Wednesday, June 27, 2012

# Pindah Rumah

Alhamdulillah, sudah selamat berpindah ke rumah sewa baru.


Penat tak hilang lagi sampai sekarang hoii!
Kemas barang pun tak habis-habis lagi.
Maklumlah baru 1st time pindah sejak menjejakkan kaki ke Sarawak.
Yer, 1 tahun setengah duduk di rumah sewa lama.
Kenapa berpindah?
1. Mahu dekat dengan tempat kerja.
Jauh. Alasan yang aku rasa korang meluat nak dengar. Sebab kat KL jauh + jam = keluar rumah awal kan?
Ye, memang kat sini takde jam, takde hectic sangat macam KL.
Tapi, Hellooo, kalau jalan tak jam pun aku amik masa 30 minit dari rumah, anta Isya, then patah balik.
Fuhhh! Jenuh jugak kauuuu! FYI, rumah babysitter ke kiri, tempat kerja ke kanan. 
Maknanya, memang kena berulang berjalan lalu lah kan? Jalan tak sehaluan.
Bukan mengeluh ke apa, tapi kalau kira minyak & masa, banyak jugak lah save kalau pindah dekat.
2. Mahu dekat dengan babysitter Batrisya.
Okay, ini paling best! Rumah kakak babysitter selang 2 lorong je. 
Ini bermakna setiap pagi tak payah berulang, sehala je lah laluan aku. 
Aku drop Isya then terus gi kerja. Laki aku cakap, silap² akak tu yang datang umah jemput Isya. Haha.
Balik pun senang, terus balik umah tak sampai 3minit dah jejak pintu rumah.
Ni kalau tak 30 minit lagi baru sampai rumah. 
Imagine kelas aku kalau kul 6 abis, amik Isya patah balik, balik rumah, sampai dah kul 7lebih.
Kat sini pukul 7 lebih gelap dah macam pukul 9 malam kat KL.
Tambah jalan nak ke rumah sewa lama agak segan-segan je lampu jalan.
Ada area yang takde lampu jalan pun, bergantung kat lampu kereta jer.
Pastu aku pulak rabun silau, memang sakit lah!
Tu tak masuk lagi kalau mood Batrisya swing, nak berpangku, nak breastfeed sambil drive, phewww!
Yer, bahaya! Aku tahu, tapi what to do kan? Tak sampai hati dengar dia melalak. Takkan nak pandang je?
So bila dah dekat, Alhamdulillah, sebelum pegi kerja, aku DF dia puas-puas.
10minit sebelum masuk kelas pun sempat lagi kalau nak anta dia ;p Itu paling bestt!

Kalau emergency senang aku balik nak pick-up, dan senang jugak nak anta stok EBM balik umah or pegi BS.
Proses angkat barang. Aku sewa lori RM200 sekali dgn 3orang pekerja.
Jangan tertipu rumah aku bukan 2 tingkat! bahaha
Dah sampai rumah baru.
Fridge tu aku letak luar jap, nak basuh dalam sebelum bawak masuk.
Bagus diorang siap tunggu aku abis basuh :)
So far rumah memang tunggang langgang.
Dah la tak berapa besar. Muat-muat je semua barang.
Nasib aku dah ukur semua ruang sebelum masuk, dah tahu mana nak letak itu ini. Kalau tak, lagi disaster.
Hopefully by this weekend dah settle semua sebab aku plan nak buat kenduri masuk rumah (housewarming)  plus birthday Batrisya kalau ada rezeki :)
Tengah tolak tambah, kira bajet nie. Huhu.

Keadaan dalam rumah. see, hall kecik je, sambung dining area, belakang dah dapur.
Tunggang langgang tak payah cerita. Oh yer, dinding cat sendiri ok!

Mesti bajet ni bilik aku? Taklah. Bilik aku takde katil, sebab Isya tido lasak.
Bilik tamu + aku buat bilik gosok baju sekali. Tengok tu main campak je semua!
Ini ruang yang still tak siap lagi. Bilik mainan Batrisya.
Aku target minggu ni mesti siap cat semua. Ruang ni aku paling tak sabar nak tunggu siap!
 BisikChenta: Setiap hari mesti kemas 1 area lepas balik kerja. Pengsan hoo!

13 comments :

  1. best nya pindah umah.bila lah rara nk rasa pulak! bestnya.

    ReplyDelete
  2. bestkan even rumah sewa jek..rumah itu tetap rumahku syurga ku..

    ReplyDelete
  3. Buat yang mana mampu dulu je lah Qis. Kang push mengemas semua sakit badan pulak.

    Pssst, keadaan yang kau facing dulu tu adalah sama dengan keadaan yang ahkakk sedang hadap ok sekarang ni ok. Jauh kan main nak hantar anak pastu balik kerja lambat.

    Tapi hadapkan je lah sebab nak duduk rumah free :p

    ReplyDelete
  4. @ Rara
    Best tu best la, tapi penat tak habis2 tu yg tak bape best!

    @ Azrine
    Yes, walaupun rumah sewa, tapi tetap best. Rumah sendiri bagi org sewa. HAHA.

    @ kak Ain pink
    Eh kak, bukan ke ko dok umah sendiri ker? Yg ko buat besday Raneeya tue, yg kenduri masuk rumah tue. Bukan eh?

    ReplyDelete
  5. btl aqiesh,jimat mase tu penting.senang kalau ade apa2 hal

    penat pindah tok sah ckp la,xper a ja!

    ReplyDelete
  6. tak saar juga nk tgk bilik main diaaaaa!! =D

    ReplyDelete
  7. Best2 rumah baru... Warmup space planing la pas ni kak... :)

    ReplyDelete
  8. syok2 pindah umah baru...

    pasni leh wat deco2

    ReplyDelete
  9. babe betul! setiap hari mesti nak ngemas walaupu ndpt kemas sikit.

    aku pun jenis mcm ko, sakit mata tengok sepah tak bersiap. bosan.

    ReplyDelete
  10. alasan utama-sebab anak- heheh..memang kalau pasal anak semuanyer sanggup kan..penat baik ar..;p [aku baru tau perasaan tu] :)

    ReplyDelete
  11. Aku xsabar nak tunggu bilik mainan Isya siap. HAHA!

    ReplyDelete
  12. hi balkidz, akhirnya jumpa jugak hoiii link blog nie.

    selamat mengemas. take ur time. tak payah nak rushing2. mmg penat pindah rumah n kemas rumah. tp seronok bila dah siap.
    erk saye pun xabes kemas. hahaha

    ReplyDelete

Komen lah korang!