Wednesday, October 30, 2013

# Shawl/Selendang Maniac!

Hello ladies!

Hari ni nak membebel pasal tudung! HAHA. Tak tahu nak update pasal apa kan.
U alls nak tau tak, dari DULU aku sangat jeles dan kagum bertingkek-tingkek bile tengok member2, gadis2, mahupun mak2 orang yang kelihatan cute, anggun, bergaya dan sangat santek memakai SHAWL. Oh, siyesly, aku sangat2 tak reti nak pakai shawl, lagi2 bila bab nak lilit2, nak bentukkan depan dia. Erghhh, mental kejap aku bile pikir pasal nak pakai shawl nie.

Lagi satu DULU aku kagum, macam mane diorang or korang2 ni boleh pakai shawl tue tanpa menampakkan muka jadi bulat. Or kalau bulat pon nampak sgt sweet dan cantek..adusss, memang aku tak boleh belah la tengok muka aku yg bulat bila pakai shawl, lagi2 dengan dahi yg meluas ini. Alalala..Failed tahu failed? Kalau ada subjek pakai shawl ni masa kat universiti mesti aku salah sorang yang akan failed or cukup makan jer.

Ok tu semua cerita DULU.
Meh cite pasal SEKARANG.  So sekarang kan, aku macam dah belajar2 la jugak. Sejak jadi mak ni kan, macam ada azam nak bergaya walaupun dah beranak pinak. Konon la nak jadi hot-mama. Puihh! Ok ini misi diri sendiri, nak bergaya dan menutup aurat. Yelah, actually, kalau pakai shawl ni biasanya akan tercover lah bahagian dada kan, compare dengan tudung instant yg beli saiz M pastu harap nak tutup memang tak lah.

Lepas tue bile pikir bapa lama la aku nak bersiap kalau pakai shawl macam diorang yang stylo-mylo macam down kejap. Tapi bila tengok balik tutorial youtube, eh macam la senang jugak kan. So aku pun cakap la kat diri sendir, Kamon laa, let's give a try!

Pastu google lah kan, video yutiub la, tutorial bergambar la, cara-cara nak pakai shawl. Dari style lilit ala-ala Diana Amir la, silang la, macam Hana Tajima la, style Shila Amzah pun ado. Ntah bapa banyak la style pakai shawl ni aku pun tak tahu yang aku nampak macam lebih kurang sama je. HAHA.

SHEHNAZ SHARIFF - Owner Onulaa, kakak kepada Shahida Shariff owner ButtonMyBottons!
Aww, aku memang suka tengok dia sejak bertudung. Stylo beb! Tambah plak ada anak comel macam Nuraa.
Wallahh! Isya plak memang suka tengok gambar si mek Nuya. Ok lah tue kan?
SHEARASOL - HIjabista mesti kenal. Femes kot dia nie!
Selain shawl dia aku suka tengok style dia berpakaian, mix & match baju, pastu konon nak tiru. Haram tak buat pun.
IRENE NADIA - Dia nie memang kategori mak-mak yang superhot, public figure dan pandai bergaya selaras dengan tuntutan Islam. Maka harus jadi ikon nie.
SHILA AMZAH - Sejak dia bertudung aku macam suka tengok dia nie.
Style gak die pakai shawl. Suara dah la sedap. Rugi lah ko Johan tak pilih dia oiii!
IZA PINKSTILETTOS - Wallawehh. Ni lagi sorang kategori hot mama anak dua, macam aku, ecehh!
Dari atas sampai bawah tak pernah failed. Harus lah kan dah berduit! Aku jarang nampak dia pakai tudung selain shawl. Tapi paling best sebab dia ni simple dan kemas itu yang aku suka!

Ok, dah. Kau nak cakap ape kan? Dah semua yang ko bagi contoh orang cecantek, public figure. Haruslah kalau dah cantek dan pandai bergaya, pakai ape pun nampak cantek! :)

Maka bermulalah misi hot mama try and error pakai shawl.





HAHA. Maka misi mencari shawl cantek-cantek dan best bermula la kan. Tu yang terhasilnya eksperimentasi kat atas tu semua. Main belasah je lilit-lilit.

Semua dah aku terjah ShawlbyVSnow, L'adorn, Poplook, Sugarscarf, Radiusite, Tudung People, Onulaa dan macam-macam lah lagi online shop yang aku dah terjah. Ada lah sangkut gak beli 1-2 helai (err, yeke 1-2 helai?)

Paling latest aku terjah, ZALORA. Dulu kan, mati-mati aku ingat Zalora ni jual kasut jer sebab iklan taknak bagitau mak, bapak, adik ape semua tue kan background rak kasut.

Well, banyak jugak pilihan tudung di ZALORA Malaysia nie weh. Stylo pun yer jugak. Brand macam-macam ada lah kalau dah nama ZALORA kan. Jovian punya hijab label pun ade JHIJAB. Harga? Dari yang serendah RM29 sampai la ke RM100 plus. Ok je aku rasa harga sebab kalau kat blogshop yang femes2 pun harga lebih kurang tu jugak.

So ada lah few yang aku berkenan.

Ni dari Jovian JHIJAB. Naissss! Kaler tu kaler aku suka.

Ni pulak dari IAMJETFUEL. Kool je aku tengok macam senang nak bentuk

Ni plak dr ETHNIC CHIC. Gaya ala-ala ayu anggun konfiden macam nak pegi meeting penting. HAHA

So ape lagi, bleh lah lepas ni shopping tudung di Zalora Malaysia ualls.
Azam nak bergaya dengan shawl harap menjadi. Sekian!

BisikChenta: Eh,eh, dah anak dua nie agak-agak sempat tak melilit nie?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...