# Parenting: Cara/Tips Mendidik Anak
Assalammualaikum.
Aku tak tahu nak mulakan entry apa sejak berazam nak kembali berblog! Ecehh, konon!
HAHA. Nak share sometnig, from husben. Dia forward ke email I pagi tadi.
Aku dok taip balik satu-satu. Gigih tau!
Ntah nape takleh copy paste dari email!
Tapi ade yang aku potong2 buat ayat sendiri. Suka hati. bahahah!
Cara-cara / Tips Mendidik Anak
Untuk renungan bersama dan diri sendiri juga :)
1. Jangan pukul anak dari lutut ke atas.
2. Jangan guna tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak.
3. Jangan sesekali menampar anak dengan tangan - anak akan jadi lebih degil/tak boleh control.
4. Rotan/pukul anak di telapak kaki - secara saintifik relate dengan refleksologi dan merangsang ke otak anak.
5. Panggil anak dengan panggilan yang baik-baik - seelok-eloknya nama penuh. Nama anak bawa maksud dan itu doa untuk mereka. (Batrisya = yang cerdik, yang pintar. InsyaAllah!)
6. Sila peluk anak setiap hari - Ada kajian mengatakan anak yang dipeluk tiap hari, kekuatan IQ lebih kuat dari anak jarang dipeluk.
7. Pandang anak dengan pandangan kasih sayang - Ini membuatkan anak lebih yakin dengan environment.
8. Berikan "sesuatu" jika anak berbuat kebaikkan - Bukan hadiah je. Senyuman, pujian, pelukan, ciuman tu semua psikologi utk membina keyakinan diri anak.
9. Jangan mengeluh dalam mendidik/membesarkan anak - Anak-anak ada sense. Kalau kita mengeluh, dia dapat merasakan diri dia beban!
10. Jangan bawa beban kerja di pejabat ke rumah - Anak akan berfikir kerja lebih penting dari keluarga. Ini betul. Aku tak bawak balik kerja kat umah since ada anak. Kecuali marking sebab terpaksa siapkan within 3days!
11. Jangan biarkan anak tidur tanpa ciuman selamat malam & pelukan hangat dari kita - Ini wajib kot!
12. Luangkan masa dengan anak di luar rumah juga. Pegang tangan dan tunjukkan kemesraan suami isteri / keluarga - Anak akan tahu dan sedar kepentingan mereka dalam family.
13. Buat sedikit persediaan untuk harijadi anak. Biar sedikit dan murah - Anak akan menghargai dan merasa dihargai serta lebih peka pada persekitaran. HAHA. Mari fikir tema besday anak 3bulan lagi. K bai!
14. Anak menangis untuk meredakan keresahan/ketakutan. Legakan/dengarkan tangisan mereka - Mungkin satu hari kita akan merindui tangisan itu!
LASTLY,
Sedarlah dan terimalah hakikat kita manusia biasa. Kita bukanlah ibubapa yang terlalu sempurna.
Kita juga masih belajar untuk menjadi lebih baik dan sempurna.
Jangan stress <-- Ini penting!
Sabda Rasulullah,
"Berguraulah dengan anak dikala usianya 1 hingga 7 tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang badan pun tidak mengapa. Jika anak suka digeletek, dikejar atau diusik, lakukannya asalkan hubungan rapat. Tapi, selepas 7 tahun hinggalah 14 tahun, didik dan ajar mereka, jika salah pukullah untuk memberi pengajaran."
Olahan daripada sumber : Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad
BisikChenta: Kesempurnaan bukan milik kita. tapi kita cuba untuk mengejar sedikit kesempurnaan itu!
baiklah.noted. i masakecik sll kene pukul dr ats smpi bwh sbb tu degil kot.hahahahaha. semua rotan i rs. tali pinggang,getah paip,tali skipping,pendek kata semua rasa lah. cili kisar pn kene.LOL.bkn penderaan tp pengajaran.nakal sgt hahaha.compare to KR, ekeleh kene tmpar sekali je ms kecik.kakakaka.
ReplyDeletekesian kat hafiy kecik2 dah kena marah ngan mak die...haishh kadang2 terlepas gak keluhan2 y xsepatutnya kan..mana taknyer penat keje nk jaga anak yg kuat ragamnyer tp bila sedar balik cepat2 istigfar huhuh
ReplyDeletei highlight no 9.. huhu...
ReplyDeletenice info bal
ReplyDeletehttp://www.facebook.com/JomSinggah09
assalammualaikum aqiesh ;)
ReplyDeletelama xjln2 sini
good sharing
@ Lisa
ReplyDeleteHAHAHA. same lah kite. dapat plak bapak polis, mmg sah kena gari lah I. ok tipu! ape brg KR kene tampar sekali jer? tak taiko lah. huhu.
@ FF
kannnnn? bohong la ckp takde mengeluh sket. mesti ade. tapi bile ingat2 tu, rase macam, "eh, ape aku cakap camni? tak baik!" same2 kite muhasabah diri jadi mak yg baik!
@ Athidean
yup, betul. kite kan manusia tak sempurna, selalu lupa.
@ Rhana
Setuju. tak baik kan? I rase ade jgk I penh cam sort of mengeluh. lagi anak buat perangai!
@ McNa
sharing is caring gitewww!
@ Kak Pia
hehe. sy pun lame tak jalan kat akak. :)