Salam/Haiiii!
Ok janji ditepati. Ni part 2 Majlis Aqiqah Dyna.
Abislah bila besar Isya claim kenapa aqiqah Dyna sampai berpart², aqiqah dia aku tak update pun. Masa tu aku nak jawab, memang mama tak update tapi kenangan buat aqiqah first baby tu mama tetap ingat sampai bila² tau, gambar kan ade kan, kan? Cewwwahh, ayat kaverline abis mama!
Ok sambung.
4) Team Marhaban & PA System
Bab ni aku memang serah bulat² kat ayah aku. Yelah, aku bukan duduk Langat, jadi tang mana plak aku nak kenal orang yg sewakan PA System dan team marhaban mana yang thorrrbaik masa kini. Keje aku siapkan gifts untuk diorang dan sediakan latan nak potong jambul tue. Lain² serah kat ayah aku. miahahahaha. Dyna...
Friday, February 28, 2014
Thursday, February 27, 2014
Majlis Aqiqah Badriena (Part #1)
Salam/Hi.
Macam semalam² jugak, hari ini adalah hari meng'clear'kan draft lagi.
Ada yang aku delete terus, malas nak continue. HAHA
Entry ni aku dah karang separuh, so kira ok lah nak sambung.
1) Jemputan
Majlis Aqiqah Badriena aku buat hari Ahad, mula nak buat Sabtu tapi laki aku baru nak balik dr Sarawak hari Sabtu, tak sempatlah. Sebenarnya tarikh pun baru di confirmkan seminggu sebelum event sebab kena tunggu bila laki aku boleh naik darat. Cuma template e-invitation aku dah siapkan lah. Tinggal masuk tarikh jer. Aku buat pakai Microsoft Power Point jer oii. Skill AI aku dah makin tumpul. Cari² design yang kena tema sket kat etsy, pastu edit² kasi padam watermark, pastu tadaaaa!...
Wednesday, February 26, 2014
Sekadar!
Sekadar mengingatkan.
Rezeki.
Bukan urusan kita mempersoalkan apa-apa.
Bukan kerja kita untuk tentukan siapa apa di mana segala.
Kerana itu semua rahsia.
Jika semua dah tertulis di sana, siapa kita untuk menidakkannya.
Tabahlah.
Redhalah.
Berserahlah.
Kerana setiap perancangan Allah adalah yang terhebat daripada segala yang kita atur!
Sekadar mengingatkan semua.
Diri sendiri dan juga yang leka.
Balik kita pada yang Esa.
Notachenta: Dalam proses nak buat maintenance blog. Header gambar pecah, sendiri salah! ha...
Tuesday, February 25, 2014
Top #10 Benda Perlu Ada Semasa, Selepas Pantang & Naik Kerja
Salam. Tiup habuk sikit, fuhhh.
Ok mari mulakan entry yang ntah dah berapa lama terperuk.
Actually, masa dalam pantang yang kedua hari tu aku perasan ada beberapa benda yang aku macam terpikir "Eh, kalaulah takde benda nie, macam manalah aku nak ........"Masa pantang yang pertama kan tak tahu apa² sangat, semua benda macam konfiden tak konfiden nak buat.
Ok based on experience sendiri, di sini aku senaraikan barang/keperluan yang aku rasa perlu or maybe sangat perlu or sangat penting untuk ada semasa berpantang dan kegunaannya lepas² berpantang & jangka masa panjang.
1) Breast pump
Aku beli breastpump seminggu lebih lepas Isya lahir. Tue pun sebab dah selalu bocor...
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)