Wednesday, March 6, 2013

# 20 bulan & Vocabs!

Yesss. Anak dara itu sudah berusia 20 bulan = 1 tahun 8 bulan.
Kalau nak tulis sesatu, memang aku takde masa lah hoii.
Ni pun sebab nak rileks kejap take-5 konon sebab stress marking esaimen students melambak ni.
Bagi aku, mengikuti perkembangan Isya di usia dia, aku rasa vocabs dia agak ok.
Ok means, aku rasa bagus dan boleh difahami untuk mak² budak seusia dia.
Aku compare dengan anak jiran, sama baya Isya beza tak sampai sebulan, aku rasa Isya lebih sket vocabs lah. Ayat pon boleh paham walaupun setakat 3 perkataan.
Tapi tahu lah kan, development budak lain².
Dia mungkin cepat bercakap, tapi hari tu kemain lambat berjalan.
Tumbuh gigi pun 4 batang dari bulan 12 sampai sekarang.
So, untuk hari ni, aku catatkan vocabulary Cik Batrisya setakat 20 bulan

Perkataaan² yang boleh disebut dengan jelas sebutir²: 
MAMA, PAPA, ATOK, NENEK, AYAH (husband babysitter), BABY, PLANE, DOG, MOUSE (Mickey Mouse), TAYO, SHOES, BABAI, MOON, AYAM, FISH, ASUK (Sarawak: Anjing), MOK (Sarawak: Mahu/Nak), OKKAY, ELMO, UBAT, GIANT, ADOII, AMIN

Perkataan² agak pelat:
TATAK = Kakak
INUS = Hingus
ANAS = Panas
TEJUK = Sejuk
CICAP = Cicak
ABAM = Abang
TET = Cat/Kucing
IDO = Tidor
BOOT = Book
DOOD = Good
GIGITAR = Gitar
AETOM = Assalammualaikum
TATOT = Takot
ANYI = Nyanyi
SAYAM = Sayang
METAP = Make-up
UTAK = Bukak
MEDETA = Merdeka (bila nampak bendera or org nyanyi lagu patriotik! Jiwa sungguh)
OPAT = Lompat
TEJAR = Kejar
ATAN = Makan
ADI = Mandi
POCOT = Opocot
AWAH = Allah (swt)

Perkataan lain, maksud lain:
VROOM, BROOM = Motor
BUMBUM = Baring
GUDUK² = Aksi naik kuda
OOK,OOO = Bila buat something yang salah

Ayat 2-3 patah perkataan:
Mama work, Papa work (haaa, sangat comel. Boleh plak halau mak bapak pegi keje!)
Tatak sool = Kakak school
Mama antuk ido jum = Mama ngantuk, tido jom!
Tatak pun / Kamek pun / Papa pun / Mama pun = Kakak punya, saya punya, mama punya, papa punya. (Ini bila nampak barang kepunyaan sesapa lah!)
Sayammm mama, Sayang papa
4747 = Mengira. Aku pun tak paham kenapa suka ngan no 4 & 7. Kalau kira dari 1, 2, tiba² dah 4 pastu terus 7.
HA, NUN, YA = Baca Alif Ba Ta, tapi yg dia follow ini aje.
1, 2, Gooo = Bila nak main lari² or kejar²
Mama, Nenek koiii = Mama, nenek call (Asal dengar hp bunyi, nenek call! Hahaha)
Tu je lah kot yang aku teringat. Tapi sungguh bahagia melihat perkembangan anak kannn?
Rasa kalau boleh nak biar dia kecik je, sebab tak puas nak gomol dan main dengan dia.
Dah, nak sambung kerja! Bai!
Muka nakal nak ikut mama work! Sayang kamu ketat²!
 NotaChenta : Bila stress, tengok gambar anak terus senyum sensorang!

10 comments :

  1. wei seronok kan stage ni.hehari gelak..
    ada sekali aassim sebut abam itangg

    puas la aku pikir apa hahaha.rasanya dia cakap abaang hitam (isk isk) sebab anak2 babysitter tu 2 org abg kan.dok gaduh.so dia terikut.bahayaaaa sangat!nasib baik tak faham maksud.hish!

    tapi still seronok lah HAHAHA

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah. stage ni aku rase memang kelakar.
      tak masuk lagi aksi dan gaya dia buat.
      adoii lah. abanglong kawasan sangat tau acim siap panggil org abam itangg.
      hari² aku tunggu ape perkataan baru dia.

      Delete
  2. bnyk da dia ckp... ni klu bebel2... memang tak fhm...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dia bebel sikit² paham jugak lah.
      tapi kalau dia dah bebel panjang berjela. memang akak tukang gelak² je lah.
      tapi sungguh comel rasa nak makan jer mulut die!

      Delete
  3. dah pandai isya cakap kan? comel betul! geram rase..
    ni baru baca kat sini je.. kalo dengar suara dia xtaula camne geramnye..
    hehehehe...

    ReplyDelete
  4. Isya Abang jadi ABAM.

    Iman Abang jadi ABAN.

    Haha.

    ReplyDelete
  5. waaaahh seriously sgt byk vocab mek ni compare dgn awang ilyaas i tu.
    budak tu buat ayat kemain tp dlm bahasa dia la..

    icha icha icha...gigit sket pipi tu...

    ReplyDelete
  6. Iman pn bru 4btg gigi diusia 15bln.tah2 folo isya ni nt 4btg smpi 20bln.owh bleh geng.haha
    tp mmg wei,stage ank b'ckp ni mmg best.wt rse gerram je dgn die.iman ske cabut tgn kaki ank patung die,pstu nt dtg ngadu kt aku 'atah=patah'..ske2 die je ckp patah.haha

    ReplyDelete
  7. haha..kadang2 pening layan bila dah pandai cakap ni..ade je perkataan baru & xsangka2 kuar dr mula depa ni..

    pasni kne cakap hat elok2 ja sebab otak depa cpt je tangkap perkataan baru hehehe...mak etty ni kuat latah ade je kate2 yg kureng!! huawaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  8. seronoknyaa dh ada vocabs..i rs part ni bery crucial sbb parents mmg kene sll bckp n ajar dr mula.ada bdk umur dh 4thm tp dia xtau ckp okkk. dia umm aa umm aa.sebut bola pn xtau. poor vocabs. dh msk tadika br bergaul br dia tau cko s skit2.kalau x mak dia je yg tau apa dia nak. ssh gile if dia ckp kite xtau apa dia nak.sbb uuu aaa uuu aa. huhuhu. ni kes sepupu jauh kr kt kuala hoohoo

    cmne kucing jd tet isya? haha sll miawww miawww ;p

    ReplyDelete

Komen lah korang!