Wednesday, August 15, 2012

# Majlis Kesyukuran & Batrisya 1st Rainbow Party!

Ok, aku tahu, ramai yang tunggu entry ini. HAHA.
Dah sebulan lebih birthday, baru nak buat review. 
Dan sebulan lebih jugaklah entry nie terperuk dalam draft. Pfttt!
Hari tue nak start buat, tibe Isya kena HFMD. Lepas tue
 aku pulak diarrhea & demam. Bersambung² macam lari 4x100m. Entry ni pun sebenarnya dah lama aku draft, nak karang tak abis².
Lagi satu aku tak dapat gambar lagi dari OP. Jadi macam malas. So bile dah dapat album & gambar, barulah best!

Aku tak tahu nak start kat mane, jadi aku buat mane yg teringat dulu lah okey. Pastu kalau tak sempat aku sambung Part 2. Haha. Ntah bile ntah la plak part 2.
1. Rainbow Invitation Card

* Mula² nak mintak tolong Madada Lynda buatkan. Tapi Madada pulak sibuk. So, mama yang jugak time tu tengah sibuk gigihkan diri mendesign kad.
* Sebab aku malas nak reinstall Photoshop kat laptop, dan malas nak guna AI sebab dah lama tak guna, maka aku guna Power Point je design kad. Ye tuan² dan puan² saya ulang pakai PowerPoint aje okey.
* Aku print colour, size A4, ada 4 keping setiap helai. Aku guna kertas Ivory - kertas yang agak keras macam manila card. Tak silap aku kertas tu kat Mydin dapat RM1.99 kot, ade 10keping. Aku beli kat sini harga mahal singgit. 
Print full-size A4, menggunakan power point :)
* Then, aku print satu A4 ade 4 keping. Depan details event, belakang map. Selekeh gila aku rasa map kad  nie. HAHA. Boleh lah labu. Gigih laki bini potong kad nie malam hari seminggu sebelum event!
Muka buku depan card!
Map di belakang yang aku rasa sangat selekeh!
* Pastu, aku wrap dengan doily paper, pastu tampal sticker nak tulis nama guest! Sticker pun buat sendiri aje. Print atas kertas yg self-adhesive tue. Dah siap dek nonn!
* Total cost utk 70pcs invitation card = less than RM20. Kedekut tul Mama Isya!

Sedia untuk diedarkan. Ewaahh!

2. Rainbow Decoration
* Part ni paling aku mati akal. Sebab aku dok terbayang nak buat deco wall-balloon. Pastu rasa tak mampu sebab sebiji helium balloon dah RM4 kat sini hoiii. Pengsan! Tambah pulak rumah bukan besar mane nyahh!
* Then, aku plan buat backdrop tempat nak amik gambar & cake cutting ala-ala rainbow drops gitu. Aku pakai crepe paper je. Beli 7 warna kot, 2set setiap warna. Aku potong lebih kurang 2 inchi lebar. Pastu staplekan kat riben. Maka jadilah backdrop seperti yang korang nampak. HAHA. tak sampai doploh ringgit beli crepe paper oi. Tu pun ade lebih.
* Banner segitiga tu tempah kat kak Kham (KhamJoe Design). Good service. Recommended. Super fast I tell you! Aku order 2minggu lebih sebelum majlis sebab rasa tak confident nak buat semua. Harga banner tue = RM30. Ko cakap je lah nak tulis ape, nak tema ape. Kak Kham buat nanti :)
Close-up Banner.
Facebook: Khamsaini Johari
Blog: KhamJoe Design
* Masa tengah plan² ni husband tanya, tak nak letak belon ker? Aku macam "Eh, bukan tak suka ke belon² nie?" Dia cakap tak meriah pulak besday takde balloon. Ok fine, aku tak kesah je. Papa belanja ok jer. HAHA. Maka kitorang pun pegi survey & ini yang termurah kitorang dapat kat Kuching. Aku tak ingat nama kedai. Tapi tukang deco bernama Leo JJ :)
* Pakej yang aku amik adalah: Rainbow-garden deco with Foil Balloon (No 1), Flower cluster x 5set, Hanging clouds & rainbows x 3set & Helium bouquet x 3set (1set = 5pcs). Total RM320. Berbaloi kot aku rasa sebab at least nampak lah ceria sket. Dan paling suka, garden deco & flower cluster tue sampai sekarang masih ok. Serius!
Rainbow garden katanye :)
Caterpillar, mushroom, ladybird tu semua dah tercabut bile party habis!

