Wednesday, August 8, 2012

# Photoshoot: 1st Family Studio Shoot - by EyeCap Studio

Dah nak dekat 2minggu tak update.
I'm not in the mood, actually. Last week Batrisya demam, HFMD dan minggu ni turn aku pulak.
Diarrhea sejak semalam, demam sampai 39.5 degree dah.
Aku MC hari nie, dok umah rehat. Takdelah rehat sangat sebab selang setengah jam, nak pegi toilet muntah or membuang! Stressss~
Luckily, demam dah ok sket hari nie, jadi kepala dah takdelah berdenyut sangat.
Entry birthday Batrisya pun tak publish lagi. Gambar aku tak dapat softcopy. Malas nak update kosong takde gambar!
So, hari ni aku update pasal family photoshoot aku amik masa balik KL bulan 6 hari tue.
Macam biasalah, mana lagi nak dapat photoshoot @ pakej² murah ni kalau tak di GROUPON.
Photoshoot by Eyecap Studio. 
Aku beli pakej INI sebab aku rasa murahhhh sangat untuk first family photoshoot kat studio.
Lagipun masa tue, kena plak time aku nak balik KL dan location studio di Sg Besi sangatlah tak jauh dari aku kat Cheras. Maka, setelah di approved oleh husben, aku beli!
RM 39 nie, dapat gambar 4R = 20pcs, 8R = 2pcs. Tambah RM50 aku dapat semua softcopy gambar!
Total RM89 lah. Bagi aku sangat berbaloiiii.
Actually ada pilihan nak buat outdoor @ di studio, tapi outdoor hanya weekend, dan tarikh aku nak weekend dah fully booked. Plus, aku balik bukan lama. So kami pilih weekdays.
Tips & tricks : Aku prefer buat benda² ni weekdays sebab 1hour photoshoot akan jadi almost 2hours sebab takde orang dan tak rushing.
Pasni kalau Isya dah pandai posing² aku nak buat macam anak MakLa, si Syakir Z, boleh pakai costume cartoon². Comel weh! Ok. Layankan aje gambar ok!
Mula-mula gambar sekeluarga. Yang skema tue! HAHA. Wajib kata photographer tu!
Isya sangat behave masa ini. Mood fresh lagi, baru minum susu!
 Kemudian, aksi wajib kami kepada Isya!

Sayang kamu ketat-ketat!
Dan kemudian, Isya punya turn! Dah kalau nama Batrisya, memang camera magnet lah. Macam sapelah perangai nie? HAHA.


Bila sebut "busyuk,busyuk" automatik buat muka camnie! Alahaiiii...
 Kemudian kami beraksi sekali lagi. Hover tau papa & mama isya nie. kahkah. *Ok fine, Isya tetap overshadow Mama + Papa*


Isya + Papa :)
Okey, abis sessi pertama guna black canvas. Sessi kedua white canvas pulak. Wallaweyyy!
Tapi seriously, masa nie dah nak dekat sejam, tapi photographer tue buat selamba aje.
Nampak tak, nampak tak? Bila orang tak ramai, dia rileks aje lah kan? Nak rushing ape.


Feveret pose!



Dah start takde mood! maka cepat2 posing!
Isya + Mama :)
Ohh yer, sebelum ada yang bertanya. 
Make-up & props adalah sendirian berhad.
Aku siap bedakkan laki aku, bagi nampak cerah sket dalam gambar maklumlah laki I black-suwittt u alls.
Props aku bawak je semua mainan Isya yang ada. Pastu bola besar tu beli kat kedai 2ringgit kat bawah studio. Oh yer, bear besar kepunyaan studio.
Lagi satu ada yang tanya baju sepasang beli mana? Baju aku & husband memang koleksi baju POLO kitorang sebab dari zaman berdua lagi kitorang suka pakai baju POLO sedondon. Baju Isya aku beli kat POLO KIDS kat level budak, SOGO. New Arrival masa aku beli T_T Nasib baik sebab nak photoshoot, maka beli jugak. Haha. Ok tue je.
Sekian!
 BisikChenta : 1jam tau nak update entry nie campur masa ulang alik pegi toilet!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...