Friday, March 5, 2010

StudentsLife: Info - Tenaga Pengajar Muda (TPM) UiTM

Maaf kepada yang email I dan I tak sempat nak buat entry pasal TPM (Tenaga Pengajar Muda) Sungguh ramai yang search TPM UiTM ni dan klik link ke blog I yer..

Okey, taknak buang masa. Mari I bagi sikit INFO (or frequently asked questions) berkenaan Tenaga Pengajar Muda UiTM ni..*terasa I betul2 muda remaja dan nak jadi cikgu**

Baiklah..I may start now! Tawaran TPM UITM nie, tertakluk kepada beberapa syarat:

1. Mesti mendapat tempat pengajian di universiti dalam/luar negara yang diiktraf oleh Kerajaan Malaysia.

2. Mempunyai kemahiran Bahasa Inggeris. WAJIB menduduki TOEFL 460 (paper based) atau 140 (computer based) atau IELTS Band 5.0.

3. Meletakkan jawatan (sekiranya bekerja) sebelum memulakan pengajian.

4. Menandatangani Surat Perjanjian untuk berkhidmat dengan UiTM selama 7 tahun selepas tamat pengajian atau gantirugi RM 100,000.

5. Lulus Tapisan Keselamatan oleh JPA dan UiTM.

6. Memulakan pengajian dalam tempoh setahun selepas tawaran biasiswa.

7. Tidak menerima biasiswa/pinjaman atau mengikat perjanjian dengan mana-mana penaja/badan lain.

8. Setelah tamat pengajian, mestilah melapor diri dengan SEGERA dan menghadiri temuduga oleh pihak Universiti untuk dipertimbangkan ke jawatan pensyarah.

Baiklah. Cakap pasal SYARAT kat atas mesti boring kan? Cube I cakap pasal DUIT/ELAUN..mesti laju je korang nak scroll kan? :p

Biasiswa Tenaga Pengajar Muda nie menawarkan pakej percutian biasiswa/kewangan seperti:
Yuran Pengajian (ditanggung sepenuhnya mengikut yuran pengajian universiti masing2)
Elaun Tutor : RM 1,500 sebulan
Elaun Sara Hidup : Mengikut kelayakan
Elaun Buku : RM 750 setahun
Elaun Perkakas : RM 900 setahun
Elaun Penempatan : RM 1,350 (sekali sepanjang pengajian)
Elaun Thesis : RM 1,500 (Sarjana) / RM 6,000 (PhD)
♥ Elaun Akhir Pengajian : RM 500+

Haha..sekarang dah terjawablah kenapa I boleh kawen dan duduk kat umah saja tak payah kerja sambil belajar :) Kantoii :p

Harap2 yang bertanya/email I dah baca entry nie. Kalu nak tanya ape2 lagi, boleh private message I, tak pon letak kat komen yer..

Sekali lagi nak cakap bende nie, UiTM DiHatiku (wah, siap kaler purple lagi kau!)

*Big boss* Bernaung di bawah MOHE! :)



BisikChenta: Menunggu elaun bulan ini.. :p

11 comments :

  1. nak nak! nak tau camne nak mintak. wahahhaa

    ReplyDelete
  2. ohh..sila lihat update terbaru di website uitm..
    biasaye die letak kat main page! :)

    ReplyDelete
  3. napa elaun utk april - jun lambat yer ...ke sy sorang jer lambat ..:O

    ReplyDelete
  4. elaun tu dibayar camne ek..3 bln sekali kann...

    i br dpt offer semlm..tp, dlm dilema, tak tau nk accept ke tak... :(

    ReplyDelete
  5. dear miyoko
    ~ haah..elaun tue 3 bulan sekali..tapi mase my intake, die bayar sekali 6 bulan terus :) pakcik kayooooo..buat kawen..haha..
    u dapat ke? what course?

    ReplyDelete
  6. normally kalau first time dapat, dia bayar bila?
    now i dah sambung kat UKM,
    dah 2 minggu kat UKM.
    tq... ur blog banyak bg info.

    ReplyDelete
  7. what course weh sape2 yg dapat tpm 2o10? gua nk tau.

    ReplyDelete
  8. bgs nye..nanti kalu ada apa2 yg saya x paham, tanya awak boleh??ade fb ke ape ke yang lebih n selalu agi awak online??tq...

    ReplyDelete
  9. Sis Siti
    ~ okeh, kalau nak tanya ape2 boleh email sy honey_gal85@yahoo.com :)
    nak FB boleh add jugak, kat tepi tue ade link badge!

    ReplyDelete
  10. nak tanya ckit.....kalau nama kita dah disokong diperingkat faculty, chances utk dpt tinggi tak...or else masih ada lagi penapisan di peringkat JbPSM

    ReplyDelete
  11. ohhh, normally kalau faulty dah sokong, shud be no problem dgn JPbSM.
    Good luck then!

    ReplyDelete

Komen lah korang!