Saturday, October 12, 2013

# Update 6 bulan: Mother-of-Two to-be!~

Salam, Hi, Hello!
Rindu aku? Eh ada lagi ke pembaca blog?
Takpelah takde orang baca pun, janji tak syok sendiri bajet ade orang baca tapi rupanya nan hadoo! Eh?
Well, ape yang korang expect bila 5 bulan lebih blog ni macam takde tuan punya?
Mesti lah tuan tanah gila kuasa nak cerita semua benda kan? 
Dan entry mesti panjang ya-Rabbi, macamlah lepas ni nak tutup blog setahun pulak. HAHA
So let's start with random points, random stories and random updates of five-months without blogging!
Jangan pening baca sudah la. Cerita aku tunggang terbalik ikut je lah ape aku nak taip.

Mac
+ Entry terakhir aku pasal "Bila Nak Menambah", ingat lagi? Well, masa ni aku dah buat UPT sendiri. Negative! Line samar-samar. Tapi time nie aku macam rasa lain. Ermmm, mother's instinct kot. Tapi tak nak lah berharap sangat kannn. Aktiviti tetap diteruskan seperti biasa, main netball, jogging, siap masuk 7km run lagi. Ok nasib baik takde ape² syukur. 
Yang pertama: 9/3/13 (Anniversary Tunang kami!) Masih samar² bayang lagi

Yang kedua: Ada lah nampak jugak sket². Tapi pastu malas nak buat test lagi.
+ Dan berita disahkan lepas aku pergi check kat klinik panel, tu pun kebetulan lah masa tu Isya demam, so sekali jalan lah check dan confirmkan. Alhamdulillah! :) Berita yang menggembirakan dan aku rasa memang aku tak suprised pun sebab memang penat berusaha. LOL ;p Well, bila recall balik, aku yakin ni semua terjadi sebab mood happy dapat balik semenanjung masa Raya Cina dan right after mak-ayah aku balik umrah. Hooo, patutlah aku nak makan macam² time tue. So, tips untuk u alls, pastikan mood sentiasa happy dengan mengenyangkan perut anda ;) kihkihkih!
April
+ Bulan busyyyy. Students baru masuk. Then ada event besar kena handle. Pastu aku dah sibuk dengan research aku. Well, i can say this year adalah tahun kesibukan maksimum dalam karier. Mencecah 3tahun berkhidmat, nak dekat confirmation, so macam² nak kena kejar. Dan, itu adalah salah satu sebab kenapa aku tak rajin dan takde masa sangat nak blogging. Bukan sebab pregnancy mood je hokey!
May
+ Masuk bulan 5 aku rasa bulan mencabar dan bulan air mata. Untuk kali kedua aku berjauhan dengan suami time pregnant. Masa Isya dulu pun aku posting sini dulu 2bulan lebih baru husben aku pindah sini. Kali ini sekali lagiiii! Suami jauh di tengah lautan mencari rezeki. Aku kat daratan dengan anak dara yang superrr-lasak. Tambah lagi pregnant! Masa ni memang Allah je yang tahu perasaan aku. Siapa follow IG or status FB aku mesti boleh perasan aku meroyan rindu suami T_T Orang sekeliling cakap aku tabah, kuat, tapi sekuat manapun aku nampak di luaran, dalam hati tak leh nak cerita wooo!

+ Mother's Day tahun nie marked as the best so far selama 3tahun bergelar ibu. Husband balik kejap, belikan aku kereta baru, boleh bawak pergi sekolah. Eh ampun tiada niat nak show-off di sini. Alasan husben aku, sebab nak bagi aku senang dah ada baby dalam perut biar selesa sket. Ohh, tq husband. I love u sooo much! Semua benda settle dalam seminggu. Cuma masa kereta dah ready aku sorang je pergi amik sebab hubby dah ke laut balik.
+ Dalam bulan nie jugak aku banyak travel. Balik KL berdua dengan Isya. Then ada kursus. Pastu travel ke Shah Alam ada meeting exam dengan fakulti. Sangat penat tapi luckily baby kali ni tak berapa besar dan tak berapa nampak so few times travel tu takde pun kene tahan dengan stewardess mintak surat doktor (Memang aku tak prepare surat pon, redah aje!)


