Friday, September 11, 2009

Weeding: Announcement!


Hmmm..Makin busy dgn assignment yg melambak, yg perlu dilunaskan semuanye sebelum balik kampung beraya! Yela kan, dah raye nanti confirm, berhabuk buku ngan laptop aku tak bukak..Percayalah..Ini serius!!
Aku tetibe nak bercakap pasal isu soalan "Adakah?" "Haruskah?" dan "Patutkah?"
Ape maksud aku?
Berkaitan dengan tarikh @ date utk wedding aku, InsyaAllah hujung tahun nie..
Persoalannye:
+ Adakah terlalu awal aku menghebahkan tarikh kahwin aku?
+ Haruskah aku bgtau yg aku sebenarnye membuat pengumuman awal kerana bersebab?
dan..
+ Patutkah aku menjelaskan kenapa aku membuat pengumuman ini?
Aku jawab soalan di atas dengan penjelasan yg panjang lebar okey..Tak nak baca sila pegi blog org lain!
|
|
V
Hari nie genap 84 hari sebelum tibanya hari bahagia aku. Serasa aku, sudah agak hampir. Percaya atau tidak 84hari itu akan bertukar sekelip mata menjadi 54hari, 34hari, 4 hari, dan tibalah harinya. Aku merasakan aku harus membuat pemberitahuan @ pengumuman tarikh kahwin aku kerana beberapa faktor!

(SATU) Aku akan berkahwin musim cuti sekolah, yg mana umum ketahui ramai jugak la psangan spt aku yg memilih waktu begini juga utk berkahwin, bertunang dsb.
(DUA) Aku dihujani dgn pertanyaan sebegini saban hari:
+ Bile ko nak langsung @ kawen?
+ Tarikh kawen ko dah confirm belum?
+ Ehh..ko kawen hujung tahun kan? Berapa hb? Aku takut ramai kawen, aku nak atur schedule!

Bukan nak cakap aku glemer nak mampus taraf artis2 nak kawen. Aku hanya insan biasa yg punya ramai kenalan, rakan taulan, sahabat handai yg mewarnai kehidupan aku dari kecil hingga kini. Tak payah aku nak buktikan, tengok saja bilangan kawan2 aku kat Facebook @ Friendster dah cukup. Itu yg ade Facebook/Friendster, yg takde, tak masuk lagi. Nak aku senaraikan kat sini, memang tak terlarat aku nak tulis.

Bukan nak riak, bukan berlagak, bukan ingin menunjuk2.. Tetapi,hakikatnye majlis perkahwinan aku antara majlis yg di tunggu2, bukan sahaja oleh rakan2, malahan sedara-mara. Aku anak pompuan sulong, anak pompuan pertama (father's side) yg akan kawen. Mane tak kecoh makcik2 ngn sepupu2 aku sume. Nak kate public figure pon boleh jugak kot! Dikalangan kawan2 la..(Perasan kau nie Balqiz!) Sbb tue aku rase msg inbox aku kat FB @ FS @ handphone dipenuhi ngan soalan2 yg aku nyatakan di atas!

So, antara salah satu sebabnye, memang atas dasar nak membuat PENGUMUMAN AWAL saje. Nanti Kad akan menyusul. Lagipun, aku harap bile dah bgtau awal nie, boleh la sampaikan dari mulut-ke-mulut! Mane tau ade yg aku tak sempat @ terlepas pandang ke, so at least boleh la jugak yg tak tau akan tau dr yg tau kan? Bukan ape, aku tak nak nanti ade suara2 sumbang yg akan cakap:
+ Apesal ko kawen tarikh tue? Same la ngan kazen aku kawen..
+ Alaa..ko tak bgtau awal2 nape, aku dah ade plan lain la hari tue..
+ Ko nak kawen dah ke? Bile? Sampai ati ko tak jemput aku..
+ Ko ni pun, nak kawen tak bgtau kengkawan, dah dekat2 baru bgtau..

Oh ya! Ade antara ayat2 di atas, dah kuar pon dr mulut2 mereka..Ade yg cakap, aku tak patut bgtau awal sbb KALAU TAK JADI malu tak sudah, menangis tak berlagu (mintak2 dijauhkan la kan..) Hmm..bg aku, KALAU (kalau okey!) Kalau takdir bukan jodoh aku dgn ChentaHati aku, aku terima dengan redha! (Ulang lagi, KALAU okey!) Aku berharap semuanya akan berjalan lancar dan mengikut perancangan..

Jadi aku harap, sesiapa yg rase nak melaser aku ngan hentaman @ tembakan padu tue pikir dulu 2-3x sebelum melancarkan serangan yer! Yela, aku tau, bukan semua org boleh tgok org lain senang. Manusia nie, hati lain2. Siapa tahu kan? Aku harap penjelasan aku nie cukup utk memahamkan korang2 kenapa aku membuat pengumuman awal ini.

Aku mohon maaf andai ade yg terasa hati dgn entry kali ini. Oh! Aku rase aku begitu serius kali ni. Hahaha. Okey, sudah mula nak berpoya2 dan menggila. Terima kasih kpd yg memahami. Kepada semua, anda semua aku jemput hadir ke Majlis Perkahwinan aku dan bakal suamiku (insyaAllah) pada 5 Disember 2009, di Hulu Langat! Kepada yg menantikan kad, sila tinggalkan alamat. Akan aku poskan bile kad dah siap!

Salam kemaafan. Maaf aku pohon jika aku juga bicara yg sia2 dan membuat sesiapa terluka!

BisikChenta: Manusia! Punya hak utk bersuara hingga kadang2 terlupa banyak hati dan perasaan yg patut di jaga..

6 comments :

  1. Semoga semuanya berjalan lancar,Amin.
    suka dg kata2 ini
    "Maaf aku pohon jika aku juga bicara yg sia2 dan membuat sesiapa terluka!"

    ReplyDelete
  2. wah....5 december???x lame lagi tuh....!!!!yayyy...seronok tgk org nk kahwin nih..berseri2 je:D

    ReplyDelete
  3. sile abaikan suara-suara sumbang yg berkata-kata.enjoy ari2 terakhir menjadi anak dara.hoho

    ReplyDelete
  4. sy anatara y nk tau cpt² bile adik sorg ni nk lansung...gue mesti dtg!

    ReplyDelete
  5. Peri PiA:
    >>Aminn...harap2 begitu..
    dan ayat tue mmg membawa seribu erti..
    menginsafi dan menyesali kekurangan & kesilapan diri dlam berkata2..

    suezensuzanna:
    >>Hurm..seronok + berdebar!
    Berseri ke? Rasenye makin bertambah2 jerawat naik..

    ReplyDelete
  6. inche isteri:
    >>haha..nie nak enjoy2 abis..

    pn Hani:
    >>okeh sis~ keep that as a promise yer..=)

    ReplyDelete

Komen lah korang!