Friday, July 6, 2012

# 6 Julai - Kisah SATU Tahun Lalu

Satu tahun dah berlalu,
Tapiiii.........

Macam baru semalam je rasa konpius, 
"Eh,nie ke contraction?"


Macam baru semalam  aku call husben dan cakap, 
"B, macam nak keluar je budak ni. Ada darah lah" 
...dan husben pun cakap "Alamak! Alamak!"

Macam baru semalam je tukar pad tapi takde darah yang keluar,
"Eh,betul ke water bag pecah nie? aku nak bersalin ke ni?" 
...air dah macam paip bocor. hehehe.

Macam baru semalam je rasa call bestfriend,
"Aze, teman aku gi spital"
....dan kemudian paksa dia singgah McD untuk makan. HAHA.

Macam baru semalam rasa ngeri kena seluk kali pertama dan dengar doc cakap,
"Dah bukak 5cm dah awak ni, masuk wad terus lah yer!" 
...5cm? aku ingat baru 1-2cm. Cepatnya! Neves ok!

Macam baru semalam kena baring atas katil dan rasa nak kencing pastu nurse cakap,
"Nanti kita bawakkan tiub untuk awak kencing" 
...Erkk!

Macam baru semalam doctor cakap CTG graf tak cantek,
"Baby awak ni tido, kena kejut. Sebab tu awak tak rasa sangat contraction" 
...Ohh,camtu ke? Maaflah saya tidak tahu graf itu harus cantek.

Macam baru semalam nurse kat wad meyakinkan aku bersalin malam,
"Ala dik, rileks. Sempat suami awak sampai"
"Lagipun awak 1st baby, mesti bersalin dalam pukul 8malam"
...Masa ini pukul 5.15ptg.

Macam baru semalam kena naik LR pakai wheelchair,
"Nurse saya jalan je boleh tak. Kebas lah bontot baring jer" 
...Degil sangat kan?

Macam baru semalam rasa duduk dalam LR 5minit bersamaan 30minit di luar,
"Kakak, baca Laailahailla-anta-Subhanakainni-kuntum-minazdhalimin, ayat Qursi banyak2!" 
...pesan Mama dan aku memang tak sempat minum air selusuh ke semua bagai!

Macam baru semalam nurse jaga aku kat LR offer epidural,
"Dik, nanti doc datang pukul 6 nak buat VE lagi. Time tu kite last offer epidural"
"Akak pegi solat jap ye?"
...Jangan kata epidural, akak tu pun tak sempat tengok aku bersalin. HAHA

Macam baru semalam rasa ade belon keras kat ari-ari,
"Mama, rasa macam ada benda koyak kat dalam lah. Pastu rasa sakit belakang nie" 
...Still confuse ;p

Macam baru semalam mama panggil nurse lain sebab nurse jaga aku pergi solat,
"Jap kita check. (.....) Ya Allah, ni dah fully dilated dah ni dik. Akak panggil doctor!"
...dan aku serius tak sedar bila masa kaki aku kena angkat dan tiba2 ramai orang depan aku!

Macam baru semalam rasa ada suara orang jerit,
"Teran lagi sekali dik! Dah nak sampai bahu dah nie!" 
...Kali ke-3 aku teran! Tak sedar dah. rasa macam belon air keluar!

Macam baru semalam doctor tunjuk baby kat aku,
"Ni baby awak, tengok boy ke girl?" 
...Aku jawab dan dia letak baby atas dada. Subhanallah. Air mata mengalir sebab frust husband takde!

Macam baru semalam aku rasa sakit kena jahit adalah lagi sakit dari beranak,
"Kak, ni lapisan akhir kita jahit yer. Sakit sikit" 
...Sakit sikit hotak dia! Dah lah tak bius,jahit hidup-hidup! Pheww!

Fuhhh! Ni kalau taip ni sampai esok pun tak abis macam nyer!
Dah sudah lah. Tak buat kerja orang nak baca nanti. kahkah.