June
+ Hubby's 30th birthday. Tak dapat celebrate sama. Time ni memang touching giler lah. And for the very special day tu aku train Isya nyanyi "Happy Birthday to you" and wish papa die. Malam birthday kami berWeChat. Ohh memang WhatsApp & WeChat adalah perantara kami time tue. Apa²pun aku tetap belikan husben present, bukak lambat pun takpe lah kan? And glad he likes it veryy much! 
Dear husben, I love u much! Please jangan la tinggalkan kami lagi.

Julai
+ Anak dara genap 2 tahun pada 6 Julai. Sayu je sebab celebrate berdua dengan Isya tanpa papa. Oh well, aku hanya bawak dia pergi main kat shopping mall and makan pizza. Pastu belikan Pororo sebab dia tengah suka gila layan time tue. Tu je yang aku mampu nak buat sorang² waktu tue. Nak suruh aku buat birthday party memang tak lah, walaupun ada rasa nak tempah jer makan semua tapi aku still rasa ianya akan memenatkan.
Dear sayang mama Isya, kamu tetap chenta pertama mama :)

+ Alhamdulillah, beberapa hari sebelum Ramadhan, husband aku akhirnya balik. Setelah 50hari tak jumpa T_T Bayangkanlah Isya pun macam blurr tengok papa die depan mata. Masa amik kat airport, aku suruh dia pergi kat papa die, pastu dia macam cari² padahal laki aku dah depan mata dah time tue. Dia boleh pandang jer. Sayu hati aku tengok. Macam manalah orang² yg still PJJ dah ada anak. Tak terbayang aku.
+ So malam tu jugak aku ngan husben terus plan nak belanja babysitter kitorang makan sekali plus celebrate sket lah birtday Isya. Ala kat Secret Recipe je pun. Short, simple yet aku rasa very meaningful. Paling best Isya dah pandai nyanyi lagu birthday dan pandai tiup lilin. Sayangnya tak dapat buat celebration tahun nie, kalau tak mesti lagi sweet moment sebab dia dah pandai kan. Tapi apa²pun aku sangat bersyukur time tu sebab aku rasa keberadaan laki aku lagi penting dari segalanya :)

Greatest moment. Isya the bIthday girl!
Ogos
+ Oh well untuk pengetahuan, laki aku balik seminggu je puasa tue. Lepas tu fly balik ke Bintulu. So kira sepanjang Ramadhan tu aku puasa sorang² lah kat sini. Jangan ditanya apa perasaan. Dan aku rasa, ini adalah pemangkin aku punya berat maintain aje walaupun makan masa buka macam². Paling best, aku tak payah pening nak tempah baju raya besar sangat sebab badan tak naik. Pregnant pun boleh pakai Hatta Dolmat yawww. Kelass tak aku? HAHA. Syukurlah badan tak naik sangat, maka mak pun dengan hovernya tempah baju pesen² jugak, sekali lah nanti pakai gi kerja pas beranak kan?
+ Husband aku balik pada hari yang sama kami terbang balik ke KL. Pagi dia balik dari Bintulu, petang kitorang balik kampung. Semua preparation kemas rumah itu-ini memang aku buat sorang. Ok sekali lagi masa ni rasa macam nak nangis. Bukan nak kata apa, tapi aku angkat sendiri, sofa nak mop lantai, vacum satu umah, panjat² bersihkan sawang semua lah aku buat. Ok, memang aku tau nak cakap bahaya la, takleh buat la etc, tapi kalau aku tak buat sape nak buat wehh? Ade terpikir aku nak upah orang bersihkan, tapi macam, takpelah, kederat aku masa tu ok lagi kot. Ok tapi pastu meraung malam² sebab sakit pinggang. 
+ Meantime, aku dah plan nak buat Maternity Shoot untuk baby. Pastu kebetulan kat GROUPON tengah ade promo time tue by Reez Photoworks. Paling menarik sebab diorang ni based kat Melaka. terus aku text husben, dan macam biasa die ONN aje :) Aku deal semua benda since nak raya aku request buat family photoshoot Raya jugak. And he's okay walaupun dah cakap kan 2jam je shoot. HAHA. 
+ So macam yang korang tengok kat FB adn Insta lah kan, tema aku tahun nie ala² JDT. Dannnn, masa nie lah sebenarnya officially aku break-news yang aku pregnant :D Ampun maaf bukan taknak bagitau, bukan nak rahsia ke ape, tapi aku rasa aku tak reti nak break-news camne utk 2nd baby. Plus aku pun sorang² kan time tue, so rasa macam syahdu dan down sket nak bagitau orang kecuali family terdekat, kawan² rapat and chanteks. 
Family Potrait! Tahun depan berempat pulak Insyaalah :)



