab share 2orang makan, AUD14. Gambar tak dan nak amik sebab kelaparan, tau2 je abis.
Masa kat sini lah kami jumpa Hujan batu. Yess, hujan berketul2 ada ais. Festime okayyy. Jakun kejap, tapi risau jugak nak drive. Syukur lepas tu dalam perjalanan takde dah, kalau tak nevesss jugak.

Kappadokia Kebabs & Fish n Chips. Kedai dia masuk ke dalam sket. Belakang & depan kedai ada parking space.
Alamat: Bussells Highway, Margaret River, WA.

3. ISTANBUL KEBABS TURKISH BAKERY, ALBANY
Kedai tak jauh dari penginapan kami di Albany. Kedainya pun tak berapa ramai orang, dan paling best portion banyak gilerrr. Untuk 2 meals, Mixed Kebab, AUD35.

Istanbul Kebabs! Kedai kosong siap boleh charge handphone kejap masa ni.

Kanan; Mixed Kebabs (Chicken, Beef & Lamb) with fries.
Kiri; Mixed Kebabs Burger.
Banyak oiii kebab dia, tak habis siap tapau, esok pagi buat breakfast.

4. INSAN'S CAFE, PERTH CBD
Cafe ni memang kat tengah2 bandar. So, kat sini susah sket nak cari parking. Make sure parking kat tempat yang betul ok.
Kitorang lapaqq nasi wehh dah bapa hari tak jumpa nasi kat kedai makan, so both order nasi goreng. Ada jugak lauk-pauk nasi campur dan western food kat kafe ni, tapi as said, nak nasiiii!
Kat sini boleh lek-lek order cakap Melayu wehh. Feels like home sangat masa ni.
Harga berpatutan, AUD23 untuk 2orang. Antara yang termurah kot di Perth.

Alamat: 113-115 Murray St, Perth WA.
Waktu Operasi: 11:30am – 10pm (waktu tempatan)

Nasi goreng kampung & nasi goreng cina. Kat belakang tu kakak owner rasanya.

5. CORICA PASTRIES, PERTH CBD
Rated as #01 bakeries kat Perth dan Halal. So, wajib la nak rasa kan. Kitorang tapau ni masa nak berjalan area town. Buat ada-ada alas perut. 
Signature apple strudel dia. Sodap oii! Tak ingat exactly tapi adalah 5-6 benda lagi kitorang tapau termasuk cream-puff, donut, cake, eclairs. Total damage AUD14.
Sini pun sama, parking tak boleh sukahati. Masa ni sorang je keluar sorang stay dalam kereta.

Corica Pastries. Alamat: 106, Aberdeen St., Northbridge, Perth CBD
Waktu operasi: 8.30am - 5.30pm

Ko tengok semua ko rasa nakkk. Harga ok lah dengan rasa!

6. KAILIS FISH MARKET CAFE, FREEMANTLE
Kalau pergi Perth tak rasa ni memang macam incomplete lah gitu level JJCM korang. Freemantle ni ala-ala Kota Kinabalu la kalau kat Malaysia nih. Nak cari fresh seafood yang murah ke apa memang kat sini katanya. 
Harga okay. Boleh tahan la dengan portion, sebab kami share je Fish & Chips. Ikan boleh pilih nak ikan apa, adalah menu dia. Harga AUD14 untuk portion macam kami nih. Ikan dia rasa fresh giler wehh, manis ikan & herbs tu blend giteww! 

Salmon. AUD14.

Harga ikut jenis ikan jugak.

Alamat: 46 Mews Rd, Fremantle, WA.
Waktu Operasi: 8.00am - 9.00pm

7. CHOCOLATERIA SAN CHURROS, NORTHBRIDGE, PERTH CBD
Ni satu lagi benda yang teringin benar nak rasa. Yerrr, kena paham orang mengandung memang semua nak diidam HAHA. Nasib baik travelbuddy memahami. Diturutkan permintaan sahabat, walaupun terpaksa berpatah balik jalan kaki ke kereta lebih kurang 1km sebab tertinggal handphone.

Cafe ni agak crowded. Salah satu sebab, Northbridge memang terkenal dgn port melepak waktu malam sebab sini area yg banyak club & bar. So ramai yg lepak/hangout plus masa kitorang datang ni Saturday night. Tapi, so far kat sini keadaan terkawal. Sebab polis memang meronda. Polis yg jalan kaki, yg naik basikal yg naik motor & naik kereta semua hadooo. Memang tak nampak lah unsur2 nak buat jahat nak mabuk2 tak tentu pasal kat sini. Tapi, kitorang just hati2 je lah. Yela jalan berdua je, pompuan pulak tu kan.

Harga untuk menu pilihan kami total AUD33. 2 drinks & Churros set. Agak pricey kott, tapi sebab nak rasa punya pasal kan. Coffee & chocolate dia kaww giler wehhh! Order kat kaunter, so sorang kena pi cari seat kosonglah. Rezeki makyong kan. Dapat port betul2kat sign dia. Yeayyy!


Thanks buddy! Tolong Q kan walaupun tadi baru berjalan 1km.

Nampak macam menu sihat ada fruits, tapi bila ko cecah chocolate terus jadi menu potong kaki

Muka ada senyummm!
Alamat: 132 James St, Perth, Greater Perth, WA.
Waktu Operasi: 12.00pm - 11.00pm/1.00am

8. CHARCOAL CHICKEN EXPRESS, DANIELLA, PERTH
Kali kedua makan nasi adalah pada hari terakhir di Perth. Kafe dia tak besar, just ada 4/5 table. Sebab ramai yang take-away je kat sini.
Untuk 2 meal, 1 chicken & 1 lamb + air kami abiskan AUD39. Sebab dah last day, so makan je perabih duit hahaha Tapi portion dia banyakkk. Kitorang tapau, buat makan alas perut kat airport, pastu siap pack lg bawak balik. Konon nak makan kat KL, tapi tak dan nak bukak luggage, balik Kuching masih elok lagi wehhh. So panaskan je lah buat makan malam.

Sorang amik lamb, sorang amik ayam. Siap tapau makan kat airport esok pagi wehhh!
Alamat: Grand Promenade, Daniella, Perth
Waktu Operasi: 10.30am - 9.00pm

TOTAL BUDGET MAKANAN

TOTAL lebih kurang AUD275 @ RM 950 untuk 2 orang selama 6 hari.

Kesimpulannya, makan ni kalau nak save, memang boleh je nak masak sendiri. Tapi macam yg iolls cakap awal2 kitorang bertahan 2 hari je masak, hari2 seterusnya memang tak larattt. Penattt namateyyy. Jadi kalau korang nak kurangkan kos makan-makan mcam kami ni, boleh la masak sendiri kat hostel/rumah/tempat penginapan yer!
Our trip, our way!

Ok last entry pasal tempat kat Perth. See you later. Kbai!

No comments :

Post a Comment

Komen lah korang!