Alhamdulillah,
Hari ini, Batrisya genap setahun! Yes, 1 TAHUN!
Alhamdulillah atas kurniaan-Nya yang sangat bermakna.
Alhamdulillah kami sudah setahun bergelar Mama + Papa.
Alhamdulillah juga Batrisya membesar dengan sihat, walaupun takde gigi lagi dan tak berjalan lagi.

Banyak yang aku belajar sepanjang setahun nie,
Belajar menjadi mama yang sempurna walaupun kadang-kadang aku tahu ianya tidak.
Dari tak tahu, boleh jadi sangat tahu, perlu tahu & wajib tahu!
Dari buat satu kerja dan boleh buat 2-3 kerja satu masa.
Syukur! Dan pastinya, banyak lagi aku perlu belajar & harungi.

Untuk anak Mama tersayang, Batrisya,
Satu hari kalau kamu baca ini,
Kamu akan tahu bahawa kasih sayang Mama + Papa pada kamu tak ternilai.
Mama mahu kamu membesar jadi anak yang solehah, cerdik dan pintar, seperti makna nama kamu.
Jadi anak yang menyenangkan hati Mama + Papa.
Jadi anak yang berguna pada agama & negara.
Jika panjang umur Mama, suatu hari nanti Mama nak lihat kamu juga berjaya seperti  Mama + Papa,
Ataupun jauh lebih baik daripada kami.
Mama sayang kamu hingga akhir hayat Mama.

Happy 1st Birthday Icha Ichott! :)

Gambar pertama setelah BF buat pertama kali :)



 BisikChenta: Malam tadi tak nak tido awal. Macam excited sebab nak tambah umur hari ini. Alahai anak!

17 comments :

  1. Alhamdulillah,hepi besday icha sayang

    ReplyDelete
  2. aku pon rase macam semalam bace kisah ko beranak tu..aku ingat agi ko makan mcD sebelum gi spital...[tetibe] heheh..betul ar..cepat mase berlalu..aku pon mase bace n3 ko tu belum ngandung pon lagi..sekarang dah kuar anak sorang..
    hepi besday Batrisya...semoge membesar menjadi anak yang solehah..aminn...:)

    ReplyDelete
  3. happy birthday icha ichott ;o)

    ReplyDelete
  4. omggggggg senang gile proses ko beranak.hahahaha. hope i pn sng mcm u haha cuma part jahit tu xnk la hidup2.LOL.

    ReplyDelete
  5. Cepatnye Icha dah setahun.
    Happy 1st birthday Icha!

    *Tetiba rase sayu bila baca notes utk Icha tu.. Be a solehah girl ye syg!

    ReplyDelete
  6. happy birthday baby baby icha

    ReplyDelete
  7. syok bce.. hepi besday icha yg comel lote... :)

    ReplyDelete
  8. Aku still wagaga lagi bila yaya msg ko bsalin cpt sgt sampai husband sndri pn tk sempat tgk. Hebatlah kidz!

    ReplyDelete
  9. rasa mcm br smlm baca ko tulis pasal detik2 nk beranak..masa tu ramai doc tgk ko branak kan..siap bg support ramai2...hehe..aku ingt!

    ReplyDelete
  10. happy ....
    :) http://readmores.com

    ReplyDelete
  11. Icha syg!happy birthday!hug kisses from aunty yun..mama jgn risau tau,pasni icha terus lari..kite main kejar2 nti ngn afif tau.. :)

    ReplyDelete
  12. so touching laa qiss niee!!
    saje je buat kita imbas balik kan..?
    ichaa happy birthdayyy yayang..

    ReplyDelete
  13. Tq semua aunties & mommies! :)

    ReplyDelete
  14. Happy birthday icha. Semoga jadi anak yang solehah ye.

    P/S: I baru terhegeh2 baca. Haha. Almaklumlah, mak sebok bersukan.

    ReplyDelete
  15. dulu sy jait pun tanpa di bius..best sgt kan...haha

    ReplyDelete

Komen lah korang!