Meltingggg! :D


Ini feveret aku. Wallpaper di mana saja!



Kebetulan!



All Four!



+ Hari Raya Aidilfitri disambut dengan sangat sekejap tahun ini. Cuti  4hari je sedih tak? Dah la merantau, pastu cuti 4hari jer. Tak ke meroyan kau? Tapi nak buat camne kan, memang cuti tak cun dengan semester Diploma. Stress lagi² bila tengok korang semua sakan lagi beraya sedangkan aku dah masuk keje raya ke-5.
Family belah ayah! Isya the one & only cucu :) Ayah aku takde pagi raya, kene kerja T_T

September & Oktober
+ Bulan ini bulan yang super busyyy jugak. Sebab macam² benda aku nak kene setelkan sebelum cuti bersalin. Dan aku sangat tak suka diganggu waktu cuti. So, haruslah buat semua kerja dan buat serah tugas secepat yang mungkin. Dalam pada itu, aku carving for macam² makanan. Maka bersungguh lah mencari jugak makanan yang diidamkan walaupun kadang² macam takde harapan je nak dapat. Ngada je lebih mama nie ;p
+ Sempat aku pergi shopping jap kat KL kebetulan visit practical students. Dan itu lah last aku bleh naik belon. Pastu takleh dah. Time tu pun dah 34weeks. Nasib baik doctor aku memang kawtim dari dulu dia ok je buat surat tulis aku baru 32weeks, padahal dah nak masuk 34weeks :) Syukur semuanya ok dan paling puas hati dapat shopping barang baby dengan harga yang lottttttttttttt cheaper dari kat sini
+ Apa-apa pun memang aku rasa tak sabar sebenarnya nak tunggu adik Isya ni keluar. Cuti bersalin aku dah approved, 90HARI! Dan plus², sebab aku amik cuti tahunan & MC awal dua minggu dari due date. Hopefully semuanya ok lah. Doa²kan yer. Insyallah, aku cuba update blog, next week bila dah start cuti. rasa macam unfair jugak sebenarnya, cerita pasal adik Isya nie tak pernah muncul dalam blog nie. Hiii. takpe Little B, mama tetap sayang kamu macam mama sayang kakak Isya.
So, latest picture of mine at 35weeks!
Till then u alls.
Aku cuba update lagi nanti eh?
Daaa~

 BisikChenta: Puas hati dapat update. Bapa lame lagi kah next update? HAHA

24 comments :

  1. Qis,yun pn xtau qis preggy until i saw ur pic raya!Isya da besar,makin comel and pandai posing!selamat cuti bersalin ye!take care mommy! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. memang tak ramai tahu pun yun.
      tq. u take care tooo :)

      Delete
  2. Replies
    1. kihkih. hampun maaf yer. kau gud luck kelinik baru. jangan byk berangan. haha

      Delete
  3. tahniah..semoga d permudah segalanya..

    ReplyDelete
  4. 1. Aku memang dah saspek ko pregnant qis sebab ko suruh review jamu mak dara tu, nak beli kopi yang aku minum kejadah semua tu.

    2. Mood meroyan rindu laki tu lagilah buat aku jadi suspicious. Tapi tu lah. Kalau ko adik aku, lama dah aku tanya direct to the point. Tapi sebab bukan, aku jadi nak tanya ke tak nak tanya ke tak. Kang kalo tak, kecik pula hati dia. Dah lah isu ni sensitip kot.