Hanging clouds & Rainbow
Same jugak, at the end of party tinggal satu je.
Lain sume org dah amik bawak balik!
2. Rainbow Apparel
* Yang ni sebulan sebelum majlis aku dah excited nak tempah. 
- Rompers & Party Hat : Tempah kat SomethingLovablebyNang. Puas hati. Hasil kerja kemas. 
- Tutu skirt : DIY. Aku pakai kain nett Tulle. Yang ni lain hari aku review. Ok janji! :)
- Headband : Onulaa by Shehnaz Shariff. Aku regular customer ok. Order seminggu sebelum pun sempat aje die buat. Haha.
Nak start majlis baru pakaikan uniform. Kalau takkk...

Kemain suka. Bila nak jalan ni yang?
Party hat yang sangat cumil.
Pakai kejap je, takpe janji mama puas hati :)
* Baju papa & mama? HAHA. Ini mula² plan konon nak pakai baju kaler oren je. Sokmo oren kan laki-bini. Pastu tibe bile rompers Isya dah siap, rasa nak pakai baju putih. Tapi papa takut kotor pakai cantik².
* So kitorang macam, malas nak fikir. Tibe, satu hari tue, 2 hari sebelum majlis kitorang jumpa satu kedai buat t-shirt pakai compress style ke ntah ape namenya. Aku tanya² dia kate boleh pakai design sendiri. Harga sehelai, RM49, buat 2helai takde diskaun. Papa cakap ok. Balik umah aku terus design ntah ape² main hentam aje. Pastu the next day, terus anta. Kejap je dalam 30minit siap. HAHA. Silalah tengok design tu siap tulis "Papa Batrisya"& "Mama Batrisya" Buruk ke ape ke, mak jemah sukaaaaaa gila! Kalau jalan pakai baju ni dah sah² orang tahu nama anak aku. Kihkihkih.

Ohh, kau tengok muka si kecik tu? Geram tul!
Oklah weh, cukup lah 3 item dulu weh. Aku nak sambung kemas umah.
Jap lagi nak balik. Flight aku kul4. Doakan selamat yer.
Oh, in case tak sempat nak publish entry malam raya, or internet connection weng,
Aku dengan ikhlas & rendah hati, memohon ampun maaf kalau ada yang tersinggung, terasa dengan karangan aku kat blog. Yang mengenali di luar, di alam maya, twitter, facebook, instagram ke ape, aku mintak maaf jugak ok kalau ada apa² korang rasa menyakiti secara sengaja or tak sengaja.
Selamat Hari Raya!
Maaf Zahir & Balkidz Batin! :)
 BisikChenta: Badan kat Sarawak, kepala & hati dah kat Langat, Melaka, Batu Pahat :)

13 comments :

  1. wowww siap dgn tshirt! bole jadi party planner aaaa!

    ReplyDelete
  2. suke giler tgk..cumei!nnti aku ade ank, nk wat lagu ni jugak la:)

    ReplyDelete
  3. oooii.. sila quit kerja jadi lecturer, jadi event planner terus..
    part kegigihan buat baju tu, aku tabik springg...

    p/s : hari tu kan.. ada org kan.. janji kan.. nk bagi something..
    hhahahah

    ReplyDelete
  4. @ Lisa
    Hahaha. nak i jadi planner utk aqiqah Hannah ke? hihihi.

    @ Anyra
    Sure babe. mase tu kalau aku dah ade company deco sendiri kau hire aku je. harga kengakawn *berangan!*

    @ Zaila
    oii, itu profession, ini passion. kannn dah keluar palsampah! oii, dah, pegi check email lah. aku dah fwd checklist kat kau!

    ReplyDelete
  5. Apasal mata aku nampak kemas je map tu?

    Haha.

    Gud job la mama Isya.
    Hebat & cantik je majlis Isya.

    ReplyDelete
  6. Invi kad utk mmg menawan hati... mana la nk cari doily paper eak.. adoiii qah dah nak mula pening daa ni.. dgn deco lagi adoooii.. nafas! nafas!

    ReplyDelete
  7. aku rasa nnt kalau ko dah bercucu, layak digelar 'the creative nanny' la..dari kecik sampai dah kahwin, maintain kretip je ko kan...anugerah...untunglaaa =)

    ReplyDelete
  8. meriahnyee..hehe..selamat hari raya..slmt pulang ke kg ;)

    ReplyDelete
  9. semua cun..aku suke idea rainbow tu..:)
    neway..selamat hari raye kat ko jugak...:)

    ReplyDelete
  10. suka2... idea yang briliant... klu jd designer mmg fames la akak... selamat hari raya... maaf zahir & batin

    ReplyDelete
  11. meriah yuh! kalo kat semenanjung, bleh buat bisnes :)

    ReplyDelete
  12. nak tnya,party hat n romper berapa rm?

    ReplyDelete

Komen lah korang!