Wednesday, June 6, 2012

# 11Months: Lagi 1 Cukup 1 :)

Yes, 11bulan dah berlalu.
Pejam celik, bangun tido, pegi kerja, hujung minggu, sekejap je kann?
Tup,tap nak setahun dah!

Alhamdulillah, hari ni mengikut kalendar Masihi, Batrisya genap 11bulan.
Lagi sebulan cukuplah setahun umur Batrisya.
Mama + Papa tengah pikir nak buat ke tak birthday celebration.
Dengan nak pindah rumah lagi, banyak duit nak pakai.
Plus, nak naik semester baru lagi. Kerja dah start melambak.
For sure sangat busy bermula minggu depan dan seterusnya hinggalah Oktober.
Tengoklah macam mana ye sayang.
Kalau tak panggil kengkawan mama + papa, kita celebrate bertiga je pun ok kan?
Mama tahu Isya memahami :)

For now, dah macam-macam ragam Isya yang buat Mama+Papa gelak setiap hari!
1. Pandai main Baaa-Chak! Automatik sebut "Chak-aaa" bila orang main sembunyi2.
2. Pandai panjat memanjat especially badan mama + papa. Kat rumah nenek dengan selamba dah turun naik bendul yang tinggi almost 2 kaki.
3. Bila bukak buku, automatik baca dalam bahasa Jerman yang tidak difahami mama mahupun Aunty Mus. Soft-book tak nak sangat baca, nak yang hardcover tue. Sebab bila dah bosan akan end-up dengan gigit buku tersebut. Haiii la anak!
4. Gigi takde sebatang pun tumbuh. Merangkak style ashkar lagi, bak kata Atok Abg Ammar, boleh ikut mama + papa pegi menembak sekali.
5. Makan macam2 dah sekarang. Semua org suap semua nganga je. Paling suka air kotak Dutch Lady Chocolate tue. Tapi takleh bagi selalu yerrr.
6. Masih minum susu mama! Alhamdulillah syukur rezeki Allah.
7. Pandai minum guna straw. Sedut laju macam orang besar.

Syukur sebab dapat tengok Batrisya membesar depan mata, walaupun bukan 24jam.
Mama + Papa harap Isya membesar dan buat lagi bermacam ragam supaya mama + papa boleh gelak setiap hari dan lupa semua kerja + masalah :)
Macam ucapan raya dah aku nie. HAHA.

Selamat Menambah Usia ke-11 Bulan BATRISYA!
Saaaaaayang Isya muahhh :)


Nah gambar masa wedding adik ipar aku! 

Photobooth Idea + Design by Yours Truly :)
Miss Army :)
♥ U :)


 BisikChenta: 2hari lagi!