    3. Time gambo raya perut ko nampak buncit. Haha. Tu yang aku tanya juga la sambil ambilk risiko kalau lepas ni dia block fb ke blog ke IG ke takpelah. Aku terima seadanya. Sekali betul sebab ko suruh refer tajuk album kau. Alhamdulillah & im happy for you. Alhamdulillah juga, takde lah aku kena block :p

    4. Yeyyyyy, insha Allah kita sesama akan berempat dah =) =) =)

    5. Gambar pantai tu kat Pengkalan Balak kan kan kan?

    6. Ko memang tak besar tapi tuuuut bosa gilo. Kahkahkahkah.

    7. Ampun mahap sebab posting ko panjang berjela, so, hadapkanlah juga komen I yg berjelamela juga.

    8. To Isya, selamat menjadi kakak ye. Jangan lupa on kan mode attention seeker tahu. Baru lah boleh mendiva.

    9. To Qis & Husband, congrats dan semoga berbahagia selalu, dekat selalu dan ado rezeki pulang ke Semenanjung dah lepas ni. Sedih pulak aku bace posting ni tau.

    10. Ok dah. Aku stop sebelum komen ni menjadi bertambah panjang lagi. Take care banyak-banyak tau tau tau!!

    4.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mak aihhh, kau pun same naik kak taknak kalah dari tuan belog!
      1 & 2 - HAHAHA. alaa, ko tanye je la kak. aku bukan jenis sentap pun macam kau tak tahu walaupun kenal di alam belog! :D

      3, 4 & 5 - Haah. kat pengkalan balak ler, mana lagi kan? Insyallah, geng berempat la kite pasni :)
      6 - Hoihoihoiii, shadappp! yg tu jangan cakap kuat². tiap kali peknen berganda tambahnya ;p

      8. Nebes aku nak tengok reaksi dia jadi kakak hoii!

      9 & 10 - Hahaha. Aku sedih tapi kaverline je lah kan. Tq kak! Ko memang sempoiii!

      Delete
  5. tambah menambah la ni.. ahhahaahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. iyolah gitu lah gamaknya. kem salam kak ila!

      Delete
  6. puas hati jugak aku baca cite ko ni dgn penuh smngtnye..

    ok..part yg kene tinggal2 tu mmg sayu la..again, strong mama!!

    anyway, taking care ok..smg semuanye baik2

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi. semangat tau aunty anne nie :)
      part kene tinggal x sanggup nak cerita sebenarnya. hihi
      tak care anett!

      Delete
  7. wah...ade update...berthn x update...hihihi...bgs rentetan cerita ni..btw..take a good care of ur babies....;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tue lah nak cerita tak tahu nak start mane. cite by months lah senang. tu pun tunggang terbalik.
      thanks!

      Delete
  8. Wahh. Panjang giler entry kali ni. Puas baca. Setia je dgn photoshoot tu. So chomel. Hopefully semua berjalan lancar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAHA. Ade plak ye perasaan puas tue?
      Insyallah, doakan lah yer :)

      Delete
  9. hoho seronoknyer baca.haha motipp la kan.semoga semuanya berjalan lancar nnt :)aminn

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAHAHA. ko seronok ape dbot? tau lah nak tawen pasnie. hehe
      pi menuntut ilmu kat kakak2 chanteks ;p

      Delete
  10. sekali update.. tu dia.. panjang... =)
    sedih nya kena PJJ... lin kat hospital pun da rindu husband... kikikik... gediks sikit.
    Hope everything ok kak... miss yr blog tau! nasib berupdate... =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. mestilah panjang kan tengok plak setengah tahun tak update. HAHA
      akak hati kering versi manja. kihkih

      Delete
  11. wahahaa..sekali harung..memang complete set lah kan..hihihi..Anyway, congrats sebab pregnant again..mesti Isya tak sabar nak jumpa adik kan..Pic tepi pantai tu sumanya creative gileh..cantik!!take care babe..anything update k..

    ReplyDelete
  12. bapak lama ko xblogging.hahahaha. aku la tu antara yg sentap xtau ko pregnant hahaha. wish u all d best. bestnye cuti lamaaaaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oii tak payah nak sentap sangat tau kau nie. Aku kan dah hint2 tanya kau pasal ape ntah aku lupa. HAHA.

      Delete

Komen lah korang!