Monday, April 30, 2018

Traveloka #UnseenMalaysia Contest

Assalammualaikum.

Monday blues ke teww?
Alhamdulillah, iolls mula-mula nak blues tak jadi.
Syukur, satu lagi rezeki anak-anak dan keluarga.
Ramai jugak yang tanya macam mana join? Apa syarat? 
Sebenarnya masa saje-saje scroll dan terjumpa contest di page Traveloka. Alah, senang jer contestnya, tak susah pun.
Buat caption pasal tempat-tempat yang disenaraikan dalam website TRAVELOKA Unseen Malaysia.
Caption mesti creative, menjawab soalan kenapa pilih tempat yg unseen tu dan original.
Caption jugak mesti tak lebih 50 words.
Share di FB, Like page @TravelokaMY, dah siap!
Masa nak buat caption ni abis semua tempat iolls tengok dalam web tu. Adalah terpikir nak buat yang Sabah tu, tak jadi. Nak buat yang Johor tu, taip-taip padam balik. Sudahnya, pilih District 21 kat IOI City Mall, Putrajaya. Sebab? Haaa dalam syarat memang kena bagi tau KENAPA PILIH TEMPAT YANG DISENARAIKAN #UNSEENMALAYSIA?

Sebelum confirm sent post tu, ada jugak stalk contestant lain, ramai gak speaking English, yang buat pantun, fakta pun ada. Hahaha kakak awak ni sejenis tak tahu nak buat style camne, last-last terhasil lah caption yang sangat selamba, pakai bahasa rojak idonchcare! 


Caption #kakakbawang yang memenangi hati juri. Kalau nak membawang biar berbaloi dikkk!

Closing date tak silap 16 April 2018. Iolls pun nyaris lupa pasal contest ni, sampailah wakil Traveloka contact thru Messenger, dia just mintak email, dan notify as shortlisted. Shortlisted means RM200 voucher dah dalam tangan lah kan? Yeayyy! Allah, kalau dapat RM200 pun lepas dah bayar hotel area Kuching nak bawak anak-anak.

So hari ni keluar lah result nya. Pastu, biasalah mak-mak ni, kalau weekdays mana nak pegang hp 24jam. Sana-sini buat keje umah. Tu pun sebab ada orang tag. Baru lah bukak. Sekali bukak, hambikkkkk kauuuu! Tak berkelip mata tengok, macam caya-tak-caya nih.

Tanpa modal, tak perlu keluar rumah, tetiba rezeki dapat benda free.
Gila kau tak suka? Sapa je yang tak suka benda free kan? Worth RM1000 pulak tu.

RM1000 Traveloka Hotel Voucher. Walllahhh!

Alhamdulillah, syukur sangat-sangat! Rezeki yang tak disangka-sangka. 
Rezeki anak-anak juga. Sebenarnya, baru je plan, nak bawak diorang berjalan cuti sekolah hujung tahun nanti. Alhamdulillah! 

Rezeki Allah sungguhnya takkan pernah salah alamat, masa dan detiknya.
Lepas ni dah naik keja ntah ada masa ke tak nak scroll contest2 ni kan? So, mungkin dah namanya rezeki. 
Syukur.

Ok, see u guys next post. Bai!

1 comment :

Komen lah korang!