Friday, February 28, 2014

Majlis Aqiqah Badriena (Part #2)

Salam/Haiiii!
Ok janji ditepati. Ni part 2 Majlis Aqiqah Dyna.
Abislah bila besar Isya claim kenapa aqiqah Dyna sampai berpart², aqiqah dia aku tak update pun. Masa tu aku nak jawab, memang mama tak update tapi kenangan buat aqiqah first baby tu mama tetap ingat sampai bila² tau, gambar kan ade kan, kan? Cewwwahh, ayat kaverline abis mama!
Ok sambung.

4) Team Marhaban & PA System
Bab ni aku memang serah bulat² kat ayah aku. Yelah, aku bukan duduk Langat, jadi tang mana plak aku nak kenal orang yg sewakan PA System dan team marhaban mana yang thorrrbaik masa kini. Keje aku siapkan gifts untuk diorang dan sediakan latan nak potong jambul tue. Lain² serah kat ayah aku. miahahahaha. Dyna sangat behave masa nak potong jambul tue, yelah dah kenyang susu, pastu pulak tido dalam cradle berbuai² macam dilambung ombak gituuu. Best lah anak oiii!

Sangat behave ye anak mama! Good girl!

5) Baju sefamily
Takde kaler lain dalam kepala aku -- Orange. Sooooo me. Yang kenal, yang rapat, yang dah tahu perangai aku, memang paham la Balkiz dan oren tidak dapat dipisahkan. Asal ade elemen oren 3-4 ketul pun takpe, janji ada. haha. Pastu suka sangat nak nampak bold and beautiful gituuu. Sebab tak berapa nak beautiful, so nampak bold pun ok lah kan kihkih. Actually, aku tanya husben aku, baju Melayu dia kaler mana yang dia nak recycle pakai? Sebab aku tau, dia takkan nya nak buat baju Melayu semata untuk aqiqah, bukan pergi kerja nak pakai baju Melayu pun. So, dalam banyak² baju Melayu dia yg paling jarang pakai ialah kaler oren, baju raya 2012.

Makanya, aku pun proceed la tempah baju anak² dan baju aku. Baju budak² aku tempah kat Ja Handmade, of course kain cotton sebab aku taknak diorang kepanasan semata² nak memenuhi kehendak mama diorang yang nak anak-beranak kekal pakai baju tu sampai habis majlis. Aku bagi design suruh je akak tu buat. Pastu baju aku plak tempah kat House of Jazaba. Aku mintak dia tambah zip untuk breastfeeding pun diorang layankan. Dan sampai sekarang aku sangat puas hati dengan jahitan & material kain diorang provide. Harga pun berpatutan aku rasa. Raya tahun ni kalau diorang bukak order aku nak tempah. Dan macam biasa headband & hair-tie diorang tempah kat Onulaa by Shehnaz. Untuk family pulak, aku soh diorang pakai purple sebab kaler feveret adik aku.

Close-up baju diorang adik-beradik. Adik tu peplum style tapi sebab baring tak nampak sangat lah.
Kakak jubah dress 3/4, ade buttons detail sket. 
Ohh oren. terima kasih kepada yang mencipta warna ini.
Pak Jang dan purple tak dapat dipisahkan. HAHA. Masa ni adik aku nak exam esoknya, balik kejap je.

6) Pelamin & Guestbook Corner
Aku jenis yang tak berapa nak suka bebunga² cinta sangat. Aku lagi suka main dengan props. So, aku deal ngan Kak Emy, owner Beauty Me Bridal aku nak yang simple, sweet & vintage. Maka sesi perah idea dibuat kat umah aku sebab aku takleh nak ke butik kan dengan budak berdua tue. Kekmi adalah senior sekolah aku, plus aku kira loyal customer la, aqiqah Isya dulu pun ngan dia jugak. So, dapat lah harga kengkawan. Cradle boat tue paling aku suka, sebab special request, custom-made u alls. So sape nak contact Kekmi untuk deco majlis Aqiqah ke Tunang ke Nikah Sanding ke boleh ke page dia Beauty.Me Make-Up & Bridal. Oh lupa, dia juga adalah MUA okay! :)

Berangan itu indah! Hover kan mak pengantin?

