Salam.
Hai korang. Cerita Sabah postpone dulu. HAHA. Ada lagi 5 episod.
Baru Isnin hari tu decide dengan husben nak buat birthday Dyna, this weekend. Yerr, this weekend!
Mula² plan nak buat lagi 3 minggu, tapi pikir punya pikir masa tu dah start semester, dah start busy, pastu mesti weekend dah sibuk.
Makanya, terus je confirmkan Ahad ni je buat. Confirmkan tempat, booked itu ini, makan, beli² barang, dan hari ni start la kerja gila tak berapa nak gila. Nasib la aku suka. So tak boleh komplen lebih².
So, tunggu lah update nanti yer. Nak sambung buat kerja hakiki pulak ni haaa. Letih tangan dah main potong².
Kbai.
Belanja satu gambar!
Mak memang akan selalu hover...
Wednesday, November 26, 2014
Sunday, November 23, 2014
Travelog: Honeymoon Sabah di Bawah Bayu (Part #02)
As salam.
Sambung entry Sabah lagi! Masih lagi cerita di hari pertama, 27 September 2014 (Sabtu).
Dalam perjalanan balik, kitorang memang takde plan nak singgah ke mana² kecuali nak pergi survey Jambatan Tamparuli je. Maklumlah, masa tu cuaca dah hujan-reda-hujan balik, so memang kitorang plan balik KK teruslah. Lagipun, aku memang skip la few tempat sebab dah pergi.
Tapi kat sini aku cerita pengalaman 2 tahun lepas masa aku pergi bawak Isya.
# Kinabalu Park (6 Okt 2012)
- Nak masuk bawak kereta boleh, tapi macam biasa la bayar conservation fee, RM3 sorang. Masa aku pergi dulu kira awal pagi jugaklah, so cuaca memang agak sejuk. Tapi aku takde kuasanya nak pakai sweater...
Thursday, November 20, 2014
Kisah Cik Diva Batrisya ke sekolah!
Salam.
Ini kisah last week. Rabu, babysitter aku ada emergency, terpaksa balik kampung subuh² hari. Ada kematian. Innalillah.
Lepas letak telefon jer kepala aku berpusing, pikir mana nak letak dua nak dara tue. Dengan laki aku takde, dengan kerja tengah melambak, pastu kena pikir nak hantar 3hari yer, bukan sehari, sebab dia balik kampung terus sampai ke hari Ahad.
So, salah satu idea yang terlintas kat kepala nak hantar Isya pergi taska. Terus whatsapp kawan aku, Kak Farah, yang juga owner salah satu taska kat dalam taman aku nie. Approved! Kak Farah suruh anta je Isya.
Aku pun apa lagi, kelam-kabut jugak buat instant checklist, apa barang nak bawak pergi taska. Debarrrnya! Yerr,...
Monday, November 10, 2014
Travelog: Honeymoon Sabah di Bawah Bayu (Part #01)
As salam.
Olla uolls.
Sebelum berkepuk tersimpan, baiklah aku up dulu cerita ini. Jika tidak nanti, tahun depan nak pegi honeymoon lagi (eh?) entry ni masih belum published.
Actually this-so-called-hornymoon motif utamanya ialah pergi melawat student praktikal. Tapi tiba² (yeke tiba²?) macam terfikir plak best jugak kalau dapat pergi berdua kan. Lama weolls tak pergi jalan² berdua. Dating sekali-sekala tu ada lah tapi ni lain laa, honeymoon paham honeymoon? Lagipun tahun ni nak masuk 5tahun kawen, apa salahnya kan? Renew honeymoon setiap 5 tahun. Kalau ada rezeki tiap tahun lagi bagus.
Benda pertama aku confirmkan haruslah dengan kakak babysitter. Well, Alhamdulillah....
Friday, November 7, 2014
Selamat Satu Tahun, BADRIENA!
Assalammualaikum.
Salam Jumaat!
Alhamdulilah. Di penghulu segala hari, syukur kupanjat pada-Mu Ya Allah.
Setahun sudah berlalu, genap setahun Masihi anak Mama, BADRIENA!
Alhamdulillah, masih diberi kesempatan melihat dia membesar di depan mata.
Syukur juga dia diberikan kesihatan yang baik sehingga hari ini.
Syukur atas segala kekuatan yang diberikan menjaga dan mendidik dia hingga hari ini.
Tahniah kepada diri sendiri kerana berjaya mengharungi tahun pertama beranak dua.
Semoga Anje mama-papa membesar menjadi anak yang cerdik, bijak dan aktif.
Semoga cidobot sentiasa di kurniakan kesihatan yang baik.
Sayang Mama & Papa pada Dyna tak pernah berbelah bahagi.
Bila...
Tuesday, November 4, 2014
Foods: Mi Udang @ Kuching, Sarawak
Assalam.
Hi korang.
Jangan terkejut la tuan belog kejap muncul kejap tenggelam. Ini memang biasa bagi pemilik blog yang dah ada anak dua. Eh, Eh ke aku jer yang macam nie? Aku tengok orang lain tue ade je update. Oh, anggaplah mereka ada kelapangan terbang nak update. Mak busy uollss.
Well, sepanjang hampir 4 tahun aku duduk sini (Sarawak), aku rasa aku memang tak pernah tulis or share apa-apa kat blog nie pasal Sarawak. Tapi kalau orang tanya, mintak opinion ke aku boleh je nak bagi. Cuma tak pernah aku officially nak share. Tapi Aku memang ada je simpan gambar-gambar kalau berjalan, makan-makan, Cuma bab nak update tu, err nantilah. Ke nak tunggu nak pindah baru nak share?...
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)