Saturday, April 21, 2018

April dan Perkhabaran Gembira!

Assalammualaikum.
Terima kasih untuk setiap ucapan!

Ada nampak mummy happy?
#balkidzootd: Poplook & Alhumaira Contemporary.


Masa mula-mula intai borang 3 tahun lepas, rasa sungguh tak layak nak memohon.
Baca borang, tengok senarai kelayakan, terus rasa nak pengsan.
Terus tutup balik borang (dalam format Excel), sambung shopping online, eh?

Diam tak diam, tiba-tiba dianugerahkan APC tahun 2015.
Macam mimpi, tapi masa ni rasa dah dapat cemerlang tu dah kira ok dah tu, puas hati.
Sekali lagi terdetik di hati, layak ke nak apply ni?
Bukak lagi borang, belek dan telek, lepas tu rasa ada benda tak cukup lagi.
Okay, masih belum layak lagi. 
Noktah.

Tahun lepas - 2017,
Tiba-tiba tersentak bila ramai rakan seangkatan mahupun junior perkhidmatan dapat kenaikan.
Tumpang gembira atas masing-masing punya rezeki.
Rasa macam -- Eh, aku ni betul ke masih tak layak lagi ke nak apply ni?
Ramai juga yang meyakinkan cubalah apply, cuba je, mana tahu rezeki.
Sebelum bertukar lagi pelbagai pekeliling dan polisi.
Lalu, dengan semangat dan tekad, borang sekali lagi diperhati dan diteliti.
Rupanya, taklah semudah petik jari, tapi taklah susah macam digambarkan sebelum ini.

Allah hadirkan penggerak - seorang boss yang niatnya murni terus menggalakkan.
Allah hadirkan juga rakan-rakan yang sama mengatur impian dan keyakinan.
Allah hadirkan rasa untuk melupakan kisah permohonan pindah yang saban tahun mengecewakan.
Allah berikan kekuatan dan kudrat untuk cuba memenuhkan semua kriteria dan syarat kelayakan.
Tak lah berapa banyak, tak juga terlalu mengagumkan.
Tapi cukuplah untuk mengisi setiap ruang dan markah di setiap helaian.

Alhamdulillah, 7 kriteria berjaya dipenuhi.
Markah pun cukup makan, sipi-sipi.
April 2017 - Layak ke proses penilaian dan temuduga buat pertama kali.
Sedikit perbalahan dan isu penting diutarakan membuatkan panel mengheret ke penilaian kedua kali.
Julai 2017 - Syukur penilaian kali ini lancar dan lebih murni.
Kita tunggu peringkat seterusnya diperingkat universiti.

Hari dan bulan berganti masa.
Penantian memang menguji kesabaran dan mendidik jiwa.
Hati sentiasa gundah gulana menunggu perkhabaran baik atau sebaliknya.
Fikiran sentiasa diasak soalan dan adakala amukan nafsu yang seakan tidak redha.
Cakap pasal redha, sampai bulan12 tahun lepas, perasaan redha tu dah mula ada.
Redha kalau tak dapat berita gembira.
Redha kalau lepas ni polisi baru menghendaki kelayakan yang lebih tinggi dari sedia ada.

Sesunggunya, janji Allah -- rezeki, jodoh, ajal dan maut semuanya dah tertulis sejak azali.
Genap 2 bulan cuti.
Jemputan dari Dato' Rektor melalui emel direnung berkali.
Mungkinkah tertulis rezeki aku kali ini?

Alhamdulillah.
Syukur atas perkhabaran.
Terima kasih tak terhingga buat nadi utama, keduanya -- mama & ayah yang tak putus mendoakan.
Terima kasih juga buat nyawa dan jiwa -- suami yang banyak berkorban.
Juga anak-anak yang adakala jadi mangsa kegagalan mengawal perasaan -- maafkan mama atas setiap keterlanjuran. 

Dan, terpaling penting buat semua sistem sokongan -- rakan-rakan sefakulti, rakan-rakan seuniversiti, tak kira siapa pun dan apa pun jawatan.
Terima kasih atas setiap kerjasama yang kita pernah jalinkan.
Terima kasih atas kepercayaan, sokongan dan bantuan.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Rezeki Allah sungguh takkan pernah salah caturan!

Tq Dato' & semua pengurusan kanan.

Geng sama-sama menghabiskan ink printer siapkan file.

Tahniah semua!


Coretan dari hati -- buat kenangan masa depan,
BALKHIZ ISMAIL
Pensyarah Kanan,
Fakulti Senibina, Perancangan & Ukur,
UiTM Cawangan Sarawak.
April 2018.

6 comments :

  1. Perghhhh dah Kanannnn. Masyukkkkk. Haha.
    =P

    Tahniah Balkiz. Teruskan kecemerlangan =)
    Lagi kanan lagi banyak dan tinggi cabaran. Don't stres stress naaa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaahh kanan je wehhh. Makin kanan makin pening kepala pasni hahaha
      Thanks kak!

      Delete
  2. Steady la sis...da pensyarah kanan...

    ReplyDelete
  3. Tahniah Balkiz.. Hebat!! Dah la makin gojes!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, thanks.
      Alaaahaiii manada gojesnyaaa.

      Delete

Komen lah korang!