Tadaaa. Dari sketches jadi realiti! I'm really like it!

Motip ZB tue? Ni majlis mak-bapak ke majlis anak? HAHA

Memandangkan majlis kitorang awal tahun so kebetulan diorang buat promo bagi free canvas print & guestbook. Tapi guestbook aku dah ada, so aku mintak dia tambah² sket je la props kat situ. Guestbook aku tempah kat Ceket Favor jugak sekali ngan sticker. Yang bakul bunga & mini blackboard tu Kekmi provide. Bunga² matahari embun mekar tue aku deco sendiri ikut suka hati.

Thanks kepada yang sudi mencoretkan sepatah dua kata untuk Dyna

Canvas & easel. Canvas je free, easel amik balik la oiii. Oh btw, easel tu boleh tempah. Pegi je kat page Kekmi tue.

7) Candy Buffet
Aku mula² macam 50-50 nak buat candy buffet. Tapi sebab husband aku cakap buat ajelah, tanpa bertangguh aku terus pegi survey dan booked. Hahaha gelojoh. Sebab dapat greenlight nak buat candy buffet seminggu sebelum majlis aku takut ada yg aku kenan dah fully booked. So, alternatif aku paling berkesan, yang aku belajar sejak bersalin hari tu ialah menggunakan hashtag. Aku taiplah segala hashtag kat IG seperti  #candybuffet #candybuffetaqiqah #majlisaqiqah tuuuuu diaaa keluar la bapa post. So kat situ je aku filter dan tanya. Senang kan? Kemudahan dah ada pandai² la guna. Maka, dapat je vendor ni aku terus booked.  Aku bagi je tema majlis, pastu aku send la 2-3 gambar deco yang aku berkenan, dan mintak quotation untuk 80pax, dealed. Dia datang pukul 9 pagi masa hari majlis setup ngan mak-ayah dia. Secara keseluruhannya aku puas hati lah dengan deco & items provided. Cuma terkilan sket sebab choc-fountain dia running tak berapa smooth. Nasib aku ngan husband ade experienced buat birthday Isya pakai machine tu. Pastu ok. Tapi pastu aku tengok kejap je abis dah. Laku sungguh! Yang rasa berkenan boleh search kat insta or fb Little Butterfly Project. Aku suggest search kat Instagram sebab lagi banyak updates!

Gila tak laku kalau comel camnie?
Ya-Allah...anak dara sapa lah ni hoiii?

Mak bapak perantin sengseng lengan betulkan machine choc-fountain!

Paling penting sapa yang amik gambar² kitorang semua kalau bukan Faiq dari 7Kaler Pictures! Thanks bro sebab free kan slot untuk kitorang walaupun booking & confirmkan date beberapa hari sebelum. Tak sabar tunggu album. Maveles lah semua picture. Belum edit dah mabeles kalau dah edit nanti sure muka aku lagi licin berseri. wakakaka. Ohh, nanti besday anak boleh kita buat sekali la dah beza 2-3 hari je kan? lol

Ada apa-apa lagi tak aku tertinggal? Tu je kot. Alaa, baru aqiqah, nanti diorang kawen siap la aku buat sampai Part #8 sebab masa aku jangan kata Part #1 update pasal kawen takde langsung kihkihkih. Yela kawen masa tengah belajar, so lepas kawen terus fokus buat dissertation ^___^ Bila ada mood nak update masa tue dah nak setahun kawen, tak payah lah! hahaha

So aku nak ucapkan terima kasih kepada yang datang dan sama-sama meraikan, menolong dan menjayakan Majlis Kesyukuran & Aqiqah Badriena. Family of course -- Ayah & Mama, Adik & bakal adik ipar, Keluarga belah Melaka, Keluarga belah Ayah & Mama, jiran², kengkawan rapat, kengkawan sekolah, kengkawan skuad PALAPES yg lama gila aku tak jumpa, kengkawan bloggers (Nawal, Kak Ain & Qis) dan semua lah. Thanks sangat². 

Mumy-babah, adik-beradik, ipar duai, biras, pakcik & makcik² -- belah Melaka

Beza sungguh ketara jumlah bilangan ahli keluarga aku ngan laki aku! Eh, sebenarnya family mama-ayah aku ada datang tapi lambat sket masa tue photographer dah balik!
Tq Kak Ain, walaupun sesat sampai gak kau!
Tq Nawal, sempat singgah sebelum celebrate besday dan merasmikan henpon baru kat event aku kekeke
Tq my very best friend ever -- Aze! Sorry babe aku tak dapat jalan teman ko shopping this time.
Tq husband punya skuad -- Tn Nazmi & Tn Adam sefamili
Gambar kengkawan lain yg datang lambat ada kat handphone. Sorry masa tu OP dah balik :)
Yang menyumbang hadiah, duit, tenaga dan masa juga jutaan terima kasih. Moga Allah membalasnya kalau bukan kepada mereka, mungkin pada anak² takpun kepada keluarga² mereka. Apa yang terlebih terkurang ke harap dimaafkan lah yer. Tak menang tangan nak layan semuanya serentak. 

Yang tak sempat dijemput dan tak dijemput maaf sekali lagi, aku bukan buat majlis kawen, aqiqah kenduri kesyukuran sebab dah nak balik Sarawak kan. Yang aku jemput tapi tak dapat datang pun takpe. Doa² dan wish korang semoga Badriena jadi anak yang solehah dan berjaya dunia akhirat pun dah cukup. Amin!

Ada cite paling best masa majlis ni ialah, Isya terhantuk kat bucu pillar umah parents aku. lebam lah jugak. Nasib baik lah tak tercucuk mata. Dalam gambar bleh nampak bawah mata, atas sket pipi dia macam ade kesan lebam. Tue hadiah untuk budak yang suka berlari tak kira pakai kain ke, dress ke, seluar ke, semua dia belasah main lari-lari & lompat².

Zoom sket tengok bawah mata dia tue? Cantek anak dara mama di hari Aqiqah adik, mata dia lebam.

Untuk anak mama Badriena,
Bila besar nanti kalau baca entry nie, tak kira lah mama & papa ada lagi ke tak, tolong doakan kebahagiaan mama & papa dunia-akhirat okay? Dan tolong bersyukur sebab zaman kamu dan kakak kamu dan mungkin adik² kamu mama & papa ada rezeki nak buat majlis macam nie. Kalau zaman mama-papa dulu, buat pulut kuning pun dah syukur dah. Jadi anak yang baik, jadi insan yang berguna. Mama sayang Dyna dunia akhirat. 
END.

Gambar pengantin lepas mandi pagi!

NotaChenta: Sampai sekarang rasa bersalah kat Isya! :(

11 comments:

  1. Sangat best sbb semua benda ada link....senang kije aku kalo satu hari nnti nak buat event...aku xyah susah2 google study bagai....juz selongkar blog ko je....hihihi...

    Sama jugak kalo nak cari baju tudung headband,masuk sini je....heeeee.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kahkah. nanti aku pun jenuh nak ingat balik weh. So baik letak link siap².
      Eh eh kan aku dah ade insta sekarang, main hashtag je lah hihi

      Delete
  2. 1. Aku respect ko sebab berani betul mix match color baju ko tu dan color baju isya dan dyna. Cantik.
    2. Yang penting, aku suka sebab gambar aku ada kat OP. Haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAHA. berani katanyaaa! cam biasa lah aku kan suka kaler² menyerlah nie.
      Nanti aku email ko kak gambar saiz besar hihihi

      Delete
  3. aku suke color purple oren ni. cntik. cuma xberani nk pakai. org yg "bold" je berani pkai oren ni heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha perli aku ke ape nie? Try la baju raya tahun ni oren kihkih.

      Delete
  4. Cantik sgt warna oren tu..akk pun suks sgr oren..hege

    ReplyDelete
  5. wah ada guest book corner gitu, i sukalah pelamin tu, boleh curi idea untuk anak-anak akan datang

    eh :))

    ReplyDelete
  6. grand gitew :) pasni kalau nak cari/tempah baju baby and kanak2, leh tengok kat FB: Lovely Kidz Closet.Tengok and like jer dulu.. :)

    ReplyDelete

Terasa diriku begitu berharga! ;p

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...